Followers

Wednesday, February 12, 2014

Pilihanku: Kraf Seni Jahitan & Sulaman serta Ulasan Kelas BLOG PENULISAN

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI…. 


Sebagaimana para pembaca sedia maklum, dahulu, blog cik azue ini bertajuk; "Ini Cerita Kami" . Dan latar belakang blog itu ada komputer riba, nota bergantungan serta buih-buih warna warni memenuhi ruang. Itu adalah gambaran pekerjaan dan kehidupan cik azue diketika itu. Untuk tambahan makluman, blog seperti dibawah adalah blog terakhir yang cik azue kemaskini susunaturnya dari tahun 2011 kalau tidak silap.

Tapi kenapa ya cik azue memberi nama blog itu dengan nama "Ini Cerita Kami" ya? Ya, kalau anda ingin tahu, pada asalnya cik azue menulis blog ini pada tahun 2009 dengan nama blog pada ketika itu adalah "The little craft cotage". Tujuan asal adalah kerana hendak pamerkan hasil kerja tangan setelah menduduki kelas atas talian bagi pelajaran Seni Sulaman Reben kelolaan Puan Suzana.

Cuma setelah cuba beberapa kali, jari jemari cik azue tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna, berikutan kemalangan yang dialami pada tahun 2008. Sayang tetapi tidak mengapa, segala ilmu akan diguna pakai semula suatu hari nanti. Oh ya, Cik azue belajar untuk mak sebenarnya. Mak teringin nak menyulam guna reben, tapi mak tak boleh lagi menjahit sulam tangan kerana selepas melahirkan adik yang terakhir, mak mengalami kebas-kebas jari, dimana mak tidak dapat merasa benda-benda halus seperti jarum jahit itu. Dan kerana sering mendengar mak bercerita tentang ketaksuban mak melihat orang-orang yang pandai dengan seni sulaman reben itu, makanya cik azue mengambil peluang memuaskan hati mak. Dan memang mak sangat gembira bila cik azue dan adik bongsu tunjukkan hasil yang telah dipelajari dan itulah yang membuatkan mak tersenyum bahagia.


Selepas itu, cik azue menukar kembali nama blog menjadi seperti gambar diatas. "Ini Cerita Kami" adalah sebenarnya cerita yang cik azue dan keluarga di sini alami untuk tatapan mak di kampung. Mak akan lihat blog ini bila mana adik bongsu buka blog ini dan biarkan mak lihat dan baca sendiri. Semuanya adalah untuk  tatapan mak.

Selepas cik azue berfikir untuk berubah haluan, banyak yang cik azue buat demi untuk berubah kerana ingin mengubah. Nanti kita kongsi bersama ya di entri akan datang, In shaa Allah.
Bertemu dengan blog Puan Masayu membawa cik azue mengenali GURU ONLINE ini. Setelah beberapa bulan mengkaji, cik azue mengambil keputusan untuk melabur bagi mencari sedikit ilmu dan selebihnya berhajat agar kumpulan sokongan ini dapat memberikan sokongan pada cik azue disaat-saat keperluaan emosi agak menjunam setelah bergelar WAHM. Siapa tahu akan ujian yang bakal kita hadapikan. Sekurang-kurangnya, kumpulan ini ada untuk saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Baik, kenapa blog ini ditukar nama seperti hari ini. Ya, pada mulanya cik azue mahu kekalkan sahaj nama asal blog ini kerana mengenangkan memori bersama mak. Tetapi setelah berfikir secara rasional, cik azue tidak boleh selamanya hidup dalam kenangan itu. Ya, cik azue kena keluar demi kenangan itu. Dan atas kenangan itu, cik azue memilih nama blog ini seperti ini supaya cik azue lebih fokus dengan suatu benda yang asalnya kenangan yang mungkin boleh memberi dan menjana kewangan pada cik azue dan keluarga dikemudian hari. Dan semoga dengan lebih fokus cik azue lebih produktif dan punya hala tuju yang lebih menjaminkan.

Bercerita tentang Kelas Blog Penulisan, disini, cik azue diajar menjadi lebih fokus untuk menulis berdasarkan nama blog yang dipilih. Untuk cik azue, ianya nanti akan lebih menjurus kepada kecenderungan cik azue dengan kraft seni jahitan dan sulaman ini. 

Hasil Seni Sulaman Benang tahun 1990/1991 (projek SRT- SRP)

Projek yang sama tapi bunga nya dilukis almarhum BONDA dan disulam benang atas tunjuk ajar beliau

In shaa Allah, selepas bergelah WAHM, dapatlah kiranya cik azue membuat beberapa tutorial berkaitan sebagai perkongsian kita bersama. 

Totorial sulaman seni tampal cantum ATAU

Tutorial sulaman mesin, sulaman applique.

Apa lagi yang diperolehi dari kelas ini adalah disiplin untuk selalu menulis berdasarkan format blog yang kita pilih sendiri. Selain berpeluang belajar bagaimana menghasilkan sesuatu blog yang in shaa Allah memberi manfaat buat ramai orang dan juga tentang bagaimana menarik lebih ramai pelawat ke blog kita. Dengan perkongsiaan capaian blog rakan-rakan sealiran, cik azue juga selain mendapat informasi, boleh juga menjadi salah satu sumber untuk menarik traffik ke blog rakan-rakan yang lain.

Secara ringkasan, Kelas Blog Penulisan kelolaan guru online yang di asaskan oleh Puan Masayu ini telah membantu cik azue menjadi seorang yang lebih fokus, in shaa Allah serta sebenarnya lebih banyak kita belajar, lebih banyak juga yang kita tidak tahu.

Semoga Akademi ini dapat membantu lebih rami suri diluar sana.

Akhir Kalam, tidak salah belajar sesuatu yang kita sedia tahu keran lain guru, lain pula pengalamannya. Lain pengalaman, lain pula ilmunya. Semakin ramai guru, semakin banyak ilmunya, cuma tapis-tapiskan setiap satu ilmu yang diperolehi. Pilih yang betul-betul dapat memberikan manfaat ya.


Hingga itu,

Wasalam


**********************************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

5 comments:

rostina76 said...

alhamdulilah….kdg2 kita perlukan perubahan utk mencapai kejayaan yg lebih bermakna dlm hidup. aku doakan ko berjaya dlm apa jua bidang yg ko rasa baik. suka la dgn sulam tampal tu….kalau ko dekat nak je aku belajar menjahit dgn ko azu

Anum said...

cantiknya

Mila@Rimbun said...

betul tuh azu... Ilmu perlu dipelajari dan dituntut...

Aisy Nasiha said...

Semoga blog cik azue dan ilmu yg bakal dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang ya....

Kuazue Mohamad said...

rostina76: terima kasih, inshaa allah, ada masa boleh belajar, nanti cik azue kongsi tutorial tampal cantum versi cik azue, boleh anda belajar menjahit di Brunei sana...bila nak balik Malaysia??

Nurzakiah: Terima Kasih

Mila@Rimbun : ya.. ada ilmu harus dituntut walau kita dah sedia tahu, sbb byk2 kita tahu pun, still ada lagi yg kita belum tahu..

Aisy Nasiha: Terima kasih, semoga memberi panduan buat cikgu juga..