Followers

Wednesday, April 19, 2017

Tempahan kembali diterima

Entri: #197
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 21, 1438H
(18 April 2017)

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah.
Mak Ku paksakan diri untuk bangun dan bekerja.

Abang putih ini sudah hampir sebulan berehat selepas balik servis major di HQ Brother di Petaling Jaya.



Lembut sahaja bunyi ayunan tika mesin sedang menyulam berbanding minggu-minggu terakhir di bulan Mac nan lalu.

Semoga kesihatan ini mampu bertahan walau bibit-bibit rasa yang seolah-olah menghiris urat perut kembali dirasai.

Bagi yang ingin membuat tempahan, kalian boleh tinggalkan pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 013-2700020.

Minta maaf, buat masa sekarang ini, Mak Ku tidak mahu menerima sebarang panggilan talifon ya. Jadi, jangan talifon jika mahu membuat tempahan.

Sekian, wasalam.

Love,
~Mak Ku~

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 5, 2017

Endometriosis; Bila sakit itu menyerang lagi

Entri: #196
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 08, 1438H
(05 April 2017)

Salam kasih sayang.

Hari ini Mak Ku kena mula balik rawatan ini.



Sama rawatan macam duduk wad, beza hanya tanpa suntikan ubat ikut IV.

Macam mana buat? Untuk kes macam Mak Ku, kena buat dos ubat tahan sakit berlapis.

Kau orang pesakit endometriosis atau bukan sila jangan ikut tanpa kebenaran doktor ya.

Disebabkan suntikan voren dan arcoxia tetap tidak diizinkan untuk memberi kesan keringanan kesakitan, sekarang, rawatan akhir sebelum serah diri ke hospital kembali adalah dengan cuba guna kaedah ini pula.

Kita mulakan hari macam biasa, ambil paracetemol. Kemudian selepas 3 jam, kita ambil mefenamic acid pula (ini boleh bikin gastrik ku mencanak). Dan kemudian ambil balik paracetemol ikut selang masa dos sepatutnya dan diikuti ponstant ini selepas 3 jamnya.

Macam benci sangat dah nak ambil ubat tahan sakit ni. Tapi demi kelangsungan hidup, mak ku telan juga lah.

Kau orang tolong doakan Mak Ku bertabah ya. Mak Ku tak mahu sebolehnya duduk dalam wad. Letih kena soal dan kena scan.

Sekian, Wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 4, 2017

Endometriosis, Tewas Akhirnya.

Entri: #195
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI




Jam 2.30pm.
Demi kelangsungan hidup, ambil juga lah dia ini walau tahu hanya dapat bertahan selama 2 jam sahaja pun.

Mak Ku sakit perut skala 7 sekarang ini.

Oh ya lupa nak cerita.
27 Mac 2017 yang lalu, Mak Ku pergi jumpa pakar di Hospital Selayang.

Macam biasa, pakar terlibat tiada di klinik dan kes diambil oleh doktor bertugas. Kemudian lapor semula pada doktor pakar (Doktor Norliza) sebarang penemuan hasil perbincangan doktor dan mak ku juga keputusan imbasan yang telah dibuat.



Gambar di atas adalah stok ubat untuk 2 bulan. Pil paracetemol dan pil arcoxia sahaja pun. Pil hormon Duphaston telah dihentikan ambilannya dek tiada kesan pada situasi yang mak ku rasai dan alami.

Nanti hujung bulan 5 bekalan ubat ini datang lagi memandangkan paracetemol ini perlu mak ku ambil setiap hari tapi mak ku doktor sendiri, ambil bila agak perlu sahaja. Letih nak hadap ubat tahan sakit.

Apa lagi mak ku nak tulis? Waktu mak ku taip ini, mak ku berbaring sahaja. Sengal perut masih terasa.

Allah sahaja tempat mengadu. Dah habis daya dah mak ku nak tahan. Tinggal mahu pergi hospital ambil ubat tahan sakit ikut IV saja lagi.

Oklah, mak ku nak pejam mata lagi. Semoga pagi nanti kurang dah rasa sakit ini.

Sekian, Wasalam

posted from Bloggeroid

Baiki poket seluar dan kisah sakit perut dek endometriosis

Entri: #194
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 07, 1438H
( 2017)

Salam kasih sayang buat semua.

Mak Ku masih kerjanya membaiki poket seluar.



Perut hari ini masih belum beri kerjasama. Masih berbisa, ngilu, pedih dan macam-macam rasanya.

Macam mahu tukar alat ganti abdomen saja jika ikutkan rasa hati ini.

Nampaknya suntikan voltaren/voren yang di ambil pada hari Ahad lalu itu hanyalah sekadar suntikan yang tidak diizinkan Ilahi untuk memberi kesan kelegaan kepada diri.

Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi ini. Sekurang-kurangnya sakit ini boleh menginsafkan diri bahawa hidup ini tidak lama mana pun.

Astaghfirullah hal 'azim.

Semoga lafaz ini menjadi butir-butir kalimah yang sering terungkap di bibir dan di hati sehingga habis nyawa ini dikandung badan hendaknya.

Sekian, Wasalam

posted from Bloggeroid

Friday, March 24, 2017

Hasil kebun dan Asam Pedas Ayam

Entri: #193
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir 24, 1438H
(24 Mac 2017)

Salam kasih sayang.

Ini kisah beberapa hari nan lalu. Pusing ke laman tepi, lihat pokok-pokok yang ditanam encik chenta.

Alhamdulillah, nenas tiga pokok sudah mengeluarkan hasil. Benihnya ambil dari rumah MIL. Gambar? Nantilah ya.

Tengok pula kantan. Oh, kantan pun sudah mula pandai berbunga. Alhamdulillah. Satu itu dah kembang sedikit pula. Bolehlah diambil untuk dijadikan bahan masakan.

Pusing lagi, kesum atau cenohom pun dah merimbun. Petiklah habuan secekak. Boleh dah untuk buat asam pedas nampaknya, bisik hati kecil ini.

Langkah ke depan lagi, ambil pula daun limau purut. Lengkap. Dan masuk ke dapur, selongkar tengok dalam peti, apa bahan mentah sumber haiwan yang masih berbaki.



Baiklah, disebabkan haiwan yang tinggal adalah ayam, maka, cik azue kenalah masak asam pedas ayam.

Bila orang utara masak asam pedas, kau rasa?
Hahahaha, rasa asam pedas jugalah. Cuma tak tahulah boleh menyamai rasa yang dimasak oleh orang melaka dan johor atau tidak.



Gambar itu, cik azue ambil ketika api dapur baru ditutup, masih menggelegak orang kata. Ambil gambar siap-siap sebab takut lupa bila waktu hidang nanti.

Di sini cik azue tulis resepi yang cik azue buat ya untuk rujukan masa hadapan.

Mula-mula, kisar halus bawang besar, bawang merah, sedikit bawang putih bersama cili kering dan kunyit hidup.

Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau sebatang serai, bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih yang dimayang halus serta setengah sudu teh halba.

Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga naik minyak atau garing. Bila dah garing, masukkan ayam dan gaul rata dan masak ayam hingga kecut. Tutup sekejap periuk supaya air ayam cepat keluar dan ayam empuk.

Bila ayam dah kecut, masukkan air asam dan sekeping dua asam keping. Tambah air jika perlu. Masukkan bunga kantan, daun kesum, garam dan gula secukup rasa. Renihkan seketika dan sedia dihidang.

Asam pedas ni biar pekat, baru sedap.

Oklah, sampai sini dulu.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Thursday, March 16, 2017

Sakit Tangan dan tempahan pukal sulaman tanda nama

Entri: #192
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir 16, 1438H
(16 Mac 2017)

Salam kasih sayang.

Lama cik azue menyepikan diri. Minta maaf banyak-banyak. Kesibukan dan kesakitan menjadikan alasan untuk berdiam diri buat seketika.

Alhamdulillah.
Kita bakal menghampiri penutup suku pertama bagi tahun 2017 (yang mana kiraan sukuan dikira setiap 3 bulan).

Cepat sungguh masa berlalukan. Sedar tak sedar, cik azue pun telah sampai masa untuk sesi terakhir bagi tempahan sulaman untuk suku ini.



Ini dua tempahan akhir dalam proses kemaskini selepas sulaman.

Alhamdulillah, Allah bantu cik azue dan tim kami untuk selesaikan amanah terakhir ini. Tinggal kerja-kerja akhir sahaja.

Sebenarnya, sejak bergelar pemderita endometriosis ini, pergerakan cik azue agak terbatas.

Macam mahu selesaikan kerja kemasan akhir ini. Tangan yang membengkak di tambah pula rasa kebas dari bahu ke hujung jari jemari di kedua-dua belah tangan. Kebas yang sakit, terutama di sebelah tangan kanan.

Kebas ini selalunya menggangu lena. Baik siang mahupun malam. Selalu perasaan bagai tangan kena pancung dirasai setiap kali tidur. Kemudian ditambah pula dengan berasa bagai ada tusukan ke dada.

Mengikut kata rakan-rakan senasib, seolah-olah simptom yang cik azue alami menunjukkan sel tersebut telah tersasar jauh ke bahagian saraf dada atau rongga torak. Entahlah.

Tunggu pihak pakar bertauliah memberi kata putus. Pertemuan seterusnya dengan doktor pakar adalah pada penghujung Mac nanti.

Alhamdulillah atas segala nikmat.

Buat para pelanggan yang budiman, terima kasih kerana sanggup menempah dan bersabar menanti tempahan siap.

Lain kali cik azue cerita lagi.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 31, 2017

Masih menyulam tanda nama Jawi

Entri: #191
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awal 02, 1438H
(31 Januari 2017)

Salam kasih sayang.

Hari ini sudah sampai ke hari terakhir dalam bulan pertama tahun 2017.


Ketika entri ini ditulis, berbaki lagi 2 frame sulaman untuk disulam bagi warna kain dan warna benang ini.

Selepas itu akan beralih kepada warna kain dan warna benang yang lain pula.

Malam nanti, sementara mesin sulam kita bagi berehat, kerja-kerja kemasan akhir akan terus dilakukan.

Pecut untuk siapkan pada minggu ini juga. Semoga segala urusan dipermudahkan Ilahi.

Yang ingin menempah, kalian terus whatsapp cik azue ke nombor 013-2700020 ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Monday, January 30, 2017

Tempahan Sulam Nama pada Pakaian

Entri: #190
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awal 01, 1438H
(30 Januari 2017)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Hari ini, Alhamdulillah, cik azue sempat selit satu tempahan sulam nama pada pakaian.

Terima kasih sue kerana menempah dengan cik azue.


Sulam di seluar sukan.


Sulam di baju T.


Sebahagian pakaian yang telah disulam (gambar ehsan FB puan penempah)

Sebenarnya, sulam pada pakaian yang sudah siap dijahit sepenuhnya adalah agak sukar sedikit untuk dilakukan.

Ini disebabkan oleh faktor seperti ruang bukaan baju atau seluar yang agak sempit serta kadang kala, kain sudah mempunyai kedutan dari getah pinggang yang terpasang.

Namun kerja ini dapat diselesaikan dengan menggunakan 'frame' atau pemidang sulaman yang paling kecil, bersaiz 60mm × 20mm. Alhamdulillah.

Sebagai makluman, untuk khidmat sulaman nama terus seperti ini, kadar upah adalah sebanyak RM2.00 bagi setiap nama dan lokasi sulaman (ada yang mahu satu cadar dengan 2 nama).

Saiz tinggi huruf yang disulam pula adalah 7.2mm.

Jika kalian berminat, bolehlah hubungi cik azue melalui aplikasi Whatsapp : 013-2700020



Selesai urusan, kembali menyulam baki 2 kelas lagi tempahan pukal ini.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan ya.


Wasalam
posted from Bloggeroid

Friday, January 27, 2017

Bila Cik Azue Menyulam

Entri: #189
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 28, 1438H
(27 Januar 2017)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Salam penghulu hari buat semua.



Hari ini cik azue masih meneruskan kerja-kerja sulaman dan kekemasan bagi tanda nama jawi bagi tempahan pukal sekolah.

Terima kasih ustazah di atas kepercayaan ini. Tahun ini sudah tahun ke tiga atau barangkali tahun ke empat kita berurusan.

Teringat lagi pada penghujung tahun 2015, pada ketika cik azue memang seringkali keluar masuk wad dek ujian kesihatan, terasa bagai mahu ditolak sahaja tempahan yang menjelma.

Alhamdulillah, atas kerjasama dengan tuan CEO, tempahan para pelanggan setia tetap kami terima ketika itu dan sehinggalah kini.

Terima kasih banyak-banyak buat kalian atas kepercayaan selama ini buat cik azue dan suami.

Berbalik kepada cerita sulaman. Beginilah setiap kali selesai sulam. Semak balik setiap ejaan, tanda mana yang rosak dan perlu ulang sulam dan terus kemudian buat kemasan akhir pada setiap keping nama.

Susah?
Tidaklah begitu susah dan renyah apabila kita suka untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Nasihat cik azue buat penyulam tanda nama yang baru berkecimpung.

Janganlah kalian buat perkara ini semata-mata kerana mengejar nilaian ringgit semata, kelak kalian sendiri akan terasa lelahnya.

Buatlah atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Fahamkan.

Sampai sini sahaja. Nanti cik azue sambung lagi ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 25, 2017

Selamat Tahun Baru

Entri: #188
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 26, 1438H
(25 Jan 2017)

Salam kasih sayang.


Masih di bulan Januari kan.
Maaf lah, cik azue agak sibuk kebelakangan ini.

Seperti biasa, hujung tahun membawa ke awal tahun, cik azue akan sibuk dengan tempahan sulaman tanda nama aka sulaman nametag jawi mahu pun rumi.

Tahun ini, alhamdulillah, cik azue dah semakin sihat, walau stok ubat masih banyak.



Apa nak buat, telan sajalah kan seperti mana arahan puan doktor pakar.

Oklah, sampai sini dulu.

Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam

posted from Bloggeroid