Followers

Monday, March 3, 2014

Cik azue dan isu Berhenti kerja

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini 4/3/2014, hurmmm, cik azue harus lagi menapak ke opis itu. Terasa sangat malas, malas melihat muka-muka manusia yang takut untuk menerima hakikat dan takut untuk membuat suatu keputusan.
Tiada kata noktah diterima, oleh sebab itu cik azue harus menamatkan situasi ini dengan cara yang terbaik dan sebaik-baiknya.
Memang akan ada hati yang terluka, terguris, tetapi nak buat macam mana lagi apabila mereka mengajak juga cik azue untuk berbicara.

'Apakah susah sangat mereka nak paham yang cik azue menulis surat itu bagi menyatakan bahawa cik azue akan berhenti, bukan nya meminta mereka menyemak GAJI?

Musyikil cik azue ... cik azue pun tidak tahu apa yang mereka hendak. Cuma cik azue harap, cik azue boleh pergi dengan cepatnya dari situasi ini.

Dan kerana situasi itu, cik azue menjadi semakin sakit hati. Hendak habiskan cuti berbaki pun tidak boleh atau nak habiskan bekerja sepanjang tempoh notis ini pun tidak boleh. Mengikut kata pihak sumber manusia, mereka tidak boleh berbuat apa sebab tiada arahan daripada pihak atasan kecuali "BEKU'kan permohonan cik azue.


Dah sudah, diaorang ini kenapa? Karang cik azue amik cuti, dituduh sengaja lari, buruk rekod. Kalau bekerja hingga tamat notis, belum tentu cuti itu akan dibayar, tension lah !!!...


Ikutkan hati, ramai lah nanti yang kena seperti ini,

namun cik azue membawa ikon MUSLIMAH, cik azue harus belajar sabar dan berdoa. Berusaha dengan berjumpa tuan punya syarikat, dan jawapan yang dia beri adalah, 

"Saya kasi awak amik cuti berapa lama mahu cuti, 2 bulan, 3 bulan, ambil cuti dan kemudian masuk balik.."


huaarrrgghhhhh... tak paham ka? cik azue nak berenti lah..bukan nak bercuti atau minta semak gaji ..!!!


Baik, apa pandangan kawan-kawan? Bagaimana harus cik azue selesaikan perkara ini dengan sebaiknya dan secepatnya. Lagi lama disitu, lagi takut cik azue buat perkara sia-sia. Dan sekarang ini pun, setiap hari cik azue masuk kerja sengaja lewat 30 minit dari waktu yang sepatutnya sebagai tanda protes.


Tolonglah beri nasihat bernas sebelum cik azue lari macam itu sahaja dari syarikat tersebut.

Wasalam.


**************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ini yg org kata; masa kita ada dia buat tak nampak. Bila kita nak pergi baru mata terbeliak Azue. Tapi kalau kakak biasa buat keputusan tetap. Kalau kakak nak pergi maka akak akan pergi yg bermakna telah ditambang semasak-masaknya. Tak akan toleh balik walau ganjaran diberi berlipat kali ganda...

Itu kakak. Buat Azue terpulanglah mana yg baik. Pastikan buat istikharah utk memilih jln terbaik.

Anum said...

selamat pagi
singgah pagi

Kuazue Mohd said...

@Kakzakie kak zakie.. ini keputusan muktamad.. nak berenti sebab dah tak mahu kerja dah.. nak jadi WAHM.. insya Allah, keputusan selepas istikharah berbulan2 lama nya kak.. tapi mereka tak mahu paham or sengaja wat2 tidak paham.. huhhuh

Mila@Rimbun said...

Azu dah pergi mengadap bos yang tahan surat berenti azu tuh tak? Jelaskan pada dia.. dan rasanya better juga azu tgk employment act camna... rasanya kalau resignation letter, tak perlu ada accept or not.. its our decision. As long as we notify them. Apa2 pun cik azu check ler dulu yer... saya pun x berapa sure

Kuazue Mohd said...

@Mila@Rimbun sudah.. dia tetap juga nak offer salary n position even though dah ckp, saya nak berenti bukan nak minta naik gaji.. tokey la yg suruh amik cuti pikir lagi... tak paham la derang nie.. tu la nak tgk employment act tu la tak tau nak gagau tgk tang mana... huhuhuhu.. stress tau.. nak berenti macam nak minta naik gaji..

babYpose said...

Tengok appointment letter hat dulu, attachedkan, adoi lega kan cita-cita dah tercapai tapi ada halangan mesti happy
ending. Kalau mak saya nasihat berehat
bukan berhenti (rest if u musr but never quit)
sebab tu mak saya ada pencen sekarang ni,
dia ambik cuti tanpa gaji bila nak buat
sesuatu. Tapi for kuazue, better jumpa boss.
Naik gaji tu cara comoany memujuk,
bersyukur mereka memerlukan kuazue. Beritahu kuazue akan apply lain bila perlu keja balik. Cuti cuti ni macam masih terikatkan. Komen tak seberapa ni :)

Kuazue Mohd said...

@babYpose tu la die.. susah sungguh kali ini.. alhamdulillah.. walau pun mereka mcm perlukan kita, tapi itu tidak memberi kan sesuatu jaminan kebahagiaan hati. berhenti di sini untuk bermula sesuatu yang baru...arrgghh.. tensi sungguh.. apa pun tq for the pandangan...

Suzie said...

Sian nya ....saya dulu mula mula pun x approve. Lepas tu kawan2 cakap tulis ayat mendayu lagi. Hahahahah ambik mendayu sedih hr terus setuju.