Followers

Showing posts with label Tutorial Cik Azue. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Cik Azue. Show all posts

Tuesday, May 8, 2018

Tutorial Blok Tampal Cantum - 'Blok Ikut Suka'

Entri: # 229
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Wah kemain tajuk blok tampal cantum cik azue kali ini kan. 
Kenapa begitu? 
Ini kerana kita main jahit sajalah petak-petak kain yang ada sehingga mendapat saiz yang kita mahu.


Lihat gambar di atas. Sila ikut turutan nombor tertera pada gambar di atas, ya.

Sediaan:
Kain pilihan dipotong selebar saiz 5.5 inci mengikut panjang meter kain.
(Contoh: 1meter kain pilihan dengan kelebaran bidang kain sebanyak 45 inci, apabila dipotong secara memanjang, akan menghasilkan 8 helaian memanjang kain bersaiz kelebaran 5.5 inci.)

No.1 (pada gambar)
Saiz blok pertama adalah bersaiz 5.5 inci X 5.5 inci.

No.2 (pada gambar)
Saiz blok kedua juga adalah bersaiz 5.5 inci X 5.5 inci. 
Jumlah blok diperlukan adalah sebanyak 2 keping.
Setiap satu blok ini dijahitkan di kiri dan di kanan blok berlabel no 1 dalam gambar.

No.3 (pada gambar)
Kemudian, ambil satu lembaran kain dan dijahit merentasi petak-petak bernombor 1 dan 2 pada sisi atas dan bawah blok. Potong lebihan kain sama panjang dengan blok tersedia.

No.4 (pada gambar)
Lembaran kain yang berikut pula kemudiannya dijahit pula pada sisi tepi kiri dan kanan blok tersedia. Selepas dijahit, potong lebihan kain sama selari dengan saiz blok tersedia.

No.5 (pada gambar)
Ulang menambah saiz blok tersedia dengan menjahit seperti item no 3.

Cara-cara jahitan blok ini:

1) Jahit setapak (1/4 inci) untuk basi jahitan

1a) Sambung kain jika tidak cukup panjang.

2) Kain selepas dijahit, terdapat lebihan kain di situ

3) Potong kain sama panjang dengan blok asal

4) Selepas dipotong selari dengan blok asal.


Langkah pada no 3 dan no 4 (pada gambar pertama) akan terus diulang-ulang sehingga mencapai saiz akhir produk.

Saiz akhir selimut ini


Senang tak tutorial kali ini cik puan Wasima Omar


Maaf ya puan, baru sekarang cik azue ada masa menulis, sedangkan dah lama siap dah selimut tampal cantum ini. 
Sudah sampai ke tangan tuan dia kira-kira setahun nan lalu. 
Dan diharapkan tutorial ini dapat membantu cik puan hendaknya.

Oh ya, ini muka belakang selimut tampal cantum no 2 yang cik azue buat. Nak tengok selimut pertama, sila ke pautan ini; SELIMUT MAK TOK NO 1

Nak ke tutorial blok pertama, sila ikut pautan; Blok Tampal Cantum - 'The Flock'.

Oh ya, Tutorial asal blok ini ada di 'page' Selimut Mak Tok. Kalian boleh ke pautan asal dengan menekan pautan; 'Blok Ikut Suka' ini.

Sampai sini dulu lah ya untuk kali ini.

Nanti cik azue sambung lagi.


Wasalam.









Monday, September 22, 2014

Entri # 84: Blok Tampal Cantum - "The Flock"

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue sambung menulis tentang kraf seni jahitan tampal cantum. Masih ingat akan entri INI? Ya kesinambungan dari entri itu. Cik azue nak menulis tentang bagaimana nak hasilkan blok tampal cantum yang diberi nama "The Flock" sebagai rujukan bagi yang bertanya.
Apa yang cik azue tulis di sini adalah bagaimana cik azue buat blok ini ya. Buat kawan-kawan yang mahir dengan seni jahitan tampal cantum ni, jika ada yang terkurang tu, mohon diperbetulkan lah ya. Cik azue hasilkan bersandarkan kenangan pada hobi mak aja.

Baik. Ini paten dari buku mak yang dah dipilih tempoh hari.



Oh lupa nak ambil 2 keping kain atas dan bawah yang dilapis dua (depan bertemu depan) dan dijahit seperti gambar di atas.

Hasil dari jahitan di atas menjadi seperti ini apabila kita potong di tengah antara dua jahitan lurus yang telah dibuat tadi (rujuk gambar di atas tadi). Setelah diseterika, dijahit sebelah menyebelah seperti gambar.

Kemudian dari dua (gambar di atas) dicantum dan dijahit menjadi seperti gambar.

Blok ini dibuat sama seperti blok pertama (lupa nak ambil gambar, minta maaf ya) di jahit dan di potong tengah. Selepas itu di seterika seperti hasil dalam gambar di atas.

Blok ini dibuat dengan mencantum blok dari blok ke 3 dengan blok ke 4. Selepas jahit, diseterika seperti gambar.

Ini blok siap. Cantuman 2 blok dari blok ke 5 di atas.

saiz muka depan selimut berbanding haziq.
ini proses letak border

ini hasil selepas diletak border.

ini adalah rupa penjuru border ya. Bagaimana cik azue buat? Begini.

Pertama: jahit dulu border ditepi dengan tinggalkan lebihan kain di hujungnya (agak-agak aje)


dari pandangan muka belakang


dari pandangan muka hadapan


Kedua: temukan sisi ke sisi seperti gambar 


tandakan menyerong seperti ini

 Jahit di atas tanda tadi



guntingkan 

dan terbalikkan. Tada!


 Dapat tak? Kalau ada yang musykil, bagi tahu ya.

 Yang bawah ini pula proses jelujur atas dan bawah sebelum dijahit tindih dengan mesin. Lain-lain sambungan rujuk entri sebelum ini ya. 



Kalau ada yang kurang faham, maaf, cik azue tak pandai nak buat tutorial. In shaa Allah nanti cik azue cuba buat lebih baik untuk blok-blok jahitan yang akan datang. Hanya untuk kawan-kawan, jangan risau, tiada cas bayaran dikenakan.

Oklah, cik azue nak kena beransur dulu. Esok in shaa Allah, cik azue sambung lagi ya.

Wasalam


Friday, June 20, 2014

Entri # 69: Jom Baiki sendiri kasut Sekolah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Sekejap sahaja seminggu hampir berlalu. Minggu pertama persekolahan penggal ini bakal berakhir. Mari congak diri sendiri, apa telah kita lakukan sepanjang minggu dan di manakah aras pencapaian diri kita sendiri samada untuk hal-hal dunia mahupun yang hal-hal bersangkutan alam kubur dan alam akhirat. Tepuk dada, semak hati kita sendiri. Moga-moga madrasah ramadhan bakal tiba menjadikan kita insan-insan mulia di mata yang ESA, in shaa Allah.

Ok, hari ini, cik azue nak berkongsi kisah DIY yang cik azue buat pada kasut sekolah anak-anak. Sama ada kualiti kasut tidak bagus atau cara pemakaian anak-anak tidak begitu baik. Ntah lah. Hanya yang Esa lebih tahu. Apa yang cik azue tahu, cik azue kena dan harus selamatkan kasut-kasut yang masih baik kondisi nya itu selain bahagian velcronya.

Lihat.

Kasut Haziq sebelah kiri

Kasut Haziq sebelah kanan

Kasut Hazim

Jadi apa cik azue buat?


ambil velcro ikut warna kasut dan potong ikut panjang asal lalu dijahit pada tali kasut.

selepas dijahit

kemaskan velcro ikut saiz tali tadi



tada, siap sudah. Dah selamat kasut-kasut ini dan dah boleh mula pakai semula sehingga usang ya anak-anak.

Sampai sini dulu. Moga-moga memberi manfaat buat semua.

Wasalam

Thursday, May 22, 2014

Tutorial Sulam Applique - Applique Buah Epal

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog cik azue ini. Maaf la, gigi tu sakit sangat beberapa hari ini, jadi tidak produktif pula cik azue, asyik baring dan baring dan terbaring tidur sahaja.
Sihat sikit, ringan sikit sakitu, cik azue menyambung tugasan menyulam tanda nama sulam. Kesian pada yang menempah terpaksa tunggu lewat sikit sampainya, tapi beliau dah dapat pun tanda nama sulam tersebut. Maaf ya puan.

Baik, mari tengok tutorial serba ringkas yang sempat cik azue buat kali ini.

Langkah 1: Susunan kain / fabric untuk sediaan menyulam. Rujuk gambar atas.

Langkah 2: Design applique dimuat naik ke mesin sulam lalu hoop dan tuala (dari langkah 1) di letakkan di tempat yang sepatutnya.

Langkah 3: Permulaan applique, mesin akan membuat satu jahitan dasar ke atas susunan fabrik dalam hoop sulaman.

Langkah 4: Plastik di atas (rujuk langkah 3) dan di dalam garisan dasar dikeluarkan

Langkah 5: Selapisan fabric berwarna (cik azue guna warna merah dalam tutorial ini) di letakkan di atas garisan dasar tadi dan kemudian, mesin akan membuat sekali lagi jahitan dasar ke atas kain berwarna merah tadi. Keluarkan hoop sulaman dan lebihan kain dipotong dari tepi jahitan dasar.

Langkah 6: Hasil potongan kain mengikut jahitan dasar dari langkah 5. Kemudian, mesin akan menjahit menggunakan teknik jahitan satin ("satin stitch") dikeliling dan ke atas jahitan dasar tadi.

Langkah 7: Hasil dari jahitan satin dan bahagian buah siap dan ketika ini, warna benang sulam ditukar untuk penyediaan sulaman seterusnya.

Langkah 8: Jahitan sulaman bagi daun buah epal.

Langkah 9: Daun dah disiap sulam. Dah siap dah epal ni sebenarnya, tapi kita ada tulisan di perut epal. Sambung tukar warna benang dan mula menyulam tulisan di perut Epal

Langkah 10: Siap sudah.  Saiz epal ini muat dalam hoop 4"x4"

Terima Kasih sebab sudi baca tutorial ringkas cik azue ini.

Oh jika berminat nak dapatkan imej Epal ini atau ingin menempah imej applique bagi sulaman mesin, kalian boleh menghantar email ke alamat email berikut:

1) kuazue@gmail.com (email cik azue ) atau
2) nalsur8@gmail.com (email chenta hati - CEO Keraih Lengan Kuazue)


Akhir kalam, terima kasih atas doa anda semua buat cik azue. Alhamdulillah, moga allah beri keringan buat anda juga yang sudi mendoakan cik azue. Hingga ketemu lagi

Wasalam
*************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Wednesday, April 30, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Tutorial Bantal Fossy the Fish Fossil

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue nak melunaskan janji terdahulu. Ingat lagi akan ENTRI ini? Ya dalam entri itu ada cik azue janjikan tutorial bagi bantal hiasan ini.


Kepada yang berhajat nak buat bantal ini, sila-sila kan lah ya. Nak share atau nak guna pakai untuk jana pendapatan pun boleh juga. Tidak perlu minta izin lagi. Ambil lah dan gunalah jika ianya mendatangkan manfaat buat semua.

Kita mulakan dengan basuh dulu kesemua kain yang akan kita gunakan dan kemudian, rangka paten dulu.
kain warna kuning sudah siap dibasuh, kain yang digunakan adalah dari jenis kain flanel.

Rangka yang dilukis tangan, warna biru untuk kain luar, warna merah jambu untuk bahagian dalamnya. Lukis dan turih atas kain (masukkan terus basi jahitan ya) dan potong seperti berikut sebanyak 2 keping (untuk sebelah kiri dan kanan)

 pinjam gambar ini, lupa sudah mahu ambil selepas dipotong

kain keliling nya, saiz lebar yang cik azue buat adalah dalam anggaran 3inci termasuk basi jahitan di kiri kanan. Anggaran panjang keliling adalah kena ukur lah ya ikut berapa besar yang kita lukis tadi. Jangan lupa juga, yang pendek tu adalah bagi bahagian lubang matanya.

CARA JAHIT Tampal Hias (Applique)

guna lagi gambar ini. mula-mula, kita letakkan dua kain ini seperti gambar dan jelujurkan keliling (mana yang mahir, rasanya tidak perlu lagi langkah ini). Jahit lurus keduanya serapat mungkin ke tepi basi jahitan kain diatas.


Selepas siap bagi keempat-empat bahagian, laraskan mesin kepada jahitan zig-zag. 
Berikut adalah setting jahitan pada mesin jahit Cik Singer cik azue ya.

Jahit zigzag serapat yang boleh ya. Di sini kita sedang membuat teknik jahitan tampal hias atau pun jahitan Applique secara manual. Jahit keliling diatas jahitan lurus tadi. Bila bertemu semula di jahitan mula, jangan dijahit undur bagi mematikan jahitan. Sebaliknya, kita tinggalkan helaian benang sebegini dahulu.
muka atas jahitan


dari muka bawah jahitan tadi, tarik masuk helaian benang di atas ke bawah dan simpul dengan benang yang berada di bawah menjadi seperti gambar berikut

Benang disimpul disebelah bawah bagi mematikan jahitan yang diberi nama "Satih Stitch" dalam teknik jahitan Applique.

Ini pula bahagian disebelah atas tadi.



Jahitan 3D

Mula-mula, jahit kain untuk keliling soket matanya.

 

Cantumkan pada satu bahagian badan sahaja dan dijahit keliling.

Selepas itu, cantum dulu kain keliling yang panjang tadi ya dan dijahit cantum mengikut keliling badan ikan ini di kedua-dua belah.


Selepas jahit sekeping.

 Cantum kepingan yang satu lagi dan jahit keliling. Tinggalkan bahagian mata sahaja ya.

Terbalikan kain melalui bukaan lubang soket mata yang tidak berjahit tadi.

Nampak tak, sebelah dijahit dan sebelah lagi dibiarkan dahulu.

Masukkan fiber ke dalam tulang ikan ini keseluruhannya dan setelah padat, mulakan menjahit di bahagian matanya sambil dikemaskan serta dimasukkan fiber sedikit demi sedikit sehingga membentuk soket mata yang memuaskan.

sambil-sambil jahit, sambil masukkan fiber dan kemaskan ya.

Jahit secara "ladder style" atau jahitan tangga yang mana jahitan disorok di dalam fabrik. Maaf jahitan kurang memuaskan sebab sudah lupa proses ini dan kena buat semula sebagai contoh untuk ambil gambar semula.

 dan siap la sudah.

Faham ke tidak? Harap-harap anda faham ya. Mana yang kurang faham, boleh email cik azue ya di kuazue@gmail.com

In shaa Allah, cik azue bantu. Semoga tutorial tidak seberapa ini memberi manfaat untuk semua. Mana yang salah silap, harap dimaafi ya.

Selamat bercuti dan selamat mencuba ya.

Wasalam.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: