Followers

Thursday, February 6, 2014

Antara Rezeki, Dosa dan Pahala serta HijrahKu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI….


Para pembaca budiman, apa khabar anda hari ini? Cik azue harap anda semua berada dalam keadaan yang amat memberansangkan, In shaa Allah.

Antara rezeki, dosa dan pahala, yang mana satu akan menjadi pilihan anda? Sila rujuk gambar-gambar dibawah ini ya.

barang yang dibeli

resit jualan yang diperolehi
Baik, kita mulakan kajian kes ini. Peristiwa berlaku pada 05/02/2014, di sebuah pasaraya di dalam kawasan kejiranan cik azue. Buat makluman, sejak tahap hemoglobin cik azue kembali merudum, ini adalah sebahagian dari menu diet cik azue. Mungkin kalau yang mengikuti blog cik azue ini ada terdiri dari kalangan doktor perubatan (pakar darah) mungkin mereka akan sedia maklum akan kehendak yang tidak tahu kenapa, harus ada setiap hari. Tapi yang ingin disampaikan di sini hari ini adalah tentang kekhilafan seorang juruwang, tidak melihat sebaik mungkin dan terus menjumlahkan harga seperti yang cik azue tandakan dalam petak merah dalam gambar di atas. Jika cik azue tidak perhati baik-baik, barangkali ini akan menjadi rezeki buat cik azue atau anak-anak atau juga rezeki si chenta hati. Tetapi alhamdulillah atas didikan arwah mak dan ayah, cik azue yang sudah sedia maklum, terus perhatikan bil dan ternyata ada kesilapan di situ. Jika tidak melihat bil, aiskrim Trophy itu menjadi rezeki, namun apabila sudah melihat bil, dan perasan akan kesilapan di situ, yang menjadi rezeki mungkin akan menjadi dosa atau juga menjadi pahala.
apakah yang harus anda lakukan apabila berada dalam situasi yang sama ini? Buat-buat tidak tahu atau memberitahu atau ? Tepuk dada tanya Iman. 
Buat cik azue, atas didikan yang diberi, kesilapan yang disedari ini cik azue perbetulkan. Hati menjadi tidak was-was dan barangkali juga juruwang itu tidak mendapat musibah atas kesilapannya. Manalah tahu disebabkan hal ini, mesin wang nya kekurangan wang atau ada kamera litar yang mengawasi tindakan nya. Dan bagi cik azue, tidak salah kita saling tolong menolong kan.
Dan moral dari perkongsian kali ini adalah, kita harus peka dengan apa yang kita beli dan kita harus semak setiap bil bagi setiap pembelian bagi mengelakan perasaan was-was.Dan was-was itu adalah datang nya dari syaitan.

Tepuk dada dan tanyalah IMAN.

Bercerita pula tentang penghijrahan cik azue ke alam WAHM, tinggal lebih kurang 15 hari lagi berbaki hari bagi cik azue meletakkan notis perletakan jawatan yang dijawat sekarang ini.
Berhubung perkara ini, bukan mudah nak memastikan momentum WAHM diri ini sentiasa di garisan maksimum, maka cik azue setelah mengkaji lebih kurang selama 4 bulan akan konsep yang diperkenalkan oleh Puan Masayu ini, hari ini dengan beraninya mencabar diri sendiri menceburi kelas dan kesatuan yang dicetuskan oleh beliau. Dan cik azue adalah di bawah selian guru online beliau : Puan Anys Idayu Zakaria 

Kelas online FB
Dan percaya lah, keputusan melepaskan jawatan ini telah cik azue fikir dan kaji selama hampir 3 tahun setengah. Bermaksud, keputusan yang tidak berdasarkan sesuatu emosi, tetapi keputusan yang penuh dengan kerangka kerja. Terima kasih atas pengalaman sebagai seorang QA di sektor perkilangan, kerana dengan pengalaman itu cik azue telah dapat menjadi seorang yang boleh berfikir secara tahap tinggi, macam sistem pendidikan sekarang ini, iaitu konsep HOTs (High intelektual Thinking System - kalau tidak silap akan maksud HOTs ini, sila betulkan sekiranya salah wahai para pendidik yang mengikuti blog cik azue ini).

Nampaknya karangan ini telah panjang dan cik azue harus berhenti sekarang. Lain masa cik azue sambung semula tentang kisah penghijrahan cik azue ini ya.

Hingga itu, Jaga diri, Perhalusi IMAN.

wasalam

 **************************************************************************************** Berminat untuk melihat atau mendapatkan hasil kerja tangan cik azue.. jom lawati FB : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

7 comments:

Anum said...

amin

Fiza Rahman said...

Kekadang check juga resit. Selamat menjadi WAHM.

Cik Nor said...

good job..

NinaAz said...

hurm. tepuk dada tny iman. tp makanan tu akan jadi darah daging kita nantikan. tu yg takut

Mila@Rimbun said...

All the best as WAHM azu...

rostina76 said...

mcmana konsep dorg ni azu. share la

Kuazue Mohamad said...

Fiza Rahman, Mila@Rinbum, Normi Mieza,.. tq

NinaAz: tu yg takut tu

Rostina76; Inshaa Allah.. akan direview keep on following ya