Followers

Wednesday, February 19, 2014

Cik Azue BUNTU dan diBUNTUKAN

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Hari ini mengikut notis perletakan jawatan cik azue, tinggal berbaki 8 hari lagi setelah dicampur tolak baki cuti tahunan. Hari ini juga, pihak pengurusan telah melibatkan campurtangan tuan punya kilang dalam misi menggagalkan rangcangan cik azue untuk meninggalkan kerjaya sekarang.
Buntu. Sesungguhnya cik azue buntu. Buntu dengan situasi. 

Menyerah salah, berserah juga terasa salahnya. 

Bagi para ibu yang telah berjaya melepasi halangan ini, tahniah dan sila beri tunjuk ajar. 
Untuk makluman, tawaran diberi sangat berbaloi, bukan dikira dari segi kewangan semata. Jika cik azue buta dan dibutakan, tawaran itu harus tidak mungkin ditolak, jika itu kejarannya makna suatu karier.
Tapi cik azue tahu, bukan itu semata yang cik azue kejar sekarang ini. Jika itu percaturannya, kenapa sanggup sampai sekarang cik azue masih menapak, bertapak di tempat yang sama.

Buntu!!!! Dan cik azue harus kembali kepada cik azue yang asal. Nawaitu yang satu, Berubah untuk mengubah!

Ya, bila diimbas tadi, sekembalinya cik azue ke pejabat dari perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat tertinggi, cik azue terus rasa diri ini buntu. Hampir tidak kenal siapa azue yang dulu dan siapa azue yang sekarang.
Hampir juga misi cuci otak yang mereka katakan itu berjaya dan jika misi mereka berjaya, maka bergelak ketawalah pada yang tidak menyokong usaha murni cik azue untuk kembali fitrah sebagai IBU yang mengasuh serta berkerjaya dari rumah.

Sejujurnya, jika melihat prospek kerjaya, sangat sedih melepaskan jawatan itu. Impian yang dicitakan sedari dulu. Namun impian itu terlambat hadir dalam konteks pekerjaan sekarang. Alhamdulillah, pasti ada hikmah nya.

Berbalik kepada misi cik azue mencari azue yang dulu, yang penuh yakin, harus berubah untuk mengubah. Di sini, cik azue kongsikan salinan email yang cik azue hantarkan pada seorang rakan kerja yang bertanya kenapa cik azue mengambil keputusan berhenti kerja sedangkan cik azue sedang memasuki fasa kemuncak karier sebagai seorang jurutera kawalan mutu.


Disini cik azue salin semula buat tatapan anda serta moga ianya menguatkan semangat cik azue sendiri.

"In syaa allah kak… no turning back. 
Istikharah saya lebih 6 bulan dan sekarang hati saya rasa amat tenang dengan keputusan ini..
Masa 6 bulan dulu… saya 50 – 50… takut komitment yg sedia ada tak terlangsai.. yer la tiap bulan makan gaji… tetiba nak berenti.. mana nak cekau duit…
Hari2 saya piker… sebenar nya saya amik masa 3 tahun +++ piker nak kerja or nak berenti cari kerja lain… so sabar and sabar n tahan n tahan n hadap segala janji manis bagai dgn senyum n pasrah… n 6 bulan lepas saya terpikir sampai bila saya harus ada dlm situasi ini…
Bawa bincang dengan my hubby dah 3 tahun ++ dah tentang saya nak resign n nak kerja sendiri…
Dulu dia mcm tak yakin.. saya kumpul asset.. kalau tak berenti wat part time.. masa nak mula gerak… hubby pun mcm tak sure.. tak bagi memula.. tapi saya pujuk… kata nie ja la guna duit utk tunjuk hasil kerja saya n saya keluarkan seketul mesin tu + aksesori nya yg hamper cost me abaout 15K seriously…
Dah almost 2 tahun saya kerja secara part timer nie menyulam n menjahit… Alhamdulillah… 
Berbalik soal berenti nie.. at 1st saya marah dgn situasi ######(NAMA COMPANY).. janji2 manis n segala nya.. probation n mcm2 lagi.. saya bertenang n saya list kan sebab utama saya nak berenti kerja nie..
Lepas saya list n pikir2 saya buat solat hajat n solat istikharah sampai hati saya nie dapat petunjuk dgn diberi ketenangan dlm setiap pilihan yang dibuat..

So pilihan yg saya buat adalah untuk jadi working at home mom (WAHM) dan melepaskan jawatan sekarang  (walau pun saya dapat offer almost X K salary dari supplier n competitor #####(NAMA COMPANY) tanpa perlu pergi interview dan bila masa nak mula kerja boleh give them a call, they are willing to open the door for me..)
demi memastikan dua waris  bakal DA’I tu berjaya dunia dan akhirat…
susah sekarang ni nak cari pengasuh yang penuhi KPI yang diingini even nak capai 50% pun susah…

So the best is .. saya jaga sendiri la.. cukup2 lah saya terlepas peluang untuk 7 tahun pertama awal kehidupan mereka kerana mengejar konon nya sedikit kesenangan.. ends up.. saya lost juga something yg lebih valuable.. most precious moment in life.

Semoga saya diberi kesempatan untuk fasa kedua dan seterus nya dalam kehidupan mereka..

Mungkin saya akan kembali bekerja pada ketika itu jika saya jumpa pengasuh yang memenuhi 35% dari keseluruhan KPI… tapi kita hanya merancang… selebih nya.. ALLAH sebaik2 perancang dalam kehidupan saya..

Kalau di Tanya tak takut ker kalau jadi apa2 nanti… tak sayang ker dengan kerja sekarang dan dengan kerja yang orang offer….dengan tangga gaji sebanyak itu…seriously ada juga perasaan tu.. tapi bila saya meletakkan seluruh pergantungan hidup saya pada ALALH.. takut itu saya rasa boleh overcome… ALLAH kan ada… saya yang kena berusaha.. rezeki itu luas… so saya perlu menjemput rezeki itu dengan cara pendekatan yang lebih berbeza..

Kak ini bukan piker sehari dua untuk satu keputusan… ini fikiran 3 ++tahun yang lepas lagi… bukan atas sebab seseorang dalam #####(NAMA COMPANY) or atas sebab emosi dan sebagai nya.. ini atas keputusan atas maksud kepuasan diri… mencapai dan mencari KPI diri sendiri…

In syaa Allah… jika Allah dah tentukan perancangan ni yg terbaik Insyaa Allah.. ada jalan nya.. if tidak…Hanya Allah lah sebaik2 perancang…

Ohh dah panjang berjela pula… sorry ya kak nora… kikiki… saya masih beristikharah kak.. semoga saya istiqamah kak… semalam dah kantoi… demam tidor n tak sedaq sampai pagi dah.. kah kah kah…
“Mencuba yang baik untuk menjadi yang terbaik” .. moto lagi.. kikikiki… ampun…"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Moga email ini buat cik azue tidak lupa tujuan asal cik azue mengundur diri. 
Moga cik azue tidak dibutakan dengan tawaran dunia yang belum pasti akhirannya.

In shaa Allah, semoga Allah membuka jalan penyelesaian dan sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada NYA. dan jika ada kesempatan akan cik azue nukilkan semoga ianya dapat memberi panduan buat sesiapa yang berhajat.
Semoga jalan yang dipilih ini adalah sebaik-baik jalan dan semoga anda semua dapat memberi sokongan buat diri yang serba kekurangan. 
Besarlah harapan agar kesatuan WAHM/ SOHO yang cik azue didorongkan untuk bersama-sama melibatkan diri ini dapat saling memberi bantuan moral disaat diri ini berada dalam fasa transisi kehidupan yang sangat melelah dan menikam jiwa.

Akhir kalam, semooga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Nanti cik azue kongsikan lagi kisah perjalanan WAHM cik azue ya.

Hingga itu, WASALAM.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

7 comments:

babYpose said...

Serba salahnya nak bagi pendapat, saya rasa Kuazue bincang dengan suami dan dengar apa kata dia. Yang tu pun dapat pahala kalau ikut, inshaAllah jadi teladan pada anak2 dan suami sendiri.

Anum said...

apa nak nak komen ek

Mila@Rimbun said...

bawa berbincang dgn hubby & serahkan semula keputusannya pada yg Esa, buat istikharah betul2.. mohon petunjuknya. Kena ingat... apa yg terjadi ini juga dariNya.. betul tak

nurbijen said...

Besar juga dugaan bila nak lepaskan jawatan kan Cik Azue... Dari gaya penulisan, seakan Cik azue dah nekad dengan keputusan utk berhenti tu... saya menyokong dari jauh... teruskan melangkah cik Azue... Insya Allah, kita lebih kuat bila hanya bergantung pada yg Maha Esa :)

rostina76 said...

salam azu. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul tetapi as a friend ros sokong apa jua pilihan azu. cuma pendapat peribadi aku, kalau niat azu itu bkn atas dasar duit semata inshaallah ALLAH maha pemberi, rezeki ALLAH ada di mana2 apatah lg dgn skill & platform yg azu dah ada skrg. pengalaman aku sendiri terasa betapa nikmatnya hidup dapat melihat & menjaga anak2 sendiri setelah berbagai dugaan terpaksa aku & anak2 juga tempuhi sepjg berkerjaya dulu. pepepun redha & restu husb plg utama, make sure dia redha dgn keputusan azu. good luck my friend ;)

Suzie said...

Saya dulu niat awal untuk bekerja untuk bantu mak. Abah meninggal awal so kami susah hidup anak yatim. So bila mak meninggal saya jadi hilang arah. Apa nak buat dengan gaji saya. Asyik habiskan di mid valley. So bila bibik lari tinggalkan anak saya yg baru berumur 1 tahun saya diam dan fikir. Suami mmg suka saya jaga anak anak. Saya takut kalau sesuatu jadi dengan suami saya. Saya istiharah banyk kali. Berpuluh2 kali. Tetiba Allah hantar saya melalui tv. Berdetik hati saya. So saya hantar surat vss. Pertama di tolak. Hantar lagi , lagi syahdu. Diluluskan. Boss lama saya sangat marah. Sebab dia kata saya berpotensi tapi saya buat tak dengar. Boss no 2 saya pula ingat saya nak bisness. Tapi kawan2 lelaki saya , orang2 lama bagi semangat. Mula mula takut tapi hidup saya seperti biasa. Maybe rezeki saya dan suami juga murah. Boleh beli rumah yang lebih besar , boleh beli kereta yang lebih selesa. Maybe juga hasil sedekah suami kepada saya so dia diberikan rezeki yang murah. So skrg tanpa kerja tetap dan sbgai surirumah kerja saya x pernah . Semoga kuazue diberi petunjuk dari Allah.

Kuazue Mohamad said...

terima kasih semua atas pandangan... speechless...terima kasih atas sokongan..