Followers

Friday, February 7, 2014

Hijrahku, Migrasiku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI….


Salam Penghulu Hari buat pembaca sekalian. Sepatut nya waktu ini, cik azue berada di pejabat, tetapi tidak bagi hari ini. Sekejap lagi dalam jam 10am, cik azue ada temujanji dengan doktor di Pusat Kesihatan Rawang. Puan doktor ingin melihat semula status komposisi kandungan darah dalam badan cik azue. Tidak mengapa, silakan lah wahai puan doktor. Sejujurnya, hati ini amat malas hendak mengunjungi tempat tersebut, namun apakan daya, itu sudah tertulis dan kita harus berikhtiar.

Baiklah, berbalik tajuk entri hari ini. Jika pembaca sedar, blog cik azue telah pun ditukar rupanya. Untuk pengetahuan, cik azue telah mengubah demi untuk berubah lalu mengubah. Hmmmm... agak kompleks disitu. Nanti cik azue perhalusi lagi ya. 

Buat semua, nanti cik azue masukkan kembali apa yang patut dan sepatut nya ada dalam blog ini ya. Perlahan-lahan cik azue mula menatap dan akan terus menapak dan berlari demi suatu visi yang akan cik azue ceritakan nanti.

Hingga bertemu kembali.

Wasalam

nota kaki tangan : setelah lama menulis dalam bahasa Inggeris, bila kembali menulis dalam bahasa MELAYU formal, amat lah sukar (walau peringkat persekolahan pernah mendapat keputusan A1 bagi subjek Bahasa Malaysia) untuk cik azue mencari perkataan-perkataan yang bersesuaian. Harap sudi-sudikan lah beri tunjuk ajar jika terdapat kesalahan tatabahasa.

 **************************************************************************************** Berminat untuk melihat atau mendapatkan hasil kerja tangan cik azue.. jom lawati FB : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

6 comments:

rostina76 said...

semoga hijrah yg memberi kebaikan & kepuasan dlm diri azu.

Unknown said...

Assalamualaikum
mmg nampak berubah..mg sihat sll..

Kuazue Mohamad said...

Rosti 76: in shaa Allah

Izan mama mia ; tq

Nurzakiah : salam Jumaat

MumMe said...

ceria dan paling suka dpt kenal wajah kak cik azue...semoga sihat sejahtera...

Kuazue Mohamad said...

MumMe: harus senantiasa ceria .. kan ceria tu sebahagian dari terapi jiwa..walau sedih n sakit hati.. ceria harus ditonjolkan..baru tak stress

Nik said...

simple dan lawa design blog ni :)