Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Hari ini mari kita berkongsi maklumat tentang Kraft Seni Jahitan dan Sulaman lagi. Kalau semalam, cik azue menulis sebab-sebab kenapa cik azue memilih bidang ini sebagai hala tuju karier selepas bergelar WAHM, kali ini cik azue nak berkongsi tentang cabang-cabang yang ada didalam tajuk Kraf Seni Jahitan dan Sulaman.
Untuk makluman, bidang jahitan, samada jahitan mesin atau jahitan tangan, adalah sangat besar. Selain daripada menghasilkan pakaian, telekung mahupun pembuatan beg dan lain-lain, bidang jahitan ini boleh dikomersialkan dalam bentuk jahitan kreatif. Jahitan kreatif ini lah yang akan kita perhalusi satu persatu nanti, Inshaa Allah.
Kraf Seni Jahitan dan Sulaman boleh dikomersialkan dalam bentuk seperti berikut:
1) Seni Jahitan Tampal Cantum
2) Seni Pembuatan Kuilt
3) Seni Pembuatan Bantal Hiasan
4) Seni Sulaman Benang
5) Seni Sulaman Manik
dan sebagainya dari semasa ke semasa akan cik azue kemas kini.
Didalam bahagian satu, cik azue hanya akan menjurus kepada Seni Jahitan Tampal Cantum dan Seni Pembuatan Kuilt. Maaf, buat masa sekarang ini, cik azue hanya guna pakai gambar-gambar yang dah rakan-rakan lihat selalu. Lain masa cik azue cuba cari lain-lain gambar dari album ya.
Ini contoh Kuilts yang ada dalam simpanan cik azue |
Ini contoh Seni jahiitan tampal cantum |
Apa itu Seni Pembuatan Kuilt dan apakah kesinambungan nya dengan seni Jahitan tampal Cantum, serta Seni Sulaman Applique?
Kuilt adalah selembar kain yang dihasilkan dengan melapik 3 lapisan kain bersama-sama, iaitu kain muka atas, kain tengah (yang mana kebiasaannya menggunakan samada kain 'fleece' atau selapisan polyester yang lebih dikenali sebagai 'batting') dan kain terakhir sebagai kain muka bawah. In shaa Allah nanti kita perincikan bila masa sampai masanya.
Seni Jahitan Tampal Cantum pula adalah seni cantuman kepingan-kepingan kain kecil sehingga membentuk satu helai kain yang besar. Untuk pengetahuan anda yang belum arif dengan seni jahitan ini, terdapat beribu-ribu corak cantuman kain yang boleh kita dapati dan ikuti di alam maya ini. Ini juga akan cik azue kongsikan dengan anda sebahagian corak-corak cantuman dan tampalan yang cik azue sedang usahakan.
Dan yang terakhir untuk bahagian satu adalah Seni Sulaman Applique.
Mengikut istilah teknik jahitan, applique bermaksud, kepingan atau cebisan kain kecil dengan menggunakan teknik jahitan sulaman benang, ditampal pada kain dasar lalu membentuk suatu imej atau lakaran. Dan Seni Sulaman Applique juga adalah banyak yang mana akan cik azue tunjukkan dalam sesi tutorial cik azue nanti in shaa Allah agar anda semua lebih faham.
Dengan merujuk kepada gambar "ELMO" di atas, cebisan kain berwarna merah telah dijahit menggunakan teknik sulaman satin yang mana pada dasarnya menggunakan teknik sulaman selang seli atau 'zigzag'.
Pada anda yang kurang mahir, harap boleh menunggu sehingga cik azue dapat membuat tutorial asas sulaman applique sikit masa lagi.
Ok, apa kaitan antara 3 cabang seni jahitan ini dalam satu kraft seni jahitan dan sulaman? Ketiga - tiga cabang seni ini boleh didapati dalam satu selimut, kuilt, beg atau pun bantal hiasan.
Mengambil contoh gambar kuilt yang cik azue tunjukkan tadi. Di dalam kuilt ini ada teknik tampal cantum serta sulaman applique. Selalunya dalam pembuatan kuilt, kain muka selalunya akan digabungkan diantara seni jahitan tampal cantum dengan seni sulaman applique bagi membentuk satu lembar kain yang besar. Kadang-kadang, terdapat juga hanya samada sulaman applique atau jahitan tampal cantum sahaja dalam satu-satu kuilt. Formula itu bukan mesti namun selalunya akan digabungkan bagi menghasilkan satu seni yang lebih kreatif dan menarik minat bakal pembeli.
Ok lah, cik azue harus berhenti dahulu. Entri akan datang, inshaa Allah akan cik azue sambung lagi dengan lain-lain cabang seni pembuatan dari jahitan dan sulaman ini.
Hingga itu, jaga kesihatan anda ya.
Wasalam
*********************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
3 comments:
kreatifnya
wah kretif and cantiknya..yang first tu untuk letak kat mana tu, sori tak beberapa clear sangat, jap nak click bagi besar.
Nurzakiah : tq
BabYpose: tu alas baby, mcm comfoter baby..
Post a Comment