Followers

Tuesday, March 12, 2019

Sulaman Mesin dan blog tempahan

Entri: # 234 
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue nak menulis tentang kisah belakang tabir dan blog bagi tempahan sulaman.


Alhamdulillah, hari ini cik azue sedang cuba menyiapkan tempahan sulaman tanda nama jawi ini. Semoga segera siap dan dapat cik azue pos segera supaya cik azue boleh beralih kepada tempahan set bantal kereta pula.


Bagi yang berminat untuk menempah, kalian boleh tekan pada tab Tempahan Sulaman di atas untuk di bawa pergi ke blog tempahan sulaman cik azue.


Blog ini akan memberi kalian informasi tentang harga serta bagaimana kalian hendak menempah dengan cik azue.

Blog ini dah lama wujud, cuma baru sekarang cik azue akan mula mengemas kini dengan segala informasi tempahan.

Oklah, hingga itu,

Wasalam.

Friday, March 8, 2019

Cervival Spondylosis dan Cervical Radiculopathy

Entri: # 233
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Rejab, 01 1440H
Salam Kasih Sayang buat semua.

Hari ini cik azue sambung lagi menulis. Hari Rabu, 6 March yang lalu, cik azue kembali ke klinik Orthopedic Hospital Selayang.

Temujanji pada jam 2pm, jadi, cik azue terpaksa menggunakan perkhidmatan dari 'Grab Car' untuk pergi ke klinik pakar Hospital Selayang. 

Bagus pemandu ini. Bersih keretanya dan rupanya, beliau tinggal tak jauh pun dari taman perumahan yang cik azue duduk selama ini. Harga tambang pula sebanyak RM16.00 (harga bergantung jarak destinasi dan waktu tempahan).

Hihihi, sejak tidak boleh lagi memandu mahupun menunggang sendiri ini, cik azue terpaksa belajar menggunakan perkhidmatan grab dan teksi. Kalau dulu, jarang sekali menggunakan teksi, sekarang ini, boleh dikatakan setiap minggu kadang itu terpaksa menggunakan teksi atau grab untuk pergi atau balik dari hospital.

Sambung cerita  jumpa doktor pula.

Sebenarnya, kalau ikutkan jadual asal, sepatutnya cik azue kena jumpa doktor pakar tulang 'spine' pada bulan Julai nanti. Tapi dek kerana minggu lepas cik azue ada temujanji dengan Fisio tangan, (boleh rujuk sini) juru pulih di bilik tersebut minta cik azue tukar temujanji dan jumpa doktor pakar 'spine' lebih awal dari jadual kerana mengikut pengalaman beliau, kes cik azue adalah agak berlainan. Jadi, itu sebablah minggu ini cik azue kena mengadap doktor pakar kembali.

Tengok ni, bulan 3 nanti ada 2 lagi temujanji di hospital selayang ini. Temujanji bahagian Fisio tangan dah dikeluarkan, yang tinggal temujanji dengan bahagian OCCT dan kembali kepada Fisio Spine.

Selesai jumpa dengan doktor, doktor maklumkan yang cik azue sekarang ni mengalami 'Cervical Spondylosis' dan juga 'Cervical radiculopathy'.

Nanti bulan april nanti, di bahagian fisio spine, mereka akan cuba buat 'neck traction' iaitu teknik menarik tulang leher - katanya. Macam mana? Wallahu'alam, nanti dah rasa baru cik azue boleh cerita.

Ini pula ubat-ubat yang dibekalkan.
Eperisone itu adalah ubat untuk merehatkan otot. Mecobalamin tu pula adalah sejenis vitamin B untuk saraf.

Lagi satu yang atas sekali adalah krim untuk sapu pada kawasan yang sakit. Yang tiada dalam gambar, pil penahan sakit - celebrax, makan bila rasa nak makan je (sakit melampau je baru ambil gitu.)

Hurm.. itu lah dia kisah cik azue minggu ini.

Apa pun, tulang itu dah menjadi tua sejak akhir-akhir ini. Kita cuba sesuaikan dengan keadaan sekarang sahaja lah apa pun pekerjaan nya.

Yang nak tahu lebih lanjut tentang cervical spondylosis dan cervical radiculopathy tu, boleh google lah na..cik azue tak boleh nak menaip banyak nak cerita.

Berbalik kepada kehidupan kraf cik azue, selain daripada cik azue menyulam, cik azue perlahan-lahan, sambung menjahit selimut tampal cantum ini. 

Alhamdulillah, dah siap sepenuhnya untuk muka depan selimut ini. Saiz muka hadapan selimut ini adalah 90 inci X 105 inci.

gambar bentang nanti lah na.. sekarang ni tak larat bahu nak buka dan tebar kain ni. 

Oklah, sampai sini dulu ya untuk kali ini.
Hingga bertemu lagi,


Wasalam

Tuesday, February 26, 2019

Alhamdulillah, kini Kembali lagi

Entri: #232
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang buat semua,

Sudah terlalu lama cik azue menyepikan diri kan. 
Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan nyawa lagi untuk kembali ber 'blogging' bersama kalian.

Alhamdulillah atas nikmat pancaindera tangan ini.

Oh ya, kenapa cik azue mendiam terlalu lama? 
Semuanya disebabkan oleh cik azue tidak dapat menggunakan tangan/jari dengan baik dek masalah saraf tangan - cik azue di diagnos dengan cervival + lumbar + sacral spondylosis - korang google sendiri lah ye maksudnya.

Disebabkan keadaan cervical spondylosis tu agak berat, tangan cik azue di kedua belah tidak mampu nak buat kerja macam orang biasa pada ketika itu.

Alhamdulillah, setelah selesai beberapa kali sesi fisioterapi (dari fisioterapi spinal ke OCCT, jumlah bilik keseluruhannya adalah 4 cabang fisio), sekarang cik azue sudah boleh menulis kembali sikit demi sedikit.



Ubat yang dibekalkan oleh doktor dari klinik pakar Tulang Hospital Selayang bulan (bulan oktober 2018). Ubat tahan sakit saja cik azue tak ambil dek kerana stok ubat masih banyak dalam simpanan (cik azue bukan penagih ubat tahan sakit yer)
Bilik fisio untuk tulang belakang. Sudah selesai pun sesi latihan di sini.
Bilik fisio yang dipanggil gym pula lupa nak snap gambar pintu (pun sesi latihan dah selesai juga), begitu juga di bahagian OCCT (pemulihan cara kerja)


'Splint' atau penyokong tangan yang pihak terapi dari bahagian OCCT buat dan bagi pada cik azue untuk pakai sepanjang masa tidur malam atau sekurang-kurangnya 2 jam pada waktu siang. Tapi malang nya, cik azue alah pada bahan 'splint' ini, jadi pakai setakat belum berpeluh, lepas tu kena buka dan keringkan supaya gatal-gatal seperti ruam tak muncul sepanjang kawasan tertutup dengan 'splint' ini.

Ni pintu bilik terapi tangan menggunakan lilin, sebab itu dipanggil 'wax hand'. Di sini, setiap kali bermula, tangan (paras lengan) kedua belah akan dicelup ke dalam lilin suam terlebih dahulu sebelum lain-lain latihan kena buat.

Sesi tuam tangan dengan air panas bila sakit menjelma

Ni splint baru -  beli sendiri dek kerana alah pada bahan splint yang dibekalkan oleh terapi di bahagian OCCT.
Esok, in shaa Allah, cik azue pergi lagi menjalani sesi terapi ini (2 bilik rawatan sekali pergi; satu bilik lilin tangan dan satu lagi bilik OCCT)

Semoga Allah memberi kesembuhan buat tangan-tangan cik azue ini hendaknya. Macam CTS, tapi bukan CTS. CTS itu carpal tunnel syndrome. Yang dah berpengalaman kena CTS, bolehlah faham lagu mana rasanya sakit itu. 

Oklah, sampai sini dulu lah ya. 
Nanti cik azue sambung lagi coretan di blog ini.

Wasalam


Thursday, May 10, 2018

Inai Hitam dan Prosedur ditunda

Entri: # 231
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari pertama buat Malaysia Baru.
Tahniah buat parti yang menang PRU14. Kalian silalah kotakan janji ya. Semoga Malaysia kita lebih sejahtera dan mendapat keberkatan hendaknya.

Cukup cerita pilihan raya sampai sini.



Jari cik azue pada jam 8pm lebih kurang. Warna ungu cair makin lama makin menghitam. Sudah serupa jari kena 'gangrene' rupa dia.

Itu satu hal. Satu hal lagi, jari itu sudah nampak semakin kering dan kulit macam berkedut. Apa jari itu sudah meningkat usia dan menjafi tua kah?

Mula-mula cik azue biarkan sahaja. 5 tahun sekali kan, apa ada hal.
Makin menginjak malam, makin kuat terasa denyutan di jari ini.

Bila ditelek, sudah mula nampak rekahan-rekahan dijari itu. Sakit, pedih dan berdenyut.

Rasa sakit pedih itu macam baru sahaja terkena pelarut syilek kayu. Mahu lelapkan mata pun tak mahu lena. Berdenyut-denyut.

Sudahnya, cik azue bangun dan cuba cuci menggunakan segala bahan sabun yang ada dalam simpanan.

Dari sabun 'Axion' membawa ke ubat gigi, membawa ke sabun pemutih baju, sabun cap kapak dan ke soda bikarbonat campur cuka. Satu pun tak berhasil. Makin berdenyut jari ini adalah.

Kemudian kebetulan kawan ada mesej tentang cara nak hilangkan inai ini samada rendam clorox dengan air suam atau guna veet.

Klorox? Tidak! Kulit cik azue sensitif. Veet? Macam pernah nampak dalam rumah ini. Jadi cik azue cari dan cari dan cari dan akhirnya jumpa. Tak tahu lah stok bila beli pun benda ini.



Mahal juga Veet ini rupanya. Baiklah mencuba sementelahan dah ada stok kat rumah ni.

Jadi, cik azue pun sapu dan gonyoh la jari tersebut.

TADA!


Macam tak percaya.

Boleh lah dari tiada. Bau veet ini boleh tahan juga bau tengit dia ya.

Habis tonyoh, keringkan dan sapu losen. Alhamdulillah. Allah izin selesai masalah jari berdenyut dek inai hitam. Siapalah yang beri cadangan guna inai ini. Katanya selamat. Kalau selamat, kenapa rasa pedih dan berdenyut? Kulit cik azue sensitif? Ya lah kut, kan.

Pagi ini, atas nasihat, cik azue dan encik chenta bersama dak megat kecik menapak ke hospital sungai buloh.

Sampai sana, diminta untuk ulang puasa malam ahad dan datang balik pada pagi isnin. Sebelum buat bayaran, terus datang ke bilik rawatan harian bagi pengesahan.

Letih betul rasa hati ini. Semoga cik azue bertahan dan tetap sabar.

Cuti empat hari, tapi dak megat besar, nampak gayanya tidak boleh balik bercuti dari asrama memandangkan ahad nanti ada majlis anugerah di sekolah beliau.

En chenta? Kerjalah, apa lagi, kerja swastakan.
Cik azue? Tulis blog dulu, siapkan kerja rumah dan sambung kembali aktiviti sulam tanda nama.

Sekian.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2018

Malaysia Memilih Ini Kalilah!

Entri: # 230
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini May 09, 2018, merupakan hari bagi pilihan raya umum kali yang ke 14 buat Malaysia ku yang dicintai.

Ramai rakan-rakan cik azue yang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi.

Yalah kan, tanggungjawab yang hanya perlu dilunaskan bagi setiap 5 tahun sekali (satu penggal pemerintahan parti politik yang menerajui pucuk pimpinan negara ini).

Hati-hati memandu tau kau orang untuk pulang semula ke tempat kalian mencari rezeki.

Bagi cik azue dan suami, kami hanya mengundi di kawasan tempat tinggal kami ini sahaja.

Ya, kami mengundi untuk N14 - dun Rawang dan P097 - Parlimen Selayang.

Seawal 8 pagi, inilah suasana di tempat mengundi cik azue.




Terima kasih jiran yang berkongsi gambar ini.

Sudahnya, encik chenta keluar membuang undi dahulu sekitar jam 11am dan hanya pulang ke rumah sekitar jam 1 petang. Lama juga kan.

Cik azue dan encik chenta membuang undi di dua pusat mengundi yang berlainan (jarak antara dua pusat ini dalam 1.5 km sahaja, dekat sahaja, hahaha) walau pun kami ini tinggal sebumbung dek kerana beliau masih menggunakan alamat rumah mak angkat beliau.

Sudahnya cik azue pergi semula ke pusat mengundi sekitar jam 2 petang dan sungguh tak disangka, kurang dari 15 minit, segalanya siap sempurna, Alhamdulillah.


Lagi 5 tahun, jika umur panjang, boleh cik azue menulis lagi catatan pengalaman ini.

Malam ini berdebar-debarlah kita semua ya menanti keputusan pilihan raya kali ini.

Semoga Allah membantu kita semua walau apa jua keputusan yang diumumkan nanti.

In shaa Allah, selepas itu kita ramai-ramai buat sujud syukur ke hadrat Ilahi walau pun keputusan tidak menyebelahi pilihan kita.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang kita perlu melebihi kemahuan kita ini.

Oh ya, malam nanti, tepat jam 12 am, cik azue akan kena berpuasa kembali. Esok cik azue kena pergi ke hospital Sungai Buloh untuk dipasangkan alat pengukur pH perut.

Berdebar-debar pula rasa hati ini. Doakan yang terbaik ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid