Followers

Thursday, April 23, 2015

40 kata carian popular mengenai blog

Entri: # 134
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
Sumber: Google Statistik, Nuffnang, SEObook 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue menulis tentang tugasan kelas online blog penulisan yang cik azue ikuti sekarang ini.
Blog penulisan cik azue itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, merupakan blog yang mengkhususkan hanya kepada sulaman dan seni kreatif yang cik azue lakukan saban hari semenjak bergelar WAHM. 
Kalian yang berminat dengan sulaman bolehlah mengikuti blog tersebut melalui pautan di bawah ini.


Di bawah ini adalah gambar yang mana kata carian itu boleh diambil daripada statistik carian google.


Selain itu, bagi memudahkan cik azue merujuk, cik azue juga menulis ke dalam buku nota khas pembelajaran cik azue di kelas online tersebut.


Bila menghadiri kelas penulisan ini, banyak juga perkara baru yang perlu cik azue semak. Banyak juga tabiat lama yang dibaik pulih oleh puan guru.
Terima kasih guru.
Apa pun, yang lebih utama, cik azue nak berterima kasih pada kalian yang mencari maklumat diblog ini.
Tanpa bantuan kalian, cik azue tidak dapat merealisasikan impian cik azue untuk membina satu blog yang khusus pada sulaman seperti sekarang.

Cik azue nak bergerak sekarang.
Ada kerja menanti di bilik sulam Keraih Lengan Kuazue


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ABDR menawarkan bantuan baik pulih penjenamaan diri di alam maya dengan menawarkan kelas-kelas asas blog penulisan atau asas blog bisnes.

Berminat untuk mendapatkan keterangan, boleh hubungi cik azue melalui 
FB: Azuriyah Mohamad 
atau 
Whatsapp ke no 013-2700020

Thursday, April 16, 2015

Blog Untuk Sulaman

Entri: # 133
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.

Dah lama menyepi. Sepi sambil-sambil berfikir semula hala tuju WAHM. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun pun bergelar WAHM. 
Semak semula tujuan blog dan semak juga hala tuju perniagaan. Fikir punya fikir punya fikir, cik azue pun memulakan blog baru demi untuk memfokuskan sahaja kepada kecintaan kepada Sulaman dan Seni Kreatif.
Bukan apa, di dalam blog ini, nampak sarat sangat dengan aktiviti kehidupan yang dilalui.
Jadi kawan-kawan yang ingin tahu tentang sulaman seperti yang cik azue lakukan boleh terus ke blog tersebut.
Di blog ini kita akan menjurus terus kepada sulaman dan seni kreatif. In shaa Allah, tiada diselang seli dengan aktiviti lain.

Semoga dengan kemunculan blog baru ini, kawan-kawan yang berminat atau yang mempunyai sama minat dapat memperolehi sedikit sebanyak manfaat.

Jemput datang dan bertandang sambil membaca dan memberi buah fikiran. Kalian boleh ikut pautan di bawah ya.




Walau bagaimana pun, blog utama ini akan terus kekal. Semoga ukhwah terjalin di alam maya ini akan kekal selamanya.

Wasalam

Wednesday, April 8, 2015

Sulaman Tuala - Tempahan KST00020

Entri: # 132
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Semoga kalian sihat dan sejahtera dalam rahmat kasih sayang Ilahi.

Hari ini cik azue berkongsi hasil sulaman bagi tempahan sulaman di tuala anak.

Terima kasih puan kerana menalifon bertanya dan sanggup menanti giliran.

Ini imej sulaman yang cik azue buat selepas terima gambar cadar / alas baby yang bertemakan itek. Mahu buat sedondon katanya. 



Yang ini pula hasil sulamannya. 



Yang di bawah ni pula adalah lokasi sulaman pada tuala bayi / anak (saiz tuala 20 inci X 40 inci).



Disamping itu, puan ini juga ada menyelit sulaman tag nama untuk di jahit pada pakaian bayi.




Tag nama ini bersaiz lebih kecil dari saiz standard tanda nama.

Oh ya, tempahan ini sebenarnya adalah dari puan dan keluarga buat anakanda yang baru lahir pada 20 March yang lalu.

Cik azue tumpang gembira dengan kehadiran orang baru serta kesetiaan puan menanti. 
Ada hadiah dari cik azue buat tuan putera kecil itu, tapi, tunggu cik azue siap sepenuhnya selepas cik azue sembuh betul-betul (Sengih nampak gigi!).

Tempahan ini sudah pun sampai ke tangan puan penempah. 
Terima kasih puan dan anakanda yang sudi ber 'whatsapp' dengan cik azue.

Bagi kalian yang mahu menempah sulaman dengan pilihan imej sulaman sendiri seperti ini



Kalian bolehlah menghubungi cik azue melalui sumber berikut:

Email: kuazue@gmail.com
whatsapp: 013-2700020

Harga sulaman berdasarkan saiz sulaman.
Tempahan di atas menggunakan saiz sulaman bersaiz L dan sulaman applique pada imej itek tersebut.

Hubungi cik azue ya, jika ada hajat di hati.

Terima kasih kerana sudi bertandang.

Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam





Tuesday, April 7, 2015

Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 131
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah, terima kasih Allah dan terima kasih kalian yang sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan cik azue.

Terima kasih juga buat kalian para pelanggan yang sangat memahami akan situasi.

Semalam (6 April, 2015), tempahan ini sudah pun di pos kepada cikgu-cikgu terlibat.



Dua tempahan sebenarnya dari dua sekolah yang berlainan.

Oh ya, bagi kalian yang ingin mendapatkan khidmat sulaman dari kami, tempahan telah dibuka semula.

In shaa Allah, jika bukan cik azue yang siapkan, tuan CEO yang bantu siapkan. (Sengih sampai telinga!)

Macam biasa, buat kalian yang ingin menempah, cik azue boleh dihubungi melalui

email: kuazue@gmail.com
fb: azuriyah mohamad
page: Keraih Lengan Kuazue
whatsapp: 013-2700020


Bagi kalian yang berminat hendak tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah juga boleh hubungi cik azue melalui saluran tertera di atas.

Ok lah, cik azue beransur dahulu. Hingga lain masa.

Wasalam

*notakakitangan; kenal chef amer, chef koko tu? Nanti cik azue cerita tentang, ABDR, cik azue dan Chef Amer, ya

Friday, April 3, 2015

Projek Applique

Entri: # 130
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Kuazue Mohd
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang.
Bersiaran menggunakan applikasi talifon bimbit sahaja.
Ini projek minggu lalu, patut dah siap, tapi dek kerana ujian kayap, maka cik azue terpaksa tangguhkan dahulu.
Projek nametag, en chenta hati teruskan.
Terima kasih kerana menyokong dan memahami.
Wasalam

Thursday, April 2, 2015

Kayap aka Herpes

Entri: # 129
Teks: KUAZUE MOHD
Foto:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang. 

Tiada mood nak tulis entri. Maafkan cik azue tersepi pula blog ini. Tuan rumah diuji dengan ujian sakit kulit - kayap kata tuan doktor.

Haish, badan gamaknya terlalu panas dan agak tertekan, itu pasal imun badan menurun dan mendapatlah ujian ini.

Itu dari istilah sains lah, dari segi konsep rezeki, sudah tertulis hendak mendapat ujian kesakitan ini kan.

Cumanya cik azue nak bagi tahu, tanda-tanda awalnya, lenguh satu tangan, siap cik azue mengadu pada chenta, jari jemari lenguh dan kebas-kebas. Dan kemudian, naiklah ruam-ruam kemerahan macam kena melecet kasut baru di bahagian bawah ketiak kiri.

Mulanya ingatkan salah makan, atau tindak balas dari 'SOLE', rupanya, makin hari makin naik, dari sakit sikit, sampai sakit sangat.
En chenta bawa jumpa doktor dan doktor kata, itu adalah kayap atau herpes.
Dan kata doktor, "ubatnya mahal, jangan marah ya puan."

Jadi, cik azue nak minta maaf sangatlah pada mana-mana yang ada membuat tempahan dengan cik azue. Ada yang dah siap bersulam dan ada yang baru nak disulam.

Cik azue cuti 1 minggu ya, tangan kiri tak boleh nak diangkat sangat. Gatal, merenyam, sakit, pedih, semua ada.

Hari Sabtu ni, in shaa Allah, mana-mana yang dah disulam, en chenta tolong siap dan poskan.


Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Terima kasih.

Wasalam


p/s: gambar, tak payah bubuh lah na, kawasan aurat - boleh pakat-pakat tanya pakcik google ja na.