Followers

Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Damai, Tempahan dan Cabaran Sihat

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Maaf tidak langsung bersiaran beberapa hari terdahulu. Biasalah, bila diri berada jauh di kawasan yang agak jauh dari liputan.
Gambar pagi hari yang damai. Kabus tebal walau hari sudah meninggi. Namun, jangan terpedaya. Kabus tidak mencerminkan suasana damai dan dingin sepanjang hari. Benarlah kata orang-orang dahulu, jika pagi harinya kabus sangat tebal, maka lewat tengah hari dan petangnya akan panas terik lah cuaca nya. Dan secara kebetulannya, memang cuaca di sebelah tengahari dan lewat petang membawa ke malam tersangat lah panas. Alhamdulillah atas nikmat dunia. Itu baru kepanasan dunia. Akhirat? Semoga kita semua terlindung di bawah Arash Allah dengan Rahmat Kasih dan Sayang nya, In shaa Allah.
Oh ya, cik azue tidak ke mana, itu pemandangan biasa di kampung chenta hati. Kami pulang menziarahi Bonda Mentua yang sudah dimakan usia. Alhamdulillah, masih ada adik-adik chenta yang menemani beliau dan semoga bonda sentiasa sihat dalam rahmat ILAHI.

Sulam Tag Nama


Tempahan sulam tanda nama yang sempat disiapkan sebelum memulakan perjalanan. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi Ilahi.
Jika berhajat hendak tahu lebih lanjut, butir-butirnya ada di sini.

1) Tanda Nama sulam nama JAWI (sila rujuk disini untuk tempahan)
2) Tanda Nama sulam nama RUMI (sila rujuk disini untuk tempahan)

Dan sepanjang minggu yang lalu juga cik azue memulakan regim senaman ini.


Sumber dari Anlene, tapi nak bercerita dengan anda semua, sesi memanaskan badan pun cik azue dah sakit sendi punggong. Habis tu macam mana? Hurmmp, nampak nya, cik azue perlu berdikit-dikit semula untuk memulakan semula senaman regangan demi kelangsungan kecedasan badan. Bukan apa, menjadi seorang WAHM juga, cik azue harus pastikan tahap kesihatan berada seoptimum yang mungkin. Kalau tidak, semua kerja nanti akan jadi tonggang langgang, tak begitu kawan-kawan kan.

Oklah, cik azue nak gerak ke pejabat pos dulu. Pos apa barang yang perlu dipos dan kembali nanti perlu edit kembali imej sulaman bagi tempahan sulaman hari guru yang perlu cik azue siapkan menjelang Jumaat nanti.

Hingga itu, jaga diri, hiasi peribadi serta perbaiki Iman di hati.

Wasalam

******************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Friday, April 25, 2014

Kraft Seni Jahitan & Sulaman : Bila En Jack Bergabung

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat pengunjung setia.
Hihhihi, hari ini cik azue nak memperkenalkan kawan baru di semi SOHO cik azue.


En JACK!. Ya en. JACK yang diharapkan agar dapat memenuhi spesifikasi hati ini. Bergabung pula bersama mesin kebal kesayangan yang berusia hampir 12 tahun usianya, iaitu Cik Singer.


Banyak sudah jasanya cik Singer ini pada cik azue dan keluarga. Di simpan di sini sementara nak hantar semula untuk di servis kerana di lenjan semasa kelas beg sandang belakang tempoh hari. Sudahnya, bila balik rumah pula, cik singer ni mengamuk, jahit jer, terkeluarlah suara-suara emasnya, walau jahitan masih kemas. Lantas kerana itu, cik azue mempercepatkan usaha mencari mesin industri untuk menabur bakti pula sementelahan akan datang ini, ada projek besar tinggalan mak yang tidak mungkin mampu ditampung cik Singer yang telah pun berusia.

Selamat datang En Jack, semoga bergembira berbakti dengan cik azue dan keluarga di sini.


Ini pula rupa keadaan tempat mesin-mesin jahit lurus berada. Segulong kain di tepi meja itu adalah amanah untuk dijahitkan telekung dan dihantar wakaf pada yang memerlukan. In shaa Allah cik azue usahakan siapkannya walau tanpa tarikh akhir.

Dan ini pula meja potong memotong dan tempat komputer riba berada. Agak jauh diseberang sana sebenarnya. Hahaha, sengaja supaya masa sedang menjahit tidak terjeling mata ke situ.


Mesin sulam pula berada di tingkat atas pula. Terpaksa sorok di atas kerana takut ada yang tersengaja tersentuh butang-butang automatiknya nanti. Maklumlah, tempat terbuka dengan kanak-kanak ribena. Langkah berjaga-jaga dengan sorok nya di situ. Baca di sini dan di sini tentang bilik kerja Sulam.
Masa nak minta keluarkan mesin industri ini, encik CEO telah berkata. "Perlu ia kerana apa? Apa fokus pekerjaan anda dan bla.bla.bla.bla."

Oleh kerana itu, disebabkan dana modal (dana ini telah pun disediakan, tidak menggunakan ehsan wang poket) telah dikeluarkan, makanya, atas nasihat CEO, cik azue kena susun balik fokus hala tuju WAHM ini.

Nampaknya, dah panjang entri hari ini. Nanti kita sambung lagi. 

Wasalam dan selamat berhujung minggu.

******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Saturday, April 12, 2014

Masa oh Masa!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang buat semua. 
Masa. Allah telah beri amaran tentang masa. Sebab itu masa itu penting. Jika tidak, masakan ada disebut dalam Al-Quran sebagai satu peringatan buat mereka yang mahu mengambil pengajaran


Dan hari ini, hari Sabtu 12/04/2014. Lagi sehari, genaplah sebulan cik azue melepaskan jawatan. (Sila baca sini untuk kisah terdahulu.)
Maaf, di saat cik azue berjaya meloloskan diri keluar dulu, hati menjadi tersangat walang dek hilangnya dia (maaf jangan ditanya siapa, daku sedang berusaha membina kekuatan dan menerima suratan) bersama MH370 dan seakan serasa mahu diri ini disorok juga bersama-sama. 
Hilang sudah semangat juang lantas cik azue terjatuh sakit, sakit fizikal dan jasmani. 
Arghghhh, hebat sungguh teguran yang Allah beri. Dan terima kasih Ya Allah atas teguran sekecil itu. Hidup terubah 360 darjah lagi. 
Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Berjuang selagi hayat dikandung badan. 
Mengikut kata al kuliyah semalam, itu ujian kecil buat kita, tetapi sebenarnya, itu juga ujian yang amat besar buat mereka jika mereka ditakdirkan menemui Ilahi, kerana apa? kerana mereka tidak boleh lagi berdoa untuk segalanya, sedangkan kita ini masih mampu berdoa dan berbuat apa sahaja demi mencapai redha Ilahi. Alhamdulillah, terbuka minda. Redha dengan semuanya. Alhamdulillah atas kesempatan menonton dalam kesakitan kepala yang menyerang.
Ayuh berdoa buat kedua ibu bapa, mereka, dia dan seluruh umat didunia hari ini. Kerana hanya doa sahaja penghubung kita dengan mereka yang di alam sana yang barangkali esok lusa kita pula akan dipanggil pulang, wallahu'alam.


Oh! Maaf terpanjang mukadimah pula.
Bercerita tentang masa. Sungguh cepat masa serasa berlalu. Percaya atau tidak, menjadi seorang WAHM, kami memerlukan skil yang tinggi dalam teknik pengurusan masa dan disiplin diri. Masa 24jam yang ada harus ditadbir sebaiknya. Tanpa disiplin, angan-angan akan tinggal sebagai angan-angan, impian akan terkubur, tanggungjawab tidak terlaksana. Sudahnya akan kecundang dan menyalahkan keputusan yang sudah diambil.
Serius. Cik azue dah mengalaminya. Kelam kabut juga pada awalnya. 



Kaedahnya tidak sama dengan ketika kita sedang bercuti dari bekerja. Allah  hu rabbi. Pada ketika dua minggu awal, kiranya cik azue menghabiskan bulan baki bulan march dengan bersenang lenang sahaja. Bangun uruskan apa yang patut dan duduk sahaja mengenang nasib untung diri sendiri dan ke mana hala tuju dan sampai mana dan sampai bila.

Alhamdulillah, bermula April 2014, cik azue bangun, walau terjatuh pada mulanya dengan sedikit ujian bencana badan seperti yang dikatakan oleh prof Muhd Kamil Ibrahim, perlahan-lahan mula dan dari sini lah bermula nya episod Masa oh Masa.

Ok, apa yang terjadi, cik azue mula dengan satu jadual kerja dimana pembahagian masa harus dilakukan bagi memastikan semua perancangan berada di landasan.
Terima kasih buat cikgu dari ABDR atas tunjuk ajar. Kalau tidak tentu tidak fokus la cik azue nie dan mungkin siapa tahu kan kecundang. 

Baik, ini adalah jadual kerja (hari bekerja ya)cik azue untuk tatapan dan juga rujukan anda semua. Walau bagaimana pun, jadual ini adalah bersifat flexibel mengikut kesesuaian diri dan keadaan semasa.

5.00am -  7.00am
Jam akan berbunyi - selalunya terbabas sampai jam 5.30am atau 5.45am, tidak tahu kenapa, ujian tidur ini sangat susah. Kena mujahadah untuk bangun pada jam 4am atau 4.30am pula bermula malam nanti. Kenapa harus cuba untuk bangun pada time ini? 
1) kerana ramadhan kian menjelma, latihan untuk kita bangun sediakan sahur 
2) bagi membiasakan diri untuk bertemu dan bercinta dengan ZAT ALLAH yang diberitakan akan turun mencari hambanya yang bermunajat diketika ini.
*sedang cuba at least untuk tunjuk sujud dengan tahajjud sekurang-kurangnya*
*siapkan sarapan serta masakan untuk makan tengah hari jejaka kecik berdua dan en chenta hati*
*solat subuh dan siapkan anak-anak dan en chenta hati*

7.00am - 10.30am
sedang ketika ini, mesin basuh yang bergerak seawal bangun tidur sudah selesai tugasannya dan bolehlah kita jemur lalu mulakan aktiviti kerja2 KERAIH LENGAN KUAZUE sambil buka TV dengar siaran tertunda apa yang telah di rakam pada hari yang lalu.
* sedang cuba melazimi solat sunat dhuha dan Al mathurat pada waktu di antara jam 9.00 -9.30am*


10.30am - 12.30 tengah hari
panaskan nasi dan lauk bagi santapan anak2 yang pulang dari sekolah agama sebelum ke sekolah kebangsaan. Siapkan dan layan (marah sebenarnya.. Allah moga-moga diberi kesabaran dalam melayani dua putera ini) anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah sambil jeling-jeling komputer riba jika berkesempatan

12.30 - 1.30pm
*cuba untuk tidur sekejap sebelum zuhur - tapi gagal dek panggilan benda nak jahit dan komputer riba - lain kali kena off*

1.30pm - 4.30pm
Online sambil menyulam


4.30pm - 6.00pm
Siapkan makan malam


6.00pm - 8.30pm
Lipat pakaian sambil tonton tv sambil tunggu anak balik sekolah
Sapu dan lap lantai mana perlu (tabiat sapu di petang hari sebab pagi tadi beta kecahkan dengan kain dan kain-kain, hihihi)
Ulangkaji Al-Quran bersama permata hati

8.30pm -9.30pm
Tunggu dan lihat kanak-kanak siapkan kerja sekolah dan temani mereka tidur (jika chenta hati pulang lambat).

9.30pm - 11pm
Online untuk apa-apa yang perlu.

11pm - tidur (selalu terbabas- nak kena praktis lagi ni)


Itu jadual cik azue sebagai WAHM. anda pula bagaimana? tidak kiralah WAHM atau tidak, tentu anda juga at least ada jadual pembahagian masa. Sabtu dan ahad, cik azue tidak mengikat diri dengan sebarang jadual. ikut mana dan, janji mereka bahagia, cik azue boleh tarik nafas panjang sikit.

Oh ya, dari jam 9am nanti cik azue ada kelas bagpack. nanti cik azue ceritakan ya.

hingga kita ketemu lagi.

Wasalam

****************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Thursday, March 6, 2014

Cik Azue dan Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & ADBR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam Kasih sayang buat semua. Semoga anda dalam kesihatan dan kasih sayang Ilahi.
Sebenarnya cik azue sakit tekak tika dan waktu ini. Tetapi tidak mengapa, yang sakit itu tekak, dan yang lain masih seperti sediakala. Alhamdulillah, mungkin tekak itu disakitkan supaya cik azue tidak perlu bersuara lagi akan ketidakpuasan hati cik azue secara lantang. Barangkali ini adalah jawapan bagi ayat cik azue siang tadi di FB:


Alhamdulillah. Astagfirullah.

Kembali kepada AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR) pula. 

Cik azue kenal ABDR ini melalui blog penulisan puan MASAYU AHMAD, iaitu blog PANDUAN BEKERJA di RUMAH (WAHM,SAHM,SOHO)
Masa ini cik azue sedang berkira-kira untuk meletakkan jawatan, iaitu 6 bulan terdahulu dari hari perletakkan notis tempoh hari.

Secara kebetulan, cik azue merayau-rayau di laman sesawang mencari-cari teman seperjuangan apabila cik azue bergelar WAHM. Pada mulanya, nama MASAYU ini agak familiar di ingatan cik azue, namun cik azue tidak pernah menyangka yang beliau adalah orang yang sama yang menulis dalam majalah mingguan wanita yang suatu ketika dahulu pernah cik azue baca sambil lalu sahaja.
Bermula dari situ, bila cik azue mentelaah blog beliau dari awal penulisan bermula MAY, 2008, cik azue dapat input sedikit demi sedikit tentang aktiviti pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan dirumah samada sebelum atau selepas melepaskan jawatan.

Walaupun pada hakikatnya, cik azue telah bermula berniaga atas talian secara sambilan dengan serius pada tahun 2010, cik azue masih lagi mencari dan membaca supaya cik azue tidak akan pernah menyesal akan keputusan yang cik azue telah pilih disamping mencari sebanyak mungkin ilmu supaya apa yang cik azue cuba lakukan berjaya sampai ke matlamat yang telah cik azue tetapkan.Di sini kita harus menyemai semangat, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam". Cik azue yakin anda semua sedia maklumkan atas maksud simpulan bahasa itu.

Kalau mengikut teori yang telah disenaraikan oleh Puan Masayu, sedikit sebanyak cik azue telah pun bermula dan berada di atas landasan itu. Cuma sekarang ini, cik azue memberanikan diri untuk melibatkan diri secara serius dengan kumpulan ini bagi mendapatkan khidmat sokongan apabila telah benar-benar melepaskan jawatan, terutama diketika apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian. Siapa tahu apa yang akan terjadi suatu hari nanti. 

Baik, apa yang cik azue dapat setelah cik azue mengenali kumpulan sokongan ini? Untuk pengetahuan para pembaca budiman, di dalam kumpulan ini terdapat pelbagai lapisan profesion yang telah pun mengundurkan diri dan telah juga berjaya dengan bekerja secara atas talian.
Untuk auro positif sahaja, kita akan melupakan segelintir yang belum lagi berjaya kerana boleh dikatakan kumpulan ini sebenarnya akan membimbing kita bersama-sama mengorak langkah menjadi surirumah berpendapatan.
Kenapa cik azue katakan sedemikian? Ini adalah kerana, di dalam kumpulan ini, para suri diberi latihan berdasarkan minat yang sedia ada dalam diri masing-masing. Di permulaan, para suri akan diajar untuk mengenalpasti tentang kemahiran atau minat diri kita sendiri. Selepas kita sudah kenal, maka kita bolehlah mula bergerak untuk mengumpul bahan-bahan yang kita suka dan minat menjadi satu olahan penulisan yang mana mungkin boleh menarik dan menjana kewangan. Di sini, para suri yang tidak biasa dengan medium teknologi internet akan mula berkenalan dengan gadjet serta blog dan fanpage. Mungkin pada mulanya para suri merasa agak janggal, namun dengan latihan 44 entri penulisan, cik azue yakin, para suri boleh mengatasi keadaan itu. Kenapa 44, mengikut yang cik azue ketahui daripada pesanan mak dan ayah, kalau hendak menjadikan suatu itu satu kelaziman, kita mesti memaksa diri berbuat sesuatu itu selama 40 hari atau 44 hari berturut-turut. Dan hal yang sama juga disyaratkan bagi para suri setelah memiliki sebuah blog atau fanpage atau kedua-duanya sekali.
Nah, bermula dari sini, para suri kemudiannya akan dibimbing untuk menjana kewangan tersendiri.
Pokok pangkal nya, usaha. Kalau sudi nak lihat contoh, mari kita berkenalan dengan pelatih di ABDR ini

Nama: Farhana Abdullah

Beliau telah pun dapat menjana kewangan dengan penjualan Nota Panduan Menjahit
Siapa sangka ya nota sebegini ada nilai nya jika beliau tidak bersama-sama dengan ADBR mengasah bakat menulis beliau. tahniah diucapkan.

Jadi kepada yang bertanya jika anda ingin merasai apa yang kami lalui, jom bersama-sama kami dalam kumpulan ini. Mana tahu anda boleh lebih maju kehadapan.

Jika anda berminat ingin sertai kami, mari bersama kami, PM atau email atau watsap cik azue ya untuk keterangan lanjut.

lain masa cik azue menulis lagi tentang apa yang ada dalam kumpulan sokongan ini. Semoga anda bersabar menanti ulasan cik azue yang seterusnya ya.


wasalam


*****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Nak tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari rumah, 
email: kuazue@gmail.com
watsap: 013-2700020

Tuesday, March 4, 2014

AKU MAHU JADI BOS !!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Dari petang semalam, bumi RAWANG yang lebih dikenali sebagai kawasan tadahan hujan bagi negeri selangor ini di hujani dengan hujan yang agak lebat. Ketika entri ini di taip pun hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, semoga bekalan air di negeri selangor kembali ke asal. Tempat anda semua bagaimana pula? Hujan? Walau apa pun cuaca nya, bersyukurlah kita kepada Ilahi.
Dan kerana hujan ini juga teringat cik azue maksud ayat Al-Quran yang lebih kurang begini: .."setiap air hujan yang kami turunkan telah kami tentukan sukatannya bagi sekalian makhluk.."
Dan air hujan yang menjadi rezeki kita pada pagi ini sudah pasti sudah tersedia akan sukatannya. Dan berapa lama masa yang diambil untuk hujan ini turun pun tentu sudah telah disukat sebaiknya. Nikmat mana lagi yang harus kita sangkalkan ha kawan-kawan?


Berbalik kepada Tajuk entri di atas. Semua orang dari kita mesti pernah bercita-cita mahu menjadi BOS kan dalam kehidupan ini. Percaya atau tidak, kita adalah BOS dalam kehidupan kita sendiri.
Bos dalam keluarga (bagi sibapa dan siibu) juga Bos bagi perniagaan persendirian bagi yang menjalankan perniagaan.

Apa itu BOS? Bos adalah gelaran tidak formal kepada pemimpin atau ketua bagi sesuatu organisasi yang mana dia bertanggung jawab mengeluarkan sebarang keputusan bagi sesuatu perkara.
Dan kenapa kita semua mahu jadi bos? Mengikut kajian, perasaan mahu menjadi bos ini telah wujud dalam diri seseorang individu itu sedari kecil lagi. Hal ini kerana kita suka menjadi dominan dikalangan orang lain.
Dan semua orang sebenarnya berpeluang untuk menjadi BOS apabila dia pandai menggabungkan konsep pengurus dan pemimpin dan dua konsep ini jika berjaya diterapkan akan menjadikan kita seseorang BOS yang berjaya, walau pun bukan pada syarikat namun untuk diri sendiri dan keluarga umumnya.

Apakah Peranan seorang BOS? Bos bertanggungjawab menentukan kejayaan jatuh bangun sesebuah organisasi. Bos juga bertanggungjawab untuk menjaga setiap pekerja dibawah seliaannya bagi memastikan hasil produktiviti yang maksimum. Oleh itu , bos haruslah 

1) tidak bersifat pilih bulu
2) Berupaya menjadi pendengar yang baik kepada pekerja
3) Ramah, mesra dan mudah didekati
4) sopan dan beradab
5) Boleh dipercayai
6) menghormati hak-hak pekerja
7) konsisten dalam membuat keputusan
8) menggalakkan luahan perasaan dan pandangan pekerja
9) Menyandarkan keputusan dengan alasan yang betul
10) bersedia membatalkan keputusan yang terbukti tidak akan berjaya

Manakala peranan khusus seorang bos pula adalah
1) mewujudkan suasana kerja yang baik bagi mencapai kejayaan organisasi dan ahli
2) memberi hala tuju yang jelas kepada pekerja bawahan
3) Memberi bimbinga yang secukupnya
4) Memberi kebebasan kepada pekerja bawahan dengan sedikit pengawasan
5) menghormati pekerja bawahan dan mewujudkan suasana hormat-menghormati

Dan untuk menjadi Bos yang hebat
1) jadilah bos yang dihormati
2) pelah\jari dari orang yang berjaya
3) tingkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
4) punyai kemahiran perhubungan yang baik
5) selalu memkirkan kepentingan bersama
6) memberikan ganjaran kepada yang terbaik
7) bersikap terbuka kepada idea baru dan bernas
8) berkongsi

Mmm panjang sudah kesimpulan Bos yang ditaip. Kenapa cik azue bercerita tentang bos? Ya, sedikit masa lagi, cik azue adalah BOS kecil dalam keluarga ini dan anak-anak adalah orang-orang dibawah seliaan bos kecil ini. Bagi menghasilkan suatu kerukunan, cik azue kena belajar bagaimana menjadi BOS yang baik bagi dua anak kecil ini. Ibu adalah BOS dalam setiap perkara dalam rumah tangga.
Kenapa cik azue guna istilah BOS? Ya, kerana cik azue melangkah ke arah WAHM, cik azue haruslah semat semangat BOS bagi menjayakan misi WAHM ini.

Lain kali cik azue berkongsi lagi. Nampaknya hujan telah pun berhenti. Cik azue harus kena gerak ke pejabat.
Kalau anda mahu terus belajar menjadi BOS, boleh lah memiliki buku ini.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda. Lain kali cik azue kongsi lagi.
Salam kasih sayang.

Wasalam

****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Monday, March 3, 2014

Cik azue dan isu Berhenti kerja

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini 4/3/2014, hurmmm, cik azue harus lagi menapak ke opis itu. Terasa sangat malas, malas melihat muka-muka manusia yang takut untuk menerima hakikat dan takut untuk membuat suatu keputusan.
Tiada kata noktah diterima, oleh sebab itu cik azue harus menamatkan situasi ini dengan cara yang terbaik dan sebaik-baiknya.
Memang akan ada hati yang terluka, terguris, tetapi nak buat macam mana lagi apabila mereka mengajak juga cik azue untuk berbicara.

'Apakah susah sangat mereka nak paham yang cik azue menulis surat itu bagi menyatakan bahawa cik azue akan berhenti, bukan nya meminta mereka menyemak GAJI?

Musyikil cik azue ... cik azue pun tidak tahu apa yang mereka hendak. Cuma cik azue harap, cik azue boleh pergi dengan cepatnya dari situasi ini.

Dan kerana situasi itu, cik azue menjadi semakin sakit hati. Hendak habiskan cuti berbaki pun tidak boleh atau nak habiskan bekerja sepanjang tempoh notis ini pun tidak boleh. Mengikut kata pihak sumber manusia, mereka tidak boleh berbuat apa sebab tiada arahan daripada pihak atasan kecuali "BEKU'kan permohonan cik azue.


Dah sudah, diaorang ini kenapa? Karang cik azue amik cuti, dituduh sengaja lari, buruk rekod. Kalau bekerja hingga tamat notis, belum tentu cuti itu akan dibayar, tension lah !!!...


Ikutkan hati, ramai lah nanti yang kena seperti ini,

namun cik azue membawa ikon MUSLIMAH, cik azue harus belajar sabar dan berdoa. Berusaha dengan berjumpa tuan punya syarikat, dan jawapan yang dia beri adalah, 

"Saya kasi awak amik cuti berapa lama mahu cuti, 2 bulan, 3 bulan, ambil cuti dan kemudian masuk balik.."


huaarrrgghhhhh... tak paham ka? cik azue nak berenti lah..bukan nak bercuti atau minta semak gaji ..!!!


Baik, apa pandangan kawan-kawan? Bagaimana harus cik azue selesaikan perkara ini dengan sebaiknya dan secepatnya. Lagi lama disitu, lagi takut cik azue buat perkara sia-sia. Dan sekarang ini pun, setiap hari cik azue masuk kerja sengaja lewat 30 minit dari waktu yang sepatutnya sebagai tanda protes.


Tolonglah beri nasihat bernas sebelum cik azue lari macam itu sahaja dari syarikat tersebut.

Wasalam.


**************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Friday, February 21, 2014

Bunga dalam hidup Kita

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


credit to: Minnesota Wildflower

Salam Kasih sayang buat semua dan semoga anda semua dalam kasih sayang Ilahi dan sejahtera selalu.

Cantikkan bunga itu? Putih warnanya dan sangat mendamaikan jiwa yang memandang. Subhanallah... dan terima kasih juga kepada jurufoto yang telah berjaya merakamkan sesuatu ciptaan Ilahi dengan begitu baik.

Hari ini cik azue nak menulis tentang Diri dan perkaitan nya dengan Bunga. Ada juga perkaitan diri yang dikaitkan dengan lain-lain benda. Namun dalam konteks sains psikologi yang dibelajar dulu (Subjek pemikiran kritis - 2 kredit markah), perkaitan ini digambarkan dengan Teori Bunga Empat Kelopak.

Pernah dengar teori ini? Belum pernah atau sudah selalu dengar, cik azue kongsikan juga sebagai ulangkaji diri cik azue sendiri dan semoga ianya memberi manfaat buat anda para pembaca.
Secara dasarnya, untuk kita mengenali diri kita sendiri, terdapat empat pembahagian atau pemecahan, iaitu

1) Kelopak 1 = Saya tahu dan anda juga tahu

Dalam konsep ini, apa sahaja yang berkaitan dengan sikap, perasaan, keinginan dan lain-lain, semuanya diketahui oleh orang lain. Kesediaan kita untuk berkongsi perkara-perkara asas tentang diri kita menunjukkan sikap kita yang bersedia menerima individu lain dalam hidup kita.Semakin banyak yang kenalan kita tahu tentang kita, semakin senang atau mudah kita akan didekati.

2) Kelopak 2 = Saya tahu dan and tidak tahu
Kelopak ini menggambarkan sikap atau sifat yang kita rahsiakan dari pengetahuan awam atas sebab-sebab yang tertentu.

3) Kelopak 3 = Anda tahu tetapi saya tidak tahu
Kelopak ini melambangkan bahawa sesetengah perkara atau sifat yang tidak kita sedari tetapi diketahui oleh orang awam. Kita mungkin tidak akan pernah menyangka bahawa kita memiliki sesuatu sikap yang baik atau buruk, namun hanya orang lain yang dapat melihat sikap tersebut. Oleh itu hanya orang yang tahu tetapi kita tidak dapat tahu tanpa diberitahu

4) Saya dan anda, dua-dua tidak tahu
Kelopak ini menyatakan kadang-kadang sesuatu perkara hanya dapat diketahui melalui sesuatu ujian atau saringan. Tanpa ujian atau saringan, kita atau sesiapa sahaja tidak akan dapat menilai atau mengetahui sifat dan sikap yang tersembunyi di dalam diri seseorang individu.

Persoalannya, Kenapa kita perlu kenali diri kita sendiri?
Ya, apabila kita mengetahui dan mengenali diri kita sendiri, kita tahu baik buruk sikap dan sifat yang kita warisi, dimana ini memberikan pengaruh yang cukup besar dalam membantu kejayaan diri sendiri, samada dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya yang dimiliki.

Mengikut penulisan buku "Superwoman" oleh puan Mardiana Ishak, mengikut kajian, mana-mana orang yang berjaya kebanyakkannya tahu dan kenali diri sendiri. Mereka tahu siapa mereka, kekuatan dan kelemahan serta apa yang mereka inginkan. Kesan daripada mengenali diri sendiri dengan begitu baik, kita dapat merangka hala tuju kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Jika itu keperluan untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu dan boleh mengenali diri kita samada melalui Konsep bunga 4 kelopak di atas atau melalui beberapa cara seperti berikut:

1) Mendengar apa yang orang kata tentang diri kita - harus bersikap terbuka atas apa sahaja yang diperkatakan supaya kita boleh mengenali lantas memperbaiki diri kita

2) Mencari maklumat tambahan mengenai diri kita sendiri dengan sahaja bertanya kepada orang lain dengan meminta pandangan mereka mengenai apa tindakan yang kita lakukan. Namun disini, kita mesti tidak cepat melenting jika sesuatu komen diberi adalah bersifat negatif.

3) Berlatih melihat diri kita seperti mana orang lain lihat kita. Kita boleh bertanya atau berimaginasi menjadi orang lain dan melihat diri sendiri.

4) Mendedahkan lebih banyak maklumat yang bersesuaian tentang diri kita dari sudut pandangan diri kita sendiri. Cara ini mungkin secara tidak langsung boleh mencerna seberapa maklumat yang dahulunya kita pun mungkin tidak sedari memilikinya.

Nah, ini adalah intipati kejayaan bagi individu yang berjaya dalam kehidupan samada kehidupan berkeluarga mahu pun karier.

Dengan mengambil contoh kisah cik azue, untuk suatu kejayaan, cik azue kena belajar semula mengenali diri cik azue, apa kemahuan cik azue dan hala tuju pilihan cik azue.

Nampaknya, perkongsian kali ini menjadi agak panjang lebar. Sebenarnya, cik azue berkongsi tentang cara cik azue menghadapi permasalahan ini disamping sebenarnya cik azue mengumpul motivasi atas suatu pilihan yang telah dibuat.

Terima kasih atas pandangan anda semua dan terima kasih juga atas sokongan anda.
Nampaknya, cik azue lepas ini kena mula menjahit. Dah lama cik azue membiarkan mesin-mesin selain mesin sulam duduk menanti.
Nanti cik azue sambung semula kisah perjalanan cik azue ke arah WAHM.
Akhir kalam, selamat berhujung minggu dan senyum-senyum selalu.

Wasalam.



**********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazuek

Wednesday, February 19, 2014

Cik Azue BUNTU dan diBUNTUKAN

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Hari ini mengikut notis perletakan jawatan cik azue, tinggal berbaki 8 hari lagi setelah dicampur tolak baki cuti tahunan. Hari ini juga, pihak pengurusan telah melibatkan campurtangan tuan punya kilang dalam misi menggagalkan rangcangan cik azue untuk meninggalkan kerjaya sekarang.
Buntu. Sesungguhnya cik azue buntu. Buntu dengan situasi. 

Menyerah salah, berserah juga terasa salahnya. 

Bagi para ibu yang telah berjaya melepasi halangan ini, tahniah dan sila beri tunjuk ajar. 
Untuk makluman, tawaran diberi sangat berbaloi, bukan dikira dari segi kewangan semata. Jika cik azue buta dan dibutakan, tawaran itu harus tidak mungkin ditolak, jika itu kejarannya makna suatu karier.
Tapi cik azue tahu, bukan itu semata yang cik azue kejar sekarang ini. Jika itu percaturannya, kenapa sanggup sampai sekarang cik azue masih menapak, bertapak di tempat yang sama.

Buntu!!!! Dan cik azue harus kembali kepada cik azue yang asal. Nawaitu yang satu, Berubah untuk mengubah!

Ya, bila diimbas tadi, sekembalinya cik azue ke pejabat dari perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat tertinggi, cik azue terus rasa diri ini buntu. Hampir tidak kenal siapa azue yang dulu dan siapa azue yang sekarang.
Hampir juga misi cuci otak yang mereka katakan itu berjaya dan jika misi mereka berjaya, maka bergelak ketawalah pada yang tidak menyokong usaha murni cik azue untuk kembali fitrah sebagai IBU yang mengasuh serta berkerjaya dari rumah.

Sejujurnya, jika melihat prospek kerjaya, sangat sedih melepaskan jawatan itu. Impian yang dicitakan sedari dulu. Namun impian itu terlambat hadir dalam konteks pekerjaan sekarang. Alhamdulillah, pasti ada hikmah nya.

Berbalik kepada misi cik azue mencari azue yang dulu, yang penuh yakin, harus berubah untuk mengubah. Di sini, cik azue kongsikan salinan email yang cik azue hantarkan pada seorang rakan kerja yang bertanya kenapa cik azue mengambil keputusan berhenti kerja sedangkan cik azue sedang memasuki fasa kemuncak karier sebagai seorang jurutera kawalan mutu.


Disini cik azue salin semula buat tatapan anda serta moga ianya menguatkan semangat cik azue sendiri.

"In syaa allah kak… no turning back. 
Istikharah saya lebih 6 bulan dan sekarang hati saya rasa amat tenang dengan keputusan ini..
Masa 6 bulan dulu… saya 50 – 50… takut komitment yg sedia ada tak terlangsai.. yer la tiap bulan makan gaji… tetiba nak berenti.. mana nak cekau duit…
Hari2 saya piker… sebenar nya saya amik masa 3 tahun +++ piker nak kerja or nak berenti cari kerja lain… so sabar and sabar n tahan n tahan n hadap segala janji manis bagai dgn senyum n pasrah… n 6 bulan lepas saya terpikir sampai bila saya harus ada dlm situasi ini…
Bawa bincang dengan my hubby dah 3 tahun ++ dah tentang saya nak resign n nak kerja sendiri…
Dulu dia mcm tak yakin.. saya kumpul asset.. kalau tak berenti wat part time.. masa nak mula gerak… hubby pun mcm tak sure.. tak bagi memula.. tapi saya pujuk… kata nie ja la guna duit utk tunjuk hasil kerja saya n saya keluarkan seketul mesin tu + aksesori nya yg hamper cost me abaout 15K seriously…
Dah almost 2 tahun saya kerja secara part timer nie menyulam n menjahit… Alhamdulillah… 
Berbalik soal berenti nie.. at 1st saya marah dgn situasi ######(NAMA COMPANY).. janji2 manis n segala nya.. probation n mcm2 lagi.. saya bertenang n saya list kan sebab utama saya nak berenti kerja nie..
Lepas saya list n pikir2 saya buat solat hajat n solat istikharah sampai hati saya nie dapat petunjuk dgn diberi ketenangan dlm setiap pilihan yang dibuat..

So pilihan yg saya buat adalah untuk jadi working at home mom (WAHM) dan melepaskan jawatan sekarang  (walau pun saya dapat offer almost X K salary dari supplier n competitor #####(NAMA COMPANY) tanpa perlu pergi interview dan bila masa nak mula kerja boleh give them a call, they are willing to open the door for me..)
demi memastikan dua waris  bakal DA’I tu berjaya dunia dan akhirat…
susah sekarang ni nak cari pengasuh yang penuhi KPI yang diingini even nak capai 50% pun susah…

So the best is .. saya jaga sendiri la.. cukup2 lah saya terlepas peluang untuk 7 tahun pertama awal kehidupan mereka kerana mengejar konon nya sedikit kesenangan.. ends up.. saya lost juga something yg lebih valuable.. most precious moment in life.

Semoga saya diberi kesempatan untuk fasa kedua dan seterus nya dalam kehidupan mereka..

Mungkin saya akan kembali bekerja pada ketika itu jika saya jumpa pengasuh yang memenuhi 35% dari keseluruhan KPI… tapi kita hanya merancang… selebih nya.. ALLAH sebaik2 perancang dalam kehidupan saya..

Kalau di Tanya tak takut ker kalau jadi apa2 nanti… tak sayang ker dengan kerja sekarang dan dengan kerja yang orang offer….dengan tangga gaji sebanyak itu…seriously ada juga perasaan tu.. tapi bila saya meletakkan seluruh pergantungan hidup saya pada ALALH.. takut itu saya rasa boleh overcome… ALLAH kan ada… saya yang kena berusaha.. rezeki itu luas… so saya perlu menjemput rezeki itu dengan cara pendekatan yang lebih berbeza..

Kak ini bukan piker sehari dua untuk satu keputusan… ini fikiran 3 ++tahun yang lepas lagi… bukan atas sebab seseorang dalam #####(NAMA COMPANY) or atas sebab emosi dan sebagai nya.. ini atas keputusan atas maksud kepuasan diri… mencapai dan mencari KPI diri sendiri…

In syaa Allah… jika Allah dah tentukan perancangan ni yg terbaik Insyaa Allah.. ada jalan nya.. if tidak…Hanya Allah lah sebaik2 perancang…

Ohh dah panjang berjela pula… sorry ya kak nora… kikiki… saya masih beristikharah kak.. semoga saya istiqamah kak… semalam dah kantoi… demam tidor n tak sedaq sampai pagi dah.. kah kah kah…
“Mencuba yang baik untuk menjadi yang terbaik” .. moto lagi.. kikikiki… ampun…"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Moga email ini buat cik azue tidak lupa tujuan asal cik azue mengundur diri. 
Moga cik azue tidak dibutakan dengan tawaran dunia yang belum pasti akhirannya.

In shaa Allah, semoga Allah membuka jalan penyelesaian dan sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada NYA. dan jika ada kesempatan akan cik azue nukilkan semoga ianya dapat memberi panduan buat sesiapa yang berhajat.
Semoga jalan yang dipilih ini adalah sebaik-baik jalan dan semoga anda semua dapat memberi sokongan buat diri yang serba kekurangan. 
Besarlah harapan agar kesatuan WAHM/ SOHO yang cik azue didorongkan untuk bersama-sama melibatkan diri ini dapat saling memberi bantuan moral disaat diri ini berada dalam fasa transisi kehidupan yang sangat melelah dan menikam jiwa.

Akhir kalam, semooga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Nanti cik azue kongsikan lagi kisah perjalanan WAHM cik azue ya.

Hingga itu, WASALAM.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Monday, February 10, 2014

6 Minggu Lagi...

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHAN


Seperti yang anda semua sedia maklum dalam entri terdahulu, cik azue telah pun memberikan notis perletakkan jawatan kepada Pengurus Jabatan Sumber Manusia dan Pengurus Jabatan Kawalan Mutu & Kualiti.

Jika anda perlukan format notis profesional ini, hubungi cik azue ya

Termasuk hari ini, ada 30 hari bekerja @ 6 minggu berbaki lagi bagi cik azue bergelar seorang Eksekutif Kawalan Mutu di syarikat tersebut. Dan baki cuti tahunan pula berbaki lagi 17 hari yang nampaknya agar sukar untuk dihabiskan dalam tempoh notis perletakkan jawatan ini.

Selepas habis tempoh ini, maka akan bermulalah perjalanan cerita baru dalam fasa kehidupan cik azue. Untuk kebahagiaan mereka berdua ini, 



maka, inilah pengorbanan terbesar yang cik azue sebagai seorang IBU harus lakukan. Terima kasih chenta atas sokongan anda yang tidak pernah berbelah bagi atas keupayaan diri ini.
Semoga kehidupan akan datang lebih mendekatkan kita semua kepada Rabb yang SATU itu.

Akhir kalam, nanti cik azue ceritakan lagi bagaimana ke[utusan ini cik azue buat dan apakah sebab-sebabnya serta akan diceritakan juga pandangan pihak pengurusan tertinggi apabila mendapat notis yang mereka tidak pernah jangkakan akan terjadi.

Hingga itu, ceria-ceriakan diri dan senyum-senyum selalu.

Wasalam





*****************************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Thursday, February 6, 2014

Antara Rezeki, Dosa dan Pahala serta HijrahKu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI….


Para pembaca budiman, apa khabar anda hari ini? Cik azue harap anda semua berada dalam keadaan yang amat memberansangkan, In shaa Allah.

Antara rezeki, dosa dan pahala, yang mana satu akan menjadi pilihan anda? Sila rujuk gambar-gambar dibawah ini ya.

barang yang dibeli

resit jualan yang diperolehi
Baik, kita mulakan kajian kes ini. Peristiwa berlaku pada 05/02/2014, di sebuah pasaraya di dalam kawasan kejiranan cik azue. Buat makluman, sejak tahap hemoglobin cik azue kembali merudum, ini adalah sebahagian dari menu diet cik azue. Mungkin kalau yang mengikuti blog cik azue ini ada terdiri dari kalangan doktor perubatan (pakar darah) mungkin mereka akan sedia maklum akan kehendak yang tidak tahu kenapa, harus ada setiap hari. Tapi yang ingin disampaikan di sini hari ini adalah tentang kekhilafan seorang juruwang, tidak melihat sebaik mungkin dan terus menjumlahkan harga seperti yang cik azue tandakan dalam petak merah dalam gambar di atas. Jika cik azue tidak perhati baik-baik, barangkali ini akan menjadi rezeki buat cik azue atau anak-anak atau juga rezeki si chenta hati. Tetapi alhamdulillah atas didikan arwah mak dan ayah, cik azue yang sudah sedia maklum, terus perhatikan bil dan ternyata ada kesilapan di situ. Jika tidak melihat bil, aiskrim Trophy itu menjadi rezeki, namun apabila sudah melihat bil, dan perasan akan kesilapan di situ, yang menjadi rezeki mungkin akan menjadi dosa atau juga menjadi pahala.
apakah yang harus anda lakukan apabila berada dalam situasi yang sama ini? Buat-buat tidak tahu atau memberitahu atau ? Tepuk dada tanya Iman. 
Buat cik azue, atas didikan yang diberi, kesilapan yang disedari ini cik azue perbetulkan. Hati menjadi tidak was-was dan barangkali juga juruwang itu tidak mendapat musibah atas kesilapannya. Manalah tahu disebabkan hal ini, mesin wang nya kekurangan wang atau ada kamera litar yang mengawasi tindakan nya. Dan bagi cik azue, tidak salah kita saling tolong menolong kan.
Dan moral dari perkongsian kali ini adalah, kita harus peka dengan apa yang kita beli dan kita harus semak setiap bil bagi setiap pembelian bagi mengelakan perasaan was-was.Dan was-was itu adalah datang nya dari syaitan.

Tepuk dada dan tanyalah IMAN.

Bercerita pula tentang penghijrahan cik azue ke alam WAHM, tinggal lebih kurang 15 hari lagi berbaki hari bagi cik azue meletakkan notis perletakan jawatan yang dijawat sekarang ini.
Berhubung perkara ini, bukan mudah nak memastikan momentum WAHM diri ini sentiasa di garisan maksimum, maka cik azue setelah mengkaji lebih kurang selama 4 bulan akan konsep yang diperkenalkan oleh Puan Masayu ini, hari ini dengan beraninya mencabar diri sendiri menceburi kelas dan kesatuan yang dicetuskan oleh beliau. Dan cik azue adalah di bawah selian guru online beliau : Puan Anys Idayu Zakaria 

Kelas online FB
Dan percaya lah, keputusan melepaskan jawatan ini telah cik azue fikir dan kaji selama hampir 3 tahun setengah. Bermaksud, keputusan yang tidak berdasarkan sesuatu emosi, tetapi keputusan yang penuh dengan kerangka kerja. Terima kasih atas pengalaman sebagai seorang QA di sektor perkilangan, kerana dengan pengalaman itu cik azue telah dapat menjadi seorang yang boleh berfikir secara tahap tinggi, macam sistem pendidikan sekarang ini, iaitu konsep HOTs (High intelektual Thinking System - kalau tidak silap akan maksud HOTs ini, sila betulkan sekiranya salah wahai para pendidik yang mengikuti blog cik azue ini).

Nampaknya karangan ini telah panjang dan cik azue harus berhenti sekarang. Lain masa cik azue sambung semula tentang kisah penghijrahan cik azue ini ya.

Hingga itu, Jaga diri, Perhalusi IMAN.

wasalam

 **************************************************************************************** Berminat untuk melihat atau mendapatkan hasil kerja tangan cik azue.. jom lawati FB : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, December 18, 2013

Mengorak ke WAHM (part 1)

Assalammua'laikum....
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Penyayang....
*ini adalah catatan peribadi perjalanan cik azue menempuh alam baru..mana yang bagus ambil lah...semoga memberi manfaat*
Hari ini 18/12/2013... adalah permulaan hari yang mana mulai hari ini cik azue akan share dengan pengunjung sekalian catatan kehidupan cik azue yang berubah 360 darjah daripada kehidupan sekarang...
Alhamdulillah..istikharah itu telah pun memberikan satu jawapan  berupa suatu ketenangan dan keyakinan bahawa jalan ini adalah jalan terbaik bagi hidup cik azue, chenta hati...dan bakal mujadid mujadid yang tercinta khusus nya...semoga cik azue dapat melazimi istikharah itu sebagai suatu keperluan wajib selepas solat Isya' agar sentiasa mendapat petunjuk Ilahi dalam apa jua keputusan yang ingin dibuat. Tetapi bukan mudah ya nak melazimi perbuatan mendirikan solat istikharah itu sebenarnya..bermujahadah dan ada ketika nya cik azue tertewas dek kemalasan, kepenatan dan sebagainya... astaghfirullah...semoga setiap hari kita dapat memperbaiki persembahan kita buat RABB yang satu itu demi meraih cintaNYA..in shaa Allah...
Untuk makluman...cik azue masih lagi terikat kini dengan kerja dan jawatan sekarang tetapi telah  mensasarkan paling lama tempoh untuk kekal dijawatan sekarang adalah sehingga ke penghujung June 2014 (mungkin lagi cepat) bagi melangsaikan semua tugasan terbeban di bahu cik azue serta bagi menyediakan satu senarai serahan tugasan secara terperinci kepada pihak pengurusan sekarang.
Ini adalah bagi memudahkan pekerjaan bakal pengganti cik azue dijawatan sekarang serta sebagai makluman ketua bidang tentang tugasan yang terpikul di jawatan ini....agar kemudian hari tiada lagi terdengar rungutan tentang "Ini semua tahi tahi yang ditinggalkan oleh QA terdahulu..."....Agak berat disitu ya....dan walau bagaimana pun itu adalah hakikat. Suka atau tidak..dia harus belajar menerima nya....
Dengan cuti tahunan sebanyak 21 hari, serta notis perletakan jawatan berkuat kuasa selama sebulan @ 26 hari bekerja dari hari notis diserahkan...., cik azue harus siapkan segala nya pada hari cik azue menghantar surat perletakan jawatan nanti...cik azue tidak akan memilih untuk bekerja dan syarikat membayar wang untuk baki cuti tahunan kerana sebab sebab peribadi...hihihihi...jadi...untuk ini...kita perlu ada satu strategi yang sangat terancang....(ohh doakan cik azue berjaya...) agar cik azue hanya ada 1 minggu jer hari bekerja dari hari pertama menghantar notis....(agak kejam ku disitu)
so...bermula hari ini...cik azue dah mula senarai dan kemas kini potfolio dibawah seliaan cik azue... hihihi..sikit-sikit...rupa-rupa nya membukit juga pekerjaan di bawah seliaan diri ku....
dan untuk menjadi WAHM....banyak juga harus cik azue belajar dan terus belajar..mengubah 360 darjah dan tiada jalan dan ruang untuk kembali semula amatlah perlukan satu strategi....
oh dah panjang catatan  hari ini...esok esok..sambung part seterus nya ya
..oklah...take care ya...
wasalam....

Friday, December 13, 2013

Dilema WAHM@SAHM atau Karier sekarang???!!

Assalammua'laikum....
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Penyayang....
Dear Readers....
Pada yg seangkatan.....
Susah kan...sgt2 susah nak buat pilihan... so pilihan yang ada adalah...
1) list kan kenapa n apa sebab nak jadi WAHM
2) maklumat dan kedudukan  kewangan
3) list kan buruk baik WAHM n kerja sekarang. buat perbandingan
4) apa kemahiran yg kita ada if nak jadi WAHM
5) Matlamat WAHM dgn pelan jangka masa pendek n panjang
6) strategi nak capai matlamat WAHM
dan lastly
7) berbincang dengan share partner...
listkan semua n present kan pada dia...semoga dia paham...sbb as isteri REDHA suami itu penting....
dan yang paling besar sekali adalah...buat la solat istikharah...mohon petunjuk agar di dorong kepada jalan2 yang benar dan lurus demi agama yg mulia ini..dan cuba untuk istiqamah dgn istikharah ini sepanjang hayat krn nabi SAW mengajar para sahabat beristikharah dalam semua pekerjaan dan solat ini juga bermaksud meminta panduan memilih ketika dalam suatu kesulitan.
huurrmm...semua yg di atas cik azue dah praktiskan...n istikharah itu melengkapkan percaturan yg dibuat..cuma nak melazimi itu agak berat...ya sesuatu yang manis itu menuntut suatu pengorbanan kan...in shaa Allah...
so lain masa..cik azue kongsi lagi ya my story towards WAHM ni...mana2 yg baik..boleh amik panduan..yg kureng tu..wat peringatan ya...hari lain..cik azue story again ttg satu2 isu yg kita list kat atas nuh...
Again...cik azue perlu berubah jika mahu mengubah....(apa yg nak diubah hingga harus berubah tu...lain ketika na i story...)
till then..senyum sokmo deh...

Tuesday, February 14, 2012

Nak berenti ker or teruskan…???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….

 
Sungguh la tensi… kalau berenti … nanti jadi lagu tuuuuu plak… kalau tak berenti.. asik lagu tuuu ajerk…
Bukan tak bersyukur… tapi kita perlu berubah untuk mengubah nasib diri….

Haa… kompius?? Hehehe cik azue tengah di lema.. nak go on kerja makan gaji or berenti?? Kalau go on….sampai bila nak di takuk yang sama??? Or sampai bila nak kerja dgn orang n stay kat position and etc2 tu… n sungguh la bosan kerja yg sekarang nie.. dah JADI KOTAK dah nie.. so kalau tak nak jadi KOTAK… cik azue harus berubah…

Kalau nak quit plak… bila laks nak letak SURAT KRAMAT tuuu??? Lepas tu nak jadi hapa??? Nak buat hapa???   Huih… fenin2… fenin2 pikir… piker.. n piker… tapi nak kena piki juga… hal2 diri n hal2 anak2… hal2 hutang itu n ini… adoila…. Mcm2 ada….

Nak go on kerja makan gaji… MAKAN HATI lah…. Kalau laks kerja sendiri .. cukup disiplin diri ker diri nie ha??

So jom kita istikharah sesame…. Minta diberikan guidance utk semua nie…. Dan lain-lain g benda dalam hidup nie..


Hingga ituew…
Adios hasta la vista…

Wasalam..
~Kuazue mohd~