Followers

Showing posts with label Bila cik azue memasak. Show all posts
Showing posts with label Bila cik azue memasak. Show all posts

Monday, October 2, 2017

Bento, Bentuk, Bun dan Buruk

Entri: #209
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat kesayangan semua.

Kah! Kah! Kah!
Kemain tajuk entri hari ini. Maaf lah, cik azue sedikit kecewa hari ini.

Awal pagi, Megat Muhammad Haziq (sang putera kedua) siapkan sendiri bentonya. Cik azue masak dan dia hias sendiri ikut kreativiti dia. Kemudian dia pinjam telefon pintar cik azue dan ambil gambar sendiri.



Lewat tengahari, cik azue uli donut pula. Biasalah, anakanda berdua cuti sekolah agama dek peperiksaan PSRA. Pasti lapar hingga tak sempat nak kata apa jadinya.

Dalam tengah terap adunan, ada permintaan untuk buat roti sosej. Baiklah, ambil sikit doh dan kita buatkan lah.

Donut tu dapatlah kita jadikan separuh untuk sejukbeku untuk esok hari. Namun roti sosejku itu, huwaa, ya cik azue tahu, cik azue guna doh donut saja.





Hahaha, makan sajalah anakanda, esok ibu buat lagilah nampak gayanya.

Gagal untuk siap sedia roti sebagai bekalan makanan ke sekolah esok.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Friday, March 24, 2017

Hasil kebun dan Asam Pedas Ayam

Entri: #193
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir 24, 1438H
(24 Mac 2017)

Salam kasih sayang.

Ini kisah beberapa hari nan lalu. Pusing ke laman tepi, lihat pokok-pokok yang ditanam encik chenta.

Alhamdulillah, nenas tiga pokok sudah mengeluarkan hasil. Benihnya ambil dari rumah MIL. Gambar? Nantilah ya.

Tengok pula kantan. Oh, kantan pun sudah mula pandai berbunga. Alhamdulillah. Satu itu dah kembang sedikit pula. Bolehlah diambil untuk dijadikan bahan masakan.

Pusing lagi, kesum atau cenohom pun dah merimbun. Petiklah habuan secekak. Boleh dah untuk buat asam pedas nampaknya, bisik hati kecil ini.

Langkah ke depan lagi, ambil pula daun limau purut. Lengkap. Dan masuk ke dapur, selongkar tengok dalam peti, apa bahan mentah sumber haiwan yang masih berbaki.



Baiklah, disebabkan haiwan yang tinggal adalah ayam, maka, cik azue kenalah masak asam pedas ayam.

Bila orang utara masak asam pedas, kau rasa?
Hahahaha, rasa asam pedas jugalah. Cuma tak tahulah boleh menyamai rasa yang dimasak oleh orang melaka dan johor atau tidak.



Gambar itu, cik azue ambil ketika api dapur baru ditutup, masih menggelegak orang kata. Ambil gambar siap-siap sebab takut lupa bila waktu hidang nanti.

Di sini cik azue tulis resepi yang cik azue buat ya untuk rujukan masa hadapan.

Mula-mula, kisar halus bawang besar, bawang merah, sedikit bawang putih bersama cili kering dan kunyit hidup.

Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau sebatang serai, bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih yang dimayang halus serta setengah sudu teh halba.

Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga naik minyak atau garing. Bila dah garing, masukkan ayam dan gaul rata dan masak ayam hingga kecut. Tutup sekejap periuk supaya air ayam cepat keluar dan ayam empuk.

Bila ayam dah kecut, masukkan air asam dan sekeping dua asam keping. Tambah air jika perlu. Masukkan bunga kantan, daun kesum, garam dan gula secukup rasa. Renihkan seketika dan sedia dihidang.

Asam pedas ni biar pekat, baru sedap.

Oklah, sampai sini dulu.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 16, 2015

Roti Ibu

Entri: # 136
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Sudah lama cik azue tidak menulis. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang.

Haiihs, masa yang melekakan kita atau kita kah yang dilekakan oleh masa.

Yang pasti, pengurusan masalah yang tidak begitu sistematik menyebabkan cik azue tenggelam timbul dalam arena berblogging.

Ini entri selingan.
Melayan tempahan anakanda Megat Hazim yang mahu berjualan kepada kawan-kawan satu sekolah.
Melayan sambil mengajar erti cari duit. Walau tak banyak mana, namun upah yang sedikit itu sudah dikira amat besar ertinya buat anakanda ini.


Roti sosej gedempul, roti stoberi gulung dan mini pizza.
Campur semua, 9 biji anakanda Megat Hazim bawa sekolah. 3 biji masuk perut sendiri dan selebihnya dijual kepada rakan.
Upah yang diperolehi selain dapat makan roti sebanyak RM2. Sengih!

Nanti kita sambung selepas sebulan berpuasa ya anakanda.

Megat Haziq pula buat masa sekarang ini, dunianya masih belum terdedah kepada dunia cari wang saku, masih lagi dalam dunia anak-anak kecil walau dah hampir separas dagu ibunda.

Malam ini, dek bulan puasa yang kian hampir, atas sebab nak cuba resepi roti arab, maka cik azue cuba-cuba juga buat roti arab.

Makan roti arab dicicah sambal sardin dan kari telur. Jilat jari anakanda.

Oklah, cik azue nak menyambung kerja-kerja hakiki cik azue sebagai penyulam.
Doakan cik azue sihat dan dapat menulis lagi ya.

Oh ya, entri tangan kejung pun belum cik azue tulis. Nanti ya.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam


Tuesday, February 10, 2015

'Wrap' Roti untuk Bento Anakanda



Entri: # 122
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.
Entri laju-laju. Tidak boleh membuang masa, ada kali tempahan sulam tanda nama yang perlu cik azue selesaikan.

Tempahan personal juga tempahan pukal.
Alhamdulillah atas sokongan kalian. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat kalian kerana memanjangkan rezeki cik azue sekeluarga serta anak asnaf di bawah tanggungan cik azue.

Baik, berbalik kita pada tajuk entri hari ini. Dah lama cik azue tak berkongsi kisah-kisah bekal / bento anakanda dan chenta hati.

Hari ini cik azue kongsikan idea bento yang diambil dari rakan maya dari group bekal/bento malaysia, cik puan Zam Zariah


Bento ini menggunakan roti 'sandwich' sahaja. Intinya ikut suka hati - pilihan kita tentukan.

Orang kata nama menu ini 'wrap' tapi cik azue nampak macam ais krim calong sahaja.

Baik, bagaimana nak membuatnya?

Pertamanya, gelek kepingan roti sehingga betul-betul penyet. Kemudian, di 'gril' sehingga agak garing di permukaan.

Satu keping roti untuk 'wrap' dan satu keping lagi untuk dipotong memanjang menjadi tali pinggang.

Intinya, boleh kalian pelbagaikan. Untuk kali ini, cik azue guna daging masak lada hitam + karot + salad + mayonis + sos lada hitam. Gaul semua dan diletak di tengah roti.

Lipat roti pada sisi kiri dan kanan dan pakaikan gegelang roti sebagai tali pinggang, macam gambar. Boleh dicucuk dengan lidi atau tidak mengikut kesesuaian.

Ok, itu sahaja. Senangkan.

Terima kasih cik puan Zam Zariah atas perkongsian idea.

Selamat mencuba kawan-kawan ya.


Wasalam.



Wednesday, February 26, 2014

Rabu, 26 Februari 2014

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Apa khabar anda semua? sihat? cik azue sihat sahaja disini ditemani rutin kehidupan yang membuatkan kita seringkali berkejaran tidak kira tempat, masa dan dalam apa juga keadaan.

Baik, berbalik kepada situasi berkejaran tadi, saksikanlah hasil aktiviti kejar-mengejar cik azue dengan masa bermula malam tadi.

 Tempahan Nametag # KSN00046
Butir tempahan di sini: Keraih lengan Kuazue dan di Panduan Sulam Nametag
Terima kasih pada puan penempah. Nanti tempah lagi yer. Penghantaran / ambil boleh dilakukan hari ini.

Aktiviti pagi hari pula


Macam biasa, Bento buat chenta hati, tidak boleh berpisah nasi dan sambal belacan, buat makluman pada yang bertanya kenapa mesti ada sambal belacan.
menu hari ini adalah, Nasi Putih, sambal belacan dan kari daging kerisik. Resepi, tidak perlu barangkali, ini sudah pun menjadi resepi biasa-biasa sahaja.
Oh ya, nanti dikelapangan, cik azue masukkan koleksi gambar bento dari minggu ke minggu, semoga memberi idea buat anda juga diri cik azue yang selalu kepupusan idea nak masak apa.


Disebabkan kari daging kerisik, cik azue terus  buatkan roti canai segera tampal telur buat sarapan jejaka bertiga dirumah ini. "Allah huRabbi, dibahagian manakah hendak aku menidakkan akan kehebatan dan keagunganmu yang telah mengurniakan kami rezeki sedemikian ini.."

Oklah, cik azue nak gerak ke pejabat, hari-hari terakhir memegang jawatan disitu, namun, seperti dijangkakan, keputusan cik azue melepaskan jawatan sedia ada itu rupa-rupanya bukan sahaja memberi impak yang besar pada diri cik azue, malah juga kepada pihak pengurusan atasan. Namun, cik azue ada alasan yang tersendiri, walau seribu kali penyesalan yang diutarakan. Hidup perlu diteruskan. Perjuangan tidak akan pernah berakhir dalam konteks kehidupan cik azue. Berhenti di sana adalah demi memulakan satu PERMULAAN yang baharu yang man pasti lebih hebat cabaran  yang sedia menanti.

Allah, moga kawan-kawan, anda memberi sokongan di saat keyakinan berada di tahap genting suatu hari nanti yang kita tidak tahu entahkan jadi, entahkan tidak.

Dan cik azue yakin, selagi nawaitu yang ditanam adalah kerana ALLAH, Allah tidak akan sama sekali melupakan diri kita, cuma kitalah yang sering melalaikan diri sendiri.

esok cik azue cerita lagi. Hari ini juga ada suatu perkara yang harus diperdebatkan dengan pihak pengurusan atasan. Bukan mencari kesalahan, tapi mencari di mana salah diri sendir sehingga mereka tidak nampak siapa diri ini sehinggalah surat perletakkan itu diletakkan di hadapan mereka.
Kata eksekutif Pengurusan sumber Manusia, kes cik azue dah jadi kes berprofil tinggi di tempat kerja dan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk turut campur tangan.
Dan kerana itu, nampak nya, cuti berbaki itu tidak lah dapat cik azue ambil ... huhuhuh..


Wasalam

********************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, January 22, 2014

Cerita kelam Kabut...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….


Dear Lovely readers,....

sorry no.. cik azue duk dendiam lama sgt.. I is BZ.. adoila.. tak tau apo yg di buat sampai bz nak buka Lappy pun x sempat..

memandang kan tiada mood nak g opis tis monin.. so.. cik azue buka la dekstop nie.. n update ler secara kelam kabut..

maafkan I kalau ada typo noh..

ok.. start with this....jeng..jeng..jeng...
Breakfast hari Ahad,.. menghabiskan stok roti burger sebelum naik jadi tempat ternak cendawan...

di ikuti rapat oleh ini..
masing2 anak n chenta hati tapau bawa g school n opis.. me is puasa.. so biau jer la..apa easa pun...

and yang membuatkan cik azue BZ... mmmm apo eehh??

hat nie...

my chenta yg run kan...

hurmmsss... what actually make me up side down???  eceh wah.. omputih disitu..!!!

oklah.. nanti cik azue sambung lagi...

daaaa...

oppss.. siapa yang berminat nak menempah nametag sulam nie.. mcm biasa..ikut link di bawah or email I no..

ttattaa..

*ppsssttt.. sat g kalau mengantuk kat opis me curi2 kambing BW yer...*


 ******************************************************Berminat untuk melihat atau mendapatkan hasil kerja tangan cik azue.. jom lawati FB : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Tuesday, April 9, 2013

Bengkang Roti

As Salam...
Dear Readers...
So sorry lah yer...beta tak sempat nak menstory kat korang semua ttg kejadian bengkang roti ni..hari ni sangat ler kesibukkan...beta tiadalah  bernafsu untuk berfoya-foya menghaplod ceritera ceriteri terkini....
huweeekkss.!!! ada dah ker yg termuntah??!!... terpengaruh suda kita dgn cerita bagaikan puteri itu...tapi... ya ampun...sudah memang kita ini Tengku Puteri...(kikiki..) or perhaps...kita juga Gusti Ayu....(lagi poyo!)..ngak gitu bapak2.. n ibu2 yang mengenali diriku...(sudah lah..muntah hijo korang kang....tapi..kasi chance eehh..cik azue nak berbangsawan barang seperenggan dua.. jgn sesapa yg mengenali beta memecahkan rahsia beta yer...beta murka nanti..takut terkena daulat pulak!...)
ok cik azue cannot play2 anymore...
buat yg nak menerai... nie resepi ..."belasah ajer masak nyer...janji kenyang.."
1/2 buku roti sandwich (cik azue guna roti gardenia hat pjg)
1 cwn tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan susu pekat manis
1 cawan susu segar (boleh replace dgn santan..cik azue mendi ET..so..guna susu)
1/2 cwn air
sedikit esen vanila n pewarna makanan yg disukai
blend semua yg di atas ..dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilengserkan dgn mentega.
bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah api atas bawah hingga masak..oven cik azue bakar selama 40 minit jer..tapi sbb nak bagi hangus skit kerak nyer cik azue top up sikit lagi dlm 5-10 minit..smpai dpt kerak yg di sukai...
so dah bagi resepi...korang try lah yer...
ok...cik azue nak g menjaet...esok..esok..esok..kalu rajin..cik azue wat entry masak2 lagi yer..
tata..


Thursday, November 29, 2012

Saturday, November 17, 2012

Nasi Lomak Hijo (in LOVE) lagi...

As Salam...
Dear Blogger....
Today... me tanak nasi lomak hijau n sambal bilis ajer + telur mata...
all in love shape (nasi n telor)...then nak sambung prepare the lunch...n pastu me nak sambung jahit the awul n itek ...wait till i show you k...
then might be sambung with the tiggers n pandas n a surprise blanket for the little precious.. quite stressed you know...... do not know what color to choose which can suit best with orange as back ground..nak tengok ke the layout??.. cadang nak guna flannel but susah nak dpt color combination..so then decide akan guna cotton ajer lah...pastu tak perlu guna batting ...malaysia  is panas..... isn't it...
so... i deciding to make it like old days where grandma do the patchwork blanket for us..what do you think?
what color to combine especially for the love shape n the borders where we put our name??.


Tuesday, November 13, 2012

Roti Jaring + Kuah Durian BOTA

As Salam...
Dear Blogger...
before that happy cuti diwali buat semua yer...
Ahad 11/11/12...kami org g makan kenduri my kazen kat PRA Gelong Pepuyu.. gambar sekitar majlis.. nak kena tunggu my niece upload pic kat FB n cilok dari sana.. cik azue n chenta.. kamera tiada pada ketika itu.. h/p laks.. dua2 dah habih bateri. (guna aplikasi GPS. tau2 ajer lah..bateri cepat habih).. tak dapat cas krn soket dlm keta tetiba jer tak berfungsi.. huhuhu... sib baik sampai juger... alhamdulillah...
on way balik.. the boys nampak org jual durian kat tepi2 jalan... so chenta pun beli lah utk diaorg...lebih sebiji utk dijadikan bubur / kuah durian...so today.. nie lah sarapan kami.. t tgh hari... masak kari telur kenduri lah nmpk nyer...my beloved aunty bagi byk gak ler telur2.. semlm dah masak sambal telur..hari ni kari lah pulak... tgh hari t nak sambung menyulam..tapi kena tunggu chenta balik kerja lah dulu.. or else... the boys akan wat prangai...
t ...ada g nak crita... cik azue tersampuk beli kain semeter rm2 kat nagoya lagi.. kah kah kah... bila lah nak jaet.. tak tahan godaan tgk kain2 cantek yg dijual pada harga sebegitu....nanti cik azu snap koleksi kain2 tu semua yer...
hingga ituw.... lop u all..

Monday, October 22, 2012

Love You..

As Salam..
Dear blogger..
ni sarapan utk 2 little man n the only gentleman in the house...nasi lemak serai bentuk love + telur mata + sambal tumis bilis..( tiada dlm gambar) me siap masak n plating dlm tempoh 25 mins ajer.. jom ..yakin boleh n pasti boleh..

Monday, October 1, 2012

Indulgence Cake buat My Haziq

As Salam...
Dear Blogger....
Semalam....hasil berperang dengan diriku...(berperang dgn malas n sakit kepala) ...akhir nyer menggagah kan diri ini membuat this CAKE...as a  birthday cake for my Haziq....Alhamdulillah...walau pun masih jauh rasanyer dari cake yg dibuat OTAI2 sekalian...dgn perkataan SEDAP.. but tooo sweet dari my CHENTA n ABG HAZIM...buat cik azue senyum sampai LEBAR...sbb for cik azue...ada lagi harus diperbaiki....
So...you all layan lah yer pictures yg ada.... hari ini cik azue tapau sikit bagi chenta bawak opis...n adik2 rnd merasa...n HAZIQ juger...bawak tapau to share with his beloved selected friends only...
Till then....
ooppsss..korang tau tak..apa beza antara whipping cream n fresh cream..cik azue tau...fresh cream ni manis...whipping cream???? cer crita sikit kat cik azue..





Friday, August 10, 2012

08/08

As Salam...
Entry tertunggak...
Kisah si jejaka n kek pelangi dgn deko suker hati..tapi mesti ada kaler merah n kunin...
Wat abg hazim...doa yg tak terputus dari ibu.. moga abg hazim jadi lelaki soleh...






Friday, June 22, 2012

Salam Jumaat..

As Salam..
As semalam sebuk potong kain utk orang yg baju nyer "terkecut"....n jahit sikit2...+ tunggu chenta siapkan sulaman patches... maka nyer... dengan tiada budget... kami buat apam milo versi kami... hihihi...
pagi nie... kami goreng mee kosong wat kembar sarapan chenta n anak-anak....
kalu nak try test apam milo nie... nie ha resepi nyer...
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 sudu makan yis kering
milo ikut suka nak letak byk mana
2 sudu makan susu pekat manis
1 1/3 cwn air...
campurkan semua n perap semalaman....  kalu rajin... buh dlm cawan2 kecik...1/2 or 3/4 penuh ajer... malas kalu mcm kami yg nak cepat nie...buh penuh2 dlm cawan..or lagi rajin.. buh ajer dlm pelengat @ dulang n kukus....
kukus dgn api besar sampai masak... cawan kecik dlm 5,6 mibit ajer.... klu dulang 15 - 20 minit ikut saiz yer...
wokey lah... selamat menjamu mata...


Tuesday, June 12, 2012

Bingka @ Bengkang Labu

As Salam..
Lama dah buat nie baru upload sini...sorry la bencik  ...bz..pai lupo nak upload... cam nie haa cara nak buat nyer...
bahan2..
2cwn labu lecek
1/2 cwn gula
1 biji telur
1cwn santan pekat (or susu segar)
1cwn tepung gandum (kalu lembik sgt tambah tepung sesudu sesudu yer)
Caranyer...
Kacau semua or kalu malas blend semua sebati n masukkan dlm loyang yang dah di lengser minyak or mentega.
bakar hingga masak dalam oven api atas bawah... kalu cara tradisional...sila letak bara arang atas bawah yer... hihihi...
rindu nyer zaman berasap umah pai lemas ...pedih2 mata..mak masak bengkang malam2 untuk kami sarapan n untuk kueh mak niaga.... t cik azue punggah buku resepi mak n try wat kueh lain lagi yang mak selalu buat b share kat sini...
stop2 emosi na... kang hujang di tengah hari plak....lap2 mata...
~rindu kat mak n ayah sangat-sangat~


Friday, June 1, 2012

Apam beras...Fatt koh...Huat kueh..

As salam...
macam2 nama... tapi serupa ajer....
kali nie buat tak cantek merekah kejadian nyer...harap anak2 kat taska n adik2 opis sebelah konyang yer...