Followers

Wednesday, February 26, 2014

Rabu, 26 Februari 2014

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Apa khabar anda semua? sihat? cik azue sihat sahaja disini ditemani rutin kehidupan yang membuatkan kita seringkali berkejaran tidak kira tempat, masa dan dalam apa juga keadaan.

Baik, berbalik kepada situasi berkejaran tadi, saksikanlah hasil aktiviti kejar-mengejar cik azue dengan masa bermula malam tadi.

 Tempahan Nametag # KSN00046
Butir tempahan di sini: Keraih lengan Kuazue dan di Panduan Sulam Nametag
Terima kasih pada puan penempah. Nanti tempah lagi yer. Penghantaran / ambil boleh dilakukan hari ini.

Aktiviti pagi hari pula


Macam biasa, Bento buat chenta hati, tidak boleh berpisah nasi dan sambal belacan, buat makluman pada yang bertanya kenapa mesti ada sambal belacan.
menu hari ini adalah, Nasi Putih, sambal belacan dan kari daging kerisik. Resepi, tidak perlu barangkali, ini sudah pun menjadi resepi biasa-biasa sahaja.
Oh ya, nanti dikelapangan, cik azue masukkan koleksi gambar bento dari minggu ke minggu, semoga memberi idea buat anda juga diri cik azue yang selalu kepupusan idea nak masak apa.


Disebabkan kari daging kerisik, cik azue terus  buatkan roti canai segera tampal telur buat sarapan jejaka bertiga dirumah ini. "Allah huRabbi, dibahagian manakah hendak aku menidakkan akan kehebatan dan keagunganmu yang telah mengurniakan kami rezeki sedemikian ini.."

Oklah, cik azue nak gerak ke pejabat, hari-hari terakhir memegang jawatan disitu, namun, seperti dijangkakan, keputusan cik azue melepaskan jawatan sedia ada itu rupa-rupanya bukan sahaja memberi impak yang besar pada diri cik azue, malah juga kepada pihak pengurusan atasan. Namun, cik azue ada alasan yang tersendiri, walau seribu kali penyesalan yang diutarakan. Hidup perlu diteruskan. Perjuangan tidak akan pernah berakhir dalam konteks kehidupan cik azue. Berhenti di sana adalah demi memulakan satu PERMULAAN yang baharu yang man pasti lebih hebat cabaran  yang sedia menanti.

Allah, moga kawan-kawan, anda memberi sokongan di saat keyakinan berada di tahap genting suatu hari nanti yang kita tidak tahu entahkan jadi, entahkan tidak.

Dan cik azue yakin, selagi nawaitu yang ditanam adalah kerana ALLAH, Allah tidak akan sama sekali melupakan diri kita, cuma kitalah yang sering melalaikan diri sendiri.

esok cik azue cerita lagi. Hari ini juga ada suatu perkara yang harus diperdebatkan dengan pihak pengurusan atasan. Bukan mencari kesalahan, tapi mencari di mana salah diri sendir sehingga mereka tidak nampak siapa diri ini sehinggalah surat perletakkan itu diletakkan di hadapan mereka.
Kata eksekutif Pengurusan sumber Manusia, kes cik azue dah jadi kes berprofil tinggi di tempat kerja dan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk turut campur tangan.
Dan kerana itu, nampak nya, cuti berbaki itu tidak lah dapat cik azue ambil ... huhuhuh..


Wasalam

********************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

5 comments:

Anum said...

salam rabu

Mila@Rimbun said...

wahhh siap jadi kes perprofil tinggi tuh.. maybe selama ini diorg diam2 jer sebab sangkakan azu tak kemana kut kan

babYpose said...

Pandainya buat nametag, serba boleh la Kuazue ni, ,moga permudakan urusan, baki cuti tak leh ambik?

Kuazue Mohamad said...

@Mila@Rimbun

tu la pasal mila ooiitt... depa ingat company tu family I punya.. so hidup ku mati ku semua mesti terkorban kat situ.. hihi..ada ruang n peluang... cabut jer lah kan...

Kuazue Mohamad said...

@babYpose

terima kasih.. bolehlah sikit2.. tu la dianyer... perjuangan harus kuteruskan juga.. adaagenda sebenarnya knp cuti tu tak bagi ambil..