Followers

Showing posts with label Tanaman Hiasan. Show all posts
Showing posts with label Tanaman Hiasan. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Entri # 100: Ros dilaman sendiri

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Sabtu sudah. Pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita.
Dalam pada sibuk itu dan ini, cik azue nak kongsi juga hobi yang diwarisi oleh bonda.
Menanam pokok bunga ROS. Kalau dulu cik azue tukang korek tanah bakar bubuh dalam pasu, tukang jirus dan baja (sebenarnya tukang kebun mak, tapi sebenarnya, mak sedang ajar cik azue bagaimana nak menanam dan membelai ros, tapi jiwa muda lebih kepada terasa menjadi tukang kebun), merumput dan segalanya. Kenapa cik azue yang kena buat? Sebab utama, mak cik azue tak boleh nak buat sendiri selepas kena demam panas, mak tak boleh bangun, berdiri atau berjalan tanpa tongkat saktinya. Jadinya, cik azu yang sebetulnya suka ros ni membantu lah mak menanam ros ini di laman mak. 
Bila mana cik azue dah keluar dari sarang, cik azue tak pernah lagi nak menanam ros, sampai tahun 2003, lepas berhenti kerja dan menjadi surirumah sekejap, masa inilah cik azue mula mengumpul pokok ros. Tanam sekejap, bila dah mula bekerja yang keluar pagi, balik pun hampir pagi, bila masa pula nak tengok-tengokkan ros itu, maka QOLU lah si ros dilaman ketika itu. Sehinggalah si adik bongsu suatu hari bawa pulang satu ranting ros kampung. Kita cucuk semai dalam pasu dan sungguh cik azue tak belek-belek ros itu sehinggalah cik azue berhenti dan menjadi WAHM Mac lalu.
Ros ini manja, perlu dibelai dan baja selalu. Sudahnya ranting semaian yang sebatang itu menjadi-jadi pula hasilnya. WANGI!




Lenteran kisah ros kampung magenta ini yang suka berbunga, cik azue pun bertukar-tukar keratan dengan sahabat di alam maya. Mencari ros kampung putih dan pink.

semaian ros kiriman kak jannah

semaian ros kiriman Jebat

semaian ros dari kakak ipar
Sekarang ni pokok-pokok ros semaian ini dah membesar dan hasil dari ros kampung sedia ada juga cik azue buat keratan dan semai (cadangnyer nak bagi panjat pagar- boleh bikin pagar pokok ros, tengok ada tak yang berani nak panjat pagar lagi lepas ni)


ini ros semaian dari kakak ipar


semaian en jebat dah semakin tinggi, habis daun kena makan belalang

ini semaian kak jannah, cik azue dah ubah tempat, lambat pula nak membesar

ini semaian dari ros magenta sendiri

 Gambar yang bawah ini pula keadaan ros magenta tika dan saat ini. Penuh kudup-kudup bunga walau hujan hampir setiap hari.


walau masih kudup (ntah kenapa buruk pula kudupnya dimusim hujan) namun harum wanginya menusuk kalbu



Ini pula cerita ahad lepas. Chenta belikan hasil pilihan hati cik azue. Kami beli di Lot 57 - Sungai Buloh. Rm35 sepasu. Pokok induk nya keluarkan bunga yang sangat wangi, tapi sayang, lupa pula nak ambil gambar pokok induknya.




Ini gambar dari google rupa bunganya kerana cik azue lupa nak ambil gambar dari pokok induk
Kih..kih..kih... misi diteruskan pada hari isnin. Kebetulan lalu kat rumah India kat taman muhibbah. Dah lama cik azue nak menanya tuan rumah. Kebetulan hari itu ternampak tuan rumah mengemas halaman. Cik azue pun bertanya, dan mendapatlah seprti dibawah.

Pokok pertama - jenis shrub - bunga pink kecil-kecil





pokok kedua -  juga jenis shrub - bunga merah yang wangi 




Semuanya dah chenta tolong semaikan. Alhamdulillh, semaian tak pula nampak kecut. Daun asal kekal dan kudup bunga yang ada terus nampak nak mekar. Alhamdulillah.
Oh ya, sebahagian batang keratan telah cik azue pos pada adik cik azue yang dah lama minta.

Pada yang ada minta keratan magenta itu, kita tunggu ros habis berbunga dan baru cik azue buat keratan dan pos ya. (oh mereka ini berhubung mahu tukar keratan suka sama suka- terima kasih sebab nak tukar-tukar dengan cik azue)

Oklah sampai sini dulu. Lain kali kalau dah berbunga yang semaian itu, cik azue update lagi ya.
Macam biasa, jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Cik azue nak bersiap untuk menyulam tempahan tanda nama.

Wasalam

*ppsssstttt... kalau ada kalangan pembaca yang ada ros kampung warna putih atau cream dan sudi nak menukar keratan dengan cik azue amatlah cik azue alu-alukan...*

Wednesday, August 27, 2014

Entri # 79: Pokok-pokok di laman

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Cuaca redup ja hari ini. Dah banyak hari cuaca begini yang mana nanti pasti berakhir dengan hujan yang mencurah-curah. Alhamdulillah, sejuk bumi ini hendaknya. Moga-moga empangan air di Selangor ini kembali penuh lah hendaknya. Tambah-tambah di rawang ni, kawasan tadahan hujan, hari-harilah hujan gamaknya. Apa pun bersyukur kita, jangan banyak rungutan, takut-takut termasuk ke dalam glongan orang yang kufur nikmat pula, Nau'zubillah.

Sejak-sejak menjadi WAHM (eh WAHM ke surirumah je nih?) selain menjahit, menyulam dan buat kerja-kerja hakiki, tetiba sebelum puasa tu hari, di saat hati agak tidak enak, pujuk-pujuk hati, tengok halaman sendiri. Ternampak pokok-pokok orkid tinggalan mak yang terbiar tidak terbela di satu sudut halaman. (Boleh ke SINI jika nak baca entri terdahulu) Bisik-bisik chenta hati, dapat lah pergi cari arang, sabut, dan habuk kayu ke kedai ladang orkid batu arang rawang, terus sampai ke sungai buloh plak time-time puasa tu, ntah kenapa, encik chenta layankan ajer.
Balik menanamlah kita semula seperti entri terdahulu. 
Nak di perpanjangkan cerita pula, dapat pula orkid hutan dari hutan SABAH. 


dan di tanam dalam dua pasu seperti ini


Pergi pula ke ladang orkid beli arang tambahan, tertambah la pula dengan dengan orkid yang ini pula


murah jer pun.. rm6 untuk satu anak pokok sebesar ini. Apa spesies, tidak lah tahu, siapa yang tahu, harap boleh lah tolong bagi tahu.

Yang ni pula, tinggalan bonda.

Oh rumah orkid? Buat masa sekarang ini, belum ada encik Chenta bersuara nak buatkan rumah orkid untuk cik azue. Tidak mengapa, kita gantung dulu tumpang ke pokok jambu batu yang buahnya busuk aje, hingga tak boleh nak ambil makan. Ada petua tak tak hendak bagi jambu batu ini tidak busuk dan berulat? Jom kongsi dengan cik azue. Terima Kasih.


Yang kat bawah ni pula, rakan online dari Negeri 9 pos keratan batang ros kampung warna pink cair.


Terima kasih tuan. Seperti dijanji, nanti cik azue pos balik dengan orkid hutan tu ya.

Dah selamat dah disemai keratan batang ros ini. Moga tumbuh dengan subur ya. Boleh cik azue buat pagar rumah dengan pokok ros. Kat rumah cik azue sebenarnya dah ada sepasu ros warna merah. Nanti dah berbunga kembali, cik azue ambil gambar dia ya.



Dapatlah dua bekas. Moga-moga tanaman ini menghiburkan hati cik azue.

Oklah, nak pergi buat kerja dapur dulu. Kalau hujan masih turun, cik azue kena alihkan orkid-orkid tulah, kesian pula, tapi kalau rajin lah. Kata orang, biarkan aje, kasi tahan lasak. Kata hati cik azue pula, sayang tau pokok tu walau tak berbunga pun lagi. Hehehehe..

Hingga lain siaran. Wasalam

Tuesday, July 8, 2014

Entry # 75: Page Blog Cik Azue

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. 
Melampau sungguh cik azue kan. Suka hati sahaja tetiba hibernasikan blog ini. Maaf lah wahai teman yang selalu berkunjung tiba. Ntah kenapa sejak ramadhan, agak malas nak membuka laptop dan menulis. Bukan sahaja di blog kesayangan ini, malahan di FB pun agak malas. Ntah, serasa ada yang menghalang. 
Ya, itu semua bohongan semata. Muahaha! Selebihnya kemalasan tahap tak der darjah. Apa pun tak boleh buat.
Dalam minggu ini cik azue akan bersusah-susah lah menyelesaikan setiap tempahan di KERAIH LENGAN KUAZUE. Sabarlah wahai kalian. Akan diusahakan agar tempahan kalian sampai pada masa dan ketikanya, In shaa Allah.

Baik, tadikan cik azue tulis entri tentang page blog cik azue kan. Ya, tetiba hati ini rasa macam mahu buat FB baru. Tapi bila difikirkan, buat page baru sudahlah. Ya, cik azue sudah membuka satu page blog bagi blog cik azue ini. Kenapa? Untuk membuat satu kisah baru di FB dan melupakan kisah yang lama ber FB. Kadang fikir, berblog lebih seronok dari ber FB, walau kadang entri yang kita tulis umpama syok sendiri. Tak kisah lah. Itu sahaja yang boleh menjadi terapi jiwa buat cik azue dan sesetengah dari kita, betul tak?

Weehaaa... ini page blog cik azue. Sudi-sudikan lah LIKE untuk kita saling berukhwah kerana Allah.

Apa lagi nak cik azue cerita. Oh ya, Jumaat lepas cik azue bercerita tentang orkid kan.. hari sabtu tu hari, cik azue dan chenta pun bawa budak-budak pergi ke nursery orkid, beli pasu orkid, arang, sabut, pam baja (beli lagi en chenta ni), dan bergerak dari nursery orkid yang besar di jalan batu arang, rawang ke sungai buloh pula. Cari-cari pokok kesidang sebenarnya. Sayang semua habis terjual. Huhuhu bukan rezeki kami sebenarnya. Lalu kami beli tanah kompos untuk kegunaan "Edible Garden" pula nanti.
Dan baliknya, en chenta telah menanam semula kesemua orkid yang ada dan esok harinya, en chenta sudah memindahkan benih kangkung pasir ke pasu. Hari ini, kangkung dah mengeluarkan daun. Maaf, tiada gambar, hari lain lah yer... begitu juga lah dengan semaian kunyit.

Dan kerana ini juga, jadual cik azue berubah. Dari jam 7.15am, cik azue akan melawat kebun-kebun yang ada di halaman rumah, menyiram dan membaja bila perlu serta merumput kalau dah tumbuh rumput. Belek-belek dan belai-belai semua tanaman yang ada. Masuk semula jam 8am untuk menyambung kerja seperti biasa. 

Yahuuu!! sudah ada aktiviti lain. Moga-moga tumbuh-tumbuhan itu mengubat dan merawat jiwa dan membawa kepada lenih menghampiri yang MAHA MENCIPTA segala yang ada di alam ini.

Alhamdulillah. Sampai sini dulu ya. Nak melukis dan menyiapkan imej sulaman pula.

Wasalam

Friday, July 4, 2014

Entri # 74: Orkid di laman rumah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Pejam celik, pejam celik, dah menghampiri seminggu Ramadhan bertandang di tahun 1435 hijriah ini. Apakah yang telah kita buat dalam seminggu pertama ini. Selidik-selidik diri sendiri, selidik-selidik hati sendiri. 

Baik bercerita tentang Orkid di laman sendiri. Jangan lihat laman orang, nampak cantik di mata, namun hanya dia yang tahu bagaimana nak kekalkan kecantikan itu. Hahahaha. Mari berkisah tentang cerita laman sendiri yang tidak terjaga sampai ada orang tumpang sampah di hujung laman. Kah!kah!kah! Sendiri mau ingat ya, tuan tanah!

Tengok, boleh dia kemas laman sendiri, tapi longgok di hujung laman rumah orang? 
Nampak juga tak pinggan polistren tu? Haa, itu cerita jiran depan buat kenduri, boleh pakat-pakat makan dan buang sampah di tepi pokok kelapa daku? Kejadian ini semua berlaku esoknya nak puasa. Ni kira sesi luahan hati dan perasaan lah ni. Hai la jiran depan dan belakang. Alhamdulillah, cik azue sedar diri, lepas raya ini kena rajin la mengemas, kalau cik azue naikkan pagar kayu paras paha di tepi tembok kaki jalan tu, ok tak? Boleh tak? Boleh tak? haaihs.

 Sakit mata dan hati tau. Sudah lah lori ambil sampah tak ambil sampah sarap macam gini. Kena tunggu lori yang ambil sampah pekerja bersihkan jalan, barulah diambil sampah ni. Allah, bukakan hatiku untuk memaafkan mereka. 

 Ini kawasan yang cik azue nak menanam nanti. Musim kering ni, habih daun kering luruh memenuhi kawasan. Rimas mata, tapi badan pula tak larat nak kerjakan kisah ini. Solusinya. Pejam mata dan buat-buat duduk di luar negara dan sekarang ni musim luruh. Hahahaha

Berbalik kita pada kisah orkid ini.
Gambar ini diambil pada tahun 2009.

Ini gambar sekarang, dah merimbun tapi tak mahu berbunga. Ntah kenapa pun tidak tahu.

Ini anak pokok yang cik azue dah alihkan ke pasu lain. Jap lagi nak rendam dalam air, petua orang dia akan berbunga. Mari buat ujikaji pada pasu kecil ini. Semoga ia berbunga. Tapi orked ini spesies apa ya?



 Ini anggerik desa mak. Gambar 2009 dahulu. Sekarang ni dah tidak mahu sangat ia berbunga. Tambah-tambah sekarang ni selalu panas.
Pokok ini pun nak kena di alih masuk pasu lain or buat lekatan pada pokok jambu batu. Hihihi

Denderium. Orang kata, ini spesies denderium. Cantik.
Tapi sekarang pun tidak mahu juga berbunga. Gambar ini tahun 2009 juga.

Yang ini pula,
semaian pokok kunyit. Sebenarnya dah tumbuh dah beberapa tunas, agaknya pasu dan tanah tidak sesuai, jadi cik azue tukar masuk pasu ni. tengok, kena bubuh kawat besi di atas sementara pokok besar. Hihihi, nanti cat-cat buat onar dalam pasu ini.

Habis cerita laman. Ini progres selimut tampal cantum cik azue.
Harap boleh siap dalam minggu depan. Kalau tidak letak ke tepi semula.

Bercakap tentang puasa. Tahun ini, cik azue sangat rasa tidak larat dan letih lesu rasanya badan ini. Tidak tahu kenapa dan mengapa. Tidak cukup vitamin kah? Alhamdulillah, masih dapat berpuasa walau pun sangat lesu badan ini. Mengandungkan haziq pun tidak rasa seperti ini walaupun masa itu dah tunggu hari jer, walau berbuka dan bersahur hanya dengan karipap beberapa ketul semata.
Tapi kali ini, aduh, sangat tak larat. Rasa macam nak tidur dan tidur saja. Ada sesiapa dapat kongsi petua? 

Oklah, cik azue berhenti dulu. Sakit dan sengal sendi tangan dan jejari bila menekan keyboard ni.
Hingga itu, jaga diri dan hiasi IMAN di hati.

WASALAM.




Monday, November 23, 2009

Bunga Lagi

Salam...

In The Name Of ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.....

Kali nie show up bunga MAK lagi yang berbunga kat umah nie,....  nie kata kakak.. bunga keduduk/senduduk.. tapi daun n bunga nyer tak sama dgn yang tumbuh liar kat tepi jalan....cam baldu-baldu gitu.. hehehe.. tak tau nak describe cemana... apa pun tengok jer lah pictures nie.. Kepada sesapa yang tahu nama sebenar / species nyer.. leh ler gi tau azue yer.... kalau tau pasai nilai perubatan n cara pengamalan nyer pun sangat2 lah dialu-alukan...

nie kudup bunga nyer....warna pink gitu.....
Nie plak... bunga yang sedang berkembang mekar di laman azue....

Cantek kan.....
SUBHANALLAH.... memang cantek... tambah2 bila berbunga lebat....

Sampai bejumpa lagi yer....

Sunday, November 15, 2009

ORKID MAK part II

Salam....
Nak sambung cerita ORKID mak...dah baca cerita part 1 kan....kali ne kita sambung lagi dengan sepasu orkid mak lagi... ntah le pa spesies orkid nie... tapi beh aaarrr bila tengok bunga2 nie berkembang.. plak tu bunga tahan berbulan.... cuba tengok gambar nie...

Nie gambar close upnyer...

Nie plak... lagi satu spesies tak tau nama....yang nie pernah laks sekali tuh berbunga.. cun gak... tapi sejak kita orang pindah umah n orkid nie dipindahkan pasu nyer.. sejak tu lah dia tak berbunga lagi... baja ?? fuih.. dah tak tau nak buh baja apa lagi.. harap daun dier jer yang naik subur... MERAJUK kut... tak per.. nanti bila orkid nie berbunga azue update picture bunga nyer... CANTEK??? dah lupa lah cam ner ghupa bunga dier.. kita sama2 tunggu yer...



Tuesday, October 20, 2009

BUNGA ROS kembang...

Kali nie N3 berkisar ttg bunga lagi...sekarang tengah bunga ros..(ros liar..ros kampung..ros hibrid..??? jenis apa tak tau.. yang tau.. ia tetap bunga ROS) segar mekar... heheh lawo laks.. tu yang snap picture tuh! Nie bunga kaler soft cream.. selalunya yg berbunga warna merah... heheh bunga nie baru jer beli.. aleh2 dalam menanti nanti nak pindah ke dalam pasu.. berbunga lak plak ros nie.. so biau ler dulu.. kang kalau pindah tempat.. merajuk pulak..langsung tak berbunga... Nak kabor.. bunga ros nie FAVERET mak! Dolu2.. mak selalu ajaq amik tanah bakar kalau nak tanam / tukar tanah pasu bunga ros nyer.. so sekarang.. anak nyer nie sambung ler minat nyer pada ROS nie.. INSYA ALLAH.. nanti akan bertambah lah hendak nya pasu2 ROSES yang ada kat umah nie.... So kawan kawan.. layanz....

Tuesday, September 29, 2009

Sesi Bunga - Bunga Berkembang....

Salam....
Nie atas janji entry sebelum nie.. kita wat sesi tayangan bunga orkid mak yang baru start berkembang...
LAYANZZ....