Followers

Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts

Thursday, January 2, 2020

Tukar Sekolah - Dak Haziq

Entri: # 245
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini, cik azue agak kurang sihat lebih sikit dari semalam.
Hari ini kepala pula rasa sakit. Telan paracetemol yang dibekalkan oleh hospital pun seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Alhamdulillah atas nikmat sakit yang Allah beri ini.

Kembali ke tajuk.
Pagi-pagi, ketika anak-anak lain sedang elok untuk memulakan sesi pembelajaran, cik azue dan dak Haziq menapak pula ke Sekolah Menengah Tun Perak bagi urusan pertukaran sekolah.

Gambar dari tepi saja, dari depan lupa nak ambil pula

Ya, dak Haziq sekarang ini sepatutnya memulakan sesi persekolahan tingkatan 1 di sekolah Menengah Tun Perak (SMTTP), hari ini.

Jumaat 27/12/2019 yang lalu, sebenarnya, dia sudah pun menghadiri sesi orientasi tingkatan satu.


Buku-buku tulis dan seluar sukan juga telah siap pun dibeli. Buku-buku teks pun dah dapat.
masa hari orientasi
Namun, pada lewat petang 27/12/2019 itu baru dapat tahu yang nama dak Haziq telah tersenarai dalam tawaran kedua yang mendapat tawaran belajar di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER).

Apa lagi, dak Haziq pun terimalah tawaran tersebut dengan harapan dapat duduk di asrama nanti (kena buat rayuan sebab sekolah dekat dengan rumah).

Selesai urusan penyerahan surat tawaran dan buku teks ke pihak sekolah SMTTP, dak Haziq minta nak beli air bungkus dari kantin sekolah. Oklah, memandangkan nanti sudah tak bersekolah di sini, permintaan pun ditunaikan.

cantik kantin nya

Berakhirlah kisah dak Haziq dan Sekolah Menengah Taman Tun Perak. Nanti kita sambung dengan sekolah baru pula.

Kembali ke aktiviti sulaman cik azue pula.


Cik azue sebenarnya masih bercuti dari aktiviti sulaman untuk menyelesaikan urusan persekolahan anakanda berdua.

Walau bagaimana pun, aktiviti tempahan masih lagi berlangsung.

Tempahan sulaman masih diterima dan buku tempahan bagi tahun 2020 juga telah dibuka.
Terima kasih banyak atas sokongan kalian.


Oklah, sampai sini dulu.
Wasalam

#2/366

Wednesday, May 2, 2018

'Update' Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 226
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue muat naik dulu koleksi tempahan sulaman tanda nama yang belum sempat gambarnya dimuat naik sepanjang cik azue tidak begitu sihat.

Maaf ya tuan puan yang menempah, gambar baru hari ini dapat dimuat naik ke sini.

Ini fasa 1 dulu ya.


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 24 keping (12keping ×2nama)


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 8 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 6keping (3keping ×2nama)


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 10 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Ungu cair
Benang: hitam
Jumlah nama: 1nama
Jumlah kuantiti: 3 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Merah
Benang: Putih
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 3 keping


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: Biru (kod benang 1154)
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 15 keping


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 9 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 10 keping


Tempahan sulaman: Pukal tanda nama (JAWI)
Kain: ikut darjah
Benang: ikut darjah
Jumlah kuantiti: 872 keping

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih buat para penempah yang sudi menyokong cik azue dan suami.

Yang mana nak tahu apa beza antara tanda nama dengan tag nama, mohon rujuk gambar di bawah ini.


Saiz A adalah saiz standard tanda nama manakala saiz B pula adalah saiz bagi tag nama.

Tag nama ini selalunya mak-mak tempah untuk dijahit macam label pada pakaian atau peralatan anakanda.

Bagi yang berhajat untuk menempah, kalian boleh berkunjung ke kedai blog cik azue, KERAIH LENGAN KUAZUE bagi mendapatkan sebut harga tempahan sulaman tanda nama atau lain-lain produk.

Sekian. Nanti cik azue sambung fasa 2.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Wednesday, August 12, 2015

Kerja-kerja Sulam Belakang tabir

Entri: # 140
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Syawal 27, 1436H
(12 Ogos 2015)

Salam kasih sayang. Dah lama tak berkongsi aktiviti menyulam atau membuat selimut tampal cantum kan. Bukan apa, sibuk! Sibuk dek tempahan, sibuk dek masa yang semakin pendek perjalanan nya.

Hari ini cik azue nak kongsi beberapa imej sulam yang sedang menanti untuk kita muat naik ke mesin sulam lewat esok atau lusa.


Imej ini sepatutnya dah siap lama dah, tapi dek cik azue ditahan di hospital dan mengalami bengkak tangan dan jejari dek penangan jarum ubat, maka cik azue terpaksa tunda. Mulanya nak pulangkan duit pada cik puan penempah, namun dia tak mahu pula. Esok cik azue akan mula menyulam memandangkan tangan kiri ini dah boleh berfungsi dengan baik.

Imej kedua masih dalam tema hitam juga. Ada pasangan nya. Tapi tunjuk satu sahaja lah yer. 

Yang ini tempahan orang utara sana. Hihihi seronok pula melayan jiwa anak-anak sesekali.

Selain itu moga-moga kerja terbengkalai ini akan beransur siap bersama indahnya nikmat kesihatan. Selimut tampal cantum masih cik azue tidak buka tempahan ya.



Kemudian ada cabaran baru pula menanti, semuanya bagi menghasilkan sebuah hajat hati seseorang dengan menggunakan imej-imej berikut yang diberi pada cik azue. Nantikan dan doakan kesihatan cik azue ya.




Mampukah? 
Kpop tu. Moga-moga Allah beri ilham.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

Tuesday, April 7, 2015

Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 131
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah, terima kasih Allah dan terima kasih kalian yang sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan cik azue.

Terima kasih juga buat kalian para pelanggan yang sangat memahami akan situasi.

Semalam (6 April, 2015), tempahan ini sudah pun di pos kepada cikgu-cikgu terlibat.



Dua tempahan sebenarnya dari dua sekolah yang berlainan.

Oh ya, bagi kalian yang ingin mendapatkan khidmat sulaman dari kami, tempahan telah dibuka semula.

In shaa Allah, jika bukan cik azue yang siapkan, tuan CEO yang bantu siapkan. (Sengih sampai telinga!)

Macam biasa, buat kalian yang ingin menempah, cik azue boleh dihubungi melalui

email: kuazue@gmail.com
fb: azuriyah mohamad
page: Keraih Lengan Kuazue
whatsapp: 013-2700020


Bagi kalian yang berminat hendak tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah juga boleh hubungi cik azue melalui saluran tertera di atas.

Ok lah, cik azue beransur dahulu. Hingga lain masa.

Wasalam

*notakakitangan; kenal chef amer, chef koko tu? Nanti cik azue cerita tentang, ABDR, cik azue dan Chef Amer, ya

Wednesday, February 4, 2015

Panduan Memulakan Bisnes Menjahit Sulaman



Entri: # 120
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Beberapa minggu nan lalu, Cik Azue dihujani email dan 'whatsapp' pertanyaan tentang bagaimana untuk memulakan bisnes menjahit sulaman. Terima kasih atas pertanyaan kalian.


Baik, apa yang cik azue bakal kongsikan adalah panduan berdasarkan pengalaman cik azue sendiri.

Dari bagaimana bermula sehinggalah sekarang ini, semata-mata untuk memberi garis panduan secara kasar dan hanya akan memfokuskan kepada bekerja sambil berada di rumah sahaja dan menjalankan bisnes menjahit sulaman.


Terlebih dahulu, adalah baiknya kita pecahkan dahulu istilah bisnes menjahit sulaman itu kepada beberapa cabang atau bidang.

Bisnes Menjahit Sulaman terbahagi kepada dua.
Pertama, sulam manual atau sulam menggunakan khidmat dua tangan dan dua kaki serta sepasang mata sebagai aset TERBESAR.

Kedua, sulam AUTO atau sulam Mesin yang mana aset TERBESAR adalah MESIN sulam dan perisian komputer yang dipanggil 'digitizing software' sebagai bonus.


Untuk menjadi seorang penjahit sulaman yang mahir, sebaiknya kita bermula dari menyulam menggunakan tangan kerana disini terdapat beberapa perkara asas yang sebenarnya dirujuk semasa kita menyulam dengan teknologi, iaitu menggunakan mesin dan perisian.

Ini bagi membiasakan kita dengan jenis sulaman dan teknik jahitannya.
Contoh sulaman yang boleh dirujuk adalah jahitan sulaman applique atau sulam tampal hias.  

Walaubagaimana pun, jika kalian yang berhasrat untuk terus melompat ke dalam arena sulaman mesin berkomputer, aset terbesar yang kalian perlu ada adalah seperti mesin sulam berkomputer dan jika benar mahu menjadi penyulam tegar, disarankan agar memiliki satu perisian mengedit / membina imej sulaman sendiri.

Berikut dikongsikan senarai harga pasaran mesin sulam yang diambil dari perkongsian di Google.


Kalian boleh rujuk ke alamat web tertera di imej untuk maklumat lanjut.


Ok, secara ringkasnya di sini, apa yang kita perlu ada sebelum memulakan  bisnes Menjahit Sulaman adalah

1) minat dan kesungguhan
2) jenis sulaman yang ingin kita terokai
3) aset yang perlu untuk memulakan bisnes ini
4) peruntukan wang modal perniagaan


Dalam kontek cik azue dan pertanyaan kalian, bagi memulakan bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer seperti cik azue, apa yang kita perlukan sebagai aset atau modal adalah seperti berikut.

1) Mesin Sulaman berkomputer
terdapat beberapa jenis dan modal ada dipasaran bermula dari RM3,000 hinggalah mencecah RM50,000 sama ada termasuk perisian membuat imej sulaman atau tidak. Pilihan adalah mengikut bajet dan pengkhususan yang bakal kalian pilih nanti.

2) Benang dan peralatan menyulam mesin

3) Fabrik

4) Design sulaman

5) Minat dan kesungguhan

6) tambahan - perisian membuat imej sulaman.


Bagi menentukan pilihan bagi aset no 1 di atas, iaitu mesin sulam berkomputer, terlebih dahulu, suka untuk mengingatkan, kalian harus menentukan hala tuju terakhir perjalanan bisnes menjahit sulaman ini. Adakah ianya bersifat suka-suka, memenuhi hobi atau pun bakal menjadi kerjaya tetap (walau secara sambilan) yang boleh menjana pendapatan.

Ini kerana setiap mesin yang kita laburkan akan sedikit sebanyak mempengaruhi hasil karya akhir nanti. Jika ingin bermula secara sambilan dengan modal yang sedikit kecil, carilah mesin-mesin sulam dalam lingkungan harga bawah RM5K sebagai permulaan. Cari juga jika boleh yang didatangkan dengan perisian memproses imej sulaman bagi menjimatkan kos modal permulaan.

Selepas menolak bajet bagi membeli aset paling besar, kita perlu sekarang ini memperuntukkan sebahagian modal untuk membeli benang-benang sulaman dan fabrik-fabrik termasuk tuala untuk mula membuat latihan sulaman sebelum bersedia menerima tempahan nanti.

Kemudian, bagi yang tidak ada perisian memproses imej untuk imej sulaman, kalian juga perlu mengeluarkan sebahagian modal untuk membeli design-design yang terdapat dipasaran atau bagi menempah design-design pilihan daripada pembuat imej sulaman. Harga design pula adalah bermula dari serendah RM10 dan ke atas, bergantung jenis design sulaman.


Selepas itu adalah minat kalian. Tanpa minat, kadang kala apa yang kita hendak buat akan berakhir di tengah jalan. 

Bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer adalah satu bisnes yang memerlukan modal yang agak besar untuk memulakannya.
Walaubagaimana pun, jika kalian memang mempunyai minat, kalian boleh berhubung dengan pihak EPAL dan boleh bekerjasama dengan TEKUN bagi mendapatkan pinjaman mesin.

MARA juga ada membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan. Tetapi dua-dua pinjaman ini ada pra syarat nya.

Cik azue tidak boleh kongsi di sini kerana cik azue menabung bagi membeli aset mesin jahit cik azue.

Cik azue bermula secara manual, menghasilkan produk sulaman secara manual, kemudian barulah memiliki mesin sulam secara berkomputer.


Nanti kita sambung lagi.

Cik azue nak siapkan tempahan berbaki.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan cik azue melalui applikasi 

WhatsApp: 013-2700020


Bagi yang nak mendapatkan makluman tentang tempahan sulaman juga boleh WA ke nombor di atas.


Oh ya, beberapa hari lagi cukuplah setahun cik azue bersama ABDR, nanti cik azue kongsikan ya pengalaman dan perasaan.

Mana-mana kalian yang ingin tahu lebih lanjut tentang ABDR, jemput ke FB Azuriyah Mohamad



Akhir kalam, semoga entri ini memberi sedikit info dan manfaat buat kalian yang bertanya.

Entri ini akan cik azue sambung tentang cabang-cabang bisnes menjahit sulaman nanti.



Hingga itu,


Wasalam





Saturday, January 17, 2015

Pemenang AWUL GA

Entri #: 118
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat kalian semua.
Sampai sudah hari sabtu. Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam, sepanjang 17 hari pertama tahun 2015, sudah ada 4 perkhabaran duka di sekeliling cik azue. Mati itu pasti. Perpisahan hidup di dunia ini tidak dapat tidak untuk dipisahkan dari diri kita masing-masing. Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan kita ini dan belajar menghargai setiap detik yang diberi.

Kita tinggalkan perkhabaran duka, kita masuk ke perkhabaran gembira pula. Seperti yang kalian ketahui, cik azue @ Keraih Lengan Kuazue ada menaja satu hadiah berupa satu bantal berkarektor Awul (owl) bagi seorang pemenang.
Baca entri terdahulu di SINI.

Pemenangnya dah diumumkan. Tahniah buat semua pemenang dan penaja juga buat puan penganjur. Cerita lanjut tentang hadiah dan pemenang, boleh juga dibaca melalui SINI.

Pemenang GA yang mendapat hadiah tajaan dari cik azue dan syarikat berupa satu bantal AWUL ini


Beliau adalah cik puan Noor Atikah binti Ramli.

Boleh layari laman blog beliau ; Noor Atikah Ramli .

Cantek blog pemenang ini. Ada 'blink-blink' gitu. Tetiba rasa macam nak juga tambah gadget bagai, cuma takut dari buat gadget, terus kena geget sahaja dik masa yang berkejaran yang lelah nak kejar. Apa pun, 

Tahniah ya cik puan. Hadiah akan diposkan hari ini ke alamat yang telah cik puan beri melalui PM ke Page kami.

Kalau ikuti blog Noor Atikah Ramli, ada segmen bloglist yang boleh kalian ikuti juga. Aktif berblog saudari kita ini. Macam nak ikut juga la segmen beliau. Yang terasa nak bersegmen, moh kita ke SEGMEN ATIKAH.

Baiklah, sampai sini dulu. Jika Saudari pemenang ada terbaca entri ini, mohon komen dan buat ulasan tentang hadiah yang diterima nanti ya.

Sekian buat kali ini.

Wasalam


*p/s lain kali cik azue buat GA "itek hodoh-hodoh" ya, tapi kena tunggu siap semua nametag yang sedang berbaris panjang-panjang dulu na*

Tuesday, January 13, 2015

ABDR: Kelas Online

Entri: # 115
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ada menawarkan kelas-kelas secara online bagi kalian yang berminat menambahkan ilmu lalu menambahkan pendapatan secara tidak langsung.


Pendaftaran bakal pelajar adalah setiap hari. Kelas-kelas yang ditawarkan adalah seperti berikut:


1. Kelas online asas bina blog penulisan
untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.


2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes
bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my
mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4.Kelas penulisan kreatif
bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil / WAHM SOHO
Khas untuk usahawan kecil / WAHM SOHO yang mahu belajar cara urus akaun dengan lebih sistematik. Insya Allah, kelas urus akaun bisnes akan dibuka Januari ini. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini.




Jika kalian berminat untuk bersama cik azue dalam jaringan Akademi Bekerja Dari Rumah, kalian boleh hubungi cik azue di 




email: kuazue@gmail.com

atau 

WhatApps : 013-2700020








Wednesday, December 24, 2014

Entri # 108: Diari WAHM

 Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang buat kalian yang rajin bertandang.

Walau bukan selalu pun cik azue muat naik entri baru bagi tatapan kalian lewat dipenghujung tahun 2014 ini (eh macam dulu hari-hari buat entri baru pun, tapi sedang berusaha memperbaiki diri, doakan ya). Namun, ini cabaran buat diri, kalau boleh akan terus berusaha memberi makluman setiap hari. Kesian kalian yang rajin bertandang tanpa jamuan mata.

Baik, mulai minggu ini, In shaa Allah, cik azue akan buat entri "Diari WAHM" bagi menjawab pertanyaan bagi beberapa kenalan maya tentang kehidupan cik azue setelah bergelar WAHM ini.
Semuanya akan cik azue tulis dalam entri-entri dengan kata kunci Diari WAHM sebagai tajuk utama setiap entri. Tapi kalian bersabar ya. Sikit hari, akan cik azue pamerkan entri pertama Diari WAHM.

2014 yang syahdu bakal meninggalkan diri kita. Cik azue nak katup kejap-kejap segala kenangan pahit yang pernah menyapa diri dan keluarga. Mungkin akan dibuka jika perlu sahaja.
Moga Allah beri kekuatan bila mana lembaran itu dibuka bagi mengambil pengajaran dan pengiktibaran buat pedoman di masa akan datang, in Shaa Allah.

2015 -  berbaki 7 hari sahaja lagi.
Segala perancangan tahun 2015 sedang ditulis sebaiknya. Didoakan kalian juga begitu. 
Dikatakan kegawatan ekonomi bakal berlaku, namun akan sentiasa gawat juga, tanpa perlu tunggu tahun itu jika sesuatu tidak dilakukan bagi individu itu sendiri.

Jadi apa perlu kita lakukan.
Terkini yang dalam perancangan cik azue, dan yang mahu cik azue kongsi bersama adalah

1) memastikan blog penulisan cik azue (http://kuazue.blogspot.com) dan blog hasil karya cik azue (http://kraftangankuazue.blogspot.com) akan dikemaskini sebolehnya setiap hari dengan entri malar segar (gitu).
2) cik azue sedang belajar Affliate 101 secara online (dah habis belajar nanti cik azue kongsi info ya)

3) berusaha dan memastikan cik azue dapat belajar dan menjahit baju melayu butang 3 (baju + seluar + sampin) bagi persediaan persekolah tahun hadapan. Target siap belajar bulan march 2015 - sebab nak cukupkan pakaian seragam sekolah agama anakanda (sepatutnya 5 pasang seorang bagi mengelakkan baju mereka menjadi nipis akibat disental oleh bibik IBU) yang hanya cik azue sengaja beli 3 pasang seorang yang mana bernilai RM36++ sepasang (sila darab sendiri harga sebenar duit pakaian sekolah agama anakanda berdua).

nota yang dah lama dibeli tapi diperam nasib tak jadi pekasam

4) berusaha belajar menjahit baju kemeja dan seluar slek sekolah anakanda. Target : October 2015.
Ini bagi persediaan persekolahan tahun 2016.

5) Menulis dan berkongsi maklumat setelah bernaung bersama ABDR - Akademi bekerja dari rumah.

Apa pula impian kalian? Jika sudi, mari kita berkongsi bersama.

Baik,nampak nya sampai sini dulu. Nanti cik azue kongsi lagi ya. Jam dah 7:18 am. Cik azue harus berhenti bagi menyiapkan sarapan dan terus hidangan tengah hari buat putera berdua dan en chenta hati yang bercuti, sebelum menyambung kembali tugasan di Keraih Lengan Kuazue.

Nota kaki cik azue:

Jumlah pengeposan tanda nama sulam batch ke 2 yang telah dipos semalam. Nanti cik azue kongsi isi dalamnya ya.

Wasalam




Saturday, December 20, 2014

Entri # 106: Awul Buat GA

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.
Alalalalalala, lama sungguh la cik azue mendiam kali ni ya. Minta maaf, tersangat sibuk. 
Ya ini betul, agak sibuk dihujung tahun, bukan kerana memenuhi undangan perkahwinan atau meraikan kanak-kanak ribena yang sedang bercuti, namun sibuk kerana

1) menyelesaikan tempahan sulaman tanda nama
(bagi yang ingin menempah juga boleh ke SINI)

2) Komputer riba cik azue suka betul sekarang ini membuat perangai. Asal ku buka lebih dari satu perisian, ha, akan mengeraslah dia. Bukan sekali dua kali, berkali-kali dalam satu masa.
Sudahnya, tidak payah buka apa pun kecuali perisian untuk mesin sulam sahaja.
Sob!Sob!Sob!
(sekarang en chenta sedang format komputer riba cik azue, nangis tidak dapat buka design sulaman yang telah disimpan / 'backup' , kita pun pinjam ler komputer gabak en chenta untuk buat jadual entri)

Menulis tentang GA (GiveAway), kali ini, cik azue memberi sokongan moral buat kawan ABDR/blogger. Cik azue berbesar hati menaja bantal AWUL ini buat pemenang di segmen GA beliau.


Kikikiki, kalau ada kawan-kawan yang nak mencuba nasib, boleh lah menyinggah ke blog puan MUN ikut Tajuk di bawah ini.

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com


Kawan-kawan boleh klik tajuk di atas dan ianya akan bawa kawan-kawan ke url segmen blog Puan Mun nanti.

Oh habis cerita.
Oh ada cerita lagi.
Nak bagitahu semua, yang barangan hasil kerja tangan cik azue akan dipromosikan oleh cik azue sendiri, en chenta (selaku CEO) dan puan Izzatun (adik kandung cik azue merangkap Penyelia Pemasaran bagi perusahaan kami).

Berikut adalah pautannya
Page Rasmi: Keraih Lengan Kuazue (https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue)
Blog Rasmi:Keraih Lengan Kuazue (http://kraftangankuazue.blogspot.com)
IG Rasmi: Sedang di bangun kan ekekekek

FB cik azue: Azuriyah Mohamad (https://www.facebook.com/KUAZUE)
Page cik Azue: Kuazue Mohamad (https://www.facebook.com/pages/Kuazue-Mohamad)

Selain dari ini, jika ada pun hanyalah satu orang sahaja yang telah diberi kebenaran, hanya boleh promosi di FB Ummu Jannah (https://www.facebook.com/ummu.jannah.3) hanya untuk bantal AWUL sahaja.

Selain yang dinyatakan diatas ini, mana-mana gambar mempromosikan hasil kerja tangan cik azue adalah palsu. 
Hanya yang dinyatakan di atas sahaja yang menerima dan mengedarkan hasil kerja tangan yang dihasilkan oleh pihak KERAIH LENGAN KUAZUE.

Semoga ini memberi pencerahan buat kalian dan cik azue tidak mahu lagi menerima sebarang permohonan yang memohon untuk menjadi 'dropship agen'.

Hingga ini,
Jaga diri dan awasi IMAN dalam diri.

Mohon maaf jika entri ini ada mengguris perasaan.

Wasalam

Monday, December 8, 2014

Entri # 105: Tempahan sulam tanda nama

 Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua.
Hari ini, cik azue update laju-laju blog ini. Mengejar masa yang semakin suntuk. Harap esok masih ada ruang nak menulis lagi buat kalian.

Baik, ini sambungan koleksi tempahan nametag yang dah siap dipos, diambil dan mungkin juga sudah siap dijahit dan diguna


















Minta maaf, no turutan pun dah tabur. 
Tempahan adalah dari persendirian. Yang pukal, belum mula jalan lagi, kita sedang digitize satu-satu dan susun tunggu masa nak naik mesin sulam.
Tempahan di atas juga adalah campuran sulam tanda nama dan tag nama (untuk mak-mak guna dijahit pada pakaian atau peralatan anak-anak).

Terima kasih kalian atas sokongan. Terima kasih Allah atas utusan rezeki.

Yang ni pula kerana fenomena I AM dan I Love tu. Disebabkan ada yang bertanya, cik azue pun mencuba jaya buat rantai kunci ini.

Rantai ini dijual pada harga RM5 satu tidak termasuk kos penghantaran.


Bagi kalian yang berhajat, boleh terus Whatsapp cik azue di 013-2700020 ya.

Sampai sini dulu ya.

Wasalam.

Entri # 104 : Give Away Dec '14 - Keraih Lengan Kuazue

* Ini entri melekat. Boleh terus ke bawah bagi entri terbaru *


Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih sayang.

Kali ini nak beri anda GA terbaru dari page cik azue. Kesian tu hari, ramai yang tak sempat kan.
Jom memeriahkan suasana.



Give away Dec 14 
agak-agak la...apa yang sedang kami usahakan ini.
Hanya seorang sahaja yang akan jadi pemenang bagi satu tuala bersulam imej yang akan kami tentukan nanti (tuala mandi budak).
Syaratnyer:
1) Like page ini : https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
2) Share post ini (di FB atau di blog. Bagi Blog, boleh link kan dikomen ya)
3) Nyatakan jawapan anda

Selamat Meneka dan Sah sehingga 8 Dec 2014, 6am.
Terima kasih kerana turut serta dan selamat maju jaya.

Wasalam

* edited: 5/12/2014 - HINT

Yang sedang diusahakan itu ada kaitan dengan AWUL di bawah ini