Followers

Showing posts with label Sulaman Mesin. Show all posts
Showing posts with label Sulaman Mesin. Show all posts

Monday, April 9, 2018

Bila sakit itu menyerang dan Tempahan Sulaman alas meja

Entri: # 219
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Disember , 2017



Waktu ini sakit ini menjadi semakin kuat. Tapi masih lagi cuba berkuat memandangkan target siapkan tempahan sulaman semakin mendekat.

Allah hu rabbi.
Sakit ini berada pada skala 8/10 skala kesakitan.

Esoknya (Disember 08, 2017), sakit itu masih tidak berubah pada skala yang sama. Masih lagi cuba bertahan dan buat-buat tidak sakit. Cadangnya mahu ke klinik sahaja ambil suntikan tahan sakit malam nanti lewat encik Chenta balik dari kerja.



Sudahnya ke bahagian kecemasan Hospital Selayang lagi malam itu dan mendapatkan suntikan morfin dan dibenarkan keluar beberaja jam selepas itu kerana cik azue tidak mahu masuk di wad untuk tujuan pemantauan oleh doktor perubatan.

Sama sahaja dipemikiran cik azue. Tiada apa pun yang akan dilakukan selain dibuat pengurusan kesakitan ('pain management').



Biru lebam tangan bila sering dipasang cabut branula untuk setiap kali datang untuk dapatkan suntikan ubat penahan sakit

Namun sebelum itu sempat juga cik azue berbalas mesej dengan tuan punya tempahan untuk memberi tahu bahawa tempahan itu akan menjadi agak lewat sedikit.



Terima kasih puan yang tersangat memahami keadaan kesakitan itu.

Jom kita tengok proses menyulam alas meja tersebut ('gigih sungguh tu ambil gambar dalam duk sakit sangat tu!').

Mengikut lakaran dari puan penempah kawasan yang ingin disulam.
Cik azue tanda margin untuk disuai padan dengan grid sulaman.



Proses sulaman pertama menggunakan benang hitam.


Proses sulaman kedua, menyulam 'outline' setiap huruf dengan benang putih.


Proses sulaman ke 3 dan ke 4, sulam logo dan 'outline' sudah tiada gambar kerana badan dah menggigil menahan sakit. Maaf ya.

Jom tengok hasil akhirnya pula.


Dan yang terakhir ini mesej dari puan penempah lapik meja ini. Terima kasih nah puan.


Sampai sini.
Ada kesihatan nanti cik azue sambung lagi menulis ya.
Tapi jangan marah tau, cik azue menulis versi lontar belakang dulu buat masa sekarang ini.

Wasalam.
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 27, 2015

Bangun dan bermula kembali

Entri: # 135
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Lama tersepi dari blog kesayangan ini.
Wah, wah, wah, penuh sudah habuk dan bersawang-sawang jadinya.
Hacumm!
Kih, kih, kih. Adatlah ya, rumah dah lama tinggal.

Baik, cik azue tidak kemana pun. Ada di sini menyelesaikan tugasan yang kian sarat. Memilih menjadi WAHM, nampak mudah, tapi tidak sesenang seperti tergambar di mata.

Selama bertapa ini, jom lihat selain sulam tanda nama, apa lagi yang telah cik azue sulam dan hasilkan.

Maaf pada yang ikuti diblog. Ulang tayang buat kalian, namun tayangan perdana buat kalian yang sudi bertandang ke sini.


Pertamanya, sibuk membangunkan blog sulaman dan seni kreatif, blog cik azue yang bersifat ilmiah ini. Kalian boleh layari melalui link berikut: http://azuriyahmohamad.blogspot.com

Kemudian, menyelit-selit di celahan tempahan sulam tanda nama, adalah tempahan berikut






Yang ini pula adalah kisah cik azue belajar dari rakan seperjuangan, bagaimana menyulam di atas sekeping felt. Berikut adalah yang terhasil setelah berlajar dari cik puan berdua.





Bolehlah kan.

Nanti cik azue kongsi lagi yer.

Maafkan cikazue, doakan cik zue, terima kasih

Wasalam

Tuesday, April 7, 2015

Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 131
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah, terima kasih Allah dan terima kasih kalian yang sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan cik azue.

Terima kasih juga buat kalian para pelanggan yang sangat memahami akan situasi.

Semalam (6 April, 2015), tempahan ini sudah pun di pos kepada cikgu-cikgu terlibat.



Dua tempahan sebenarnya dari dua sekolah yang berlainan.

Oh ya, bagi kalian yang ingin mendapatkan khidmat sulaman dari kami, tempahan telah dibuka semula.

In shaa Allah, jika bukan cik azue yang siapkan, tuan CEO yang bantu siapkan. (Sengih sampai telinga!)

Macam biasa, buat kalian yang ingin menempah, cik azue boleh dihubungi melalui

email: kuazue@gmail.com
fb: azuriyah mohamad
page: Keraih Lengan Kuazue
whatsapp: 013-2700020


Bagi kalian yang berminat hendak tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah juga boleh hubungi cik azue melalui saluran tertera di atas.

Ok lah, cik azue beransur dahulu. Hingga lain masa.

Wasalam

*notakakitangan; kenal chef amer, chef koko tu? Nanti cik azue cerita tentang, ABDR, cik azue dan Chef Amer, ya

Friday, April 3, 2015

Projek Applique

Entri: # 130
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Kuazue Mohd
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang.
Bersiaran menggunakan applikasi talifon bimbit sahaja.
Ini projek minggu lalu, patut dah siap, tapi dek kerana ujian kayap, maka cik azue terpaksa tangguhkan dahulu.
Projek nametag, en chenta hati teruskan.
Terima kasih kerana menyokong dan memahami.
Wasalam

Tuesday, January 6, 2015

Entri # 112: KLK :- Tempahan macam-macam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Selawat dan salam tidak lupa jua buat junjungan kita Muhammad SAW. Moga-moga kita semua mendapat naungan baginda di hari yang tiada sesiapa pun dapat membantu sesiapa jua.

Entri di tengah hari pula hari ini.
Cuaca di Rawang ketika ini agak mendung dengan sesekali gerimis mengundang.
Oh cik azue masih meneruskan perjuangan menyulam tempahan tanda nama sulam yang ditempah kalian semua.

Hari ini cik azue nak share dengan semua tempahan macam-macam dari seorang sahaja pelanggan yang mana juga merupakan kenalan dibangku sekolah menengah atas (kenalan ketika menuntut di Sekolah Raja Tun Azlah Shah, Taiping, Perak  - Tingkatan 4 dan 5).

Terima kasih teman kerana sudi menempah dengan zaman persekolahan ini.


Dimulakan dengan tempahan tanda nama sulam buat anakanda nya bertiga. Maklumat tempahan adalah seperti berikut:

Nama: 3 nama berlainan
Kain: Warna Putih
Tulisan: Warna Hitam
Border: Warna Biru Tua
Jumlah kepingan: 15 keping (5 keping bagi setiap nama)

Jika kalian ingin tahu maklumat lanjut tentang tempahan sulam tanda nama, boleh rujuk pada panduan dengan klik : PANDUAN 

Tempahan kedua pula merupakan tempahan sulaman pada tuala.
Tuala-tuala dibekalkan, tinggal cik azue sulamkan sahaja. 


Sulaman bagi dihadiahkan buat mempelai katanya. Tetapi sangatlah susah hendak merakamkan warna sebenar tuala yang berwarna jingga / oren terang ini oleh lensa kamera talifon cik azue. Makanya, minta maaf, sebegitulah jadinya warna yang dapat dirakam sebagai kenangan hasil kerja.




3 tuala bersulam nama buat keluarga yang akan berangkat mengerjakan umrah.


Tempahan ke tiga pula merupakan tempahan bantal bersulam. Ada 2 tempahan dengan bentuk tidak serupa serta sulaman yang tidak sama.


Yang pertama: Bantal bersulam karektor burung hantu - AWUL (sebut 'owl')
Bantal ini bersaiz 10 inci dan dijual pada harga RM40 seekor termasuk postage.



Yang kedua adalah bantal segiempat bersaiz 14 inci tepat. 
Menggunakan fabric fleece dan isian 'fiberfill', bantal ini dijual dengan harga RM80 satu termasuk postage.


Bagi kalian yang berminat untuk menempah hasil kerja tangan cik azue, kalian boleh hubungi cik azue melalui 


Email: kuazue@gmail.com

WhatsApps: 013-2700020


Untuk makluman, sebarang tempahan sekarang ini hanya akan dibuat selepas bulan Feb kerana memberi laluan kepada tempahan sulam tanda nama terlebih dahulu.

Sampai sini dulu buat hari ini.

Esok-esok in shaa Allah, cik azue sambung lagi.

Jaga Diri, hiasi peribadi.

Wasalam



Tuesday, August 26, 2014

Entri # 78: Tempahan Sulaman Dari Sarawak

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Pelanggan
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang. Sudah lama mendiamkan diri. Sudah lama entri terperam basi dalam lappy. Hatiku walang. Bukan sedikit duka mencarik suatu keindahan ketenangan hati. Lantas berdiam diri sambil mengenang kealpaan adalah jalan terbaik yang difikirkan perlu untuk waktu itu.
Namun, mendung pasti berlalu jua berarak ditiup sang bayu yang berpuput syahdu, seakan merasai juga gelora yang dirasai, dideritai.

Arghh.. usah ditanya cerita lalu. Kita bungkus, tutup rapat-rapat dalam lipatan kenangan. Yang terjadi sudah menjadi sebahagian lipatan sejarah. Moga-moga tidak berulang.

Woohaa!

Mari kita lihat sesi sulaman yang telah disiapkan beberapa minggu nan lalu. 







Sulam pada apron






oh ya, kain-kain ini dipos oleh tuannya dari sarawak. Mari lihat hasil akhir yang dikongsi oleh pelanggan ini





terharu sangat tengok hasil yang dioleh oleh tuan punya. Dan cantiknya rumah beliau! Rumah cik azue pun tiada bantal-bantal sulaman sebegini sejujurnya, hihihihi.

Terima kasih orang SARAWAK ya!

Oklah kawan-kawan, nanti cik azue sambung lagi. Ada beberapa projek tanda nama dan bantal-bantal yang perlu disiapkan. Macam biasa, siapa yang berkenan dengan sentuhan cik azue @monster mom ini, boleh hubungi melalui email kuazue@gmail.com ya.

Moga-moga September mendatang menceriakan cik azue dan merajinkan cik azue mengupdate blog ini.


Wasalam

Wednesday, July 9, 2014

Entri # 76 : Tempahan Bantal Bersulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam 11 Ramadhan buat semua. Hari ini nak buat tayangan koleksi tempahan bantal yang dah lama sampai ke tangan puan penempah. Minta maaf, cik azue terlupa. Ingat dah dimuat naik ke sini. Rupanya belum.

Baik entri laju-laju hari ini. Ada tempahan perlu disiapkan. Sila lah melihat hasil tidak seberapa ini. 


ini muka depan bantal selepas disulam dan sebelum dijahit cantum


Rupa bahagian bantal; bersulam nama 


Rupa bahagian depan bantal

Oh ya, bantal ini bersaiz 8inci x 8 inci (lebih kurang 20cm x 20cm)

Kata puan penempah, untuk dihadiahkan buat tuan punya yang masih bayi.

Apa pun, diharap puan sudi lagi menempah dengan cik azue di KERAIH LENGAN KUAZUE ya dan semoga puan berpuas hati selalu dengan hasil kerja tangan cik azue.

Oklah, sampai sini dulu ya. Lain kali cik azue cerita lagi panjang lebar.

Macam biasa, jika berminat nak mendapatkan khidmat cik azue, boleh lah menghubungi cik azue melalui sumber di bawah ini.

W/A: 013-2700020

Akhir kalam, di bulan yang mulia ini, marilah kita Tambahkan amalan dan semoga kita beroleh rahmat dan keampunan dari yang ESA.

Wasalam.