Foto: Perkongsian Rakan FB
Rujukan:
1) http://www.fitsugar.com/30-Day-Squat-Challenge-30806625
2) http://voxxi.com/2013/06/07/30-day-squat-challenge-risks-benefits/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Apa khabar anda semua para pembaca setia. Sihat? Harapan cik azue agar kita semua dalam kesihatan yang paling baik pagi ini. Dan kerana itu, cik azue nak kongsikan satu gerak kerja kesihatan bagi memastikan diri kita semua dalam tahap kecerdasan maksimum.
Dah sedia? Ok, mari kita lihat dan kaji bersama.
Cik azue percaya anda semua pernah dengarkan. Sebagai permulaannya, apa yang boleh cik azue nasihatkan berdasarkan pengalaman adalah buat sedikit pemanasan badan, dalam lingkungan kiraan 5 minit dan barulah mulakan akiviti ini. Biar lambat asal sihat. Jika anda tidak mampu mengikut regim senaman ini, anda boleh juga mulakan pada kiraan anda sendiri. Buat lah berulang sesi sehingga anda mampu mengikut saranan yang diutarakan bagi mencapai maksud sebenar cabaran ini.
Apa lagi? Marilah kita menyahut cabaran ini. Nampak mudah namun perlu semangat juang disitu.
Awas, diingatkan, pada permulaan sessi, anda akan alami kekejangan otot betis dan paha. Jika anda melakukan secara berterusan dan tidak secara melampau, anda akan rasa impak nya.
Untuk pengetahuan kita bersama, senaman ini dapat menguatkan otot betis, paha dan punggung serta otot abdomen kita.
Ketahui cara bagaimana untuk melalukan senaman ini disini.
Sila klik gambar untuk pergi ke laman web sebenar |
Selepas anda selesa dengan senaman ini, mari kita berpindah pula dengan mengikuti senaman dari web ini
Number 1: Narrow Squat
Number 2: Narrow Squat With Back Kick
Number 3: Basic Squat
Number 4: Basic Squat With Side Leg Lift
Number 5: Sumo Squat
Menarik bukan? Baiklah, jika anda berminat, anda bolehlah melawati laman web ini untuk makluman lanjut tentang regim senanam diatas.
Hingga itu, marilah kita berusaha demi kesihatan kita, terutama kita kaum ibu. Sihatnya seorang IBU sihatlah keluarga itu.
Wasalam.
*****************************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
2 comments:
saya pun dah lama tak exercise... makin lama, makin banyak lemak degil tang perut... huhuhu
btol3.. bila umur dah three series ni memang terasa nikmatnya kesihatan.. badan dah berat.. dapat ringankan sikit pun dah seronok.. dapat brisk walk kat taman dgn anak2 pun rasa mcm dpt berjoging.. hihi.. tapi apa pun yang penting hati mesti gembira.. :D
Post a Comment