Followers

Saturday, February 15, 2014

Buat Sendiri: Penyiram Pokok

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini bersiaran agak lewat. Maaf, Cik azue agak sibuk dengan aktiviti waktu cuti. Sekarang semua orang sudah selesai santapan tengahari dan sudah selesai menunaikan solat zuhur, makanya sebelum cik azue memulakan aktiviti mengangkat dan melipat kain dari jemuran, cik azue berkarya sekejap di sini sambil berkongsi ilmu dan idea serba sedikit yang diilhamkan Ilahi. Si kecil (tak seberapa kecil sebenarnya) sedang elok berbaring dibawah putaran kipas syiling sambil menghadap televisyen saluran 637, slot kartun "Slugtera". Bercakap tentang kartun ini, ada permintaan daripada si kanak-kanak berdua dan rakan-rakannya untuk cik azue dan chenta hati menjadikan imej raksasa dalam kartun ini menjadi imej sulaman untuk disulam ke atas tuala mandian masing-masing. In shaa Allah wahai anak-anak, nanti Ibu dan Abah fikirkan dan usahakan.
Oh lupa nak bagi tahu, sepagi ini, chenta hati dan abang Hazim telah memproses kereta kancil kesayangan kami. Habis semua cerminnya chenta tanggalkan dan buang segala plastik tabir cahaya dan serta dicuci dengan peluntur gam. Agaknya chenta nak baiki sikit kereta antik kami itu. Selalunya cik azue pakai sahaja kereta itu diwaktu hari hujan ke pejabat. Mungkin disebab itu chenta baik pulih keadaan kereta itu. Terima kasih ya chenta. 

Sudah, panjang pula mukhadimah kali ini. Sebenarnya cik azue hendak berkongsi idea dengan rakan pembaca semua. Idea kitar semula barangan terbuang yang sentiasa ada dirumah kita.
Memandangkan hari-hari agak panas di RAWANG ketika ini, dua-dua jejaka kecil ini akan berebut menolong menyiram pokok menggunakan getah paip air. Akibat dari itu, habis tempat-tempat yang tidak patut basah pun akan basah dan becak serta membazir pula. Chenta ada belikan satu bekas penyiram lama dahulu. Kalau disuruh mereka guna benda ini pun akan menjadi masalah sebab yang ada hanyalah satu. 
Sebagai jalan penyelesaian, cik azue minta chenta potongkan bekas sabun ini yang telah pun cik azue basuh bersih menjadi penyiram pokok. Bezanya, dimuncung penyiram ini tiadalah lubang-lubang halus. Tetapi kalau anda nak buat pun boleh juga, cuma panaskan dawai dan cucuk ke atas tutup plastik itu. Kalau tebuk dengan paku, tutup itu akan pecah, mungkin cik azue tidak tahu caranya barangkali. Disebabkan itu, cik azue biarkan sahaja tanpa tutup dengan lubang-lubang halus itu.

Mari lihat gambar tutorial dibawah ini. Semoga ini dapat memberi manfaat.


Nampaknya sikecil haziq sudah mula membuat onar. Cik azue harus berhenti di sini. 

Hingga itu, 

Wasalam



 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

4 comments:

Nastyna said...

kreatif adn praktikal, keep it up kak.

Aisy Nasiha said...

Kreatif nim taklah buang je botol dynamo ni kan? Bagus ni.

Cik Nor said...

kreatif..:)

Kuazue Mohamad said...

terima kasih semua.. idea supaya anak-anak tidak bergaduh dan kalau pecah pun boleh buat lagi. Sejujurnya bekas sabun ini, plastik nya keras.. tidak mudah pecah gitu