Followers

Saturday, April 12, 2014

Masa oh Masa!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang buat semua. 
Masa. Allah telah beri amaran tentang masa. Sebab itu masa itu penting. Jika tidak, masakan ada disebut dalam Al-Quran sebagai satu peringatan buat mereka yang mahu mengambil pengajaran


Dan hari ini, hari Sabtu 12/04/2014. Lagi sehari, genaplah sebulan cik azue melepaskan jawatan. (Sila baca sini untuk kisah terdahulu.)
Maaf, di saat cik azue berjaya meloloskan diri keluar dulu, hati menjadi tersangat walang dek hilangnya dia (maaf jangan ditanya siapa, daku sedang berusaha membina kekuatan dan menerima suratan) bersama MH370 dan seakan serasa mahu diri ini disorok juga bersama-sama. 
Hilang sudah semangat juang lantas cik azue terjatuh sakit, sakit fizikal dan jasmani. 
Arghghhh, hebat sungguh teguran yang Allah beri. Dan terima kasih Ya Allah atas teguran sekecil itu. Hidup terubah 360 darjah lagi. 
Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Berjuang selagi hayat dikandung badan. 
Mengikut kata al kuliyah semalam, itu ujian kecil buat kita, tetapi sebenarnya, itu juga ujian yang amat besar buat mereka jika mereka ditakdirkan menemui Ilahi, kerana apa? kerana mereka tidak boleh lagi berdoa untuk segalanya, sedangkan kita ini masih mampu berdoa dan berbuat apa sahaja demi mencapai redha Ilahi. Alhamdulillah, terbuka minda. Redha dengan semuanya. Alhamdulillah atas kesempatan menonton dalam kesakitan kepala yang menyerang.
Ayuh berdoa buat kedua ibu bapa, mereka, dia dan seluruh umat didunia hari ini. Kerana hanya doa sahaja penghubung kita dengan mereka yang di alam sana yang barangkali esok lusa kita pula akan dipanggil pulang, wallahu'alam.


Oh! Maaf terpanjang mukadimah pula.
Bercerita tentang masa. Sungguh cepat masa serasa berlalu. Percaya atau tidak, menjadi seorang WAHM, kami memerlukan skil yang tinggi dalam teknik pengurusan masa dan disiplin diri. Masa 24jam yang ada harus ditadbir sebaiknya. Tanpa disiplin, angan-angan akan tinggal sebagai angan-angan, impian akan terkubur, tanggungjawab tidak terlaksana. Sudahnya akan kecundang dan menyalahkan keputusan yang sudah diambil.
Serius. Cik azue dah mengalaminya. Kelam kabut juga pada awalnya. 



Kaedahnya tidak sama dengan ketika kita sedang bercuti dari bekerja. Allah  hu rabbi. Pada ketika dua minggu awal, kiranya cik azue menghabiskan bulan baki bulan march dengan bersenang lenang sahaja. Bangun uruskan apa yang patut dan duduk sahaja mengenang nasib untung diri sendiri dan ke mana hala tuju dan sampai mana dan sampai bila.

Alhamdulillah, bermula April 2014, cik azue bangun, walau terjatuh pada mulanya dengan sedikit ujian bencana badan seperti yang dikatakan oleh prof Muhd Kamil Ibrahim, perlahan-lahan mula dan dari sini lah bermula nya episod Masa oh Masa.

Ok, apa yang terjadi, cik azue mula dengan satu jadual kerja dimana pembahagian masa harus dilakukan bagi memastikan semua perancangan berada di landasan.
Terima kasih buat cikgu dari ABDR atas tunjuk ajar. Kalau tidak tentu tidak fokus la cik azue nie dan mungkin siapa tahu kan kecundang. 

Baik, ini adalah jadual kerja (hari bekerja ya)cik azue untuk tatapan dan juga rujukan anda semua. Walau bagaimana pun, jadual ini adalah bersifat flexibel mengikut kesesuaian diri dan keadaan semasa.

5.00am -  7.00am
Jam akan berbunyi - selalunya terbabas sampai jam 5.30am atau 5.45am, tidak tahu kenapa, ujian tidur ini sangat susah. Kena mujahadah untuk bangun pada jam 4am atau 4.30am pula bermula malam nanti. Kenapa harus cuba untuk bangun pada time ini? 
1) kerana ramadhan kian menjelma, latihan untuk kita bangun sediakan sahur 
2) bagi membiasakan diri untuk bertemu dan bercinta dengan ZAT ALLAH yang diberitakan akan turun mencari hambanya yang bermunajat diketika ini.
*sedang cuba at least untuk tunjuk sujud dengan tahajjud sekurang-kurangnya*
*siapkan sarapan serta masakan untuk makan tengah hari jejaka kecik berdua dan en chenta hati*
*solat subuh dan siapkan anak-anak dan en chenta hati*

7.00am - 10.30am
sedang ketika ini, mesin basuh yang bergerak seawal bangun tidur sudah selesai tugasannya dan bolehlah kita jemur lalu mulakan aktiviti kerja2 KERAIH LENGAN KUAZUE sambil buka TV dengar siaran tertunda apa yang telah di rakam pada hari yang lalu.
* sedang cuba melazimi solat sunat dhuha dan Al mathurat pada waktu di antara jam 9.00 -9.30am*


10.30am - 12.30 tengah hari
panaskan nasi dan lauk bagi santapan anak2 yang pulang dari sekolah agama sebelum ke sekolah kebangsaan. Siapkan dan layan (marah sebenarnya.. Allah moga-moga diberi kesabaran dalam melayani dua putera ini) anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah sambil jeling-jeling komputer riba jika berkesempatan

12.30 - 1.30pm
*cuba untuk tidur sekejap sebelum zuhur - tapi gagal dek panggilan benda nak jahit dan komputer riba - lain kali kena off*

1.30pm - 4.30pm
Online sambil menyulam


4.30pm - 6.00pm
Siapkan makan malam


6.00pm - 8.30pm
Lipat pakaian sambil tonton tv sambil tunggu anak balik sekolah
Sapu dan lap lantai mana perlu (tabiat sapu di petang hari sebab pagi tadi beta kecahkan dengan kain dan kain-kain, hihihi)
Ulangkaji Al-Quran bersama permata hati

8.30pm -9.30pm
Tunggu dan lihat kanak-kanak siapkan kerja sekolah dan temani mereka tidur (jika chenta hati pulang lambat).

9.30pm - 11pm
Online untuk apa-apa yang perlu.

11pm - tidur (selalu terbabas- nak kena praktis lagi ni)


Itu jadual cik azue sebagai WAHM. anda pula bagaimana? tidak kiralah WAHM atau tidak, tentu anda juga at least ada jadual pembahagian masa. Sabtu dan ahad, cik azue tidak mengikat diri dengan sebarang jadual. ikut mana dan, janji mereka bahagia, cik azue boleh tarik nafas panjang sikit.

Oh ya, dari jam 9am nanti cik azue ada kelas bagpack. nanti cik azue ceritakan ya.

hingga kita ketemu lagi.

Wasalam

****************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Thursday, April 10, 2014

Teko Applique - Tempahan Imej Sulaman

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Entri ringkas buat anda para pengunjung.

Kali ini cik azue nak share aktiviti cik azue dalam kraft seni sulaman. Ini tempahan seorang penyulam juga. Cik azue buatkan imej sulaman seperti yang beliau hajati.

Alhamdulillah, siap sudah.

Jika anda seorang penyulam dan perlukan khidmat imej sulaman, bolehlah hubungi cik azue ya.

 

ini imej asal yang diberi.


ini pula imej sulaman yang beliau dapat dari cik azue


Ini pula hasil dari sulaman cik azue buat untuk semak mutu sulaman sebelum diberi pada puan penempah dan yang ada angka itu adalah proses sulaman nya.


yang ini pula hasil akhir yang dibuat oleh puan penempah. Jika anda berminat untuk lihat hasil akhir atau ingin menempah produk akhir hasilan ini, anda bolehlah layari puan ini di sini

oklah, sampai sini dulu ya. In shaa Allah, esok kita sambung lagi.

Wasalam


***************************************

 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Wednesday, April 9, 2014

Bakti disemai, Budi di Tabur

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Mizah Tahir

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Semoga anda semua dalam pemeliharaan Ilahi. Dan semoga kita semua masih diberi masa untuk berusaha menjadi hamba Allah yang cemerlang disisi ZATNYA, in shaa Allah.

Ahad, 6/4/2014 yang lalu. Sepatutnya cik azue mengikuti satu seminar untuk memperbaiki diri sendiri anjuran Akademi Bekerja Dari Rumah, namun atas sebab-sebab peribadi, maka cik azue menolak untuk turut serta duduk dan mendengar. Kemudian, cik azue mendapat tahu adanya tawaran untuk menabur bakti buat insan-insan terpilih.
Pilih punya pilih, maka cik azue memilih untuk menabur budi sebagai terapi untuk mengubat hati yang rawan. Pergi menabur budi dan merasai sendiri erti nikmat hidup yang selama ini dirasai. Semoga kita tidak menjadi insan yang kufur nikmat hendaknya.

Terima kasih atas jemputan ini. 



Terima kasih kakzai kerana mewar-warkan program ini. Dan terima kasih juga buat Mizah Tahir dan para pelajar UIA semua kerana membuka peluang untuk cik azue dan rakan-rakan turut serta mengenali dan menyumbang buat insan terpilih ini. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang turut sama menyumbang secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program kecil ini.

Buat Kak Ida, terima kasih kerana bertungkus lumus menyediakan bahan alat bantu mengajar serta mengajarkan  proses pembuatan telekung ini.
Tanpa mu, daku tempang terus. Hihihi. Kepada rakan-rakan yang ingin menempah atau ingin belajar membuat telekung boleh la menghubungi kak ida mahu pun kak zai ya.

Marilah saksikan aktiviti kami. Mana yang kurang harap di maafi ya. 

 

Ini pula kelas sampingan yang dianjurkan oleh para pelajar UIA.


Dan ini pula dua makcik yang berkesempatan untuk turun padang bagi mewakili kumpulan Sahabat Jahitan Telekung kelolaan kak zai.


Hahaha, dalam pada kesibukan memerhati rakan-rakan menjahit dan memotong kain, sempat lagi dua makcik ni bercerita tentang kain dan jenis kain. Yang seronoknya, boleh pula aksi serius kami dirakam oleh  lensa kamera Mizah Tahir. Tergelak tengoknya.


Dan inilah hasil akhir program ini. Terima Kasih kak ida yang menanti sehingga aktiviti tamat.


Sejujurnya, mereka yang cik azue temui ini kalau dilatih dan mempunyai kesungguhan hati untuk memulakan satu perniagaan, in shaa Allah, tidak mustahil mereka ini nanti boleh berjaya.
Rata-rata mereka ini menunjukkan minat yang sangat mendalam. Cuma batasan mereka adalah ruang dan peluang. 
Jika ada di antara anda yang ingin menyumbang untuk kelangsungan projek mereka ini, anda bolehlah menghubungi mereka ini di alamat ini :

 Alamat Rumah Kasih Sayang, No 29, Jalan 8/8,Bandar Tasik Puteri, Rawang. 


 Nampak gayanya, cik azue kena berhenti di sini. Entri hari ini sudah menjadi agak panjang, nanti cik azue menulis lagi di kelapangan yang ada, In shaa Allah.

Akhir kalam hiasi diri dengan Iman dan Taqwa. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang diredhai NYA, in shaa Allah.

Wasalam.
********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Sunday, April 6, 2014

Bersyukur Saat Diuji - Bahagian 2;

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua.
Rentetan kisah semalam, dan hari ini cik azue menyambung menulis lagi tentang ulasan buku motivasi diri ini kembali dalam konteks yang lebih detail.
Maafkan cik azue andai semalam anda terbaca kisah emosi hati seorang perempuan bernama Kuazue Mohd. Perkara berlalu, biarkan berlalu dan semoga menjadi sejarah yang mengubah sempadan iman hendaknya In shaa Allah.

Ok.Alhamdulillah, kita kembali ke topik dan nawaitu asal kita, mengulas buku ini sebagai panduan untuk rujukan bersama.


Tajuk: Bersyukur saat Diuji
Penulis: Prof Muhd Kamil Ibrahim
Sumber: Khutub Khanah Cik Azue
Terbitan: Galeri Ilmu
M/s: 190
Harga: RM22.00
Genre: Buku Motivasi / Dakwah


Daripada bahan bacaan ini, minda luar sedar cik azue baru terhantuk dan tersedar bahawa setiap ujian yang Allah turunkan haruslah dilihat dari pelbagai sisi.
Ada ujian yang mungkin bersifat teguran buat kita dimana ujian itu tidak terjadi secara langsung kepada kita, tetapi terjadi pada orang yang hampir dengan kita.
Dan sepatutnya setiap ujian itu semakin mendekatkan kita kepada ZAT ALLAH itu sendiri.
Dan satu lagi yang cik azue dapat, doa dari orang yang tidak dikenali buat kita sangat mustajab dan disamping berdoa, kita kenalah berusaha untuk mengatasi ujian itu dan terakhir adalah bertawakkal kepada Allah.

Kita perlu percaya disebalik setiap ujian kesusahan akan ada kesenangan kerana Allah sudah menyebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali dalam surah Al Insyirah ayat 5-6
Sumber

Dan melalui penulisan ini juga, cik azue di ingatkan bahawa, kita perlu berterusan untuk melakukan amal ibadat walaupun sedang ketika di timpa kesusahan atau musibah. Kita seharusnya memohon terus menerus kepada Allah tanpa meninggalkan segala ibadat yang telah selama ini kita lakukan saban hari.


Dan ingatlah, Allah hanya akan menguji seseorang setakat yang ia mampu untuk menerima ujian tersebut dan kemanisan ujian itu pasti tercapai jika ianya direnung dengan cara bersungguh-sungguhh dengan menggunakan mata hati.

Haruslah kita yakini sepenuh hati, nikmat atau pun ujian itu bukanlah untuk dihitung tetapi adalah untuk kita syukuri. Dan harus kita ingat bahawa ujian (susah senang atau suka duka) tidak akan pernah berakhir dan ianya akan mengikut kita senantiasa ke akhir hayat.

Selain dari itu, kita kena paham, ujian boleh bersifat suka / senang atau pun duka / susah. Dan kita juga kena paham tujuan kita dijadikan dan tinggal didunia ini dan jika kita paham walau apa pun yang terjadi, itu semua adalah ujian buat kita.

Akhir bab, apa yang kita dapat adalah tentang tanda aras yang kita telah berjaya melepasi ujian adalah jika apa yang kita perolehi, laku atau nikmat itu mendekatkan diri kita kepada Allah, membawa kita kepada menyembah dan beramal ibadat dengan lebih sempurna, maka kita dikira sebagai lulus ujian tersebut.

TETAPI, 

jika apa yang kita dapat, laku atau nikmat itu MENJAUHKAN diri kita kepada ALLAH seperti wujud perasaan riyak, sombong atau tidak mampu solat, tutup aurat dan lain-lain kemungkaran lagi, maka kita dikira sebagai GAGAL ujian tersebut.

Istighfarlah kita jika apa yang kita ada, pangkat, darjat, ilmu serta yang lain-lain itu menjadikan kita manusia riyak, takbur, sombong dan angkuh, maka jalan yang kita lalui sangat menyimpang daripada menuju ALLAH dan inilah ujian SEBENAR yang dihadapi oleh kita setiap hari.

Penulis mengajak kita memohon ampun daripada Allah sepanjang masa atas sifat kita sebagai manusia yang lemah.

Akhir kalam, penulis berkata, BERSYUKUR itu bermaksud kita redha, iaitu kita menyerahkan diri kepada Allah.

Dan saranan penulis buat kita adalah "Bangunlah malam nescaya ia membantu kita untuk lulus ujian yang lain dan jangan sesekali membesarkan TIDUR"

Dan di sini cik azue mengakui.. ujian TIDUR ini juga adalah ujian terbesar dalam diri cik azue di samping lain-lain ujian berupaya kesenangan.

Tepuk dahi tanyalah IMAN di dada sendiri. GAGAL atau BERJAYA kah kita dengan UJIAN yang sedang kita tempuhi sekarang ini.


Akhir kalam, hiasi diri, perbaiki IMAN di dada sendiri, In syaa Allah.

Wasalam

****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini:



BerSyukur Saat Diuji.. In shaa Allah...

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 




Salam kasih Sayang buat semua. Terima kasih pada yang sudi bertanya dan berkirim doa. Alhamdulillah atas ujian yang sedikit ini yang menyebabkan kehidupan berubah 360 darjah lagi.
Terima kasih buat semua yang masih berkunjung tiba. In shaa Allah, cik azue belajar menjadi lebih kuat, tabah dan redha.
Dan seharusnya, biar apa pun yang telah terjadi, cik azue tinggalkan ianya menjadi sejarah. Janganlah ditanya kenapa dan mengapa, takut-takut jiwa yang nampak kuat ini kembali goyah dan luka kembali berdarah. Pasrah dan redha, dua perkataan macam senang namun perlukan mujahadah bagi mendapat kemanisannya.

Baik, dalam suasana yang tidak memberangsangkan jiwa untuk bersosial secara nyata mahu pun alam maya, cik azue korek-korek koleksi peribadi, cari bahan-bahan bacaan yang boleh melupakan seketika gusar di hati. Cari-cari, jumpa buku ini. Terima kasih Allah. Buku yang dah lama beli tapi hanya dibaca dalam dan tika keadaan ini. Sungguh terkesan di jiwa.

Ujian, ujian datang dalam pelbagai bentuk. Suka mahupun duka, keduanya adalah ujian. Ujian yang menguji di mana DIA dalam hati kita.
Terima kasih Prof Muhd Kamil Ibrahim atas buah tangan ini. Tepat kedatangan nya mengubah sempadan perspektif hala tuju diri ini.
Rupanya banyak sungguh ujian yang tidak diri ini sedari. 
Bila anda baca buku ini, sila baca dengan mata hati, jangan hanya baca dengan mata sahaja, buka mata hati.
Sangat-sangat mencadangkan agar anda membaca buku ini buat pedoman hidup bahawa ujian sentiasa ada bersama kita sama ada kita sedar atau tidak.
Sampai sini dulu ya. Banyak nak dikongsi lagi. In shaa Allah jika ada kelapangan di lain masa cik azue coretkan lagi ya.
Jaga Diri jaga IMAN

Wasalam



**************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue