Followers

Showing posts with label SOHO. Show all posts
Showing posts with label SOHO. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Kraft Seni Jahitan & Sulaman : Bila En Jack Bergabung

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat pengunjung setia.
Hihhihi, hari ini cik azue nak memperkenalkan kawan baru di semi SOHO cik azue.


En JACK!. Ya en. JACK yang diharapkan agar dapat memenuhi spesifikasi hati ini. Bergabung pula bersama mesin kebal kesayangan yang berusia hampir 12 tahun usianya, iaitu Cik Singer.


Banyak sudah jasanya cik Singer ini pada cik azue dan keluarga. Di simpan di sini sementara nak hantar semula untuk di servis kerana di lenjan semasa kelas beg sandang belakang tempoh hari. Sudahnya, bila balik rumah pula, cik singer ni mengamuk, jahit jer, terkeluarlah suara-suara emasnya, walau jahitan masih kemas. Lantas kerana itu, cik azue mempercepatkan usaha mencari mesin industri untuk menabur bakti pula sementelahan akan datang ini, ada projek besar tinggalan mak yang tidak mungkin mampu ditampung cik Singer yang telah pun berusia.

Selamat datang En Jack, semoga bergembira berbakti dengan cik azue dan keluarga di sini.


Ini pula rupa keadaan tempat mesin-mesin jahit lurus berada. Segulong kain di tepi meja itu adalah amanah untuk dijahitkan telekung dan dihantar wakaf pada yang memerlukan. In shaa Allah cik azue usahakan siapkannya walau tanpa tarikh akhir.

Dan ini pula meja potong memotong dan tempat komputer riba berada. Agak jauh diseberang sana sebenarnya. Hahaha, sengaja supaya masa sedang menjahit tidak terjeling mata ke situ.


Mesin sulam pula berada di tingkat atas pula. Terpaksa sorok di atas kerana takut ada yang tersengaja tersentuh butang-butang automatiknya nanti. Maklumlah, tempat terbuka dengan kanak-kanak ribena. Langkah berjaga-jaga dengan sorok nya di situ. Baca di sini dan di sini tentang bilik kerja Sulam.
Masa nak minta keluarkan mesin industri ini, encik CEO telah berkata. "Perlu ia kerana apa? Apa fokus pekerjaan anda dan bla.bla.bla.bla."

Oleh kerana itu, disebabkan dana modal (dana ini telah pun disediakan, tidak menggunakan ehsan wang poket) telah dikeluarkan, makanya, atas nasihat CEO, cik azue kena susun balik fokus hala tuju WAHM ini.

Nampaknya, dah panjang entri hari ini. Nanti kita sambung lagi. 

Wasalam dan selamat berhujung minggu.

******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Monday, June 25, 2012

Huru - Hara...

As Salam ...
nie nak share keadaan opis kami orang... gambar sengaja kasi shaking.. so tak ler clear sgt situasi ... especially.. kat storage bawah meja... hahaha.... cepat ler siap... nak muntah dah nengok nyer kain kaler kelabu tuuu...

Sunday, March 4, 2012

Finaly....

As Salam...
Nak tunjuk korang.... bilik jahit @opis me dah siap pepara nyer... tq chenta...cadangnyer chenta nak letak papan yg dah siap finishing...tapi tak tahu mana leh beli...last2 semalam petang chenta ubah plan...guna kaca laks...cantek...me .. suka..suka..
korang tgk lah..dah penuh...rak paling bawah hanya letak bekas2 bebenang... kat 2nd para...mmm.. tulah dier stok tuala yg nak disulam..bolehlah yer...
ok lah..dah malam nie..esok2 sambung g story2 ya..
~wasalam~
sory ya...guna handpon ni tatau mcm mana nak rotate imej upload..



Sunday, February 5, 2012

My New Teritory...

As Salam...
Salam Maulidur Rasul....
Alhamdulillah....akhirnya..bilik menjahit cikazue dah 80% berjaya di setupkan...thanks to Chenta krn membantu merealisasikan impian Ratu Hatimu...
Sekrg tinggal nak cari pepara laks nak isi bebenang cinta gadget baru tu..Esok2 bolehlah kita bermain dgn new toys tu plak...
opsss...new toys yer..sesapa nak tahu kehebatan gadget nie...tunggu hingga di lain siaran yer...
Hingga ituew...
Adios ...
Wasalam...
kuazue mohd..