Followers

Showing posts with label Sulaman Applique. Show all posts
Showing posts with label Sulaman Applique. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

Bangun dan bermula kembali

Entri: # 135
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Lama tersepi dari blog kesayangan ini.
Wah, wah, wah, penuh sudah habuk dan bersawang-sawang jadinya.
Hacumm!
Kih, kih, kih. Adatlah ya, rumah dah lama tinggal.

Baik, cik azue tidak kemana pun. Ada di sini menyelesaikan tugasan yang kian sarat. Memilih menjadi WAHM, nampak mudah, tapi tidak sesenang seperti tergambar di mata.

Selama bertapa ini, jom lihat selain sulam tanda nama, apa lagi yang telah cik azue sulam dan hasilkan.

Maaf pada yang ikuti diblog. Ulang tayang buat kalian, namun tayangan perdana buat kalian yang sudi bertandang ke sini.


Pertamanya, sibuk membangunkan blog sulaman dan seni kreatif, blog cik azue yang bersifat ilmiah ini. Kalian boleh layari melalui link berikut: http://azuriyahmohamad.blogspot.com

Kemudian, menyelit-selit di celahan tempahan sulam tanda nama, adalah tempahan berikut






Yang ini pula adalah kisah cik azue belajar dari rakan seperjuangan, bagaimana menyulam di atas sekeping felt. Berikut adalah yang terhasil setelah berlajar dari cik puan berdua.





Bolehlah kan.

Nanti cik azue kongsi lagi yer.

Maafkan cikazue, doakan cik zue, terima kasih

Wasalam

Wednesday, April 8, 2015

Sulaman Tuala - Tempahan KST00020

Entri: # 132
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Semoga kalian sihat dan sejahtera dalam rahmat kasih sayang Ilahi.

Hari ini cik azue berkongsi hasil sulaman bagi tempahan sulaman di tuala anak.

Terima kasih puan kerana menalifon bertanya dan sanggup menanti giliran.

Ini imej sulaman yang cik azue buat selepas terima gambar cadar / alas baby yang bertemakan itek. Mahu buat sedondon katanya. 



Yang ini pula hasil sulamannya. 



Yang di bawah ni pula adalah lokasi sulaman pada tuala bayi / anak (saiz tuala 20 inci X 40 inci).



Disamping itu, puan ini juga ada menyelit sulaman tag nama untuk di jahit pada pakaian bayi.




Tag nama ini bersaiz lebih kecil dari saiz standard tanda nama.

Oh ya, tempahan ini sebenarnya adalah dari puan dan keluarga buat anakanda yang baru lahir pada 20 March yang lalu.

Cik azue tumpang gembira dengan kehadiran orang baru serta kesetiaan puan menanti. 
Ada hadiah dari cik azue buat tuan putera kecil itu, tapi, tunggu cik azue siap sepenuhnya selepas cik azue sembuh betul-betul (Sengih nampak gigi!).

Tempahan ini sudah pun sampai ke tangan puan penempah. 
Terima kasih puan dan anakanda yang sudi ber 'whatsapp' dengan cik azue.

Bagi kalian yang mahu menempah sulaman dengan pilihan imej sulaman sendiri seperti ini



Kalian bolehlah menghubungi cik azue melalui sumber berikut:

Email: kuazue@gmail.com
whatsapp: 013-2700020

Harga sulaman berdasarkan saiz sulaman.
Tempahan di atas menggunakan saiz sulaman bersaiz L dan sulaman applique pada imej itek tersebut.

Hubungi cik azue ya, jika ada hajat di hati.

Terima kasih kerana sudi bertandang.

Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam





Friday, April 3, 2015

Projek Applique

Entri: # 130
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Kuazue Mohd
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang.
Bersiaran menggunakan applikasi talifon bimbit sahaja.
Ini projek minggu lalu, patut dah siap, tapi dek kerana ujian kayap, maka cik azue terpaksa tangguhkan dahulu.
Projek nametag, en chenta hati teruskan.
Terima kasih kerana menyokong dan memahami.
Wasalam

Tuesday, January 6, 2015

Entri # 112: KLK :- Tempahan macam-macam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua.
Selawat dan salam tidak lupa jua buat junjungan kita Muhammad SAW. Moga-moga kita semua mendapat naungan baginda di hari yang tiada sesiapa pun dapat membantu sesiapa jua.

Entri di tengah hari pula hari ini.
Cuaca di Rawang ketika ini agak mendung dengan sesekali gerimis mengundang.
Oh cik azue masih meneruskan perjuangan menyulam tempahan tanda nama sulam yang ditempah kalian semua.

Hari ini cik azue nak share dengan semua tempahan macam-macam dari seorang sahaja pelanggan yang mana juga merupakan kenalan dibangku sekolah menengah atas (kenalan ketika menuntut di Sekolah Raja Tun Azlah Shah, Taiping, Perak  - Tingkatan 4 dan 5).

Terima kasih teman kerana sudi menempah dengan zaman persekolahan ini.


Dimulakan dengan tempahan tanda nama sulam buat anakanda nya bertiga. Maklumat tempahan adalah seperti berikut:

Nama: 3 nama berlainan
Kain: Warna Putih
Tulisan: Warna Hitam
Border: Warna Biru Tua
Jumlah kepingan: 15 keping (5 keping bagi setiap nama)

Jika kalian ingin tahu maklumat lanjut tentang tempahan sulam tanda nama, boleh rujuk pada panduan dengan klik : PANDUAN 

Tempahan kedua pula merupakan tempahan sulaman pada tuala.
Tuala-tuala dibekalkan, tinggal cik azue sulamkan sahaja. 


Sulaman bagi dihadiahkan buat mempelai katanya. Tetapi sangatlah susah hendak merakamkan warna sebenar tuala yang berwarna jingga / oren terang ini oleh lensa kamera talifon cik azue. Makanya, minta maaf, sebegitulah jadinya warna yang dapat dirakam sebagai kenangan hasil kerja.




3 tuala bersulam nama buat keluarga yang akan berangkat mengerjakan umrah.


Tempahan ke tiga pula merupakan tempahan bantal bersulam. Ada 2 tempahan dengan bentuk tidak serupa serta sulaman yang tidak sama.


Yang pertama: Bantal bersulam karektor burung hantu - AWUL (sebut 'owl')
Bantal ini bersaiz 10 inci dan dijual pada harga RM40 seekor termasuk postage.



Yang kedua adalah bantal segiempat bersaiz 14 inci tepat. 
Menggunakan fabric fleece dan isian 'fiberfill', bantal ini dijual dengan harga RM80 satu termasuk postage.


Bagi kalian yang berminat untuk menempah hasil kerja tangan cik azue, kalian boleh hubungi cik azue melalui 


Email: kuazue@gmail.com

WhatsApps: 013-2700020


Untuk makluman, sebarang tempahan sekarang ini hanya akan dibuat selepas bulan Feb kerana memberi laluan kepada tempahan sulam tanda nama terlebih dahulu.

Sampai sini dulu buat hari ini.

Esok-esok in shaa Allah, cik azue sambung lagi.

Jaga Diri, hiasi peribadi.

Wasalam



Tuesday, August 26, 2014

Entri # 78: Tempahan Sulaman Dari Sarawak

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Pelanggan
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang. Sudah lama mendiamkan diri. Sudah lama entri terperam basi dalam lappy. Hatiku walang. Bukan sedikit duka mencarik suatu keindahan ketenangan hati. Lantas berdiam diri sambil mengenang kealpaan adalah jalan terbaik yang difikirkan perlu untuk waktu itu.
Namun, mendung pasti berlalu jua berarak ditiup sang bayu yang berpuput syahdu, seakan merasai juga gelora yang dirasai, dideritai.

Arghh.. usah ditanya cerita lalu. Kita bungkus, tutup rapat-rapat dalam lipatan kenangan. Yang terjadi sudah menjadi sebahagian lipatan sejarah. Moga-moga tidak berulang.

Woohaa!

Mari kita lihat sesi sulaman yang telah disiapkan beberapa minggu nan lalu. 







Sulam pada apron






oh ya, kain-kain ini dipos oleh tuannya dari sarawak. Mari lihat hasil akhir yang dikongsi oleh pelanggan ini





terharu sangat tengok hasil yang dioleh oleh tuan punya. Dan cantiknya rumah beliau! Rumah cik azue pun tiada bantal-bantal sulaman sebegini sejujurnya, hihihihi.

Terima kasih orang SARAWAK ya!

Oklah kawan-kawan, nanti cik azue sambung lagi. Ada beberapa projek tanda nama dan bantal-bantal yang perlu disiapkan. Macam biasa, siapa yang berkenan dengan sentuhan cik azue @monster mom ini, boleh hubungi melalui email kuazue@gmail.com ya.

Moga-moga September mendatang menceriakan cik azue dan merajinkan cik azue mengupdate blog ini.


Wasalam

Wednesday, July 9, 2014

Entri # 76 : Tempahan Bantal Bersulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam 11 Ramadhan buat semua. Hari ini nak buat tayangan koleksi tempahan bantal yang dah lama sampai ke tangan puan penempah. Minta maaf, cik azue terlupa. Ingat dah dimuat naik ke sini. Rupanya belum.

Baik entri laju-laju hari ini. Ada tempahan perlu disiapkan. Sila lah melihat hasil tidak seberapa ini. 


ini muka depan bantal selepas disulam dan sebelum dijahit cantum


Rupa bahagian bantal; bersulam nama 


Rupa bahagian depan bantal

Oh ya, bantal ini bersaiz 8inci x 8 inci (lebih kurang 20cm x 20cm)

Kata puan penempah, untuk dihadiahkan buat tuan punya yang masih bayi.

Apa pun, diharap puan sudi lagi menempah dengan cik azue di KERAIH LENGAN KUAZUE ya dan semoga puan berpuas hati selalu dengan hasil kerja tangan cik azue.

Oklah, sampai sini dulu ya. Lain kali cik azue cerita lagi panjang lebar.

Macam biasa, jika berminat nak mendapatkan khidmat cik azue, boleh lah menghubungi cik azue melalui sumber di bawah ini.

W/A: 013-2700020

Akhir kalam, di bulan yang mulia ini, marilah kita Tambahkan amalan dan semoga kita beroleh rahmat dan keampunan dari yang ESA.

Wasalam.

Monday, June 30, 2014

Entri # 73: Tempahan Tuala Bersulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Agak sibuk di bulan Ramadhan. Salam Ramadhan Kareem buat semua. Dah masuk hari ke dua kita berpuasa. Moga dapat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini sebaiknya, in shaa Allah.

Ok, nak kongsi tempahan tuala bersulam yang cik azue dah lama pos pada tuan empunya.



Dua tuala di atas di sulam pada tuala bayi / budak bersaiz 20 inci x 40 inci





Yang di atas pula tuala mandi bersaiz 27 inci x 54 inci.
Kesemua tuala ini beserta sulaman berharga RM40 (tidak termasuk pos)

Saiz sulaman adalah selebar 160mm x 260mm 

Jika berminat, boleh hubungi cik azue di

email: kuazue@gmail.com
WA/SMS: 013-2700020

bagi tempahan kegunaan hari raya, penghantaran terakhir pada 12/07/2014
dan selepas itu kami akan bercuti sehingga hari ke 7 di bulan syawal. Pengeposan bermula semula pada 9/7/2014. 


Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Salam Ramadhan Kareem.

Wasalam

Thursday, June 26, 2014

Entri # 71: Malu - malu Sayang

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang.

Ingat tak lagi tentang entri ini?

sebelum di sulam


Auummm Chack !



Selepas di sulam


Dan ini pula hasil akhirnya.



disulam pada tuala saiz dewasa (saiz tuala 27inci X 54inci) dan setiap satu berharga RM45 (termasuk postage - pos laju bagi semenanjung malaysia).

Jika kalian berminat boleh layari cik azue di FB: Keraih Lengan Kuazue atau boleh juga layari cik azue di BLOG: KERAIH LENGAN KUAZUE

Terima kasih buat anda pelanggan yang dihormati.

Wasalam