Followers

Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts
Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts

Thursday, January 2, 2020

Tukar Sekolah - Dak Haziq

Entri: # 245
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini, cik azue agak kurang sihat lebih sikit dari semalam.
Hari ini kepala pula rasa sakit. Telan paracetemol yang dibekalkan oleh hospital pun seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Alhamdulillah atas nikmat sakit yang Allah beri ini.

Kembali ke tajuk.
Pagi-pagi, ketika anak-anak lain sedang elok untuk memulakan sesi pembelajaran, cik azue dan dak Haziq menapak pula ke Sekolah Menengah Tun Perak bagi urusan pertukaran sekolah.

Gambar dari tepi saja, dari depan lupa nak ambil pula

Ya, dak Haziq sekarang ini sepatutnya memulakan sesi persekolahan tingkatan 1 di sekolah Menengah Tun Perak (SMTTP), hari ini.

Jumaat 27/12/2019 yang lalu, sebenarnya, dia sudah pun menghadiri sesi orientasi tingkatan satu.


Buku-buku tulis dan seluar sukan juga telah siap pun dibeli. Buku-buku teks pun dah dapat.
masa hari orientasi
Namun, pada lewat petang 27/12/2019 itu baru dapat tahu yang nama dak Haziq telah tersenarai dalam tawaran kedua yang mendapat tawaran belajar di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER).

Apa lagi, dak Haziq pun terimalah tawaran tersebut dengan harapan dapat duduk di asrama nanti (kena buat rayuan sebab sekolah dekat dengan rumah).

Selesai urusan penyerahan surat tawaran dan buku teks ke pihak sekolah SMTTP, dak Haziq minta nak beli air bungkus dari kantin sekolah. Oklah, memandangkan nanti sudah tak bersekolah di sini, permintaan pun ditunaikan.

cantik kantin nya

Berakhirlah kisah dak Haziq dan Sekolah Menengah Taman Tun Perak. Nanti kita sambung dengan sekolah baru pula.

Kembali ke aktiviti sulaman cik azue pula.


Cik azue sebenarnya masih bercuti dari aktiviti sulaman untuk menyelesaikan urusan persekolahan anakanda berdua.

Walau bagaimana pun, aktiviti tempahan masih lagi berlangsung.

Tempahan sulaman masih diterima dan buku tempahan bagi tahun 2020 juga telah dibuka.
Terima kasih banyak atas sokongan kalian.


Oklah, sampai sini dulu.
Wasalam

#2/366

Wednesday, January 1, 2020

Selamat Tahun Baru Masihi 2020

Entri: # 244
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: SAMT KKB
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Selamat tahun baru 2020 buat semua.
Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun ini.
Hari ini juga cik azue kembali menghantar si anak bujang pertama ke asrama bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2020.

gambar dari page SAMTKKB

Alhamdulillah atas nikmat nyawa yang dipinjamkan Ilahi buat kita semua.

Wahai anakanda yang amat dikasihi,
gambar ni pun gambar lama dari page SAMTKKB

Tahun 2020 ini, anakanda harus mempersiapkan diri anakanda sebaiknya bagi menghadapi peperiksaan PT3.

Ibu, abah dan para guru, hanya mampu berdoa dan memberikan tunjuk cara sebaiknya buat anakanda.

Selebihnya, semuanya bergantung kepada usaha anakanda sendiri dengan izin Ilahi.

Semoga anakanda dan rakan-rakan seperjuangan dipermudahkan Ilahi atas urusan pembelajaran sepanjang tahun ini hendaknya.

Sampai sini dulu untuk hari ini.
Semoga cik azue mampu untuk kembali menulis lagi seperti di awal-awal tahun pembukaan blog ini.

Terima kasih buat kalian yang sudi kembali ke blog ini.

Banyak nak diceritakan, nanti in shaa Allah, cik azue tulis cerita 'throw back' ya.

Wasalam


*hari 1/366*









Thursday, May 10, 2018

Inai Hitam dan Prosedur ditunda

Entri: # 231
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari pertama buat Malaysia Baru.
Tahniah buat parti yang menang PRU14. Kalian silalah kotakan janji ya. Semoga Malaysia kita lebih sejahtera dan mendapat keberkatan hendaknya.

Cukup cerita pilihan raya sampai sini.



Jari cik azue pada jam 8pm lebih kurang. Warna ungu cair makin lama makin menghitam. Sudah serupa jari kena 'gangrene' rupa dia.

Itu satu hal. Satu hal lagi, jari itu sudah nampak semakin kering dan kulit macam berkedut. Apa jari itu sudah meningkat usia dan menjafi tua kah?

Mula-mula cik azue biarkan sahaja. 5 tahun sekali kan, apa ada hal.
Makin menginjak malam, makin kuat terasa denyutan di jari ini.

Bila ditelek, sudah mula nampak rekahan-rekahan dijari itu. Sakit, pedih dan berdenyut.

Rasa sakit pedih itu macam baru sahaja terkena pelarut syilek kayu. Mahu lelapkan mata pun tak mahu lena. Berdenyut-denyut.

Sudahnya, cik azue bangun dan cuba cuci menggunakan segala bahan sabun yang ada dalam simpanan.

Dari sabun 'Axion' membawa ke ubat gigi, membawa ke sabun pemutih baju, sabun cap kapak dan ke soda bikarbonat campur cuka. Satu pun tak berhasil. Makin berdenyut jari ini adalah.

Kemudian kebetulan kawan ada mesej tentang cara nak hilangkan inai ini samada rendam clorox dengan air suam atau guna veet.

Klorox? Tidak! Kulit cik azue sensitif. Veet? Macam pernah nampak dalam rumah ini. Jadi cik azue cari dan cari dan cari dan akhirnya jumpa. Tak tahu lah stok bila beli pun benda ini.



Mahal juga Veet ini rupanya. Baiklah mencuba sementelahan dah ada stok kat rumah ni.

Jadi, cik azue pun sapu dan gonyoh la jari tersebut.

TADA!


Macam tak percaya.

Boleh lah dari tiada. Bau veet ini boleh tahan juga bau tengit dia ya.

Habis tonyoh, keringkan dan sapu losen. Alhamdulillah. Allah izin selesai masalah jari berdenyut dek inai hitam. Siapalah yang beri cadangan guna inai ini. Katanya selamat. Kalau selamat, kenapa rasa pedih dan berdenyut? Kulit cik azue sensitif? Ya lah kut, kan.

Pagi ini, atas nasihat, cik azue dan encik chenta bersama dak megat kecik menapak ke hospital sungai buloh.

Sampai sana, diminta untuk ulang puasa malam ahad dan datang balik pada pagi isnin. Sebelum buat bayaran, terus datang ke bilik rawatan harian bagi pengesahan.

Letih betul rasa hati ini. Semoga cik azue bertahan dan tetap sabar.

Cuti empat hari, tapi dak megat besar, nampak gayanya tidak boleh balik bercuti dari asrama memandangkan ahad nanti ada majlis anugerah di sekolah beliau.

En chenta? Kerjalah, apa lagi, kerja swastakan.
Cik azue? Tulis blog dulu, siapkan kerja rumah dan sambung kembali aktiviti sulam tanda nama.

Sekian.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Entri: #202
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan Salam kasih sayang.



2017.
Anak mak dah semakin melangkah jauh ke dunia sebenar.
Mak macam tak boleh percaya.

Ketahuilah, bahawasanya yang masih tertinggal dalam pemikiran mak adalah anak mak masih di zaman umur 2 tahun.

12 tahun.
Kini sebelah kaki kamu sudah berada di alam remaja. Kaki yang sebelah lagi tinggal menanti masa untuk terus melangkah keluar dari alam mumaiyiz ke alam baligh. Doa mak agar setiap ajaran kami, ibu abah, kamu tidak akan pernah lupa.

Mak abah ampunkan kamu dan mak abah mohon ampunkan kami atas segala kekurangan dalam mendidik dan membesarkan kamu

Mak mampu doa.
Mak mampu bebel bila lihat kamu agak alpa dengan dunia zaman kanak-kanakmu.
Mak juga mampu tak tidur malam risaukan kamu dunia akhirat

Oh anak.
Hari ini hari pertama peperiksaan besar persekolahan yang pertama dalam kehidupan mu nak.
Semoga Allah memberikan kamu ilham sebaiknya dan memudahkan segalanya buat kamu.

Semoga segalanya mudah dengan izin Ilahi buat kamu dan rakan-rakan yang menduduki peperiksaan UPSR kali ini.
Semoga Allah menyelamatkan dan menjauhkan kamu dan rakan-rakan dari sebarang musibah kecelakaan sepanjang tempoh peperiksaan ini.

Ingat dan ingatlah.
Apa pun yang terjadi, itu semua adalah rezeki dan perancangan terbaik dari Ilahi buat kita.
Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik dan lebih menepati keperluan kita.

Selamat menempuh peperiksaan UPSR 2017 buat anak mak, Megat Muhammad Hazim bin Ruslan dan anak-anak kawan-kawan mak (kawan nyata dan kawan alam maya) yang mak kasihi juga.
.
#azuriyahmohamad
#catatanharian
#notahati

posted from Bloggeroid