Followers

Thursday, May 8, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman : Cik Azue dan Kerjaya WAHM

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang. Hari ini cik azue sambung cerita tentang cik azue dan kerjaya sekarang ini.
Entri kali ini akan menjadi entri pengenalan diri dan produk bisnes yang cik azue sedang usahakan dan nanti kalian juga boleh jumpa entri ini juga akan terpapar dalam satu tab di blog ini dan di blog produk cik azue (blog itu sedang diusahakan isi kandungan nya)

Berikut adalah biodata cik azue dan perniagaan yang diusahakan secara ringkas.

Nama (mengikut IC) : Tengku Azuriyah Binti Tengku Mohamad
Nama Panggilan : Cik Azue 
Umur : 38 tahun (pada tahun 2014 - lahir pada September 1976)




Nama perniagaan: Keraih Lengan Kuazue
No pendaftaran Perniagaan: Dalam proses pendaftaran
Jenis perniagaan: Kraf tangan berasaskan seni jahitan dan sulaman
Kategori bisnes: Bisnes Online (SOHO di kediaman)
Target Pasaran: Kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana



Url Blog Bisnes: http://kraftangankuazue.blogspot.com (sedang di kemas kini)


Alamat email: kuazue@gmail.com
No  Tel & Whatsapp: 013-2700020


Pada mulanya, kraf seni jahitan dan sulaman ini adalah penyambung kecenderungan almarhum bonda yang sangat meminati seni jahitan dan sulaman ini. Gambar ini adalah hasil tangan bonda yang mana ceritanya boleh didapati dari entri ini.


Bermula sebagai hobi dan buat secara suka-suka demi untuk mengambil hati bonda, kemudiannya bertukar menjadi penyambung rindu pada kenangan dengan almarhum bonda. Setiap kali rindu pada kenangan dan cerita indah itu, cik azue akan melakarkan ianya menjadi suatu hasilan kraf demi melangsaikan perasaan rindu itu. Dan akhirnya, setiap yang terhasil dari imaginasi cik azue itu akan memberikan satu impak kepuasan dalam meleraikan kerinduan pada bonda dan juga ayahanda. 
Bermula dari sini cik azue mula menghasilkan bantal-bantal berkarektor dan selimut tampal cantum yang ringkas dan diberikan sahaja sebagai hadiah buat teman-teman dan saudara terdekat. Hinggalah pada suatu hari, cik azue memberanikan diri mengambil gambar hasilan bantal berkarektor ini yang dihasilkan hanya dengan menggunakan mesin jahitan lurus biasa dan mesin jahit tepi dan memasukkan gambar itu kedalam blog ini.



Cerita tentang bantal ini, anda boleh baca di sini.

Oh ya, disebabkan pada awal pembabitan cik azue secara serius (cik azue bermula pada awal tahun 2012) dengan seni kraf jahitan dan sulaman ini, cik azue masih lagi terikat dengan pihak syarikat yang mana cik azue masih memegang jawatan sebagai Eksekutif Kawalan Mutu di syarikat tersebut, cik azue telah memilih untuk menjalankan perniagaan ini secara online dan secara sambilan pada ketika dan waktu itu.

Bermula April 2014, cik azue telah menjalankan perniagaan ini sepenuhnya (selepas bergelar WAHM) namun masih lagi mengekalkan kategori perniagaan ini secara online, yang mana cik azue beroperasi dari rumah dengan memiliki sebuah SOHO. Ini disebabkan cik azue perlu memantau anak-anak yang masih lagi di bangku sekolah rendah dan memerlukan jadual kerja yang boleh berubah-ubah mengikut situasi keadaan sekeliling.
Secara rutin nya, operasi perniagaan ini cik azue adalah seperti berikut pada hari-hari kebiasaan hari bekerja.

Hari: Isnin - Jumaat
7.30am - 11am: Aktiviti melukis, memotong kain serta menjahit
2.00pm - 4.30pm: Aktiviti menjahit atau menyulam
10.00pm - 11.30pm: Aktiviti menjawap dan menerima tempahan

Bilik menyulam
Ruang jahit lurus

Meja dan kompueter riba bagi urusan admin

Sepanjang tempoh bermula dari awal tahun 2012 yang lalu sehingga sekarang ini, cik azue dapat belajar banyak perkara baru tentang hal ehwal bisnes dan seni jahitan dan sulaman itu sendiri. Ada yang diperolehi melalui kelas kemahiran seperti kelas kemahiran menjahit beg dan ada juga yang diperolehi berdasarkan pengalaman kerja sehari-hari serta belajar dari enjin pencarian online.

Cabaran yang paling sukar bagi cik azue setelah berkecimpung di dalam bisnes ini adalah cabaran dalam menyeimbangkan dan menguruskan masa di antara kehendak bisnes dan kehendak serta keperluan anak-anak. Ini kerana kebanyakan tempahan yang cik azue terima memerlukan cik azue memproses sesuatu tempahan itu bermula dari awal hingga siap yang mana setiap tempahan adalah unik mengikut citarasa hati pelanggan itu sendiri. Dan proses awal bagi setiap tempahan ini agak mengambil masa cik azue dan di sini lah cik azue masih belajar dalam menguruskan masa dengan penyediaan konsep awal sesuatu tempahan.

Dan berikut adalah perkhidmatan yang dijalan oleh cik azue bersama koleksi sebahagian hasil produk:

1) Pembuatan bantal hiasan
 

2) Pembuatan bantal karektor


3) Pembuatan bantal hiasan kereta
 

4) Pembuatan Selimut tampal Cantum /Tampal Hias
5) Tempahan sulaman nametag
6) Tempahan sulaman di tuala



7) Tempahan imej sulaman


8) Tempahan sulaman patches


Pengalaman yang paling manis adalah apabila di awal pembabitan cik azue telah dapat turut serta dalam aktiviti " Great Cloth Diaper Changing" yang mana cik azue telah menghasilkan bantal karektor ini bagi dimasukkan dalam beg cenderahati peserta. 

Selepas hampir 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini, apa yang boleh dirumuskan sekarang ini adalah, cik azue sudah hampir mahir dalam menghasilkan imej sulaman sendiri dan juga mahir dalam menghasilkan sesuatu item produk yang digubah mengikut citarasa hati pelanggan itu sendiri dengan menggunakan mesin sulam berkomputer sepenuhnya. Berikutan itu, cik azue telah dan akan menyediakan beberapa template produk lagi sebagai strategi pengurusan operasi yang mana apabila ada sesuatu tempahan baru yang hampir menyerupai template format, secara kasarnya segala kos dan perbelanjaan sudah dapat dikenalpasti dan ini dapat menjimatkan masa pengurusan sesuatu tempahan tersebut.

Dari segi pemasaran pula, cik azue masih lagi menggunakan medium online melalui alamat blog dan fanpage seperti tertera di atas. Setiap pelanggan yang pernah berurusan dengan cik azue akan dimasukkan segala butir diri pelanggan dan sistem ID pelanggan akan diperkenalkan tidak lama lagi bagi melayakkan pelanggan kembali mendapat satu rebet pulangan berdasarkan ID yang diberi. Rebet pulangan mungkin diberi dalam bentuk diskaun ke atas tempahan produk seterusnya. Mungkin juga pelanggan setia akan memperolehi hadiah misteri pada satu-satu masa, seperti ulang tahun bisnes dan sebagainya. Di samping itu, cik azue juga akan berusaha mengeluarkan produk baru bagi setiap 4 bulan. Produk ini boleh jadi dari kategori yang tersenarai di atas atau juga boleh jadi produk baru yang terhasil daripada kajian trend pasaran dan permintaan semasa. Pada masa ini, atas beberapa permintaan, cik azue akan membuat tutorial tentang jahitan selimut tampal cantum yang mana latihan dan pengajaran akan dilakukan secara online dan hasilnya nanti In shaa Allah akan dijual kepada para pelanggan cik azue. Dan kumpulan ini adalah buat masa ini terdiri daripada kalangan jiran cik azue dan beberapa kenalan sahaja dan hasil akhir produk akan dinilai dan juga akan dimasukkan ke dalam produk bisnes cik azue dan mereka akan dilatih sehingga boleh menghasilkan produk sendiri. Dan jika ada yang berminat untuk turut serta, bolehlah beri nama melalui email pada cik azue. Selain itu, In shaa Allah pada Syawal nanti, cik azue akan mengeluarkan satu produk berasaskan "Learning is Fun" dengan mensasarkan pasaran tersebut pada ibu bapa dan pusat jagaan anak-anak serta tadika. Berikutan ini, cik azue sudah mula memilih untuk melatih beberapa individu untuk turut serta membantu dalam melancarkan pengeluaran produk tersebut.

Bernaung di bawah kumpulan Akademi Bekerja Di Rumah yang mana kumpulan ini di asaskan oleh Puan Masayu kerana mencari sokongan kepada diri dan bisnes bila mana diri rasa tidak stabil dari segi emosi. Di bawah perkumpulan kecil ini, cik azue dapat membina motivasi bagi menjayakan bisnes serta membentuk  nilai estetik diri melalui perkongsian maklumat bersama rakan seangkatan dan guru-guru online yang dedikasi.

Buat pengetahuan semua, cik azue menjahit dan menyulam berdasarkan imaginasi dan kenangan lama. Jadi setiap hasilan adalah melalui jiwa dan yang pasti akan sampai di jiwa, in shaa Allah. Bagilah apa sahaja hajat dihati, In Shaa Allah, akan cuba disampaikan sebaik mungkin.

Buat masa sekarang ini, cik azue sedang menyiapkan tempahan pukal sempena hari guru yang mana nanti cik azue akan kongsikan hasil akhir produk tersebut.

Jika anda ada sebarang kemusyikilan, bolehlah hubungi cik azue melalui butiran seperti tertera di atas.

Dan besarlah harapan cik azue agar di masa hadapan, cik azue dapat merialisasikan impian almarhum bonda serta diri sendiri dengan kewujudan sebuah pusat kraf yang mana mensasarkan bagi membantu golongan berpendapatan sederhana untuk berkarya (menghasilkan produk kraf sendiri) dan menjana ekonomi sendiri.

Sekian, terima kasih.

Wasalam

**************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sangat kreatif

Kuazue Mohd said...

@Nurzakiah Hanum tq awak.. alhamdulillah atas sedikit kurniaan Ilahi

Mila@Rimbun said...

Tahniah Azu... rupanya we are in the same age yerrr. Arituh ingatkan azu lebih muda :-)

Kuazue Mohd said...

@Mila@Rimbunyer cik mila, kita ni seusia.. the 4 series dah memanggil.. mokcik tak larat dah nak jadi henjiner lagi dah...

HijrahKuKeranaMu said...

Cantik2 hasil keraih tangan cik azue yerr..

Ainim Suju said...

Kedai cik Azue kat mana ek?

SUHAILAH RAMLI said...

sangat kreatif..
kagum dengan akak...
saya pun minat menjahit tapi belum kreatif samapai ke tahap ni...
tahniah