Followers

Sunday, April 6, 2014

Bersyukur Saat Diuji - Bahagian 2;

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua.
Rentetan kisah semalam, dan hari ini cik azue menyambung menulis lagi tentang ulasan buku motivasi diri ini kembali dalam konteks yang lebih detail.
Maafkan cik azue andai semalam anda terbaca kisah emosi hati seorang perempuan bernama Kuazue Mohd. Perkara berlalu, biarkan berlalu dan semoga menjadi sejarah yang mengubah sempadan iman hendaknya In shaa Allah.

Ok.Alhamdulillah, kita kembali ke topik dan nawaitu asal kita, mengulas buku ini sebagai panduan untuk rujukan bersama.


Tajuk: Bersyukur saat Diuji
Penulis: Prof Muhd Kamil Ibrahim
Sumber: Khutub Khanah Cik Azue
Terbitan: Galeri Ilmu
M/s: 190
Harga: RM22.00
Genre: Buku Motivasi / Dakwah


Daripada bahan bacaan ini, minda luar sedar cik azue baru terhantuk dan tersedar bahawa setiap ujian yang Allah turunkan haruslah dilihat dari pelbagai sisi.
Ada ujian yang mungkin bersifat teguran buat kita dimana ujian itu tidak terjadi secara langsung kepada kita, tetapi terjadi pada orang yang hampir dengan kita.
Dan sepatutnya setiap ujian itu semakin mendekatkan kita kepada ZAT ALLAH itu sendiri.
Dan satu lagi yang cik azue dapat, doa dari orang yang tidak dikenali buat kita sangat mustajab dan disamping berdoa, kita kenalah berusaha untuk mengatasi ujian itu dan terakhir adalah bertawakkal kepada Allah.

Kita perlu percaya disebalik setiap ujian kesusahan akan ada kesenangan kerana Allah sudah menyebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali dalam surah Al Insyirah ayat 5-6
Sumber

Dan melalui penulisan ini juga, cik azue di ingatkan bahawa, kita perlu berterusan untuk melakukan amal ibadat walaupun sedang ketika di timpa kesusahan atau musibah. Kita seharusnya memohon terus menerus kepada Allah tanpa meninggalkan segala ibadat yang telah selama ini kita lakukan saban hari.


Dan ingatlah, Allah hanya akan menguji seseorang setakat yang ia mampu untuk menerima ujian tersebut dan kemanisan ujian itu pasti tercapai jika ianya direnung dengan cara bersungguh-sungguhh dengan menggunakan mata hati.

Haruslah kita yakini sepenuh hati, nikmat atau pun ujian itu bukanlah untuk dihitung tetapi adalah untuk kita syukuri. Dan harus kita ingat bahawa ujian (susah senang atau suka duka) tidak akan pernah berakhir dan ianya akan mengikut kita senantiasa ke akhir hayat.

Selain dari itu, kita kena paham, ujian boleh bersifat suka / senang atau pun duka / susah. Dan kita juga kena paham tujuan kita dijadikan dan tinggal didunia ini dan jika kita paham walau apa pun yang terjadi, itu semua adalah ujian buat kita.

Akhir bab, apa yang kita dapat adalah tentang tanda aras yang kita telah berjaya melepasi ujian adalah jika apa yang kita perolehi, laku atau nikmat itu mendekatkan diri kita kepada Allah, membawa kita kepada menyembah dan beramal ibadat dengan lebih sempurna, maka kita dikira sebagai lulus ujian tersebut.

TETAPI, 

jika apa yang kita dapat, laku atau nikmat itu MENJAUHKAN diri kita kepada ALLAH seperti wujud perasaan riyak, sombong atau tidak mampu solat, tutup aurat dan lain-lain kemungkaran lagi, maka kita dikira sebagai GAGAL ujian tersebut.

Istighfarlah kita jika apa yang kita ada, pangkat, darjat, ilmu serta yang lain-lain itu menjadikan kita manusia riyak, takbur, sombong dan angkuh, maka jalan yang kita lalui sangat menyimpang daripada menuju ALLAH dan inilah ujian SEBENAR yang dihadapi oleh kita setiap hari.

Penulis mengajak kita memohon ampun daripada Allah sepanjang masa atas sifat kita sebagai manusia yang lemah.

Akhir kalam, penulis berkata, BERSYUKUR itu bermaksud kita redha, iaitu kita menyerahkan diri kepada Allah.

Dan saranan penulis buat kita adalah "Bangunlah malam nescaya ia membantu kita untuk lulus ujian yang lain dan jangan sesekali membesarkan TIDUR"

Dan di sini cik azue mengakui.. ujian TIDUR ini juga adalah ujian terbesar dalam diri cik azue di samping lain-lain ujian berupaya kesenangan.

Tepuk dahi tanyalah IMAN di dada sendiri. GAGAL atau BERJAYA kah kita dengan UJIAN yang sedang kita tempuhi sekarang ini.


Akhir kalam, hiasi diri, perbaiki IMAN di dada sendiri, In syaa Allah.

Wasalam

****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini:



No comments: