Followers

Wednesday, February 5, 2014

Kerja Dalam Progress

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….



Apa khabar para pembaca budiman sekalian? 
Di harap sihatlah  hendak nya. Bagi diri cik azue sendiri, Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menghirup segarnya UDARA dan nikmat nya NYAWA pinjaman RABB ini. Minta maaf sebab sudah lama cik azue tidak menulis di blog ini. Ada sedikit kekangan masa dan kekangan kesihatan diri. Diharap anda semua dapat memahami. Terima kasih.

Oh ya, mulai dari hari ini, cik azue akan menulis sebaik mungkin menggunakan bahasa melayu formal , ini bagi menyenangkan para pembaca dari kalangan luar dari Malaysia menterjemahkan apa yang ditulis ke dalam format bahasa ibunda masing-masing. Amat kasihan apabila ada yang menulis email meminta penjelasan.

Oleh kerana itu, cik azue akan menulis mulai hari ini dalam bahasa melayu formal. Minta anda semua bantu jika cik azue jika ada tersalah taip atau tersasul. Jika mahu ketawa pun tidak mengapa. Bagi diri cik azue juga, keadaan ini agak jengkel, tapi mengenangkan para pembaca yang bukan dari kalangan orang Malaysia atau Indonesia, maka cik azue akan kuatkan iman dan terus menulis secara formal. Harus kuat iman kerana menulis secara formal ini bagi cik azue adalah penulisan secara tidak santai. Tetapi penulisan secara tidak santai adalah tidak dapat di terjemah dengan baik oleh rakan rakan yang bukan dari MALAYSIA. Bila mengenangkan pembaca blog cik azue ada juga dari kalangan bukan MALAYSIAN, maka cik azue walau agak berat akan terus juga menulis seperti ini. Di harap pada yang menulis email berpuas hati.

Baik, berbalik kepada tajuk penulisan hari ini, gambar ini adalah progress pekerjaan kraf yang cik azue sedang usahakan sepanjang minggu ini, dan berharap boleh di selesaikan dalam minggu ini juga, In shaa Allah.

Mari kita lihat gambar nya.


Boleh anda meneka? Tiada hadiah yang dapat cik azue sediakan kecuali, anda memang BIJAK meneka.

Baiklah, sampai sini dulu untuk hari ini. Sekejap lagi cik azue akan ke Pusat Kesihatan Kecil Rawang. Ada temujanji DARAH.

Nanti hari Jumaat, 7/02/2014, akan ada temujanji dengan doktor bertugas pula. In shaa Allah, kemudian hari cik azue menulis lagi tentang masalah kecil kesihatan ini. Jangan risau ya anda semua.

Dan cik azue sedang merangka tutorial bagi hasil kraf ini.


Tutorial ini lebih kepada sumber rujukan buat diri cik azue sendiri. Tetapi jika ada yang berminat untuk belajar silakan lah. Cuma, anda kena memberi sedikit masa untuk cik azue menyiapkan kerangka tutorial bagi projek ini. Bersabar ya.


Oklah, sehingga bertemu di lain kali. 

Wasalam

 **************************************************************************************** Berminat untuk melihat atau mendapatkan hasil kerja tangan cik azue.. jom lawati FB : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

3 comments:

Anum said...

wow :)

Mila@Rimbun said...

ku tunggu tutorial mu :)

Kuazue Mohamad said...

Mila... sila tunggu... ku amat letih nak edit n taip..