Followers

Showing posts with label tempahan. Show all posts
Showing posts with label tempahan. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Entri # 78: Tempahan Sulaman Dari Sarawak

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Pelanggan
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang. Sudah lama mendiamkan diri. Sudah lama entri terperam basi dalam lappy. Hatiku walang. Bukan sedikit duka mencarik suatu keindahan ketenangan hati. Lantas berdiam diri sambil mengenang kealpaan adalah jalan terbaik yang difikirkan perlu untuk waktu itu.
Namun, mendung pasti berlalu jua berarak ditiup sang bayu yang berpuput syahdu, seakan merasai juga gelora yang dirasai, dideritai.

Arghh.. usah ditanya cerita lalu. Kita bungkus, tutup rapat-rapat dalam lipatan kenangan. Yang terjadi sudah menjadi sebahagian lipatan sejarah. Moga-moga tidak berulang.

Woohaa!

Mari kita lihat sesi sulaman yang telah disiapkan beberapa minggu nan lalu. 







Sulam pada apron






oh ya, kain-kain ini dipos oleh tuannya dari sarawak. Mari lihat hasil akhir yang dikongsi oleh pelanggan ini





terharu sangat tengok hasil yang dioleh oleh tuan punya. Dan cantiknya rumah beliau! Rumah cik azue pun tiada bantal-bantal sulaman sebegini sejujurnya, hihihihi.

Terima kasih orang SARAWAK ya!

Oklah kawan-kawan, nanti cik azue sambung lagi. Ada beberapa projek tanda nama dan bantal-bantal yang perlu disiapkan. Macam biasa, siapa yang berkenan dengan sentuhan cik azue @monster mom ini, boleh hubungi melalui email kuazue@gmail.com ya.

Moga-moga September mendatang menceriakan cik azue dan merajinkan cik azue mengupdate blog ini.


Wasalam

Wednesday, July 9, 2014

Entri # 76 : Tempahan Bantal Bersulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam 11 Ramadhan buat semua. Hari ini nak buat tayangan koleksi tempahan bantal yang dah lama sampai ke tangan puan penempah. Minta maaf, cik azue terlupa. Ingat dah dimuat naik ke sini. Rupanya belum.

Baik entri laju-laju hari ini. Ada tempahan perlu disiapkan. Sila lah melihat hasil tidak seberapa ini. 


ini muka depan bantal selepas disulam dan sebelum dijahit cantum


Rupa bahagian bantal; bersulam nama 


Rupa bahagian depan bantal

Oh ya, bantal ini bersaiz 8inci x 8 inci (lebih kurang 20cm x 20cm)

Kata puan penempah, untuk dihadiahkan buat tuan punya yang masih bayi.

Apa pun, diharap puan sudi lagi menempah dengan cik azue di KERAIH LENGAN KUAZUE ya dan semoga puan berpuas hati selalu dengan hasil kerja tangan cik azue.

Oklah, sampai sini dulu ya. Lain kali cik azue cerita lagi panjang lebar.

Macam biasa, jika berminat nak mendapatkan khidmat cik azue, boleh lah menghubungi cik azue melalui sumber di bawah ini.

W/A: 013-2700020

Akhir kalam, di bulan yang mulia ini, marilah kita Tambahkan amalan dan semoga kita beroleh rahmat dan keampunan dari yang ESA.

Wasalam.

Monday, June 30, 2014

Entri # 73: Tempahan Tuala Bersulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Agak sibuk di bulan Ramadhan. Salam Ramadhan Kareem buat semua. Dah masuk hari ke dua kita berpuasa. Moga dapat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini sebaiknya, in shaa Allah.

Ok, nak kongsi tempahan tuala bersulam yang cik azue dah lama pos pada tuan empunya.



Dua tuala di atas di sulam pada tuala bayi / budak bersaiz 20 inci x 40 inci





Yang di atas pula tuala mandi bersaiz 27 inci x 54 inci.
Kesemua tuala ini beserta sulaman berharga RM40 (tidak termasuk pos)

Saiz sulaman adalah selebar 160mm x 260mm 

Jika berminat, boleh hubungi cik azue di

email: kuazue@gmail.com
WA/SMS: 013-2700020

bagi tempahan kegunaan hari raya, penghantaran terakhir pada 12/07/2014
dan selepas itu kami akan bercuti sehingga hari ke 7 di bulan syawal. Pengeposan bermula semula pada 9/7/2014. 


Selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

Salam Ramadhan Kareem.

Wasalam

Thursday, June 26, 2014

Entri # 71: Malu - malu Sayang

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang.

Ingat tak lagi tentang entri ini?

sebelum di sulam


Auummm Chack !



Selepas di sulam


Dan ini pula hasil akhirnya.



disulam pada tuala saiz dewasa (saiz tuala 27inci X 54inci) dan setiap satu berharga RM45 (termasuk postage - pos laju bagi semenanjung malaysia).

Jika kalian berminat boleh layari cik azue di FB: Keraih Lengan Kuazue atau boleh juga layari cik azue di BLOG: KERAIH LENGAN KUAZUE

Terima kasih buat anda pelanggan yang dihormati.

Wasalam

Thursday, May 22, 2014

Tutorial Sulam Applique - Applique Buah Epal

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog cik azue ini. Maaf la, gigi tu sakit sangat beberapa hari ini, jadi tidak produktif pula cik azue, asyik baring dan baring dan terbaring tidur sahaja.
Sihat sikit, ringan sikit sakitu, cik azue menyambung tugasan menyulam tanda nama sulam. Kesian pada yang menempah terpaksa tunggu lewat sikit sampainya, tapi beliau dah dapat pun tanda nama sulam tersebut. Maaf ya puan.

Baik, mari tengok tutorial serba ringkas yang sempat cik azue buat kali ini.

Langkah 1: Susunan kain / fabric untuk sediaan menyulam. Rujuk gambar atas.

Langkah 2: Design applique dimuat naik ke mesin sulam lalu hoop dan tuala (dari langkah 1) di letakkan di tempat yang sepatutnya.

Langkah 3: Permulaan applique, mesin akan membuat satu jahitan dasar ke atas susunan fabrik dalam hoop sulaman.

Langkah 4: Plastik di atas (rujuk langkah 3) dan di dalam garisan dasar dikeluarkan

Langkah 5: Selapisan fabric berwarna (cik azue guna warna merah dalam tutorial ini) di letakkan di atas garisan dasar tadi dan kemudian, mesin akan membuat sekali lagi jahitan dasar ke atas kain berwarna merah tadi. Keluarkan hoop sulaman dan lebihan kain dipotong dari tepi jahitan dasar.

Langkah 6: Hasil potongan kain mengikut jahitan dasar dari langkah 5. Kemudian, mesin akan menjahit menggunakan teknik jahitan satin ("satin stitch") dikeliling dan ke atas jahitan dasar tadi.

Langkah 7: Hasil dari jahitan satin dan bahagian buah siap dan ketika ini, warna benang sulam ditukar untuk penyediaan sulaman seterusnya.

Langkah 8: Jahitan sulaman bagi daun buah epal.

Langkah 9: Daun dah disiap sulam. Dah siap dah epal ni sebenarnya, tapi kita ada tulisan di perut epal. Sambung tukar warna benang dan mula menyulam tulisan di perut Epal

Langkah 10: Siap sudah.  Saiz epal ini muat dalam hoop 4"x4"

Terima Kasih sebab sudi baca tutorial ringkas cik azue ini.

Oh jika berminat nak dapatkan imej Epal ini atau ingin menempah imej applique bagi sulaman mesin, kalian boleh menghantar email ke alamat email berikut:

1) kuazue@gmail.com (email cik azue ) atau
2) nalsur8@gmail.com (email chenta hati - CEO Keraih Lengan Kuazue)


Akhir kalam, terima kasih atas doa anda semua buat cik azue. Alhamdulillah, moga allah beri keringan buat anda juga yang sudi mendoakan cik azue. Hingga ketemu lagi

Wasalam
*************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Tuesday, May 20, 2014

Hikmah Bila di Uji

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Kesinambungan dari entri SEMALAM. Terima kasih buat yang sudi mendoakan cik azue. Cik azue dah jumpa doktor gigi pagi ini. Tidak tertanggung rasa kesakitan itu. Bermula dengan demam, lantas sakit seluruh rahang dan gusi dan terus cik azue bercuti dari studio Keraih Lengan Kuazue. Alhamdulillah, tempahan pukal siap disaat kesihatan semakain merosot. Cuba-cuba bertahan kerana ini bukan serangan kali pertama dan pernah juga dirujuk bebrapa tahun yang lalu ke klinik pakar Orthodontik Hospital Selayang, namun mereka tiada kata putus tentang apa dan kenapa gigi itu sakit.
Jadi pagi ini, cik azue pergi semula menjejak kasih dengan doktor swasta yang sekian lama merawat gigi cik azue sebelum diambil alih oleh hospital kerajaan. Habis semua gigi dicuci kerana katanya dia perlu cuci kembali untuk lihat sama ada lain masalah pada gigi tersebut. 
Dan menurut kata doktor, Gigi geraham nampak tiada masalah kecuali nampak ada seperti garisan retak. Namun doktor tidak membuat apa-apa buat waktu ini dan memberi antibiotik dan penahan sakit yang hanya 3 jam sahaja boleh bertahan tanpa sakit.


Tika entri ini ditaip, gigi tersebut sudah mula mengeluarkan irama denyutannya. 
Pilihan terakhir rawatan jika sakit berulang kata doktor adalah keluarkan geraham itu walau tanpa ada sebarang tanda kerosakan lain, itu pun jika kesakitan itu memang melampau dan sudah tidak dapat ditanggung oleh cik azue lagi.
Terima kasih Allah atas bencana sakit gigi ini. Hikmah yang didapati, cik azue boleh belajar untuk diam dan berkata yang perlu sahaja kerana nak buka mulut pun sakit, apatah lagi nak bercakap dan mengunyah, lantas boleh berdiet, makan hanya untuk kelangsungan hidup.
Alhamdulillah atas sedikit ingatan bahawa yang muda akan merasai TUA dan hidup akan merasai MATI, walau tanpa sebarang sebab munasabah. 

Bagi yang bertanya bagaimanakah rasanya atau sakit itu macam mana? Ini jawapnya. Jika nak merasa sakit yang ditanggung ini, jika pernah tumbuh geraham bongsu dan sakit ketika itu, dan begitu jugalah yang dirasai tika dan saat ini. Bezanya, cik azue dah tiada kesemua geraham bongsu kerana rahang tidak mampu menampung pertumbuhannya, jadi doktor memilih untuk membuang geraham itu dari mengakibatkan gigi lain berlapis atau naik secara senget dan makan pipi.

Sambil-sambil sakit, cik azue masih beroperasi seperti biasa walau sedikit gangguan dirasai. Berlangsung sekarang, proses sulaman tanda nama. Maaf buat anda penempah, cik azue cuba selesaikan sebaik mungkin dan secepat mungkin.



Wasalam.

*********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Tuesday, May 13, 2014

Menyulam dan Demam

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua.

Berpagi-pagi hari ini cik azue bertapa di bilik ini

Abang menyulan dan hasil sulaman

Hajat dan amanah orang. Sudah separuh disiapkan. Tinggal lagi separuh untuk disudahkan.

Semalam malam, bilik ini bertutup rapat. Kasi peluang ABANG NV1500 untuk berehat lantaran cik azue tetiba demam panas maghribnya.

hihihi gambar ni cik azue snap sebab hantar pesanan bergambar kepada chenta hati minta beliau jangan kerja lebih masa dan pulang lewat malam, adinda sudah kepala 'ting tong!' jadi, chenta pun pulang la dengan kadar segera. Sudah makan ubat pun, alhamdulillah, hari ini, awal pagi sudah dapat bangun menjalankan tanggungjawab semula. Yang tinggal, sakit-sakit seluruh badan. Argh, nak tunduk dan lejangkan belikat pun sakit segala saraf. Penangan virus apakah ini. Menyinggah sebentar cuma, namun, kesan tinggalannya, pedih segala urat belikat, macam semalaman kerja memotong dan menebas lagaknya.
Alhamdulillah, sedikit nikmat ditarik dan sedikit hidup diuji dengan bencana badan.
Terima kasih Allah.

Sebentar lagi pada jam 3pm cik azue nak berkunjung ke rumah jiran, ada sedikit keraian atas ulangtahun kelahiran anakanda beliau. Nanti cik azue buatkan tutorial jahit sulam applique apple tu ya sebagai panduan buat semua yang berminat ingin tahu.

Oh ya, buat puan penempah, tika entri ini cik azue tulis, cik azue dah berjaya habiskan 3 warna tuala semuanya dan berbaki nanti lagi 2 warna tuala.

Hingga itu, anda semua jaga kesihatan ya.

Wasalam.
*********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Monday, May 12, 2014

Kraf Jahitan & Sulaman: Menyulam Epal

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Diharap sihat lah hendaknya. sudah beberapa hari cik azue tidak menulis. Sibuk dan disibukkan dengan aktiviti menyulam.
Ya menyulam untuk aktiviti hari Guru dan hari Ibu.
Dan kerena itu jugalah sumber mata pencarian. Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan yang kalian beri buat cik azue.

In shaa Allah, cik azue tak persiakan.

Baik, untuk beberapa hari lagi juga, jika cik azue masih tenggelam timbul di blog ini, maafkan cik azue. Cik azue akan cuba selit-selit tika waktu menyulam. Bukan apa, cik azue sedang menyulam tempahan pukal. Tempahan kedua dari orang yang sama, tetapi kali ini untuk majlis di sekolah beliau.

Ini adalah tempahan persendirian beliau. Semuanya berjumlah 24pcs. Terima kasih. Sila kira sendiri dalam gambar, dua lagi berwarna "pink" telah tersembunyi di bawah yang berwarna biru itu. Sila rujuk gambar susunan di sebelah kiri anda. Hihihihi, macam mana boleh tidak perasan sudah membuat magis di situ.
Sudah selamat di pos laju ke SARAWAK. Semoga tiba tepat pada masanya. Besarlah harapan agar puan menempah dan bakal penerima nanti berbesar dan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang cik azue tawarkan ini.

Balik dari pengeposan barang di atas, (maaf cik azue lupa nak ambil gambar bagaimana pembungkusan yang cik azue dan chenta hati buat bagi menjimatkan kos penghantaran. Lain kali cik azue tunjukan ya, In shaa Allah) cik azue pergi lagi mengambil stok tuala untuk tempahan pukal sekolah kebangsaan South Miri Sarawak.

Ini sahaja berbaki stok warna tuala muka yang dalam standard piawaian perkhidmatan cik azue (cik azue guna tuala dengan berat dalam lingkungan 80 ~ 100g bagi setiap tuala).

Jadinya, malam tadi, en chenta hati telah berbesar hati menjadi penunggu setia ABANG menyulam hingga dinihari kerana memberi laluan cik azue menyediakan keperluan anakanda dan diri beliau untuk ke sekolah dan ke pejabat. Sudahnya, selesai tugas hakiki, cik azue terus tidur, terdemam selsema batuk dan sakit tekak, dek penangan si budak tidak berapa kecik lagi tu, Megat Haziq. 
Oh ya, pada yang baru ikuti blog cik azue, cik azue hendak beritahu, bahawa sistem imunisasi badan cik azue adalah lemah pada kuman selsema yang menyerang kanak-kanak bawah usia 9 tahun. heheh daku muda belia, orang tua selsema, minum secawan pun alhamdulillah, tapi kalau kanak-kanak ribena, tolong lap hingus dan selepas itu cuci tangan pun dah boleh akibatkan demam selsema yang melampau. Semakin kecil usia anak itu dan semakin kuatlah virus itu pada sistem badan cik azue. Apada, hal ini doktor kesan ketika cik azue berusia 22 tahun yang mana cik azue dan anak buah demam selsema serentak dan berkali-kali. hahahaha. Padan la selama ini masa belajar di Universiti, bila mana usik anak-anak yang berhingus jer, mesti malam tu demam. Tapi waktu itu muda, tidak la perasan sangat.

Balik ke topik, hari ini, cik azue menyambung tugasan semalam.


baiklah, anak-anak akan pulang dari sekolah agama sebentar lagi. Cik azue harus berenti di sini dulu dan sambung semula selepas mereka bergerak ke sekolah kebangsaan pula.

Akhir kalam, doakan cik azue kuat untuk teruskan perjuangan WAHM ini ya.

Wasalam


****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Tuesday, May 6, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Damai, Tempahan dan Cabaran Sihat

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Maaf tidak langsung bersiaran beberapa hari terdahulu. Biasalah, bila diri berada jauh di kawasan yang agak jauh dari liputan.
Gambar pagi hari yang damai. Kabus tebal walau hari sudah meninggi. Namun, jangan terpedaya. Kabus tidak mencerminkan suasana damai dan dingin sepanjang hari. Benarlah kata orang-orang dahulu, jika pagi harinya kabus sangat tebal, maka lewat tengah hari dan petangnya akan panas terik lah cuaca nya. Dan secara kebetulannya, memang cuaca di sebelah tengahari dan lewat petang membawa ke malam tersangat lah panas. Alhamdulillah atas nikmat dunia. Itu baru kepanasan dunia. Akhirat? Semoga kita semua terlindung di bawah Arash Allah dengan Rahmat Kasih dan Sayang nya, In shaa Allah.
Oh ya, cik azue tidak ke mana, itu pemandangan biasa di kampung chenta hati. Kami pulang menziarahi Bonda Mentua yang sudah dimakan usia. Alhamdulillah, masih ada adik-adik chenta yang menemani beliau dan semoga bonda sentiasa sihat dalam rahmat ILAHI.

Sulam Tag Nama


Tempahan sulam tanda nama yang sempat disiapkan sebelum memulakan perjalanan. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi Ilahi.
Jika berhajat hendak tahu lebih lanjut, butir-butirnya ada di sini.

1) Tanda Nama sulam nama JAWI (sila rujuk disini untuk tempahan)
2) Tanda Nama sulam nama RUMI (sila rujuk disini untuk tempahan)

Dan sepanjang minggu yang lalu juga cik azue memulakan regim senaman ini.


Sumber dari Anlene, tapi nak bercerita dengan anda semua, sesi memanaskan badan pun cik azue dah sakit sendi punggong. Habis tu macam mana? Hurmmp, nampak nya, cik azue perlu berdikit-dikit semula untuk memulakan semula senaman regangan demi kelangsungan kecedasan badan. Bukan apa, menjadi seorang WAHM juga, cik azue harus pastikan tahap kesihatan berada seoptimum yang mungkin. Kalau tidak, semua kerja nanti akan jadi tonggang langgang, tak begitu kawan-kawan kan.

Oklah, cik azue nak gerak ke pejabat pos dulu. Pos apa barang yang perlu dipos dan kembali nanti perlu edit kembali imej sulaman bagi tempahan sulaman hari guru yang perlu cik azue siapkan menjelang Jumaat nanti.

Hingga itu, jaga diri, hiasi peribadi serta perbaiki Iman di hati.

Wasalam

******************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: