Followers

Showing posts with label tempahan sulaman. Show all posts
Showing posts with label tempahan sulaman. Show all posts

Monday, May 7, 2018

Cerita di belakang tabir tempahan

Entri: # 228
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue tunjukkan serba sedikit apa yang berlaku di sebalik sebuah tempahan dan hasil kraf ya.




Ini proses sulaman tempahan sulaman tanda nama jawi yang secara pukal oleh sekolah. Berbaki 3 darjah lagi. Dan nampak gayanya, kena kerja lebih masa lah minggu ini untuk selesaikan segera tempahan ini. 

Selepas ini, ada satu lagi tempahan pukal tempahan sulaman tanda nama jawi dari sekolah agama juga. Cadangnya, mahu diselesaikan selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan ini.



Ini pula adalah kain lebihan atau perca kain yang dibuat sulaman tanda nama di atas. Hampir penuh sudah satu bekas ini. Nampaknya, ini juga akan menjadi kerja buat cik azue. 

Ya, selain menyulam, cik azue juga menjahit selimut tampal cantum. Cadangnya, mahu dijahit sebagai stok sedia jual bersaiz selimut bujang aka selimut saiz 'single'.

Namun, kita merancang, Allah juga merancang. Dan pastinya perancangan Allah itu lebih baik buat hambanya.

Jumaat minggu lepas, 4 Mei 2018, cik azue ada temujanji di klinik pakar bedah am hospital sungai buluh berkaitan perut dan gastrik cik azue. Nampaknya, cik azue kena buat kajian pH asid perut pula pada hari khamis dan jumaat nanti, in shaa Allah.

Nanti cik azue sambung kisahnya lagi ya.
Cik azue nak sambung potong dan bakar tepi nametag dulu ya.

Wasalam.

Thursday, May 3, 2018

Endometriosis dan Sakit Kepala

Entri: # 227
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Ini kisah lontar belakang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disember 21, 2017

Sakit kepala.
Sakit kepala yang amat sangat. Dek kerana sudah selalu sangat rasa sakit kepala, maka, cik azue utarakan rasa ke group Endometriosis.



Sakit kepala ini pernah doktor bagi ubat migrain paling kuat bagi menyelesaikan masalah, alhamdulillah, bertahan 2 atau 3 hari, kemudian diuji lagi dengan sakit kepala ini.

Sakit kepala kemudian sakit perut hingga rasa nak berguling.

Macam ini lah kehidupan setiap hari. Hari ini sakit perut, esok sakit kepala dan sakit perut. Esoknya pagi ok, malam sakit pulak. Macam itu lah kehidupan penderita kronik adenomyosis dan endometriosis.

Memburukan lagi keadaan ketika itu, cik azue sedang menjalani 'medical menopause' iaitu sejenis keadaan putus haid disebabkan oleh penggunaan ubat.

Cik azue ketika ini doktor minta ambil pil Danazol (sejenis pil hormon dengan hormon lelaki) sebanyak 400mg setiap hari sebagai persediaan bagi menjalani prosedur bedah histerektomi.

Mengikut perubatan, pil hormon Danazol ini akan merencatkan pengeluaran hormon wanita dan mencetuskan keadaan putus haid bagi kebanyakkan wanita. Tetapi bagi cik azue, ia masih tidak diizin Ilahi untuk berfungsi sepatutnya macam yang telah diberitahu tuan doktor pakar.

Bertabahlah cik azue ketika itu menghadap ujian sakit kepala dan sakit perut macam nak meneran bersalin itu setiap hari. Belum lagi efek menopos yang dirasai.

Jadi, itulah dia sebahagian derita penderita adenomyosis dan endometriosis.

Kisah ini telah berlalu. Alhamdulillah. Cik azue semakin kuat hari ini.

Terima kasih atas doa kalian buat cik azue.



Hari ini cik azue sudah mula menyulam.
Membantu encik chenta menyulam menyiapkan baki tempahan sulaman tanda nama yang diterima dari sekolah-sekolah sepanjang cik azue cuti bedah tempoh hari.

Oklah. Sampai sini dulu.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 2, 2018

'Update' Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 226
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue muat naik dulu koleksi tempahan sulaman tanda nama yang belum sempat gambarnya dimuat naik sepanjang cik azue tidak begitu sihat.

Maaf ya tuan puan yang menempah, gambar baru hari ini dapat dimuat naik ke sini.

Ini fasa 1 dulu ya.


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 24 keping (12keping ×2nama)


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 8 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 2 nama
Jumlah kuantiti: 6keping (3keping ×2nama)


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 10 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Ungu cair
Benang: hitam
Jumlah nama: 1nama
Jumlah kuantiti: 3 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Merah
Benang: Putih
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 3 keping


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: Biru (kod benang 1154)
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 15 keping


Tempahan sulaman: Personal tag nama (RUMI)
Kain: Kuning
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 9 keping


Tempahan sulaman: Personal tanda nama (RUMI)
Kain: Putih
Benang: hitam
Jumlah nama: 1 nama
Jumlah kuantiti: 10 keping


Tempahan sulaman: Pukal tanda nama (JAWI)
Kain: ikut darjah
Benang: ikut darjah
Jumlah kuantiti: 872 keping

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih buat para penempah yang sudi menyokong cik azue dan suami.

Yang mana nak tahu apa beza antara tanda nama dengan tag nama, mohon rujuk gambar di bawah ini.


Saiz A adalah saiz standard tanda nama manakala saiz B pula adalah saiz bagi tag nama.

Tag nama ini selalunya mak-mak tempah untuk dijahit macam label pada pakaian atau peralatan anakanda.

Bagi yang berhajat untuk menempah, kalian boleh berkunjung ke kedai blog cik azue, KERAIH LENGAN KUAZUE bagi mendapatkan sebut harga tempahan sulaman tanda nama atau lain-lain produk.

Sekian. Nanti cik azue sambung fasa 2.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Monday, April 9, 2018

Bila sakit itu menyerang dan Tempahan Sulaman alas meja

Entri: # 219
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Disember , 2017



Waktu ini sakit ini menjadi semakin kuat. Tapi masih lagi cuba berkuat memandangkan target siapkan tempahan sulaman semakin mendekat.

Allah hu rabbi.
Sakit ini berada pada skala 8/10 skala kesakitan.

Esoknya (Disember 08, 2017), sakit itu masih tidak berubah pada skala yang sama. Masih lagi cuba bertahan dan buat-buat tidak sakit. Cadangnya mahu ke klinik sahaja ambil suntikan tahan sakit malam nanti lewat encik Chenta balik dari kerja.



Sudahnya ke bahagian kecemasan Hospital Selayang lagi malam itu dan mendapatkan suntikan morfin dan dibenarkan keluar beberaja jam selepas itu kerana cik azue tidak mahu masuk di wad untuk tujuan pemantauan oleh doktor perubatan.

Sama sahaja dipemikiran cik azue. Tiada apa pun yang akan dilakukan selain dibuat pengurusan kesakitan ('pain management').



Biru lebam tangan bila sering dipasang cabut branula untuk setiap kali datang untuk dapatkan suntikan ubat penahan sakit

Namun sebelum itu sempat juga cik azue berbalas mesej dengan tuan punya tempahan untuk memberi tahu bahawa tempahan itu akan menjadi agak lewat sedikit.



Terima kasih puan yang tersangat memahami keadaan kesakitan itu.

Jom kita tengok proses menyulam alas meja tersebut ('gigih sungguh tu ambil gambar dalam duk sakit sangat tu!').

Mengikut lakaran dari puan penempah kawasan yang ingin disulam.
Cik azue tanda margin untuk disuai padan dengan grid sulaman.



Proses sulaman pertama menggunakan benang hitam.


Proses sulaman kedua, menyulam 'outline' setiap huruf dengan benang putih.


Proses sulaman ke 3 dan ke 4, sulam logo dan 'outline' sudah tiada gambar kerana badan dah menggigil menahan sakit. Maaf ya.

Jom tengok hasil akhirnya pula.


Dan yang terakhir ini mesej dari puan penempah lapik meja ini. Terima kasih nah puan.


Sampai sini.
Ada kesihatan nanti cik azue sambung lagi menulis ya.
Tapi jangan marah tau, cik azue menulis versi lontar belakang dulu buat masa sekarang ini.

Wasalam.
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 19, 2017

Tempahan kembali diterima

Entri: #197
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 21, 1438H
(18 April 2017)

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah.
Mak Ku paksakan diri untuk bangun dan bekerja.

Abang putih ini sudah hampir sebulan berehat selepas balik servis major di HQ Brother di Petaling Jaya.



Lembut sahaja bunyi ayunan tika mesin sedang menyulam berbanding minggu-minggu terakhir di bulan Mac nan lalu.

Semoga kesihatan ini mampu bertahan walau bibit-bibit rasa yang seolah-olah menghiris urat perut kembali dirasai.

Bagi yang ingin membuat tempahan, kalian boleh tinggalkan pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 013-2700020.

Minta maaf, buat masa sekarang ini, Mak Ku tidak mahu menerima sebarang panggilan talifon ya. Jadi, jangan talifon jika mahu membuat tempahan.

Sekian, wasalam.

Love,
~Mak Ku~
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 31, 2017

Masih menyulam tanda nama Jawi

Entri: #191
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awal 02, 1438H
(31 Januari 2017)

Salam kasih sayang.

Hari ini sudah sampai ke hari terakhir dalam bulan pertama tahun 2017.


Ketika entri ini ditulis, berbaki lagi 2 frame sulaman untuk disulam bagi warna kain dan warna benang ini.

Selepas itu akan beralih kepada warna kain dan warna benang yang lain pula.

Malam nanti, sementara mesin sulam kita bagi berehat, kerja-kerja kemasan akhir akan terus dilakukan.

Pecut untuk siapkan pada minggu ini juga. Semoga segala urusan dipermudahkan Ilahi.

Yang ingin menempah, kalian terus whatsapp cik azue ke nombor 013-2700020 ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Monday, January 30, 2017

Tempahan Sulam Nama pada Pakaian

Entri: #190
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awal 01, 1438H
(30 Januari 2017)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Hari ini, Alhamdulillah, cik azue sempat selit satu tempahan sulam nama pada pakaian.

Terima kasih sue kerana menempah dengan cik azue.


Sulam di seluar sukan.


Sulam di baju T.


Sebahagian pakaian yang telah disulam (gambar ehsan FB puan penempah)

Sebenarnya, sulam pada pakaian yang sudah siap dijahit sepenuhnya adalah agak sukar sedikit untuk dilakukan.

Ini disebabkan oleh faktor seperti ruang bukaan baju atau seluar yang agak sempit serta kadang kala, kain sudah mempunyai kedutan dari getah pinggang yang terpasang.

Namun kerja ini dapat diselesaikan dengan menggunakan 'frame' atau pemidang sulaman yang paling kecil, bersaiz 60mm × 20mm. Alhamdulillah.

Sebagai makluman, untuk khidmat sulaman nama terus seperti ini, kadar upah adalah sebanyak RM2.00 bagi setiap nama dan lokasi sulaman (ada yang mahu satu cadar dengan 2 nama).

Saiz tinggi huruf yang disulam pula adalah 7.2mm.

Jika kalian berminat, bolehlah hubungi cik azue melalui aplikasi Whatsapp : 013-2700020



Selesai urusan, kembali menyulam baki 2 kelas lagi tempahan pukal ini.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan ya.


Wasalam
posted from Bloggeroid

Friday, January 27, 2017

Bila Cik Azue Menyulam

Entri: #189
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 28, 1438H
(27 Januar 2017)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Salam penghulu hari buat semua.



Hari ini cik azue masih meneruskan kerja-kerja sulaman dan kekemasan bagi tanda nama jawi bagi tempahan pukal sekolah.

Terima kasih ustazah di atas kepercayaan ini. Tahun ini sudah tahun ke tiga atau barangkali tahun ke empat kita berurusan.

Teringat lagi pada penghujung tahun 2015, pada ketika cik azue memang seringkali keluar masuk wad dek ujian kesihatan, terasa bagai mahu ditolak sahaja tempahan yang menjelma.

Alhamdulillah, atas kerjasama dengan tuan CEO, tempahan para pelanggan setia tetap kami terima ketika itu dan sehinggalah kini.

Terima kasih banyak-banyak buat kalian atas kepercayaan selama ini buat cik azue dan suami.

Berbalik kepada cerita sulaman. Beginilah setiap kali selesai sulam. Semak balik setiap ejaan, tanda mana yang rosak dan perlu ulang sulam dan terus kemudian buat kemasan akhir pada setiap keping nama.

Susah?
Tidaklah begitu susah dan renyah apabila kita suka untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Nasihat cik azue buat penyulam tanda nama yang baru berkecimpung.

Janganlah kalian buat perkara ini semata-mata kerana mengejar nilaian ringgit semata, kelak kalian sendiri akan terasa lelahnya.

Buatlah atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Fahamkan.

Sampai sini sahaja. Nanti cik azue sambung lagi ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Sunday, March 27, 2016

Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: #159
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir, 18, 1437H
(27 March 2016)

Salam kasih sayang.
Hari ini cik azue maklumkan tentang harga baru bagi tempahan sulaman tanda nama atau pun tempahan sulam nametag.





Ini terpaksalah dilakukan memandangkan hampir 100% kos bahan termasuk elektrik telah naik. Makanya, suka atau tidak, terpaksalah pihak cik azue menaikkan harga tempahan bagi menampung kos tersebut.
Jangan serik yer dan berharap sangat kalian memahami.

Jom tengok pula tempahan kecilan sepanjang minggu. Terima kasih kerana memahami situasi cik azue yang tidak seberapa sihat kebelakangan ini.







Alhamdulillah. Selamat di pos dan di ambil oleh tuan punya tanda nama.
Yang berminat nak menempah, boleh WA ke no 013-2700020 yer.
Yang ada mesin sulam dan berminat nak belajar secara online pun boleh WA. In shaa Allah cik azue bantu setakat mampu.

Oklah sampai sini dulu.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam.

~Azuriyah Mohamad @ 1.35pm~
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 8, 2016

Kisah 2 minggu nan lalu

Entri: #155
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awwal, 28, 1437H
(8 March 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang

Terima kasih atas setiap doa dan ingatan.
Sebelum cik azue meneruskan entri-entri yang lain, kita imbas aktiviti tempahan sulaman tandanama pukal terakhir untuk sesi kali ini.

Alhamdulillah atas nikmat yang diberi.


Cantikkan nama anak-anak ini.


Selesai sulaman, proses kemasan benang dan potongan ikut nama, kemasan tepi (bakar) lalu dipek ikut nama dan darjah.
Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Dah selamat sampai pada sekolah yang menempah dan sejurus selepas itu, cik azue tutup mesin dan terpaksa berehat untuk baik pulih masalah kesihatan.

Kalaulah badan ni ada alat tukar ganti, habis banyak benda akan ditukar ganti.
Alhamdulillah atas nikmat kesihatan, jadi dapatlah memanjakan diri.

Oh nak tahu kenapa? Cik azue tetiba mengalami simptom kekurangan darah.

Oklah, nanti cik azue sambung lagi.
Terima kasih cikgu, ustaz dan ustazah yang sudi menempah tanda nama sulam dengan cik azue.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Sekian,
Wasalam

Alfatihah buat semua mangsa MH370
Semoga kalian tenang dalam pemeliharaan Ilahi. (Taip ni dengan linangan air mata)
posted from Bloggeroid

Friday, February 19, 2016

Kemaskini aktiviti 'hilang'

Entri: #153
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awal 10, 1437H
(19 Februari 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Wah lama sungguh cik azue bertapa.
Sibuk menyelesaikan terapi ubatan dan sibuk juga menyelesaikan tempahan sulaman tanda nama.





Alhamdulillah.
Minggu ini cik azue sedang berusaha menyelesaikan tempahan pukal terakhir buat sesi kali ini.



Terselit beberapa tempahan personal juga. Sengih!

Oklah, nak sambung kembali kerja tertangguh.

Hingga berjumpa lagi.
Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Thursday, January 14, 2016

Saya Kembali

Entri: #147
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 4, 1437H
(14 Januari 2016)

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Salam kasih sayang buat semua.
Selamat tahun baru 2016 (nak ucap juga walau sudah terlewat 14 hari).

Alhamdulillah.
Hari ini cik azue menyambung kembali tugasan menyulam.

Separuh diri ini terbang bila mesin sulam ini tiba-tiba terhenti dan terus terlekat di situ. 


Alhamdulillah pada ketika itu hanya yang belum siap disulam adalah bagi darjah 2 dan yang perlu ulang sulam sahaja dek rosak sulaman atau salah ejaan (guna ejaan lama sedia ada dalam simpanan).

Hari ini cik azue memulakan balik rutin mesin ini.



In shaa Allah menjelang esok akan siap sepenuhnya dan bolehlah Sabtu nanti dihantar pada sekolah.

Terima kasih ustazah kerana memahami.

Nak tahu apa jadi pada cik azue selama mesin ini tiada di samping?

Woohaa...hari-hari sakit berguling. Hari-hari ambil pil penahan sakit.
Benarlah, bila kita suka berbuat sesuatu perkara, sakit pun boleh lupa, dan bila kita susah hati, sakit itu akan bermaharajalela.

Ibrah di sini, kita haruslah menggembirakan diri atau orang yang kita tahu sedang sakit kerana bila gembira, pasti sakit itu tidak terasa.

Itu sebab bagi pesakit kronik, doktor perubatan akan minta keluarga terdekat menggembirakan hati pesakit.
Itu sebab orang sakit kronik yang semangat kuat serta selalu gembira dan positif dapat melawan agakan tempoh hayat berdasarkan perubatan.

Apa pun cik azue bersyukur, sakit ini anugerah. Sakit ini kifarah. Moga terampun dosa.
Tak mengapa sakit di dunia, sekurangnya ada juga tempat mengadu.
Sakit di SANA - padan muka lah! (nauzubillah)

Tetapi sesungguhnya perlulah kita fahami, setiap apa yang terjadi tidak sesekali terjadi secara sia-sia.
Cuma kita sahaja suka mensia-siakan peluang diberi.

Allah hu akhbar! Besarkan kasih sayang Ilahi buat kita hamba Nya.

Sampai sini sahaja.
Hingga di lain masa.

Maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam

*tempahan sulaman hanya diterima bagi pengeposan / kutipan Februari 2016 sahaja*
posted from Bloggeroid

Friday, December 25, 2015

Masih ber "Nametag"

Entri: #145
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Awwal 13, 1437H
(25 Disember 2015)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Rasanya belum terlewat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul.

Maaflah. Dah lama cik azue berdiam diri.
Permulaan baru.
In shaa Allah akan terus menulis di sini.

Seperti kebiasaan, apabila hujung tahun dan awal tahun, lambakan tempahan sulam tanda nama kan selalu berlaku.

Alhamdulillah, walau diri teruji, masih juga dapat bertahan demi mencari rezeki dan menunaikan amanah para penempah.



19 bungkusan terakhir pos laju yang telah selamat sampai ke tangan para penempah sekalian.
Terima kasih tidak terhingga.

Hari ini, setelah beberapa hari pulang ziarah mak di kampung encik chenta, cik azue menyambung tugasan bagi sulaman tanda nama untuk tempahan SRA.



Terima kasih ustazah atas tempahan tahun kedua.
In shaa Allah akan diusahakan siap seperti dijanjikan.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid