Followers

Wednesday, July 24, 2019

Temujanji dengan Klinik Pembedahan Am Hospital Sungai Buloh

Entri: # 241
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang buat semua.
Terlebih dahulu, cik azue mohon maaf ya sebab tersepi pulak beberapa hari ini. Sibuk cuti hujung minggu dan temujanji hospital.

Hari ini, baru ada kesempatan buka komputer riba cik azue ini untuk kemaskini blog kesayangan cik azue ini. Buka sahaja komputer ini, tiba-tiba komputer ini berubah pula tarikh dan waktunya, kembali ke tahun 2010. Haiiaahhss!



Jadi, cik azue kena tukar balik semula tarikh dan waktu terlebih dahulu, baru boleh melayari intenet.




Kurang pasti pula kenapa boleh jadi tertukar macam ni sekali. 

Ok, sekarang cik azue kembali kepada cerita asal yang cik azue mahu tulis dan simpan sebagai kenangan diblog ini.


22 July, 2019.

Hari ini, temujanji pertama tahun 2019 dengan klinik pembedahan am hospital sungai buloh, selepas temujanji terakhir 8 bulan nan lalu.


Orang pertama bagi bilik no 5. 


Alhamdulillah. Jumpa doktor, bincang lagi tentang kondisi 'refluks' dan tahap kesakitan akibat 'hiatal hernia' yang di alami sekarang ini. Dan seperti 8 bulan nan lalu, solusi kepada masalah ini samada ubah cara hidup, cara pemakanan dan yang terakhirnya adalah melalui pembedahan pembetulan.

Dan cik azue sekali lagi memilih untuk tidak mahu dibedah, dan mahu mencuba lagi dan lagi dengan perubahan gaya hidup serta corak pemakanan.

Sebelum balik, cik azue minta doktor bagi panduan cara untuk cik azue ambil ubatan jika gastrik dan refluk ini kembali menyerang.

Tulisan doktor tu, bukan tulisan cik azue. Lupa pula nak tanya doktor nama apa? Maaf na tuan doktor.

Yang atas tu sirap MMT - sirap gastrik tak kisah lah jenama Gaviscon atau yang dibekalkan oleh klinik kesihatan yang warna putih tu, ambil sebanyak 15ml, 3 kali sehari (doktor tulis TDS), selepas makan, selama seminggu. 

Ada orang yang kena ambil 30 minit sebelum makan. Cik azue jemu oh minum sirap ini, rasa dia payau, tapi berkesan kalau perut kembung macam gendang, minum ni, mudah sikit untuk sendawa atau kentut (cik azuelah masa menderita endometriosis dulu, sirap inilah di ambil jika perut rasa kembung hingga tak boleh nafas)

Yang bawah tu adalah tablet Ranitidine 150mg BD (maksud 2 kali sehari). Di ambil jika langkah pertama selepas 2 hari tidak memberi sebarang kesan pada cik azue. Kalian jangan pula cuba ya, dos ubat tak sama serta simptom kesakitan tak sama. Yang level pertama tu kalau kalian gastrik, boleh lah kalau nak cuba, yang level bawah ni, tak boleh lah ya, melainkan pernah didignose dan diberi ubat yang sama oleh doktor bertauliah.

Cik azue juga boleh mula ambil tablet ganaton pada tahap ini. Kalian? Sila dapatkan nasihat doktor dahulu ya.

Yang tak tertulis di kertas ini adalah langkah lebih 'advance', jika sekiranya kedua-dua langkah di atas telah diambil, tetapi masih tidak memberi kesan pada skor kesakitan, maka cik azue boleh ambil ubat dari kategori PPI, iaitu ubat perencat perut dari mengeluarkan asid perut. 


Kemudian, temujanji seterusnya pada 

27 Julai 2020, setahun lagi kut...muahahaha...yabedabedu

Akhirnya, cik azue keluar hospital dan kembali ke rumah menggunakan perkhidmatan grab.


 Baik orangnya, tinggal kat lorong 1F, cik azue lorong 3F, kiranya jiran setaman lah pemandu grab ini. Alhamdulillah atas nikmat Allah. 

Siap cerita 22 Julai. 

Ni cik azue tambah pula dengan tarikh temujanji akan datang. Temujanji masuk wad untuk buat ujian tidur macam yang cik azue tulis dalam entri sebelum ini.


Tarikh kemasukan wad dan kertas arahan yang perlu dibawa/buat sebelum dan semasa kemasukan wad nanti

Nanti In shaa Allah, lepas selesai kes ini, cik azue tulis pengalaman dia macam mana ya.


Sampai sini dulu ya, lain kali cik azue menulis lagi.

Wasalam

Thursday, July 18, 2019

Projek Burung Hantu ('The Owl Project')

Entri: #240
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue nak kongsi aktiviti yang sedang cik azue buat. 

Sebenarnya projek ini cik azue bermula di sekitar penghujung tahun 2015 atau 2016 yang lalu, masa itu cik azue sedang berjuang dengan rasa kesakitan, kononnya, aktiviti ini bagi membantu cik azue melupakan rasa sakit itu. 

Alhamdulillah, sekarang baru cik azue sedaya upaya pulun untuk segera siapkan projek ini sebelum cik azue nak bermula pula dengan projek 'Reksasa dalam Gerobok', hihihi, ada berani? hahaha.. tengok lah nanti, reksasa atau kekuda atau dinasor atau si cantik manis tuan puteri, tengok nanti macam mana, ya. Kalian doakan ya.

Ok, mari kita lihat ternakan yang sudah siap disulam dahulu.

TaraaaAAA!

Ini yang telah siap cik azue sulam, menanti untuk kemasan akhir pula.

Yang ini pula menanti untuk disulam sikit hari lagi.





Hihihi, ada lagi

yang ini pula belum siap, baru tengah dalam kerangka kerja. Hahaha, macam-macam aksi ada.

Doakan cik azue sihat ya kalian semua. Semoga dengan izin Allah, cik azue dapat siapkan semua projek yang dalam angan-angan ini menjadi realiti.

Nanti kalau dah siap semuanya, cik azue kongsi semula dengan kalian. Ada 18 'artwork' burung hantu ini kesemuanya bagi projek burung hantu ini.

Doakan ya.

Oklah, sampai sini dulu ya, lain hari cik azue menulis lagi untuk kalian.

Wasalam.




Wednesday, July 17, 2019

Sakit Rahang fasa cari pasal

Entri: # 239
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.

Lama sudah cik azue tidak menulis diblog kesayangan ini. Sekarang ini, cik azue setiap 2 minggu mesti ke hospital Sungai Buloh, ke klinik Maksilofasial dek kerana masalah rahang ini yang masih tak jumpa jalan penyelesaian dia. 


Kalau lupa, ni pautan ke entri terdahulu tentang sakit rahang ini.

Terakhir jumpa doktor pakar, (nama doktor pakar yang merawat cikazue adalah doktor Syed Yusuf, mana-mana doktor yang tengok akan rujuk semula kepada doktor SY untuk tindakan lanjut.) doktor suruh amik lagi X-ray rahang dan sendi mulut,
Gambar gigi sahaja sempat ambil gambar dia dari komputer doktor, gambar sendi tak sempat, huhuhu.

Kemudian, cik azue di arah berjumpa dengan doktor di bahagian EnT untuk kaji tidur (nanti hujung 10 baru dapat tarikh untuk bermalam di wad), lihat struktur rongga hidung dan salur tekak dan kenalpasti jika terdapat sebarang keganjilan di kawasan tersebut, yang mana, mengikut doktor SY, ia juga boleh menyumbang kepada terjadinya sakit rahang akibat 'bruxism'.

Untuk pengetahuan, sejak sakit ini, cik azue berasakan bahawa rahang ini sedia duduk dalam keadaan cengkam gigi ('clencing') tanpa sebab, seolah-olah rahang bawah termasuk ke dalam rongga rahang atas.

Sakit nya seumpama sakit ketika geraham bongsu mahu tumbuh + sakit gigi berlubang + sakit kena ulser mulut...haa, gitu kekdah nya macam mana nak bagi tahu pun tak pandai dah cik azue nak menggambarkan nya.

Pada mulanya, doktor bagi cik azue untuk makan ubat tahan sakit jenis celebrex 

namun, sekarang ini, doktor suruh cik azue ambil ubat tahan sakit + pelega muscle pula, tapi ubat itu kena beli sendiri - maksudnya, hospital tak bekalkan ubat ini, kena beli di farmasi luar sendiri.

Ini ubat yang diminta cik azue ambil setiap hari, 


Norgesic. Bermula sehari sebiji setiap malam, menjadi sehari 2 kali, satu pagi, satu malam. Terakhir jumpa doktor SY khamis minggu lepas, dos ubat dinaikkan kepada 2 biji setiap malam dan sebiji setiap pagi (yang ni cik azue, kalau boleh tahan, tak ambil).

Ubat ini mengakibatkan mengantuk sesangat buat cik azue. Itu sebab cik azue kalau boleh tak mahu ambil waktu siang, jadi tak produktif gitu kalau tak tidur, otak dan fikiran jadi beku, tak boleh fikir nak buat apa pun.

Khamis depan, cik azue kena g jumpa SY lagi. Huhuhu, sampai bila pun tak tahu lah. Selain makan ubat ni, ada beberapa lagi aktiviti kena buat, tuam pipi kiri kanan, senaman rahang dan terbaru adalah senaman lidah - bagi bunyi pop dalam mulut gitu - kekekeekkke (nasib daku tak mengekek depan doktor waktu dia suruh cuba buat depan dia hari tu).


Satu sahaja nak bagi tahu, bila kena makan NORGESIC ini, cik azue tak boleh nak menderma darah dan juga cik azue kena pastikan tiada berlaku pendarahan besar kerana di dalam ubat ini terkandung aspirin yang juga berfungsi sebagai agen pencair darah. 

Berbalik kepada kisah cervical spondylosis cik azue pula, sejak akhir-akhir ini, tangan-tangan dan jari jemari ni pandai kecut sendiri tanpa sebab.


Gambar ini mungkin tak menunjukkan secara keseluruhan kedutan itu. Tapi nak bagi tahu, dia kedut kecut tu macam jari bila kita berendam lama dalam air, jadi kecut dan sejuk, walau pada ketika itu cik azue tak da pula main air or duduk dalam ekon, suka hati dia saja bila masa dia nak kecut dan kedut. 
Bila ini terjadi, cik azue kena buat regangan seperti yang diajar lama-lama sampai kecut itu jadi tegang balik macam biasa.

Jurupulih anggota suruh cik azue bagi tahu doktor pada perjumpaan seterusnya nanti. Huwaaa,..tunggu bulan 9 nanti baru jumpa doktor pakar tulang belakang semula.

Oklah, sampai sini dulu, lain kali cik azue menulis lagi. Banyak mahu diceritakan buat kalian semua.

Hingga itu,

Wasalam.