Followers

Showing posts with label Menu Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Menu Pilihan. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Entri # 86: 26 September - 7 tahun sudah!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua. 26/9 yang lalu adalah hari lahir adik Haziq. Cepat betul masa berlalu, sekarang sudah menjangkau 7 tahun usianya.
Selamat Hari Lahir buat kamu, anak. 


"Daku lah HANG JEBAT!"  katanya sambil memakai tengkolok dari manila kad.

Semoga kamu menjadi hamba Allah yang berada di dalam kalangan kekasihNYA.


Kikikiki. Macam biasa, si ibu yang konon nya "the perfect baker" akan diminta untuk membuat kek sesuka hati ibu beserta hiasan kek ikut dan mana bahan yang ada di rumah pada tika dan waktu itu.

Apa pun, ini kek coklat cheese kukus sebagai memenuhi impian hendak makan kek coklat. Oppss, kejadian kek setelah dipotong tak sempat nak ambil gambarnya. Minta maaf ya.

Resepi kek ini diambil dari FB: Resepi Ringkas. Terima kasih lah pada yang sudi berkongsi resepi yang mudah ini. Cik azue salin semula untuk rujukan sendiri dan kawan-kawan mana yang berkenaan.

Kek Coklat Cheese

Kek Coklat
4 biji telur gred A (cik azue guna 5 biji telur gred B)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan susu pekat, pukul sebati. Masukkan susu cair dan minyak, pukul sebati lagi. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak bersama dan kaup balik sebati. Curahkan separuh adunan dalam acuan dan kukus dalam 20-25 minit. Kukus dengan api kuat. Kemudian, curahkan adunan cheese dan kukus lagi 20-25 minit. Akhiri dengan baki adunan coklat dan kukus semula dalam tempoh 20-25 minit atau hingga masak. Sejukkan dan dihias ikut kreativiti.

Adunan Cheese
250gm cream cheese (cik azue guna jenama TATURA)
1/2 cawan gula castor
1 biji telur gred A (cik azue guna 2 biji gred B)
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air
1 sudu teh esen vanila.

Pukul (mix) semua sehingga sebati.

Selamat mencuba, ya. Sedap!.

Oklah, cik azue nak buat imej sulaman dan menyulam lagi hari ini. Nanti cik azue kongsi lagi ya.

Wasalam


Tuesday, September 23, 2014

Entri # 85: 08-08-2014 - Selamat Hari Lahir Abang!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ini kisah lama dah.. baru nak muat naik sini. Si abang minta buatkan kek blueberry untuk hari lahirnya. Jadi, entri kali ini, nak cerita tentang kek je, hihihi, jangan marah ya.
Kek terhasil adalah kek kombinasi kek coklat dan kek oren dengan kream coklat dan bluberi.

kek coklat

kek oren sunquick
Kedua-dua kek ini cik azue gunakan resepi kek span ya dan di belah dua bahagian bagi kek coklat, dan 3 bahagian bagi kek oren  yang mana menjadikan 5 lapisan kek yang berselang-seli pada akhir nanti.
Resepi kek, Allah, terlupa sudah mana letak resepinya. Nanti dah jumpa cik azue salin semula ke sini ya.

Sesi Deco-deco untuk penuhi impian jejaka tersebut

lapisan pertama, kek coklat di lapisi dengan fresh cream dan coklat ganache


Lapisan kedua & ketiga, kek oren dan dilapisi dengan fresh cream dan blueberi



 Lapisan 4 kek oren dengan fresh cream dan coklat ganache dan kemudian dilapisi dgn kek coklat akhir sekali

disalut dengan fresh cream keseluruhannya dan hasil akhir seperti ini




 Selepas di potong, menjadi sebegini.



heheehe.. gini lah rupa kejadiannya. Tapi anak-anak suka dan buatkan ibu gembira.

Apa pun air tangan ibu. 

Oklah, sampai sini dulu. Nak menyulam tempahan nametag pula sekarang ini.

Wasalam

Thursday, September 4, 2014

Entri # 80: Bento aka Bekal Anak

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Dah hampir 6 bulan cik azue bergelar WAHM. Banyak lagi yang masih perlu diperbaiki, especially tentang diri sendiri dan bagaimana nak menjadi seorang pengurus keluarga yang baik.
Sebagai memenuhi janji buat kanak-kanak riang ria ini

Gambar Aidilfitri 2014 yang lalu

ibu pun merajinkan diri menceburi FB geng BENTO, demi mu anak, tara !


Nasi putih, kurma ayam dan kentang.

Bekal makan waktu rehat. Mereka berdua sekolah sesi petang.
Pagi tidak berbekal.

Oklah, nanti kita kongsi lagi ya.

Wasalam

Friday, February 28, 2014

Koleksi Hidangan Bento Sepanjang Minggu # 2

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam Penghulu Hari buat para pengunjung setia blog cik azue. Bersambung balik kita dengan idea Bento sepanjang minggu. Bagi cik azue, koleksi bento hanya merangkumi 4 hari bekerja sahaja, bermula dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
Hari Jumaat, chenta hati tidak mahu berbekal kerana katanya tidak sempat hendak menjamu selera kerana berkejaran pulang ambil jejaka berdua solat jumaat dan hantar ke sekolah kebangsaan lantas ke tempat kerja semula. 
Dan oleh sebab itu, koleksi cik azue hanya akan meliputi 4 hari sahaja.
Jadi bagi anda yang mencari-cari idea bahan-bahan bagi bento minggu hadapan, bolehlah guna pakai idea dari sini jika ia memberi manfaat buat anda para pembaca sekalian.

Mari kita lihat apa yang cik azue sediakan sepanjang minggu ini buat sang chenta hati


Menu Hari Isnin


Menu Hari Selasa

Menu hari Rabu

Menu Hari Khamis


Semoga lain minggu dapat cik azue berkongsi idea lagi koleksi bento sepanjang minggu. Setahun ada 52 minggu, apakah mampu cik azue menyediakan bento sepanjang minggu bekerja? Semoga kita semua diberi kesempatan dan kelapangan untuk terus berbakti.
Oleh itu, jom kongsi idea bersama. Sila komen ya. Terima Kasih


Wasalam


#notakakitangancik azue# blog bertukar wajah lagi.. 

*****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Tuesday, February 18, 2014

Asam Pedas Memang Untuk Dia..

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Masih ingatkah dikau akan entri cik azue yang INI ??? Tika dan saat itu, Asam pedas itu, asam pedas dia.. tapi kali ini, betul-betul ASAM PEDAS milik diriku jua. "Jeng!..Jeng!..Jeng!...TADA!"


Ya, sila fokus kepada bekas oren itu ya. Ini Asam pedas diberi nama, 
ASAM PEDAS LADA HITAM IKAN SIAKAP. sumber resepi : Chef Hanaliza ..maaf jika salah ejaannya.
Bento diatas milik chenta hari. Anda mahukan resepinya? Baik cik azue tuliskan disini ya.

ASAM PEDAS LADA HITAM
Sumber: Chef Hanaliza (nanti cik azue masukkan buku resepinya)
Olahan: Kuazue Mohd (secukup rasa mengikut bahan yang ada dirumah)

Ikan (pilihan hati) dibasuh bersih dan ditos.
Lada hitam, bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, dikisar halus.
Serai diketuk-ketuk.
Masukkan dan panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
Masukkan air atau air asam jawa. (Cik azue guna asam keping jer)
Biarkan mendidih. Masukkan ikan, biarkan mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan tomato (cik azue letak tomato ceri) dan hirisan daun bawang 
(tidak dimasukkan, tiada stok).
Siap.

Senangkan. Masuk dan rebuskan sahaja.
tempoh penyediaan: 30minit sahaja.

Oklah, selamat menjamu mata dan selamat mencuba. Sedap kata chenta.

Wasalam




*************************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Friday, February 14, 2014

Koleksi Hidangan Bento Sepanjang Minggu # 1

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Hari ini cik azue hendak berkongsi dengan anda semua tentang menu hidangan tengahari buat chenta hati cik azue. Semoga anda semua dapat sedikit idea tentang menu pilihan yang boleh dimasak dalam tempoh 30 minit hingga 45 minit masa penyediaannya di kala waktu pagi yang kelam kabut dengan penyediaan menu sarapan dan sebagainya.

Hari Isnin


Hari Selasa


Hari Rabu




dan Hari Khamis


Masa agak mencemburui cik azue hari ini. Lain masa kita bertemu lagi. Jaga hati, perbaiki iman.


Wasalam



**************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, January 29, 2014

Friday, May 24, 2013

Apple Crumble Pie..

As Salam...
Dear Readers....
Salam penghulu hari buat semua...selawat n salam buat junjungan besar..semoga kalian dah buat semua yg sunat2 buat hari Jumaat belaka ya....
Buat kawan2 yang bercuti..cutilah sebaik mungkin...wat yg bersekolah...dah school break ni..isikan dengan aktiviti berfaedah..agar menjadi manusia yg dapat memberi lebih banyak manfaat utk semua....
Buat kaum ibu...istighfar bebanyak..u will be with the kids at most of the time...n semoga kita semua dpt melahir dan mendidik bakal mujahid dan mujahidah semuanya nanti...
okieh...!!
buat ibu2.. yg tak der idea... n ada stok epal yg gonna expired soon..jom wat apple crumble pie nie...
ikut org yg x berapa putih nie...oooo senang jer nak wat nyer yer...hihihihi...tapi... but failed to attract that those picky eaters kat umah nie...ibu n abah nyer yg habiskan nyer...
kalau sapa nak try ...yg kurang suka manis..leh adjust gula kurangkan sikit na...sbb for cik azue..still manis...
resepi amik dari blog sini... tq na F n F... sbb share resepi mudah ini...n sedap..
korang nak resepi..p kat link ni na...malas nak taip...ai guna h/p.. jari jemari gumuk..asik tertekan words seblhnya..malas nak erase n taip lagi..bagi link sudah...lagi pun..today ada rasa penin lalat pala nih...
*pssssttt..tetiba jadi haemorgia plak..*
so ni link url resepi nya ya..
http://fnf-simple-life.blogspot.com/2013/03/apple-crumble-pie.html?m=1
selamat mencuba n bereksperimen..
tata...



Thursday, April 4, 2013

Ciken Meatball Spageti (versi segera)

As Salam...
Dear readers...
Ni menu kekunun mendiet yer awak..awak..n awak..yer...
as sebab ada yg nak kan resepi nyer...hihihi..malu ai nak letak...maka nyer..ai bagi ler korang resepi segera nyer yer...boleh siap in 15 mins ajer...dengan syarat..semua bahan kena hiris n siang dah disediakan terlebih dulu (ai siapkan memalam hari nyer or before g kerja pagi nyer..)
ok... bahan yg kita perlukan adalah...
1pek spageti / pasta
Bahan kuah
3 ulas bawang putih di cincang halys
3 biji buah tomato (blend halus dgn air sedikit ajer)
ayam or daging kisar/cincang
1tin sos spageti prego (or apa2 jenama yg korang suka)
1pek ciken meatball farm's best
sedikit brokoli n cauliflower (bunga kobis)
cara: didihkan air.. tambah garam n minyak sayuran dlm air didih n masukkan pasta. masak ikut arahan pek yer.... n bila dah jadi al dante, tos kan yer molek2..
sambil tunggu pasta masak, kita prepare kuah nyer..
tumis bawang putih hingga wangi...masukkan daging...masak hingga tukar kaler n putih...masukkan brokoli n cauliflower...bila agak layu..masukkan tomato blend tadi n sos spageti...tambah lagi air panas klu agak pekat...tunggu didih...masukkan garam n gula secukup rasa n masukkan bebola ciken meatball tadi...tunggu hingga kuah pekat sikit n bebola tadi lembut (sbb masukkan ajer tgh2 beku kejung tu pun tak mengapa..boleh jer..)..
lepas jer pasta tadi masak sempurna..toskan..n kuah nyer pun siap sekali.. n boleh lah makan...
nak pedas..korang tambah ler cili sesedap rasa yer...
dah siap bagi resepi segera..
..sesuai utk ibu2 bekerja yg terbalik lambat n tak tau nak masak apa dalam masa yang singkat kerana anak2 dah berkicau kelaparan...or ibu2 ada penyakit M pun leh juga yer...senang ba itu...
APA LAGI... MASAK LAH WEY !!! (bagi org2 yg terlibat tuuu!!!)
* p palang s *
hari ini dlm sejarah.... dah 7 tahun tak leh jumpa ayah...rindu ayah...sayang ayah...macam tak percaya....tapi itu adalah pasti..in shaa allah...t org akan ikut ayah n mak juger kan....

Tuesday, March 26, 2013

Oh My Sherpherd Pie!

As Salam...
Dear Readers...
Yesterday..ceeeewah...yesterday plak..betui la..semalam mlm...as sebab agak down ..(down with memories..emosi tak stabil..jiwa kacau..!!) n dah lama ai pendamkan niat murni nak menerai wat pie nie...makanya terhasil lah kejadian tak seberapa ni... resepi asal dari blog kak nor secubit garam...sorry eekk ..guna h/p ni wat entry idak ler reti teman nak back link ke blog kaknor tu...apa pun tq kak nor dgn resepi marvelous nie...
korang nak tahu...as me ni kan alergi sikit dengan lactose...(lactose intolerate) ..maka nyer...menjamban lah ai lepas makan tak beringat pie yg sungguh sedap nie...(siapa ruh p gatai add in berlayer2 cheeze..hambik!!!)
korang nak tahu rasa this pie...mmmm....macam makan kentang lecek ber inti kelipap...n masin2 cheezy...mmm camnor nak describe eekk...yg pasti bagi peminat cheeze n kentang putar...you'll like it...!! Sodap bak itu!..
oklah..meh buat sendiri this pie yg mudah nie..n korang rasa sendiri kelazatan nyer...
Sumber: Kaknor Secubit Garam ( http://www.secubitgaramnor67.com/2012/10/shepherds-cottage-pie.html?m=1)
diolah mengikut bahan yg ada oleh cik azue bam bam..
kalau nak resepi asal g link di atas..klu nak ikut resepi cik azue..tak jadi..jgn marah na...
Bahan Inti:
1 pek daging kisar, 1 pek sos bolognese maggie, 1 labu bawang holland, 3 ulas bawang putih, sos cili, sos tomato, air, garam n gula.
Tumiskan bawang sampai layu n wangi...masukkan daging..goreng hingga kecut..masukkan air, sos bolognese, sos dan garam gula sesedap rasa. Gaul sebati dan goreng lagi hingga pekat n likat. set aside and wat base kentang.
Bahan kentang:
Kentang, susu segar, serbuk lada sulah, garam, mentega
kentang dibasuh n dibuang kulit..potong kecil n rebus sampai empuk. Sejatkan air lebihan (cik azue rebus sampai hampir kering terus air dia..no membazir kanji)...dan lenyek halus kentang. campurkan 2 sudu besar mentega/butter+serbuk lada sulah+sesedap rasa garam dlm kentang lenyek. Gaul sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit until dpt kepekatan/ kelembutan yg dikehendaki. letak sebelah yer...
Assembly:
ambil bekas tahan panas..sapu mentega keliling..pastu layerkan ditepi n bawah dgn kentang putar. letak cheezedale di atas kentang tadi n letak pula inti daging n lapis lagi dgn cheeze di atas nyer.. (cik azue guna cheese sbb ommit white sos tuu)..pastu bubuh lagi balance kentang menutupi semua permukaan inti dan cheese...letakkan parutan cheezy di atas sekali. bake dlm suhu 180-200 hingga perang yer permukaan dia...
lepas masak..sejukkan sikit...utk mcm cik azue nyer version..kena sejukkan betul2 baru dia keras sikit..klu tak .. dia lembik2 ..kak nor..pagi ni masa panaskan balance utk sarapan the boys...bila cheese yg dilapisan dlm tu sejuk...pie tu elok keras dier...n makin sedap...semlm tu kita org mkn masa masih suam2... n cheesedale tu masih mengalir.. .tu kut dia jadi cam lembik..apa pun tq sis atas quick respond akak...
so kawan2 .... apa lagi... meh try meh...klu yg alergi cheese cam cik azue..korang jgn ler layerkan cheese tu melampau2 cam cik azue ya...
oklah bubai...jgn tak try ya...

Monday, March 25, 2013

Simple Trifle Pudding...

As Salam...
Dear Readers ..
Nie air tangan orang tak berapa nak sehat....
base tu kek coklat tunjuk ajer...
nak resepi?.. resepi ni dpt dari kawan..tapi as usual..ada resepi..tapi belasah juger ikut dan apa benda ada kat umah kiter... tadaaa...jadik lah..tapi kek base tu nak kena wat sendiri lah..kek tunjuk ajer ni tak sodap di tekak ku..hihihi..oklah..kasi resepi lah kat kau orang...
Bahan utk Base
Kek ikut suka nak flavor apa...potong2.. susun rapat n padat2 ya..pastu cik azue bancuh sikit hot chocolate cadbury pekat2..jirus atas kek tadi kasi lembap..n letak tepi..
bahan utk kastad simple
1 tin susu cair + 3/4 tin air (sukat ikut tin susu tadi) + 4 sudu besar gula + 3 sudu besar tepung kastad di masak atas api perlahan sampai pekat n likat n berkilat. pastu tuang atas base kek tadi...
bahan toping
cik azue guna ready made pudding jelly....susun atas kastad tadi..klu guna buah koktail pun boleh yer... pastu masak agar2 segera (cara ikut arahan pada pek yer) dan tuang/sendukkan ke atas kastad tadi..slowly ya...pastu ..siap lah yer...simpan peti yis n makaN!!..
senang kan...t cik azue nak wat versi lain plak..semlm tgk nigella wat buah bery trifle..pergh...mengancam....t eee kita wat lagi...
ohh ya... semlm chenta bawak kami pusing2..jenjalan tgk tasik biru kat kuang..see...beh tul...nyaman...
ok bubai...layanz...


Thursday, March 21, 2013

Kek Span Mousse Keju Limau Mandarin

As Salam...
Dear Readers...
ampun...cik azue lupa nak muat naik resepi belasah jer masak ..janji kenyang ...untuk kek yg cik azue wat untuk my chenta hati nyer besday hari tu...hihihihi..sesapa yg try idak menjadi...jgn marah yer...janji korang try lagi yer..cik azue pun bukan teror..gamble try buat..ada hari jadi..ada hari tuuu.....TOBAT haku nak wat dah aaiihhhh!!!!
Jom tgk bahan2 nyer...
bahan A
5 biji puteh telur + 3/4 cwn gula kastor + sesudu teh perahan lemon..pukul sampai jadi meringue...iaitu bila kita terbalikkan bekas ia kaku..tak tumpah k...
bahan B
5biji kuning telur + 1/2 cwn gula kastor ..dipukul sampai gebu...then masukkan 3/4 cwn jus limau mandarin..kaup balik dan 180g tepung gandum + 3 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar baking powder diayak 3 kali dan dicampurkan dlm adunan telur tadi..kaup balik sekata dan satukan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B..
bakar sehingga masak dalam oven (oven dah dipanaskan dulu yer) dgn kepanasan 180 degree selama 45 minit atau hingga masak.
bila kek dah masak...keluarkan kek n terbalik kan terus atas redai supaya kek tak mendap ke dasar...
Mousse Keju
250g cream cheese yg dilembutkan dipukul dgn 60g gula castor hingga sebati. Masukkan puree limau mandarin (suka hati nak brapa biji pun..cik azue guna 4 biji limau buang biji kulit..blend n tapis..ambil hasil tapisan ajer...saring air nyer keluar n dapat ler puri nyer..) kacau sebati dan letak ketepi.. dlm bekas lain..pukul 200ml whipping cream sampai kaku dan masukkan dlm adunan tadi.. lps tu larutkan 2 sudu besar gelatin dalam 1/2 cawan air dan masukkan dalam adunan tadi.
Assembly kek.
Kek potong ke beberapa bahagian.
masukkan kek dlm spring foam pan... masukkan mousse atas lapisan kek pertama..letak kepingan kek kedua.. bubuh mousse dan letak kepingan kek seterusnya. lastly pada lapisan terakhir...bubuh semua mousse dan simpan dalam peti ais...pastu bila dah keras mousse dier boleh kuarkan dan hiaskan ikut suka..
dah siap... sila buat yer... mousse tu agak cair yer..jgn plak t ada yg email plak tanya pasal cik azue wey cair semacam ajer...hihihi...memula tu cik azue pun cuak sbb ia cair...lastly..hihihi..alhamdulillah...menjadi...n mereka (kawan office) ckp..oshem!!!
ok..selamat mencuba...
p/s..
hari ni tak g kerja n tak g klinik even sakit perut n sakit pala tuhan yg tahu...tapi waktu cikazue wat entry ni dah ok sikit pala nie..tinggal sakit perut ajer..tgk ler mlm2 t kut baru p kinik dgn chenta...tak larat la nak drive or ride today..k..nak sambung tido sambil layan tv..kekanak ribena junior kat taska..umah plak mcm tongkang pecah.. aduhai..badan plak tersangat ler KO..huhuhu...

Monday, March 18, 2013

Homemade Lamb Chop...(16/03/13)

As Salam...
Dear Readers...
Last saturday...pagi2 cik azue dah start marinate the lamb..mmmbbeekkk...punyalah awaikan marinate...dasar terpengaruh dgn crita at 707 - Hunger for Wild...sementara semua bahan perapan n stock lamb ada dlm peti ais kans..cuba tiada...makan hati lah beta...
so lps habis senaman that evening (rujuk entry sebelum) cik azue pun turun dapur (siap mandi dolu yer...) n prepare the garden salad n kentang putar... lamb mmbbeekkk tu cik azue bakar dlm pemanggang ajaib..setiap belah masak in 15mins baru turn n masak balik dlm 15mins... aroma nyer..pergh...budak2 pun tak sabar...pastu goreng kentang sikit...kikiki..nak resepi ker? ok..ai share yer..
Bahan perapan
Halia, bawang puteh, lada hitam, (jumlah agak2 ikut kuantiti daging,) ditumbuk lumat. Daun oregano, thyeme dan rosmary di blend agak halus, masukkan semua tambah brown sugar n garam secukup rasa.. gaul2 rata n perap lebih dari 2 jam at least.
Kentang Putar
Rebus kentang sampai empuk dan smash halus semasa panas (sila buang air lebihan klu ada)..n tambah sesudu marjerin, lada sulah n susu..gaul sebati n ready.
Garden Salad
Kobis, carrot, daun salad diracik halus. Tomato ceri di belah 4, apple hijau n merah dipotong dadu. Masukkan perahan lemon, gula, garam n mayonis gaul sebati n simpan petiyes..kikiki...
Sos Black Paper
Bawang holland (bawang besar kuning) dipotong dadu. Lada hitam di blend halus.
Tumis bawang dlm minyak+butter sampai layu n masukkan lada hitam tadi..pastu masukkan air sikit n garam gula. Bila dah didih..kalau kurang hitam, masukkan kicap..dlm kes di atas..cik azue masukkan sos perapan bbq yg tersilap ambik beli..n tak yah dah masukkan tepung kasi pekat..
ok...sekarang kamu org leh cuba yer resepi belasah ajer nie janji kenyang... kalau tak sedap kat tekak korang..sila marah diri sendiri sbb cik azue bukan blogger otai masak2... ai masak main campak2.. bereksperimen jer dgn apa yg pernah tgk n rasa..study blog sana sini..n combine ikut mana jer ada bahan yg ada kat umah ai....janji ai try..klu sedap..buat lagi..klu tak sedap..nanti2 study lagi n try lagi...
so korang...ada brans nak gamble try??!!..
p palang s..
JImat rm22++ utk sepinggan lamb chop kat kedai...kami 4 org...so kira sendiri brapa cik azue jimat..n for korang info..jejaka bertiga + mak budak (yg kekonon nak diet tu)...bersandaran kekenyangan lastly mlm tu...


Saturday, March 16, 2013

Kek Coklat lava - Minum Petang (16/03/13)

As Salam...
Dear Readers...
Tengah sejuk kan badan ni..baru lps eksesais..10km endurance cycling in 30mins + 100x skipping + 10x push up...tergigil kaki..selalu cycling guna tension no#2.. ni trainer ku suruh tukar tension #3 utk 8km..yg 1st km n last 1km..guna no2...  tak per...janji peloh toksik ni kuarkan... oh ya.. molten chocolate lava kek tu wat minum petang tadi..kat umah ni tetiba bertambah anak dara sorang..(anak jiran sebelah)..dari pagi dia nak duduk di sini..layan kan ajer lah..so..kalau siapa nak try..meh amik resepi yg cik azue menderhaka sikit yer..
Bahan2:
300g dark chocolate
160g butter..
~ 2 bahan ni dicairkan secara double boiler... sejukkan sikit...pada masa yg sama..heat up oven pada suhu 180 C yer..
5 biji telur ayam +  180g gula aising dipukul hingga agak puteh...
40g tepung gandum + 20g serbuk koko diayak..
bila campuran telur dah agak puteh..masukkan coklat cair yg dah sejuk sikit tu sikit demi sedikit...kaup balik sebati....then masukkan campuran tepung sikit2.. kaup balik sekata..pastu masukkan dlm muffin cup 3/4 penuh n bakar selama 15 mins...kalu ia merekah or menjadi volcano pun tak per..bila dah suam..kuarkan dari cup tadi n terbalikkan atas piring...wallah...ayak sikit aising sugar klu sempat..bagi kes cik azue..memang tak sempat lah..hahaha..laju jer budak2 ni habiskan...utk yg tak gemar rasa dark coklat..bleh juger mix sikit dgn milk coklat...apa pun... tgk tekak masing2 lah yer...
hihihi..pas makan jgn lupa senam yer...
oklah..korang layans...
ai nak g mandi n nak prepare special dinner utk mlm ni plak...
bubai..muah2x..


Tuesday, March 12, 2013

Monday ... Mind day...

As Salam...
Dear Readers...
Projek sulam nametag dah pun selesai...thanks Chenta for your effort helping me settling the order.... (sengih pai tinga...kikkiki..)
yang tu plak..sampel warna kain 4 sulam nametag utk rujukan pihak terbabit... nanti weekend cik azue upload naik yer dlm tab sulam kuazue....ehhh..ehh... korang yg penyulam otai2 sekalian...rega benang sulam semakin naik eekkk ??!!... haaiihhss....
cik azue pun baru perasan masa beli benang tu hari...mahey tul...
ok pas tu....letis2 (letih jiwa sebenarnya dari letih badan..) tu siapkan dinner juger lah...and the menu is...nasi puteh...kobis goreng...telur masak kicap n lastly goreng cili api pekasam ikan belida (MIL homemade) fuuiihhh ...nikmat tak terkata...pekena dgn nasi panas...sayang tak bleh mkn byk....yer lah... semakin berumur semakin cik azue tak dpt menerima benda2 yg masin n manis..alhamdulillah..so far no penyakit kencing manis n darah tinggi...memula tu cuak juger..asal amik dua ni sure pala tak hingat sakit..p check tekanan darah n blood sugar .. result ok...check2 agi..baru doktor tahu ia disbbkan darah itu sendiri...bila darah mjadi pekat..oksigen akan kurang...so kena amik lebey air klu amik this 2 items..baru pala tak sakit...sure korang agak penin...sila abaikan yer...kurang penting...
then nak crita plak ttg book yg baru dpt today.."Nota Hati Seorang Lelaki.." karangan ustaz Pahrol Mohd Juoi....baca pengantar pun dah tertusuk hati ku....
" Carilah kebaikan..milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan....kebaikan bukan hanya pada yg harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh....tidak cukup kita menjadi baik...tetapi berilah kebaikan....kerana kebaikan itu akan pulang semula kepada kita...."(NHSL)
Then pastu tertusuk lagi dgn satu soklan mak org... "agak2 cik azue lah...nanti2 insha allah...cik azue nanti akan jadi mak mentua yg CEREWET  tak?. yer lah saya tgk semua benda kat umah tu cik azue buat sendiri..no org gaji..masak..menjahit...agak2 sayalah..sure nanti cik azue nakkan menantu perempuan yg 200% kan perfect..?..."
Sejujurnya...cik azue terdiam...tersenyum dan terus terpikir...Alhamdulillah ... thank you Allah utuskan insan ini untuk bertanya...ghupanya dalam cik azue ingat tiada yg ambil kesah...masih ada yg ambil kisah..menilai diri siapa cik azue...n sejujurnya pujian itu menakutkan cik azue...cik azue tidak perfect..cuma bljar menjadi sesempurna MAK dlm nembesarkan kami...masih byk yg kurang n harus diperbaiki..sungguh...hanya zat Rabb yang tahu siapa diriku ini...
berbalik kpd soklan itu...dgn tersenyum...dan ilham ilahi..cik azue menjawab... " in shaa Allah..cik azue akan CEREWET..bukan pada Menantu..tapi pada diri sendiri n anak2...krn apa yg cik azue buat skrg akan menjadi pertaruhan akan datang...kalau cik azue tak cerewet sekarang dlm mendidik diri n anak2.. tak payah lah cik azue nak cerewet pada  menantu akan datang...krn menantu itu adlh pilihan anak2 berdasarkan didikan cik azue skrg.. klu ke arah agama..in shaa allah mrk akan mencari yg beragama dan begitu lah sebaliknya..Solehah kita...soleh n solehah anak2 kita n soleh n solehah lah menantu dan cucu cicit generasi kita..pokok pangkal nya CEREWET itu harus pada diri sendiri dulu...in shaa Allah semua nya akan OK.."
dan si penanya pun tersenyum n mengangguk2 kepala..semoga dia berpuas hati dan juga dapat mengambil pelajaran...
So as menantu...dimanakah aku kpd mertua ku dlm mencapai cinta Ilahi..cinta Chenta ku...yg mana reflaksinya bagaimanakah nanti perlakuan menantu ku kalau beginilah perlakuan ku kpd mertua ku.....??!!"""".
Thank you Allah atas utusan yg tidak kusangka2 itu... "Mak..Ampunkan segala kekhilafan menantu mu ini!!..."..




Friday, February 1, 2013

Pelangi Senjaku MENJADI lah wey !!!!

As Salam...

Dear Readers..

Sorry yer.. this week no jahit2 posting yer.. might be next week so on lah yer.. I am not in the mood..moody ajor memanjang bila duk godek projek yg satu itu.. huahaha...
Minggu nie sessi mengejeskan air liuer kowang yer.. AMPUN yer otai2 ku sekalian.. korang lagi very the very teror yer...
and untuk tidak melupakan diriku sendiri.. ai tepek sini step by step yg ai buat supaya lain kali tak silap lagi...so.. sesiapa yg terngejes liur tu.. sila salin n buat sendiri HOKEY..!!

korang ingat tak lagi kesah Pelangi (tak verangan) ku nyaris musnah?? entry last year dedulu?? Nie kes mencabar diri sendiri lah nie kowang... n see lah the result nyer...(Lompat2 bintang berkali2..n senyum sampai ke telinga..!!Alhamdulillah)

Sebelum di terbalikkan
Lepas diterbalikkan

Bedah Siasat
 As tak melupakan akan diriku sendiri.. here is the resepi..

Cara nak wat puding nyer..

sesudu besar gula pasir dalam loyang dan dipanaskan atas api sampai jadi karamel

Karamel yang terjadi dan disejukkan

3 biji kuning telur and 2 biji telur (Gred A)

Koyak sebati the telur2 sekalian

Tambah 70g gula castor + setin susu cair dalam telur tadi dan tuang atas karamel di atas n letak tepi

 Cara Buat Meringue nyer..
6 biji telur putih (3 dari  puding tadi,, n 3 yang baru)

pukul sampai berbuih gini

baru tambahkan 70g gula castor n  sesudu teh cream of tar tar / jus lemon pukul dgn kelajuan tinggi hingga jadi soft peak

berhenti memukul bila nampak bertanduk..

 CARA Nak buat bahan kek
3 biji kuning telur + 70g gula castor + 50ml minyak masak + 130 air

pukul hingga putih n gebu

masukkan 140g tepung gandum + sesudu teh baking powder (yg telah di ayak sebati) dan kaup balik sebati

masukkan adunan meringue 1/3 over 1/3 dan kaup balik sebati ke dalam adunan di atas tadi

bahagikan mengikut warna2 kesukaan anda

mulakan 3 sudu setiap kaler ditengah2 loyang dan utk pusingan seterusnya.. kurangkan jumlah sudu nyer...

 bakar secara bain marie atau water bath selama 60 minit oada suhu 150C (mengikut oven masing2 yer)


 lebihan adunan kita bakar dulu.. supaya kekanak ribena diam n ibu leh wat kerja lain..
ok lah.. hope korang enjoys yer with the view...happy Friday you all... n nanti ptg cik azue masukkan entry salam penghulu hari lain yer.. nak g opis dulu.. nanti mem marah ... muahaha...

wasalam..