Followers

Wednesday, April 30, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Tutorial Bantal Fossy the Fish Fossil

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue nak melunaskan janji terdahulu. Ingat lagi akan ENTRI ini? Ya dalam entri itu ada cik azue janjikan tutorial bagi bantal hiasan ini.


Kepada yang berhajat nak buat bantal ini, sila-sila kan lah ya. Nak share atau nak guna pakai untuk jana pendapatan pun boleh juga. Tidak perlu minta izin lagi. Ambil lah dan gunalah jika ianya mendatangkan manfaat buat semua.

Kita mulakan dengan basuh dulu kesemua kain yang akan kita gunakan dan kemudian, rangka paten dulu.
kain warna kuning sudah siap dibasuh, kain yang digunakan adalah dari jenis kain flanel.

Rangka yang dilukis tangan, warna biru untuk kain luar, warna merah jambu untuk bahagian dalamnya. Lukis dan turih atas kain (masukkan terus basi jahitan ya) dan potong seperti berikut sebanyak 2 keping (untuk sebelah kiri dan kanan)

 pinjam gambar ini, lupa sudah mahu ambil selepas dipotong

kain keliling nya, saiz lebar yang cik azue buat adalah dalam anggaran 3inci termasuk basi jahitan di kiri kanan. Anggaran panjang keliling adalah kena ukur lah ya ikut berapa besar yang kita lukis tadi. Jangan lupa juga, yang pendek tu adalah bagi bahagian lubang matanya.

CARA JAHIT Tampal Hias (Applique)

guna lagi gambar ini. mula-mula, kita letakkan dua kain ini seperti gambar dan jelujurkan keliling (mana yang mahir, rasanya tidak perlu lagi langkah ini). Jahit lurus keduanya serapat mungkin ke tepi basi jahitan kain diatas.


Selepas siap bagi keempat-empat bahagian, laraskan mesin kepada jahitan zig-zag. 
Berikut adalah setting jahitan pada mesin jahit Cik Singer cik azue ya.

Jahit zigzag serapat yang boleh ya. Di sini kita sedang membuat teknik jahitan tampal hias atau pun jahitan Applique secara manual. Jahit keliling diatas jahitan lurus tadi. Bila bertemu semula di jahitan mula, jangan dijahit undur bagi mematikan jahitan. Sebaliknya, kita tinggalkan helaian benang sebegini dahulu.
muka atas jahitan


dari muka bawah jahitan tadi, tarik masuk helaian benang di atas ke bawah dan simpul dengan benang yang berada di bawah menjadi seperti gambar berikut

Benang disimpul disebelah bawah bagi mematikan jahitan yang diberi nama "Satih Stitch" dalam teknik jahitan Applique.

Ini pula bahagian disebelah atas tadi.



Jahitan 3D

Mula-mula, jahit kain untuk keliling soket matanya.

 

Cantumkan pada satu bahagian badan sahaja dan dijahit keliling.

Selepas itu, cantum dulu kain keliling yang panjang tadi ya dan dijahit cantum mengikut keliling badan ikan ini di kedua-dua belah.


Selepas jahit sekeping.

 Cantum kepingan yang satu lagi dan jahit keliling. Tinggalkan bahagian mata sahaja ya.

Terbalikan kain melalui bukaan lubang soket mata yang tidak berjahit tadi.

Nampak tak, sebelah dijahit dan sebelah lagi dibiarkan dahulu.

Masukkan fiber ke dalam tulang ikan ini keseluruhannya dan setelah padat, mulakan menjahit di bahagian matanya sambil dikemaskan serta dimasukkan fiber sedikit demi sedikit sehingga membentuk soket mata yang memuaskan.

sambil-sambil jahit, sambil masukkan fiber dan kemaskan ya.

Jahit secara "ladder style" atau jahitan tangga yang mana jahitan disorok di dalam fabrik. Maaf jahitan kurang memuaskan sebab sudah lupa proses ini dan kena buat semula sebagai contoh untuk ambil gambar semula.

 dan siap la sudah.

Faham ke tidak? Harap-harap anda faham ya. Mana yang kurang faham, boleh email cik azue ya di kuazue@gmail.com

In shaa Allah, cik azue bantu. Semoga tutorial tidak seberapa ini memberi manfaat untuk semua. Mana yang salah silap, harap dimaafi ya.

Selamat bercuti dan selamat mencuba ya.

Wasalam.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Tuesday, April 29, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Rangka Kerja Jahitan

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang. Lewat-lewat petang sekarang ni mesti hujan kan. Kalau bukan hujan lebat, hujan panas, tapi, mesti hujan setiap hari. Tambah-tambah di Rawang yang memang dalam kategori kawasan tadahan air hujan ni. Alhamdulillah, semoga air diempangan kembali pulih dan siri catuan air ini selesai hendaknya, walaupun itu semua hasil daripada pembenihan hujan.

Oh ya, hari ini, pagi-pagi lagi cik azue menghadap buku kerja cik azue, kira itu ini kos pembuatan bagi setiap produk jualan mahu pun kegunaan keluarga.

Cik azue guna buku tulis sahaja, senang dan In shaa Allah tak mudah hilang berbanding sekeping kertas yang selalu lupa nak failkan kemudian hari.

Untuk itu, cik azue kongsikan dengan anda hasil rangka kerja hari ini.


Tajuk rangka kerja cik azue adalah Kusyen Patchwork.
Nampak tak kawan-kawan contengan cik azue dalam muka surat ini. Ini contengan bagi mengira jumlah fabrik yang perlu digunakan. Sama ada nak beli baru atau nak guna sahaja apa kain sedia ada, belum pasti. Nanti cik azue cuba korek balik tong-tong kain yang ada, mungkin ada kain lebihan yang boleh diguna pakai untuk projek ini.

Nampaknya hari masih hujan dan cik azue kena tunggulah untuk ke pasar tani bagi membeli sedikit keperluan dapur. Jika hujan tak berenti, esok pagi sahaja lah cik azue pergi. Boleh sambung menjahit sementara kanak-kanak ribena yang riang ria belum pulang dari sekolah lagi.

Hingga itu, senyum-senyum selalu dan

Wasalam
****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Monday, April 28, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman : Dilema Berhenti Kerja

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: ADBR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Entri bersenang-senang selepas siap tugasan menyulam untuk hari ini. Sambil-sambil ambil mood menyunting imej untuk sulaman. Ya, ini  pekerjaan hakiki buat cik azue setelah memilih untuk bergelar seorang WAHM.
Sudah beberapa hari pula cik azue memikir dan berfikir-fikir. Perlu atau tidak cik azue kongsikan pengalaman ini, lantaran beberapa hari lalu cik azue menerima beberapa email, Whatsapp dan pm di FB tentang permasalahan ini.

Masing-masing dengan alasan masing-masing. Cik azue kongsikan satu dua pertanyaan bagi menjawap kepada keseluruhan pertanyaan yang masuk. Sejujurnya, cik azue tidak layak untuk bersuara. Kalau bayi, kiranya baru-baru sahaja belajar menjulur dan belum boleh bertatih dalam menyiapkan diri sebagai seorang WAHM yang berjaya. Namun, kerana beberapa permintaan yang mahukan cik azue berkongsi kekuatan bagaimana cik azue melepaskan jawatan dan menceburi WAHM secara serius, maka cik azue memberanikan diri menulis buat tatapan anda semua.

Begini petikan whatsapp dan email yang diterima. Maaf pada yang empunya, tidak bermaksud sengaja mengaibkan diri anda. Ini hanyalah satu contoh am buat semua.
Kes satu:
"Puan saya nak berhenti kerja sebab nak jadi WAHM, boleh jaga anak, duit masuk, cuma saya tidak pandai la nak berblog dan berjualan macam puan serta tidak tahu juga nak menjual apa. Barangkali puan boleh beri sedikit ilmu buat saya. Nampak macam senang jer."

Kes dua:

"bz sgt dgn keja...

Balik rumah stress & terlepas kt anak2
Anak2 mmbesar dgn didikan pengasuh & bibik..

Tp nmpaknya en suami masih belum sedia... "

Kes ketiga:
"Puan saya sudah resign dan hujung minggu depan hari terakhir saya bekerja. Saya berhenti kerana stress dan nak jadi WAHM tapi saya tidak tahu nak mula, idea macam-macam dan ada kekangan modal dengan planning"


Kawan-kawan, bukan para ibu sahaja yang begini dalam dilema, kaum bapa juga tidak terkecuali. Masing-masing punya alasan dan masalah tersendiri.
Disebab ada yang bertanya, cik azue menulis juga buat anda sebagai pedoman. Mana yang memberi manfaat, guna pakai lah. Mana-mana yang tidak betul, harap anda maafkan cik azue yang serba kekurangan ini.

Ini kisah cik azue. Bermula dari hari pertama terfikir untuk melepaskan jawatan sehinggalah benar-benar melepaskan jawatan. Semoga ada pengajaran buat anda yang bertanya dan juga anda yang mencari sedikit panduan. 

Tahun 2009, tahun pertama cik azue benar-benar ingin melepaskan jawatan kerana memikirkan kondisi kesihatan MAK, namun mak menghalang. Katanya, tidak ada apa-apa, banyak lagi pilihan yang ada, cari ilmu dahulu. Kumpul aset dulu. Dari sini, berpandukan MAK, cik azue mula berfikir, sampai bila akan menjawat jawatan jurutera yang mengambil sebahagian besar masa cik azue saban hari ini. Sampai bila mahu prejudiskan nasib anak-anak di tangan pengasuh. Bukan salah pengasuh jika asuhan dan didikan anak-anak tidak menjadi, tetapi ianya salah cik azue yang tidak pandai menyediakan seorang pengasuh yang dapat memenuhi tuntutan anak-anak.
Dari sini, cik azue mula merangka kerja. Kata mak, cari apa diri sendiri boleh buat kalau berenti kerja nanti. Mula cari ilmu dan aset. Dan itulah titik mula nya perjuangan ingin bergelar WAHM.

OK, kata kunci disini adalah, kenal pasti dulu kenapa anda mahu berenti, cari kemahiran diri, tambah ilmu dan kumpul aset untuk kegunaan kemahiran yang diminati.

Selepas MAK dijemput ILAHI, cik azue hilang sekejap arah tujuan, namun beliau tinggalkan amanat yang perlu dilunaskan. Selimut tampal cantum, mesti guna kain perca jika cukup dan mengikut beberapa paten yang telah ditentukan beliau. Nah, disinilah latihan yang ditinggalkan untuk menyungkil lagi bakan terendam cik azue.

Bila hasrat berhenti dikhabarkan kepada chenta hati, beliau pula berkata, SABAR dan fikir lagi. Buat istikharah dan minta betul-betul apa yang mahu dalam hati.
Kalau ikut panas hati kerana stress ditempat kerja, mahu jam itu juga cik azue dah berenti. Namun, bila kita tak dapat atasi stress tempat kerja, bagaimana nanti mahu atasi stress di rumah yang mana kita bekerja dengan dan bersama orang-orang kecil yang kematangan fikirannya jauh berbeza dari orang-orang dewasa.
Jadi bagaimana?

Cik azue bermula secara sambilan. Jika dahulu, bekerja sampai lewat malam, sabtu ahad juga bekerja, cik azue mengubah, mencari pula kerja yang beri cik azue 5 hari sahaja bekerja dan menghadkan tempoh bekerja sehingga jam 6pm sahaja, mengikut waktu kerja pejabat. Dari situ cik azue bermula menghadkan diri agar tidak terbabas jam kerja serta tidak bawa pulang ke rumah kerja pejabat.

Bila anak mula bersekolah, masa mereka sebelum tidur menjadi tersangat pendek. Amat pendek hanya selama lebih kurang 2jam sahaja dari mula cik azue jemput mereka dari pengasuh. Kemudian cepat-cepat siapkan makan malam dan lihat kerja rumah termasuk bebelan manja (mereka rindu bila sehari cik azue tidak mengomel, sengaja kekadang tu buat perangai bagi menarik perhatian, walau pun akhirnya yang dapat adalah kena marah atau rotan-bila mana mainan kaki dan tangan campur tangan).
Selepas jam 9.30pm, cik azue tidak ada apa lagi perlu dibuat sementara menanti baju-baju di mesin basuh untuk dibasuh. Chenta hati pula sibuk dengan kerja beliau. Jadi cik azue melakar kembali segala kenangan dengan MAK. Cik azue cuba-cuba ingat akan apa yang pernah MAK buat dulu untuk kami dan hasilkan buat anak-anak pula. Dari situ cik azue berkembang, berkembang dari mulut ke mulut dan akhirnya, dengan bantuan Ilahi, cik azue dapat melepaskan jawatan dan bergerak sendirian begini.
Namun, masih banyak yang perlu cik azue lakukan demi anak-anak. Masih lagi berlajar untuk berlari. Dan kerana itu, cik azue tidak fokus kepada banyaknya bilangan tempahan yang masuk, cuma fokuskan hanya kepada berapa jam masa yang ada buat anak-anak. Tempahan yang masuk menjadi suatu hobi untuk melepaskan kerinduan pada MAK sementara anak-anak masih dalam peringkat 7 tahun kedua usia pembesaran mereka.

Sejujurnya, cik azue mengambil masa dari tahun 2009 sehingga 2014 untuk menjadikan impian itu suatu kenyataan. Menjadi seorang WAHM bukanlah mudah. Nampak senang tapi jujur tidak MUDAH. Bukan lah suatu ikutan atau "trend" masa kini. Menjadi WAHM atau WAHD adalah suatu pilihan di antara banyak-banyak pilihan yang ada.

Bagi yang bertanyakan cik azue, ini nasihatnya.
Sebelum anda melepaskan jawatan, perkara yang perlu anda pertimbangkan adalah

1) kerana apa anda mahu bekerja dari rumah.
Jika stress jawapannya,  bekerja di rumah lagi besar stress yang akan dihadapi jika tidak pandai urus masa dan keadaan.

2) apa mahu anda lakukan bila mana anda sudah berhenti.
Jika mahu jadi seorang surirumah biasa, silakan, namun jika ingin menjadi suri/sura berpendapatan, carilah dan kongsilah apa sahaja kemahiran yang anda boleh lakukan. Mulakan secara sambilan hingga anda benar-benar yakin itu adalah bidang yang paling anda minati.
Ini adalah bagi memastikan yang anda akan berjaya nanti.

3) Sediakan sejumlah wang untuk digunakan sebagai modal permulaan dan pembiayaan. Belajar tabir wang dan bagaimana untuk seliakan wang tersebut.

4) berdoa dan berusaha dan bertawakal disamping cari sebanyak mungkin ilmu dan panduan sebagai sumber inspirasi di saat hati kita mula goyah setelah bergelar WAHM/WAHD.

Untuk cik azue, ADBR merupakan kumpulan sokongan yang cik azue pilih setelah berbulan-bulan cik azue membaca dan mengikuti segala perkongsian yang ditulis oleh puan MASAYU. Membina keyakinan diri sendiri melalui perkongsian sahabat seperjuangan  yang lain.

Baik, bagi anda yang telah pun melepaskan jawatan. Jangan pernah menyesal akan pilihan yang telah dibuat. Mulai sekarang kita perlu mencari apa yang harus kita buat.
Cik azue pula, kerana cik azue telah punya blog dan FB Page tentang produk cik azue, cik azue telah mengikuti kelas online blog bisnes dan fanpage lalu berpeluang menjadi pengurus online bagi akademi. Sambil-sambil belajar promosi barangan akademi, sambil-sambil belajar promosi barangan sendiri. Sambil-sambil belajar, sambil-sambil mengambil tempahan dan sambil-sambil itu dapat pula duit untuk masuk lupakan. Itu akan cik azue kongsi lain kali ya.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang ADBR, anda boleh email cik azue di kuazue@gmail.com.
In shaa Allah, cik azue sehabis mungkin akan menolong anda dan semoga perkongsian hari ini dapat memberi sedikit panduan buat anda yang ingin dan baru bekerja di rumah.

Hingga itu, mohon maaf dipinta dan selamat membaca. Yang baik jadikan panduan, yang sebaliknya, adalah dari kelemahan cik azue sendiri.

Akhir kata.

Wasalam

*****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Sunday, April 27, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman : Sulaman Bantal Cenderahati

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang. Kali ini cik azue kongsikan tempahan bantal cenderahati yang ditempah oleh seseorang untuk dipos kepada seseorang. Tempahan melalui applikasi whatsapp dan cik azue tidak pula bertanya dari seorang lelaki kepada seorang perempuan kah  atau sebaliknya.



Mari lihat proses pembuatan bantal ini.
Pertama, Pelanggan menghantar imej dan perkataan untuk disulam ke atas bantal. Kemudian imej dan perkataan, digubag semula menjadi imej sulaman dan dihantar kepada mesin sulaman.

Semasa ini berlaku juga proses suntingan kepada setiap imej dan perkataan. Bilamana cik azue rasa ianya agak menyentuh sensitiviti, cik azue akan cuba berurusan dengan pelanggan tadi dan mencapai semula persetujuan. Dalam kes ini, bila imej disediakan dalam bentuk imej sulaman barulah cik azue perasaan, di atas mahkota itu terbentuk seakan-akan satu salib kecil disitu. Jadi kita ...BERTUKAR!

Kedua, imej tersebut dimuat naik dari komputer ke mesin sulaman dan proses sulaman pun bermula.

Bermula dengan sulaman mahkota dan sehingga siap sepenuhnya seperti berikut.


Tempoh penyediaan dan sulaman ini memakan masa selama 3jam (tidak termasuk masa suntingan dan penukaran imej kepada imej sulaman)

Ketiga, proses pembuatan bantal dan pembungkusan. Proses ini agak cepat dan mengambil masa hanya 30minit sahaja.

Bantal yang sudah siap dijahit cantum dan diisi fiber dalamnya

Pembungkusan

Jumlah masa pembuatan bagi satu bantal sebesar 16 inci x 16 inci seperti ini adalah 5jam.
Walaubagaimanapun, masa pembuatan adalah bergantung kepada jenis design bantal, corak yang ingin disulam, serta jenis kain yang digunakan.
Walau pun nampak macam cepat sahaja pembuatan bantal ini, sebenarnya, proses diperingkat pertama, iaitu proses menyaring imej dan memproses imej untuk dijadikan imej sulaman adalah suatu peringkat yang memerlukan satu ketekunan dan ketelitian. Jadi, besarlah harapan cik azue, jika ada diantara anda yang berminat ingin mendapatkan perkhidmatan cik azue, sudilah kiranya jangan membuat sebarang order jika masa kehendaki tidak mencukupi 2 minggu dari tempoh order diproses masuk ke bilik kraft cik azue.
Kasihan juga pada yang telah membuat tempahan awal beserta bayaran penuh.

Sampai sini dulu ya untuk hari ini.
Jika anda sudi untuk melihat lain-lain hasil kerja tangan cik azue, sudilah melawat ke fanpage cik azue.

oh ya, blog kerja tangan cik azue masih lagi dalam proses. In shaa Allah akan diusahakan. Cik azue paham, dan cik azue akan usahakan agar anda semua tidak ada masalah untuk melawat dan melihat hasil kerja tangan cik azue yang tidak seberapa ini. Terima kasih kerana menyokong cik azue. dan buat pelanggan bantal ini dan anda yang menerima bantal ini, semoga kalian berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi.

Akhir kalam. Selamat Beristirehat di samping keluarga tercinta.

Wasalam.

**********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Friday, April 25, 2014

Kraft Seni Jahitan & Sulaman : Bila En Jack Bergabung

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat pengunjung setia.
Hihhihi, hari ini cik azue nak memperkenalkan kawan baru di semi SOHO cik azue.


En JACK!. Ya en. JACK yang diharapkan agar dapat memenuhi spesifikasi hati ini. Bergabung pula bersama mesin kebal kesayangan yang berusia hampir 12 tahun usianya, iaitu Cik Singer.


Banyak sudah jasanya cik Singer ini pada cik azue dan keluarga. Di simpan di sini sementara nak hantar semula untuk di servis kerana di lenjan semasa kelas beg sandang belakang tempoh hari. Sudahnya, bila balik rumah pula, cik singer ni mengamuk, jahit jer, terkeluarlah suara-suara emasnya, walau jahitan masih kemas. Lantas kerana itu, cik azue mempercepatkan usaha mencari mesin industri untuk menabur bakti pula sementelahan akan datang ini, ada projek besar tinggalan mak yang tidak mungkin mampu ditampung cik Singer yang telah pun berusia.

Selamat datang En Jack, semoga bergembira berbakti dengan cik azue dan keluarga di sini.


Ini pula rupa keadaan tempat mesin-mesin jahit lurus berada. Segulong kain di tepi meja itu adalah amanah untuk dijahitkan telekung dan dihantar wakaf pada yang memerlukan. In shaa Allah cik azue usahakan siapkannya walau tanpa tarikh akhir.

Dan ini pula meja potong memotong dan tempat komputer riba berada. Agak jauh diseberang sana sebenarnya. Hahaha, sengaja supaya masa sedang menjahit tidak terjeling mata ke situ.


Mesin sulam pula berada di tingkat atas pula. Terpaksa sorok di atas kerana takut ada yang tersengaja tersentuh butang-butang automatiknya nanti. Maklumlah, tempat terbuka dengan kanak-kanak ribena. Langkah berjaga-jaga dengan sorok nya di situ. Baca di sini dan di sini tentang bilik kerja Sulam.
Masa nak minta keluarkan mesin industri ini, encik CEO telah berkata. "Perlu ia kerana apa? Apa fokus pekerjaan anda dan bla.bla.bla.bla."

Oleh kerana itu, disebabkan dana modal (dana ini telah pun disediakan, tidak menggunakan ehsan wang poket) telah dikeluarkan, makanya, atas nasihat CEO, cik azue kena susun balik fokus hala tuju WAHM ini.

Nampaknya, dah panjang entri hari ini. Nanti kita sambung lagi. 

Wasalam dan selamat berhujung minggu.

******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Thursday, April 24, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Kelas Blog Fanpage Borong Telekung Solat

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ADBR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 




Hari ini cik azue nak berkongsi dengan anda semua tentang cerita akademi bekerja di rumah pula. Kali ini cik azue berkongsi dengan anda tentang kelas blog fanpage borong telekung solat.
Salah satu kelas  yang ditawarkan untuk yang ingin bermula tetapi belum ada produk, yang belum tahu nak bermula dengan apa serta bagaimana hendak bermula. Cik azue berkongsi dengan kalian dua protege kelas ini yang telah mula mengorak langkah bersama akademi , walau hanya secara sambilan, namun mampu mereliasasikan impian masing-masing. 
Tahniah diucapkan pada rakan berdua. Jika anda ingin berkenalan, anda boleh lawati mereka di sini.

dan di sini

Baiklah, bagi anda pula, ADBR sedia melatih dengan menyediakan tapak bagi permulaan diri. ADBR memilih untuk menawarkan kelas blog fanpage borong telekung solat kerana apa? ianya adalah kerana telekung merupakan produk permintaan sangat tinggi menjelang musim-musim ibadah dan perayaan seperti Bulan Ramadhan, ibadat umrah dan haji serta hari raya. Malah boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang. 

Jadi, kenapa perlu sertai kelas ini? Ini kerana;
* Dropship borong
* Dapat belajar buat blog khas untuk borong telekung
* Boleh terus mula promosi dan jual
* Tak perlu simpan stok telekung yang banyak
* Tak perlu uruskan penghantaran dan pengeposan pada pelanggan
* Kami yang akan uruskan penghantaran
* Selepas siap kedai blog, terus boleh mula jual dan ambil komisen
* Telekung pelbagai jenis yang sudah sedia ada stok.

Kelas Borong Telekung Solat
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Apa pula yang bakal anda dapat? InsyaAllah, Ilmu membina blog & fanpage niaga Blog yang menepati minat pembeli. Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online. Dan tawaran ini hanya dibuka untuk 30 orang sahaja!!!!
Siapa yang berminat cepat daftar, mula belajar, dan terus jual.

Bagi yang mahu ambil peluang untuk mula berbisnes, hubungi cik azue bagi keterangan lanjut.

email:kuazue@gmail.com
whatsapp:013-2700020

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Wednesday, April 23, 2014

Krat Seni Jahitan & Sulaman: Ulasan Kelas Asas Urus Akaun Secara Online

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.
Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.


Cerita di dalam kelas pula.
Ada beberapa bab dalam tempoh pembelajaran campur tolak 3 jam sahaja secara online ini. Cik azue beri serba sedikit kesimpulan mengikut bab berdasarkan diri sendiri sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa melainkan dengan diri cik azue sendiri sahaja.

Bab 1 - Sesi Perkenalan.
Biasalah kan kawan-kawan, di mana-mana pun kan, mesti akan buat sesi perkenalan sebelum mula apa-apa pun kan. Dari sini cik azue berkenalan serba sedikit dengan pengajar dan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak belajar. Hebat, masing-masing dengan pengalaman masing-masing. Tahniah sebab menjadikan kelas ini berjaya.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini

Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.



Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*

Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duit PERIBADI untuk perbelanjaan PERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*


Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?
Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan
a) Sebut harga (Qoutation)
b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran

*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*


Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.
Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi memngurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet

"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."


Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?
Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.

Bagi yang mencari-cari solusi bagaimana nak urus akaun kalian, Akademi ada menawarkan kelas akaun ni secara online dan terbaru, ada juga offline. Hubungi cik azue ya, pada yang berminat nak tambah ilmu akaun ni macam cik azue. Nanti boleh buat ulasan sama-sama, kita semak mana yang kita silap dan betul dan mana yang harus kita lebih baiki.

Oh sudah panjang entri ini. Di harap yang merindui kemunculan entri terbaru cik azue, dapat manfaat dari perkongsian hari ini.
Akhir kalam, semoga anda dan kita semua dalam peliharaan Ilahi selalu hendaknya.
Terima kasih berkunjung ke sini dan

Wasalam
***************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Thursday, April 17, 2014

Kraf Seni Jahitan Dan Sulaman: Sulaman Tanda Nama

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue nak kongsikan tentang sulaman tanda nama yang cik azue usahakan secara kecil-kecilan sebagai langkah bagi menambahkan pendapatan apabila mengambil keputusan untuk bergelar seorang WAHM yang mempunyai SOHO.
Cops, sebelum kita bergerak jauh, WAHM adalah singkatan nama bagi "Working at home mom" atau Ibu yang bekerja dari rumah, manakala SOHO pula adalah "small office, home office" iaitu, suatu ruangan kecil sebagai tempat bekerja di dalam rumah. Dan WAHM dan SOHO selalunya beriringan.
Jadi sekarang ini anda sudah faham kan. Jadi, marilah kita teruskan dengan aktiviti cik azue seperti tajuk di atas tadi.

Maaf ya buat anda penyulam-penyulam yang sudah lama berkecimpung, jika anda mengikuti blog cik azue, apa yang dikongsikan di sini adalah apa yang cik azue hadapi dalam satu-satu tugasan. Harap beri tunjuk ajar mana yang tersalah silap ya.

Bagi cik azue, apabila sesuatu tempahan diterima, cik azue akan membina suatu notis bagi suatu tempahan itu dengan memberi pelanggan tersebut rujukan nombor sebut harga, yang di dalam nya terdapat nombor rujukan tempahan. Ini membuktikan bahawa tempahan itu telah cik azue terima dan hanya menunggu bayaran penuh atau bayaran pendahuluan bagi tujuan pemprosesan tempahan. Kemudian, tempahan ini akan dimasukkan ke dalam buku nota tempahan di mana dari sini cik azue menyelia status sesuatu tempahan itu.

Mengambil contoh tempahan tanda nama berikut, tempahan adalah diterima melalui email dan telah melalui proses pendaftaran tempahan seperti di nyatakan di atas tadi.
Apabila giliran tempahan ini dimasukkan ke dalam jadual penghasilan, bermula dengan proses digitizing (proses perkomputeran) yang mana imej untuk sulaman dihasilkan.
Imej tadi kemudian dihantar ke mesin sulam.
Selepas menyediakan mesin, proses sulaman akan bermula.

Sulaman yang sudah siap
Sila lihat contoh di atas. 
Sulaman menggunakan saiz frame 130mm x 180mm. 
Jumlah pesanan tempahan adalah satu nama dengan 30 kepingan bersaiz 12mm x 52mm, iaitu tanda nama bagi tag beg dan pakaian untuk di jahit pada barangan anak yang dihantar ke taska.
Bagi menyiapkan proses sulaman, cik azue memerlukan jumlah pecahan masa seperti berikut:

1) 15minit pertama untuk proses penyediaan imej sulaman
2) 5 minit bagi penyediaan mesin sulaman
3) 70 minit bagi menyudahkan sulaman yang mana terdapat 48150 jumlah mata jahitan beserta 2 kali isian semula gelendung benang bawah.
4) 20 minit terakhir pula adalah bagi menyelesaikan proses sulaman sehingga menjadi kepingan-kepingan kecil seperti gambar berikut.
5) Jumlah minit bagi menyudahkan tempahan dengan nombor jualan: S/O#: KSN00056 adalah selama 110 minit bersamaan 1jam 50 minit.
Sudah selamat dipos ya puan penempah. Terima Kasih dan semoga berpuas hatilah hendaknya.

1 jam 50 minit. Itulah masa yang cik azue gunakan bagi menyiapkan tempahan ini. Jadi, dengan penerangan ini, harap anda mendapat sedikit info tentang jumlah masa bagi satu-satu tempahan tanda nama boleh disiapkan.

Ada lagi nak ditanya dan yang anda rasa kurang paham dan perlukan lebih penerangan? anda boleh email atau komen dibawah entri ini ya.

Dan sebelum terlupa, kepada yang bertanya, gambar berikut akan menceritakan saiz antara tanda nama sekolah dengan tag nama. Sila rujuk A bagi tanda nama sekolah, dan B bagi tag nama.


Tempahan diterima sepanjang tahun dan untuk tempahan pukal, bagi menikmati harga diskaun, kami memerlukan minimum jumlah tempahan sebanyak 100 keping atau 50 set nama (mengikut yang mana capai dahulu)

Cik azue sedangkan siapkan blog bagi kerja tangan kuazue. Nanti anda tidak perlu ke page FB untuk melihat semuanya tentang hasil tangan cik azue. Suka tak? hihihi

Oklah cik azue berenti di sini dulu. Cik azue masih ingat akan janji tutorial bantal tulang ikan dahulu. Masih dalam draf dan tidak siap-siap dia. Doakan cik azue diberi kerajinan untuk menyiapkan draf tersebut.
Jika ingin bergabung bersama cik azue dalam Akademi Bekerja Di Rumah, jangan lupa untuk email/ whatsapp cik azue.

Akhir kalam, semoga hari ini lebih mendekatkan kita dengan zat Ilahi. Dan semoga entri hari ini memberi manfaat buat anda pengunjung tersayang.

Wasalam
***************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Wednesday, April 16, 2014

WAHM dan nikmat berbakti

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas cantik nya percaturan NYA.
Nikmat yang manakah yang harus didustakan oleh diriku lagi.

Allah, badan chenta hati panas dari malam tadi (14/4/2014). Maaf pada yang menunggu cik azue online semalam. Hanya dapat bersiaran setelah jam 1pm (15/4/2014), setelah siap segala urusan anak-anak dan chenta hati. Bersiaran bagi menyelesaikan urusan tempahan Keraih Lengan Kuazue (tempahan nametag dan sulam bantal)

Ya, orang kesayangan sedang diuji bencana badan, ujian sakit dan demam. Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis, suhu badan beliau sudah turun sedikit.

tidur
bangun
SOHO daku
Alhamdulillah, nikmat berbakti buat suami dapat cik azue lakukan. Kalau dulu, di saat diri masih terikat dengan orang, bolehkah cik azue sesuka hati bercuti hanya kerana ingin berbakti buat suami yang mana suatu tuntutan buat para isteri. Sangat dilema bila itu terjadi pada suatu ketika yang lalu.

Alhamdulillah sekarang ini, apa yang perlu cik azue lakukan adalah ubah jadual kerja. Berbakti dan bekerja pada masa yang sama. Dua-dua boleh buat dalam masa yang sama kerana anak-anak berada di sekolah.
Indah bukan.

Jika anda mahu menjadi seperti cik azue, apakata anda tanya diri anda sendiri dulu. Apa sebab anda mahu berhenti dan apa yang ingin anda lakukan selepas berhenti nanti.

Jika anda belum bertemu jawapan nya, apa kata anda baca tentang Akademi Bekerja dari rumah dulu di SINI dan kemudian anda fikir-fikirkan kembali, mahu berhenti atau menjadi seperti cik azue yang nampak senang tapi tak mudah.

Wallahu'alam

Wasalam.
***************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: