Followers

Friday, December 26, 2014

Entri # 110: Catatan Hati: Musibah Banjir

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Semoga kalian yang terlibat dengan musibah banjir yang sedang melanda ini diberi kekuatan IMAN untuk terus redha dan yakin dengan rahmat Ilahi.
Buat yang lain. Ini juga dugaan buat kita sama ada mahu menutup mata atau berusaha berbuat sesuatu demi saudara seagama dan nilai kemanusiaan dalam diri.

Apa pun, dalam setiap tingkah laku perbuatan kita, ingatlah Allah.

Di akhir ini dititipkan zikir yang selalu cik azue amal bila mana hati ini runsing dengan permasalahan. Zikir ini arwah mak yang ajar dan yang nama Allah Ya Sabur itu, cik azue dapat dari buku wirid nama-nama Allah (99).


mak kata, zikir berulang-ulang bila mana dalam kesusahan atau kesakitan. In shaa Allah dipermudahkan Ilahi


Dalam buku zikir 99 nama Allah, di sarankan zikir lah dengan nama Allah ini, ALLAH yang Maha Penyabar, moga-moga terserap nilai kesabaran dalam hati kita dan dipermudahkan segala urusan.
Zikir ini cik azue dapat ketika hati sangat tertekan dengan mehnah si anakanda dan mohon pertolongan Allah dan tiba-tiba belek buku tersebut dan terbuka di muka surat tersebut. Bila di amal, Alhamdulillah, hati menjadi lega dan banyak penyelesaian dapat di cari dalam setiap permasalahan.
Salah satu hikmat bersabar yang membawa kepada ketenangan dan akhirnya memberi ilham secara tidak langsung jawapan kepada permasalahan kita.

Terima kasih Allah.
Moga-moga perkongsian ini dapat diperpanjangkan buat semua.

Cik azue menulis berdasarkan pengalaman. Buatlah sesuatu kerana Allah demi mendapat redha Allah.

Moga-moga perkongsian ini dapat sampai pada kalian yang berada dalam musibah ini. Ziikirlah beribu kali, in shaa Allah, moga mendapat pembelaan Ilahi.

Cik azue turut mendoakan kalian dan saudara mara dan kenalan yang berada di mana sahaja terutama di kawasan terjejas banjir dan di kawasan yang lain agar kita semua mendapat rahmat Ilahi serta berlapang dada dengan situasi ini.
Moga-moga Allah beri kita sesuatu yang lebih baik atas sebab redha kita semua, In shaa Allah.

Hingga itu, jaga IMAN ya semua.

Wasalam


*karangan ini dikarang pada jam 2.30am dek mata yang tidak mahu lelap memikirkan nasib kalian yang terjejas serta adinda yang berada di Perak Utara yang sedang bersiap siaga atas amaran banjir.
Berat hati merasa, berat lagi hati kalian yang memang rasa. Moga-moga Allah kuatkan semangat dan keyakinan kalian pada zat Ilahi sahaja*


Thursday, December 25, 2014

Entri # 109 : Catatan Hati - Tangisan Alam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Muslim Care Malaysia Society
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi.
Cuaca di rawang (jam cik azue mencoret: 0530am), nampak tenang. Tiada hujan, mendung? Tiada kepastian. Yang pasti dari jendela kamar bekerja ini, langit nampak gelap pekat, namun tanpa desiran semilir pagi.
Alhamdulillah semalam kami di Rawang, hanya bergerimis sesekali, walau terdapat tompokan pekat awan hitam di dada langit. Tidak tahu kemana ditiup empangan air diatas itu. 

Allahurabbi!

Mengalir air mata sama deras aliran hujan dari dalam video titipan teman. Hebat sungguh mereka diuji. Redha lah kalian. Moga-moga Allah memberi rahmat buat yang menerima musibah.

Buat pentadbir kawasan setempat, mungkin yang berlaku berpunca dari tangan-tangan kita sendiri. Alam bersuara pabila kita sudah mula melampaui batasan. Itulah selalunya.

Baik, tinggalkan yang itu. 
Yang pasti ini adalah ujian dari yang MAHA KUASA buat diri kita yang tidak terlibat secara langsung dengan musibah banjir ini.

Tepuk dada, tanya IMAN.

Di sini cik azue perpanjangkan poster dari Muslim Care Malaysia Society.


Moga-moga usaha kecil kita ini dapat meringankan bebanan yang sangat berat ditanggung oleh mereka yang terlibat secara langsung.
Terima kasih buat NGO dan pekerja-pekerja penyelamat yang berusaha keras dalam memastikan keselamatan dan kelangsungan mereka yang terlibat.
Didoakan juga kalian yang bertugas sejahtera dalam rahmat Ilahi dan semoga Allah membalas budi baik jasa kalian
Terima kasih juga kerana memberi pilihan buat kami yang tidak dapat turun padang membantu secara langsung.

Allahu. Allahu.

Walau ujian banjir yang pernah dialami dulu (tahun 1991) tidak sehebat yang dialami oleh mereka sekarang, namun perasaan tiba-tiba air naik itu tersangatlah tidak dapat diceritakan. Perasaan terkandas walau dalam rumah sendiri pun tidak dapat digambarkan, apatah lagi perasaan mereka yang terkandas tidak tahu di mana dan ke mana akan dibawa dan seberapa lama.

Bertabahlah wahai hati insan-insan terpilih dalam musibah ini. Moga-moga atas sebab redha kalian, Allah ganti balik dengan sesuatu yang diluar jangkaan akal manusia hendaknya.

Ayohlah. Hulurkan tangan jika mampu untuk membantu di samping bersama bermunajat agar Allah kuatkan hati mereka berpegang teguh pada IMAN dan semoga musibah ini cepat berakhir.

Sampai sini sahaja.

Akhir kalam,

Wasalam

Wednesday, December 24, 2014

Entri # 108: Diari WAHM

 Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang buat kalian yang rajin bertandang.

Walau bukan selalu pun cik azue muat naik entri baru bagi tatapan kalian lewat dipenghujung tahun 2014 ini (eh macam dulu hari-hari buat entri baru pun, tapi sedang berusaha memperbaiki diri, doakan ya). Namun, ini cabaran buat diri, kalau boleh akan terus berusaha memberi makluman setiap hari. Kesian kalian yang rajin bertandang tanpa jamuan mata.

Baik, mulai minggu ini, In shaa Allah, cik azue akan buat entri "Diari WAHM" bagi menjawab pertanyaan bagi beberapa kenalan maya tentang kehidupan cik azue setelah bergelar WAHM ini.
Semuanya akan cik azue tulis dalam entri-entri dengan kata kunci Diari WAHM sebagai tajuk utama setiap entri. Tapi kalian bersabar ya. Sikit hari, akan cik azue pamerkan entri pertama Diari WAHM.

2014 yang syahdu bakal meninggalkan diri kita. Cik azue nak katup kejap-kejap segala kenangan pahit yang pernah menyapa diri dan keluarga. Mungkin akan dibuka jika perlu sahaja.
Moga Allah beri kekuatan bila mana lembaran itu dibuka bagi mengambil pengajaran dan pengiktibaran buat pedoman di masa akan datang, in Shaa Allah.

2015 -  berbaki 7 hari sahaja lagi.
Segala perancangan tahun 2015 sedang ditulis sebaiknya. Didoakan kalian juga begitu. 
Dikatakan kegawatan ekonomi bakal berlaku, namun akan sentiasa gawat juga, tanpa perlu tunggu tahun itu jika sesuatu tidak dilakukan bagi individu itu sendiri.

Jadi apa perlu kita lakukan.
Terkini yang dalam perancangan cik azue, dan yang mahu cik azue kongsi bersama adalah

1) memastikan blog penulisan cik azue (http://kuazue.blogspot.com) dan blog hasil karya cik azue (http://kraftangankuazue.blogspot.com) akan dikemaskini sebolehnya setiap hari dengan entri malar segar (gitu).
2) cik azue sedang belajar Affliate 101 secara online (dah habis belajar nanti cik azue kongsi info ya)

3) berusaha dan memastikan cik azue dapat belajar dan menjahit baju melayu butang 3 (baju + seluar + sampin) bagi persediaan persekolah tahun hadapan. Target siap belajar bulan march 2015 - sebab nak cukupkan pakaian seragam sekolah agama anakanda (sepatutnya 5 pasang seorang bagi mengelakkan baju mereka menjadi nipis akibat disental oleh bibik IBU) yang hanya cik azue sengaja beli 3 pasang seorang yang mana bernilai RM36++ sepasang (sila darab sendiri harga sebenar duit pakaian sekolah agama anakanda berdua).

nota yang dah lama dibeli tapi diperam nasib tak jadi pekasam

4) berusaha belajar menjahit baju kemeja dan seluar slek sekolah anakanda. Target : October 2015.
Ini bagi persediaan persekolahan tahun 2016.

5) Menulis dan berkongsi maklumat setelah bernaung bersama ABDR - Akademi bekerja dari rumah.

Apa pula impian kalian? Jika sudi, mari kita berkongsi bersama.

Baik,nampak nya sampai sini dulu. Nanti cik azue kongsi lagi ya. Jam dah 7:18 am. Cik azue harus berhenti bagi menyiapkan sarapan dan terus hidangan tengah hari buat putera berdua dan en chenta hati yang bercuti, sebelum menyambung kembali tugasan di Keraih Lengan Kuazue.

Nota kaki cik azue:

Jumlah pengeposan tanda nama sulam batch ke 2 yang telah dipos semalam. Nanti cik azue kongsi isi dalamnya ya.

Wasalam




Monday, December 22, 2014

Entri # 107: Menyepi Dek Penangan Tempahan Sulam Nama

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Isnin. Dah 22 December 2014 kan. Cepat sungguh masa berlalu. Makin dikejar, makin cepat pula terasa ianya berlalu meninggalkan cik azue.
Sibuk kah kalian semua dipenghujung tahun macam ni? 
Alhamdulillah, sibuk cik azue dengan perkhidmatan sulaman tanda nama buat anak-anak yang bakal bersekolah seminggu dua lagi.
"Lap peluh kering-kering!"
Masa ambil tempahan persendirian, nampak macam la sedikit sahaja. Bila dah mula menyusun design-design yang akan disulam, oh makcik! Banyak la. Aduhai. Janji sudah dibuat, maka, harus cik azue tepati.
Tapi kan cuma satu sahaja nak sangat kalian yang menempah dari cik azue ini paham ya. Bagi tempahan tanda nama sulam persendirian, cik azue akan sulam tempahan kalian mengikut jadual tempahan pukal, yang bermaksud, akan ikut warna kain dari tempahan pukal.
Contohnya, katalah tempahan pukal hari ini jadual jalan adalah kain dasar warna kuning. Jadi segala tempahan yang guna kain dasar warna kuning akan lah turut serta beratur masuk jadual sulam dengan tidak mengira warna benang sulaman.
Faham ke tidak? Harap fahamlah ya. Yang kurang faham, boleh tanya, Nanti ada masa, cik azue bagi penjelasan lagi.
Contoh gambar seperti dibawah, Pelbagai warna, saiz dan jenis (rumi atau Jawi) digabung jalan sekali mengikut warna kain dasar. 

Sedang menyulam di jam 5am

Satu lagi cik azue nak bagi tahu kalian. Jika kalian lewat menempah, jangan lah minta cik azue percepatkan tempahan kalian. Minta tolong sangat. Macam yang cik azue  telah nyatakan di awal tadi. Jika pada masa itu, kebetulan kain dasar yang dijadual naik ke mesin adalah kain yang sama kalian tempah, in shaa Allah, akan cepatlah tempahan kalian. Jika sebaliknya, kami hanya akan sulam bila masa kain dasar ini sudah selesai tempahan ke atasnya. Seperti yang selalu diperkatakan, cik azue selit-selit tempahan di antara tempahan, yang bermaksud, disulam di antara satu warna dasar kain dengan warna dasar kain yang lain.

Habis bab menyulam. 
Masuk bab penyediaan pula. Disebabkan tempahan kali ini yang agak besar (alhamdulillah atas sokongan kalian), jadi cik azue akan ambil banyak masa juga sambil-sambil menyulam, sambil-sambil potong benang lebihan, potong ikut saiz dan bakar. Ya BAKAR. Cik azue bakar tepi kain setiap nametag yang disulam bagi memastikan kekemasan hasil akhir.

Ini belum masuk yang tidak lepas QC (semakan kualiti - nak buat macam mana, cik azue ni dahulu adalah ketua jabatan kawalan mutu, jadi segala skil akan diaplikasi untuk para pelanggan juga).
Ada yang ter salah warna, tersalah ejaan, tersalah itu dan ini.

Lap peluh juga tiap kali lihat hasil 'reject' yang mana kadang-kadang cik azue kirim juga pada pelanggan sebagai FOC - ya TANPA BAYARAN bagi jumlah kepingan itu.
Tak mahu lah cik azue simpan buat kenangan. Beri pada yang menempah walau salah warna benang atau kain, sekurang nya beliau boleh guna kalau bukan untuk pakaian sekolah, boleh juga dibuat penanda pada peralatan sekolah anak beliau. Tidak membazir dimata cik azue dan in shaa Allah moga boleh meringankan bebanan yang membuat tempahan.

Baiklah, sampai sini dulu.
Lain masa cik azue akan cerita lagi.

Salam penuh keceriaan.

Wasalam

Saturday, December 20, 2014

Entri # 106: Awul Buat GA

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.
Alalalalalala, lama sungguh la cik azue mendiam kali ni ya. Minta maaf, tersangat sibuk. 
Ya ini betul, agak sibuk dihujung tahun, bukan kerana memenuhi undangan perkahwinan atau meraikan kanak-kanak ribena yang sedang bercuti, namun sibuk kerana

1) menyelesaikan tempahan sulaman tanda nama
(bagi yang ingin menempah juga boleh ke SINI)

2) Komputer riba cik azue suka betul sekarang ini membuat perangai. Asal ku buka lebih dari satu perisian, ha, akan mengeraslah dia. Bukan sekali dua kali, berkali-kali dalam satu masa.
Sudahnya, tidak payah buka apa pun kecuali perisian untuk mesin sulam sahaja.
Sob!Sob!Sob!
(sekarang en chenta sedang format komputer riba cik azue, nangis tidak dapat buka design sulaman yang telah disimpan / 'backup' , kita pun pinjam ler komputer gabak en chenta untuk buat jadual entri)

Menulis tentang GA (GiveAway), kali ini, cik azue memberi sokongan moral buat kawan ABDR/blogger. Cik azue berbesar hati menaja bantal AWUL ini buat pemenang di segmen GA beliau.


Kikikiki, kalau ada kawan-kawan yang nak mencuba nasib, boleh lah menyinggah ke blog puan MUN ikut Tajuk di bawah ini.

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com


Kawan-kawan boleh klik tajuk di atas dan ianya akan bawa kawan-kawan ke url segmen blog Puan Mun nanti.

Oh habis cerita.
Oh ada cerita lagi.
Nak bagitahu semua, yang barangan hasil kerja tangan cik azue akan dipromosikan oleh cik azue sendiri, en chenta (selaku CEO) dan puan Izzatun (adik kandung cik azue merangkap Penyelia Pemasaran bagi perusahaan kami).

Berikut adalah pautannya
Page Rasmi: Keraih Lengan Kuazue (https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue)
Blog Rasmi:Keraih Lengan Kuazue (http://kraftangankuazue.blogspot.com)
IG Rasmi: Sedang di bangun kan ekekekek

FB cik azue: Azuriyah Mohamad (https://www.facebook.com/KUAZUE)
Page cik Azue: Kuazue Mohamad (https://www.facebook.com/pages/Kuazue-Mohamad)

Selain dari ini, jika ada pun hanyalah satu orang sahaja yang telah diberi kebenaran, hanya boleh promosi di FB Ummu Jannah (https://www.facebook.com/ummu.jannah.3) hanya untuk bantal AWUL sahaja.

Selain yang dinyatakan diatas ini, mana-mana gambar mempromosikan hasil kerja tangan cik azue adalah palsu. 
Hanya yang dinyatakan di atas sahaja yang menerima dan mengedarkan hasil kerja tangan yang dihasilkan oleh pihak KERAIH LENGAN KUAZUE.

Semoga ini memberi pencerahan buat kalian dan cik azue tidak mahu lagi menerima sebarang permohonan yang memohon untuk menjadi 'dropship agen'.

Hingga ini,
Jaga diri dan awasi IMAN dalam diri.

Mohon maaf jika entri ini ada mengguris perasaan.

Wasalam

Monday, December 8, 2014

Entri # 105: Tempahan sulam tanda nama

 Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua.
Hari ini, cik azue update laju-laju blog ini. Mengejar masa yang semakin suntuk. Harap esok masih ada ruang nak menulis lagi buat kalian.

Baik, ini sambungan koleksi tempahan nametag yang dah siap dipos, diambil dan mungkin juga sudah siap dijahit dan diguna


















Minta maaf, no turutan pun dah tabur. 
Tempahan adalah dari persendirian. Yang pukal, belum mula jalan lagi, kita sedang digitize satu-satu dan susun tunggu masa nak naik mesin sulam.
Tempahan di atas juga adalah campuran sulam tanda nama dan tag nama (untuk mak-mak guna dijahit pada pakaian atau peralatan anak-anak).

Terima kasih kalian atas sokongan. Terima kasih Allah atas utusan rezeki.

Yang ni pula kerana fenomena I AM dan I Love tu. Disebabkan ada yang bertanya, cik azue pun mencuba jaya buat rantai kunci ini.

Rantai ini dijual pada harga RM5 satu tidak termasuk kos penghantaran.


Bagi kalian yang berhajat, boleh terus Whatsapp cik azue di 013-2700020 ya.

Sampai sini dulu ya.

Wasalam.

Entri # 104 : Give Away Dec '14 - Keraih Lengan Kuazue

* Ini entri melekat. Boleh terus ke bawah bagi entri terbaru *


Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih sayang.

Kali ini nak beri anda GA terbaru dari page cik azue. Kesian tu hari, ramai yang tak sempat kan.
Jom memeriahkan suasana.



Give away Dec 14 
agak-agak la...apa yang sedang kami usahakan ini.
Hanya seorang sahaja yang akan jadi pemenang bagi satu tuala bersulam imej yang akan kami tentukan nanti (tuala mandi budak).
Syaratnyer:
1) Like page ini : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
2) Share post ini (di FB atau di blog. Bagi Blog, boleh link kan dikomen ya)
3) Nyatakan jawapan anda

Selamat Meneka dan Sah sehingga 8 Dec 2014, 6am.
Terima kasih kerana turut serta dan selamat maju jaya.

Wasalam

* edited: 5/12/2014 - HINT

Yang sedang diusahakan itu ada kaitan dengan AWUL di bawah ini

Friday, December 5, 2014

Entri # 103 : Senangnya WAHM; Tempahan Tuala

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Pejam celik dah hampir dua minggu anak-anak yang bersekolah bercuti sekolah dipenghujung tahun. Pejam celik, berbaki lagi 3 minggu, kita akan melangkah ke tahun baru Masihi, 2015 pula.
Bertambah tahun, bertambahlah angka dalam kehidupan kita ini.
Apa persediaan kita dalam meneruskan kelangsungan hidup di alam maya yang semakin menekan kadang kala dirasakan. Lain masa kita berceletoh lagi ya.

Ok, berbalik kepada tajuk entri di atas sana.
"Senangnya WAHM!" Menjadi WAHM nampak senang dimata bagi yang belum bergelar WAHM.

Menjadi WAHM bukanlah ikutan trend semasa. Ianya adalah satu pilihan dalam banyak-banyak pilihan yang ada.
WAHM memerlukan satu jadual kerja yang anjal ('fleksibel'), memerlukan stamina yang cukup tinggi dari segi segi mentaliti, spiritualiti dan jasmani.

Menjadi WAHM dengan lingkungan anak-anak kecil (bawah setahun hingga ke umur pra remaja) sangat menuntut kita para ibu agar mempunyai kesabaran ke tahap yang paling maksimum sekali.

Menjadi WAHM ketika musim persekolahan dengan WAHM ketika musim cuti sekolah banyak bezanya. WAHM dengan anak-anak yang berumur dari bawah setahun hingga pra remaja dalam satu bumbung juga amat meruntun jiwa.

Nampak senangkan disebalik senyuman menerima kunjungan tetamu yang bertandang lewat hari dan status cukup molek para WAHM dilaman sosial, hampir kebanyakkan kaum IBU yang masih terikat bekerja diluar sana memimpikan impian yang sama untuk bergelar WAHM.

Nah kalian, jika masalah kerja lah (tidak puas hati itu dan ini) punca kalian mahu mengubah langkah, ini nasihat cikazue. Jika semasa masih menjadi seorang pekerja dengan seorang majikan pun huru hara keadaannya, percayalah, jika kalian tidak boleh tahan karenah di pejabat sekarang ini, takut-takut bila  kalian sudah mengorak langkah seperti kami, lagi huru hara jadinya. 

Jika di pejabat, rata-rata yang memberi masalah adalah dalam lingkungan umur dewasa sahaja. Namun, bila mana menjadi WAHM, selain ALLAH, bos-bos kita adalah anak-anak kita yang pelbagai peringkat umurnya serta pelbagai tingkah lakunya serta para pelanggan yang kita selalunya tidak pernah bersua muka, tidak kenal langsung hati budinya, hatta sikap penerimaan mereka terhadap kita.

Mengambil contoh diri sendiri. Cabaran bekerja dengan dua anak teruna berumur 7 dan 9 tahun dalam cuti sekolah ini sangat lah meruntun jiwa. Hanya bergantung pada yang ESA sebagai 'BOS' yang paling besar dalam kehidupan. Kadang kala, anak-anak akan membuat karenah kerana inginkan perhatian 100% dari si ibu yang bekerja mengejar 'dateline'.
Ini kisah semalam. Seharian, ini sahaja yang dapat si ibu usahakan. Sudahnya anak-anak yang menang dalam membuat karenah. Sudahnya, ibu bangun semula jam 2 pagi menyambung kerja yang masih banyak berbaki.

Ini adalah sedikit contoh cabaran yang kami WAHM hadapi saban hari. Lain hari, lain pula cabaran menanti.

Buat tempahan ini, Terima kasih buat puan penempah yer. Semoga puan berpuas hati.

Ok. Bagi yang bercadang dan punya hasrat hati ingin memilih kerjaya sebagai WAHM, apa kata kalian bermula secara sambilan dahulu. Cuba-cuba kenal diri sendiri dan kekuatan serta kelemahan diri. Kalau kami mampu menjadi WAHM, kalian juga pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Yang penting nawaitu diri dan mohon persetujuan dari Ilahi.
Oh nak bagi tahu juga, cik azue pun ambil masa selama 3 tahun mohon petunjuk dari Ilahi melalui istikharah (in shaa Allah masih lagi diteruskan hingga ke hari ini) yang dilakukan saban malam sehingga hati menjadi tetap akan pilihan yang dibuat.

Bagi yang memang nekad hendak bermula ke arah WAHM, dan tiada  panduan arah tujuan, berikut boleh dijadikan sebagai panduan.

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan, dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.
Akademi Bekerja Di Rumah kini hampir mencecah 1000 orang bloggers. Bayangkan jaringan network dan sokongan percuma yang bakal menanti suri sekalian. Setiap blogger akademi dapat dikenali dengan logo wanita comel di atas pada blog masing-masing.
Antara produk-produk laku keras yang ditawarkan ialah:
>> Produk Makanan Sunnah (jus kurma, jus delima, air zam-zam dll)
>> Produk Makanan (nasi arab, keropok, serunding, koko tamar, dll)
>> Telekung solat
>> Produk islamik (e iqra, al quran digital dll)

Jika suri sekalian berminat boleh hubungi cik azue ya (PM FB : Azuriyah Mohamad)

Baiklah. Sampai sini dulu ya. Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam




Friday, November 28, 2014

Entri # 102 : Mesin Penyambung Nyawa; Cabaran RM1 Seorang

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua.
Satu malam tidur tak mahu nyenyak. Tidur malam serasa ada lagi benda yang belum selesai. Allah.. berat sungguh ujian kali ini. 
Apa sebab diberi ujian ini tidak lah ku tahu. Barangkali ini jawapan pada keluhan yang sering dirasa bila diuji dengan sakit tangan kejap, sakit kaki kejap, sakit perut kejap, sakit itu dan ini kebelakangan ini. Masa mula dapat, hati rasa " Alahai.. macam mana ni?"
Nak berdiam diri, memandang sepi atau bangkit untuk tolong diri sendiri? 
Allahurabbi, ini jawapan pada setiap munajatku lewat hari? Ini juga jawapan buat daku yang bercita-cita ingin berbakti, menginfaq membantu pada yang memerlukan.
Di saat terasa ada kekangan dalam kehidupan, Allah beri satu ujian kecil yang nampak kecil tapi berat dihati kalau dibiar sepi.
Lantak lah apa orang lain nak kata. Terasa ada bebanan tak terlaksana andai cik azue membiarkan kisah ini begitu sahaja. Gapailah, capailah, mungkin ada sebab dia diketemukan dengan cik azue tika dan waktu ini.

Mesti kalian bingungkan. Baik, ini ceritanya.
Suatu hari dek kerana cik azue menerima bertalu-talu pm dan pesanan di talifon tentang tempahan cenderahati yang tidak dapat dipenuhi, maka cik azue memuat naik tawaran pada satu 'group' karyawan yang cantik-cantik hasil kerja tangan mereka, meminta mereka menghubungi cik azue bagi melepaskan beberapa tawaran kepada yang bernasib baik.
Dipendekkan cerita, bila tawaran telah pun ditutup, tiba-tiba, cik azue menerima satu pesanan di aplikasi 'Whatsapp' yang berbunyi begini.
(maaf, tidak pandai 'screen shot' jadi cik azue salin semula ya)

"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......"

Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu..

Allahurabi... hebatnya dugaan...Masya Allah... boleh lagi dia minta kerja dari cik azue bagi menampung perbelanjaan untuk membeli keperluan bagi kelangsungan hidupnya, iaitu sebuah MESIN OKSIGEN, sebuah mesin penyambung nyawa lah kiranya.


Kalau nak tahu apa pekerjaan adik ini? Dia membuat barangan kraf di masa sengangnya. Beliau yang bernama Nadia ini boleh dihubungi melalui laman sosial FB: Nadieya Felt Craft

Pada mulanya, dia keberatan bila cik azue utarakan untuk menulis cerita tentang beliau, kerana dia masih boleh berusaha dan tidak mahu ada rakan-rakan yang tersalah anggap seolah dia menagih simpati mahupun ehsan. Sebab itu dia minta kerja, Tapi apalah sangat yang boleh dibuat oleh dia dalam keadaan nya yang sebegini kan.. mahu mengumpul DANA sebesar 5K buat membeli satu lagi unit mesin kerana mesin sedia ada sudah rosak (1 mesin dari hospital, satu lagi arwah kawan nadia bagi, tapi salah satu dah rosak). Jadi Nadia sekarang bergantung kepada hanya satu mesin sahaja yang kita tak tahu bilakah mesin ini akan terhenti. Membayangkan tiba-tiba mesin yang satu ini terhenti? apalah nasib adik malang ini? Cik azue pujuk-pujuk dan akhirnya dia bersetuju, itu pun hanya bagi mempercepatkan proses mendapatkan mesin oksigen itu sahaja. Lain-lain dia dan keluarga akan usahakan sendiri.
Nadia merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik yang mana mempunyai seorang abang yang baru tamat pengajian dan seorang adik yang masih lagi belajar. Ibu dan bapa hanya berpendapatan kira-kira RM1K sebulan. Jadi Nadia yang berumur 22 tahun ini mengambil inisiatif mengisi masa senggang dari duduk saja, membuat kerja kraf dan berjualan melalui alam maya.
Terpukul cik azue dengan situasi Nadia. Sesakit dia, masih lagi berusaha.. cik azue? Tanpa wayar oksigen pun, sikit sahaja demam pun.. kalau boleh seluruh kenalan di dunia ni nak diberitahukan.
Malu! Malu! Malu! Allah, hebat sungguh teguran Mu Ya Allah.

Nadia dgn wayar nya ketika pergi atas urusan temujanji rawatan

Nadia dengan mesin oksigen.

Maaf Nadia, terpaksa cik azue muat naik juga gambar yang kalau boleh anda tidak mahu dikongsi. Tapi demi kelangsungan nyawa itu, kita kongsi bersama.
Bayangkan Nadia memakai mesin itu 24/7. Ke mana sahaja dan buat apa sahaja.
Untuk makluman, Nadia menghadapi sakit pendarahan dalam paru-paru. Selalu alami batuk berdarah dan semput. Pernah koma selama 2 bulan dan pernah jalani kemo.
Nadia adalah penghidap Thalasemia dan dikesan pada umur 6 tahun. Menderita sakit paru-paru dari umor 12 tahun. Bermula dengan pakai topeng oksigen waktu malam sahaja sehingga lah sekarang ini kena pakai sentiasa. Pernah dirawat di hospital selama 3 tahun (duduk hospital 3 tahun sebab tidak boleh cabut oksigen). Dan di sinilah bermulanya Nadia kena pakai 24/7 topeng oksigen.
Nadia di bawah hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA), di bawah seliaan unit dada.

Nadia boleh dihubungi di talian 019-9352697 dan WhatsApp pada talian  011-39145517. Tapi cik azue ingatkan, masa cik azue berbalas pesanan pun, kadang Nadia ni minta diri, perlu rehat, kena tidur. Jadi jangan harap jawapan cepat dari Nadia, jika kalian ada yang mencuba menghubungi Nadia sendiri.

No akaun bagi saluran DANA ini adalah
Bank: CIMB 7053466392 - Nurul Nadia Nahyuddin

Manakala bagi yang berkesempatan untuk melawat, boleh singgah ke 
12933, Jalan Sri Jaya,
Kampung Gong Pauh,
24000 Kemaman,
Terengganu

Marilah kalian kita bantu adik ini yang kuat semangat nya dengan merealisasikan impian memiliki satu lagi mesin oksigen bagi penyambung nyawa.

Jutaan terima kasih buat kalian yang sudi membaca dan 'forward' sehingga DANA 5K cukup buat membeli mesin oksigen nya.
Semoga usaha kecil kita memberi seribu sinar buat Nadia dan keluarga dan semoga Nadia tidak putus asa atas rahmat Ilahi walau pun dia diuji dengan ujian yang berat di mata cik azue.

Tak tahu lagi nak kata apa dan nak tulis apa. 

Akhir kalam,

'Kalau kita rasa kita ni susah. sebenarnya dalam kehidupan ini ada lagi yang lebih susah dari kita'

Wasalam

Wednesday, November 26, 2014

Entri # 101 : Sulam design "Orang Lidi"

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Minta maaf, cik azue menyepi diri. Bukan merajuk, tapi tangan ni mcm tak larat nak ketuk kekunci komputer riba ni dek pengangan sakit urat tangan. Sekarang alhamdulillah, berkat doa kalian, sihat sudah cik azue beransur-ansur.

Baik, kali ini cik azue nak share hasil sulaman dan jahitan yang ditempah oleh dua orang pelanggan menggunakan imej sulaman yang sama.
Teriima kasih buat kalian berdua.


Ini artwork yang diterima oleh pelanggan pertama. Mahukan artwork disulam pada dua bantal berasingan.
Ini pula hasil setelah disulam mengikut spesifikasi yang dikehendaki.


sama tak?? Alhamdulillah. set ini menggunakan kain kapas satin (cotton satin) dan disulam penuh dengan isian di dalam nya kekabu asli. Bukan "polyfiber fill" ya.
Set ini bersaiz sebesar kertas A4 dan dijual pada harga RM120 tidak termasuk cas pembungkusan dan penghantaran.

Mari jenguk lebih dekat hasil sulaman pada setiap bantal tersebut.




Cabaran nak siapkan tempahan ini adalah nak samakan garisan dari bantal A ke bantal B... nampak tak? Yang di bulatkan kuning tu.


Apa pun, Alhamdulillah, bantal dah sampai ke tangan tuan nya. Semoga berpuas hatilah hendaknya dengan hasil kerja tangan cik azue ini.

Tempahan seterusnya. Dari design sulaman orang lidi yang sama dimampatkan ke dalam satu "artwork" sulaman sahaja.

Berpeluh dahi juga bila mana nak kecilkan bagi muat kerana saiz bantal yang agak terhad.
Dan ini lah hasilnya


Saiz bantal ini 12 inci tepat dan dijual pada harga RM50 tidak termasuk kos pembungkusan dan pengeposan.
Terima kasih cik dan semoga cik yang menerima berpuas hati dengan hasil kerja tangan cik azue ya.

Sampai sini dulu ya untuk kali ini. Nanti ada lagi design orang lidi ni nak cik azue tunjukkan. Sedang menyusun imej untuk siap sedia bagi sulaman berikutnya.

Jika ada kalian yang berminat, selain melalui FB Page Keraih Lengan Kuazue, kalian juga boleh hubungi cik azue melalui applikasi WhatsApp ya melalui no 013-2700020.

Oppsss tempahan sulam nametag masih boleh kalau kalian nak selit-selit tempah.

Akhir kalam. Jaga diri, jaga perilaku.

Wasalam

Saturday, November 15, 2014

Entri # 100: Ros dilaman sendiri

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Sabtu sudah. Pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita.
Dalam pada sibuk itu dan ini, cik azue nak kongsi juga hobi yang diwarisi oleh bonda.
Menanam pokok bunga ROS. Kalau dulu cik azue tukang korek tanah bakar bubuh dalam pasu, tukang jirus dan baja (sebenarnya tukang kebun mak, tapi sebenarnya, mak sedang ajar cik azue bagaimana nak menanam dan membelai ros, tapi jiwa muda lebih kepada terasa menjadi tukang kebun), merumput dan segalanya. Kenapa cik azue yang kena buat? Sebab utama, mak cik azue tak boleh nak buat sendiri selepas kena demam panas, mak tak boleh bangun, berdiri atau berjalan tanpa tongkat saktinya. Jadinya, cik azu yang sebetulnya suka ros ni membantu lah mak menanam ros ini di laman mak. 
Bila mana cik azue dah keluar dari sarang, cik azue tak pernah lagi nak menanam ros, sampai tahun 2003, lepas berhenti kerja dan menjadi surirumah sekejap, masa inilah cik azue mula mengumpul pokok ros. Tanam sekejap, bila dah mula bekerja yang keluar pagi, balik pun hampir pagi, bila masa pula nak tengok-tengokkan ros itu, maka QOLU lah si ros dilaman ketika itu. Sehinggalah si adik bongsu suatu hari bawa pulang satu ranting ros kampung. Kita cucuk semai dalam pasu dan sungguh cik azue tak belek-belek ros itu sehinggalah cik azue berhenti dan menjadi WAHM Mac lalu.
Ros ini manja, perlu dibelai dan baja selalu. Sudahnya ranting semaian yang sebatang itu menjadi-jadi pula hasilnya. WANGI!




Lenteran kisah ros kampung magenta ini yang suka berbunga, cik azue pun bertukar-tukar keratan dengan sahabat di alam maya. Mencari ros kampung putih dan pink.

semaian ros kiriman kak jannah

semaian ros kiriman Jebat

semaian ros dari kakak ipar
Sekarang ni pokok-pokok ros semaian ini dah membesar dan hasil dari ros kampung sedia ada juga cik azue buat keratan dan semai (cadangnyer nak bagi panjat pagar- boleh bikin pagar pokok ros, tengok ada tak yang berani nak panjat pagar lagi lepas ni)


ini ros semaian dari kakak ipar


semaian en jebat dah semakin tinggi, habis daun kena makan belalang

ini semaian kak jannah, cik azue dah ubah tempat, lambat pula nak membesar

ini semaian dari ros magenta sendiri

 Gambar yang bawah ini pula keadaan ros magenta tika dan saat ini. Penuh kudup-kudup bunga walau hujan hampir setiap hari.


walau masih kudup (ntah kenapa buruk pula kudupnya dimusim hujan) namun harum wanginya menusuk kalbu



Ini pula cerita ahad lepas. Chenta belikan hasil pilihan hati cik azue. Kami beli di Lot 57 - Sungai Buloh. Rm35 sepasu. Pokok induk nya keluarkan bunga yang sangat wangi, tapi sayang, lupa pula nak ambil gambar pokok induknya.




Ini gambar dari google rupa bunganya kerana cik azue lupa nak ambil gambar dari pokok induk
Kih..kih..kih... misi diteruskan pada hari isnin. Kebetulan lalu kat rumah India kat taman muhibbah. Dah lama cik azue nak menanya tuan rumah. Kebetulan hari itu ternampak tuan rumah mengemas halaman. Cik azue pun bertanya, dan mendapatlah seprti dibawah.

Pokok pertama - jenis shrub - bunga pink kecil-kecil





pokok kedua -  juga jenis shrub - bunga merah yang wangi 




Semuanya dah chenta tolong semaikan. Alhamdulillh, semaian tak pula nampak kecut. Daun asal kekal dan kudup bunga yang ada terus nampak nak mekar. Alhamdulillah.
Oh ya, sebahagian batang keratan telah cik azue pos pada adik cik azue yang dah lama minta.

Pada yang ada minta keratan magenta itu, kita tunggu ros habis berbunga dan baru cik azue buat keratan dan pos ya. (oh mereka ini berhubung mahu tukar keratan suka sama suka- terima kasih sebab nak tukar-tukar dengan cik azue)

Oklah sampai sini dulu. Lain kali kalau dah berbunga yang semaian itu, cik azue update lagi ya.
Macam biasa, jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Cik azue nak bersiap untuk menyulam tempahan tanda nama.

Wasalam

*ppsssstttt... kalau ada kalangan pembaca yang ada ros kampung warna putih atau cream dan sudi nak menukar keratan dengan cik azue amatlah cik azue alu-alukan...*