Followers

Friday, February 21, 2014

Bunga dalam hidup Kita

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


credit to: Minnesota Wildflower

Salam Kasih sayang buat semua dan semoga anda semua dalam kasih sayang Ilahi dan sejahtera selalu.

Cantikkan bunga itu? Putih warnanya dan sangat mendamaikan jiwa yang memandang. Subhanallah... dan terima kasih juga kepada jurufoto yang telah berjaya merakamkan sesuatu ciptaan Ilahi dengan begitu baik.

Hari ini cik azue nak menulis tentang Diri dan perkaitan nya dengan Bunga. Ada juga perkaitan diri yang dikaitkan dengan lain-lain benda. Namun dalam konteks sains psikologi yang dibelajar dulu (Subjek pemikiran kritis - 2 kredit markah), perkaitan ini digambarkan dengan Teori Bunga Empat Kelopak.

Pernah dengar teori ini? Belum pernah atau sudah selalu dengar, cik azue kongsikan juga sebagai ulangkaji diri cik azue sendiri dan semoga ianya memberi manfaat buat anda para pembaca.
Secara dasarnya, untuk kita mengenali diri kita sendiri, terdapat empat pembahagian atau pemecahan, iaitu

1) Kelopak 1 = Saya tahu dan anda juga tahu

Dalam konsep ini, apa sahaja yang berkaitan dengan sikap, perasaan, keinginan dan lain-lain, semuanya diketahui oleh orang lain. Kesediaan kita untuk berkongsi perkara-perkara asas tentang diri kita menunjukkan sikap kita yang bersedia menerima individu lain dalam hidup kita.Semakin banyak yang kenalan kita tahu tentang kita, semakin senang atau mudah kita akan didekati.

2) Kelopak 2 = Saya tahu dan and tidak tahu
Kelopak ini menggambarkan sikap atau sifat yang kita rahsiakan dari pengetahuan awam atas sebab-sebab yang tertentu.

3) Kelopak 3 = Anda tahu tetapi saya tidak tahu
Kelopak ini melambangkan bahawa sesetengah perkara atau sifat yang tidak kita sedari tetapi diketahui oleh orang awam. Kita mungkin tidak akan pernah menyangka bahawa kita memiliki sesuatu sikap yang baik atau buruk, namun hanya orang lain yang dapat melihat sikap tersebut. Oleh itu hanya orang yang tahu tetapi kita tidak dapat tahu tanpa diberitahu

4) Saya dan anda, dua-dua tidak tahu
Kelopak ini menyatakan kadang-kadang sesuatu perkara hanya dapat diketahui melalui sesuatu ujian atau saringan. Tanpa ujian atau saringan, kita atau sesiapa sahaja tidak akan dapat menilai atau mengetahui sifat dan sikap yang tersembunyi di dalam diri seseorang individu.

Persoalannya, Kenapa kita perlu kenali diri kita sendiri?
Ya, apabila kita mengetahui dan mengenali diri kita sendiri, kita tahu baik buruk sikap dan sifat yang kita warisi, dimana ini memberikan pengaruh yang cukup besar dalam membantu kejayaan diri sendiri, samada dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya yang dimiliki.

Mengikut penulisan buku "Superwoman" oleh puan Mardiana Ishak, mengikut kajian, mana-mana orang yang berjaya kebanyakkannya tahu dan kenali diri sendiri. Mereka tahu siapa mereka, kekuatan dan kelemahan serta apa yang mereka inginkan. Kesan daripada mengenali diri sendiri dengan begitu baik, kita dapat merangka hala tuju kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Jika itu keperluan untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu dan boleh mengenali diri kita samada melalui Konsep bunga 4 kelopak di atas atau melalui beberapa cara seperti berikut:

1) Mendengar apa yang orang kata tentang diri kita - harus bersikap terbuka atas apa sahaja yang diperkatakan supaya kita boleh mengenali lantas memperbaiki diri kita

2) Mencari maklumat tambahan mengenai diri kita sendiri dengan sahaja bertanya kepada orang lain dengan meminta pandangan mereka mengenai apa tindakan yang kita lakukan. Namun disini, kita mesti tidak cepat melenting jika sesuatu komen diberi adalah bersifat negatif.

3) Berlatih melihat diri kita seperti mana orang lain lihat kita. Kita boleh bertanya atau berimaginasi menjadi orang lain dan melihat diri sendiri.

4) Mendedahkan lebih banyak maklumat yang bersesuaian tentang diri kita dari sudut pandangan diri kita sendiri. Cara ini mungkin secara tidak langsung boleh mencerna seberapa maklumat yang dahulunya kita pun mungkin tidak sedari memilikinya.

Nah, ini adalah intipati kejayaan bagi individu yang berjaya dalam kehidupan samada kehidupan berkeluarga mahu pun karier.

Dengan mengambil contoh kisah cik azue, untuk suatu kejayaan, cik azue kena belajar semula mengenali diri cik azue, apa kemahuan cik azue dan hala tuju pilihan cik azue.

Nampaknya, perkongsian kali ini menjadi agak panjang lebar. Sebenarnya, cik azue berkongsi tentang cara cik azue menghadapi permasalahan ini disamping sebenarnya cik azue mengumpul motivasi atas suatu pilihan yang telah dibuat.

Terima kasih atas pandangan anda semua dan terima kasih juga atas sokongan anda.
Nampaknya, cik azue lepas ini kena mula menjahit. Dah lama cik azue membiarkan mesin-mesin selain mesin sulam duduk menanti.
Nanti cik azue sambung semula kisah perjalanan cik azue ke arah WAHM.
Akhir kalam, selamat berhujung minggu dan senyum-senyum selalu.

Wasalam.



**********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazuek

4 comments:

Anum said...

semuanya ada makna kan

Mila@Rimbun said...

Motivasi pagi jumaat.. TQ TQ

babYpose said...

Oh impian tercapai, inshaAllah semoga berjaya dan bahagia.

Kuazue Mohamad said...

Buat semua. tq.. :)