Followers

Tuesday, April 15, 2014

Akademi Bekerja Di Rumah - Apakah itu?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Akademi Bekerja Dari Rumah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Siaran petang hari pula hari ini.
Sejak akhir-akhir ini, ramai pula yang bertanya cik azue apa itu akademi bekerja di rumah? Dan cik azue juga telah kongsikan sedikit mengikut pengamatan cik azue di sini pada awal pembabitan cik azue dengan akademi ini. Akademi ini adalah kumpulan sokongan buat cik azue setelah bergelar WAHM.
Jadi disebabkan masih ramai yang bertanya apa itu ADBR, cik azue tuliskan lagi tentang ADBR ini.


Ya untuk makluman kita semua, Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini adalah suatu perkumpulan wanita yang diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad yang mana  perkumpulan wanita ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada semua orang (kalau dulu kaum suri atau hawa sahaja, tetapi sekarang telah pun dibuka buat kaum ADAM juga) yang berhasrat untuk bekerja dari rumah, samada sepenuh masa atau pun separuh masa (sambil bekerja hakiki, namun jangan ada pula yang curi-curi masa buat kerja lain ketika masa sedang kerja hakiki, ya. Anda tahu risiko dunia dan akhiratnya. Kita tidak akan bincang di sini.) Khidmat latihan adalah melalui atas talian yang mana akhirnya kita dapat memulakan perniagaan di dalam talian yang mana merupakan fokus utama penubuhan ADBR. 

Siapa pula Puan Masayu Ahmad ini ya? Siapa dia yang berani mencetus ruang dan peluang sebegini dengan menghimpun begini ramai ahli yang terdiri dari mereka yang bekerja hanya dari rumah serta mereka yang sedang belajar untuk bermula dan bekerja dari rumah (yang buat separuh masa).
Anda tentu sudah kenal dan ada juga yang belum tentu pun pernah dengar nama beliau. Bagi diri cik azue, beliau dikenali dari dalam majalh mingguan wanita terlebih dahulu, baru kemudian mengikuti blog tulisan beliau, itu pun hanya secara serius beberapa bulan sebelum cik azue mengambil keputusan meletakkan jawatan. 
Oleh itu, disini cik azue kongsikan sedikit latar belakang pengasas ABDR ini buat rujukan anda yang masih tertanya-tanya ya.

Masayu Ahmad, merupakan graduan Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi Massa dengan pengkhususan kewartawanan. Beliau menjalani latihan praktikal sebagai wartawan kedet di Karangkraf, majalah dewan kosmik. Dan setelah tamat pengajian, beliau terus bekerja/bertugas sebagai editorial bagi majalah Mingguan Wanita.Antara ruangan tetap yang dikendalikannya adalah bahagian cerpen/puisi, ruang diet sihat, ruangan kecantikan dan banyak lagi. Selan itu, beliau juga banyak menulis untuk kisah masyarakat, keusahawan, resipi, dekoras, personaliti dan sebagainya.Selepas di Mingguan Wanita beliau sempat bertugas di Majalah Rapi untuk terbitan pertama dan kedua yang mana majalah ini memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan. Antara buku yang telah diterbitkan ialah Jana RM Dari rumah terbitan Kumpulan Karangkraf, Buat Duit Dengan Salon terbtan PTS, Ebook Jana Wang Di Rumah terbitan klikjer.com, dan dua lagi yang terbaru, ialah Ebook Panduan Mula Bisnes Butik dan Ebook Super Wahm, Super Mom.

nak kenal lagi tentang beliau, anda baca di SINI

Apa pula yang ditawarkan oleh akademi ini ya? 
Akademi ini menawarkan kelas-kelas latihan seperti berikut bagi menyediakan platform buat semua dalam menceburi perniagaan dalam talian.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/
11. kelas blog fanpage borong telekung solat.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Bagi cik azue pula, cik azue memilih untuk kelas no 1 walaupun cik azue sudah tahu berblog, namun cik azue kosongkan minda dan kembali menimba ilmu. Bukan mudah nak berjaya dan bukan susah nak susah.
Percaya dengan prinsip "Makin banyak belajar, makin banyak tidak tahu", maka betullah tu. Ada benda macam tahu, tapi hakikatnya, cik azue belum-belum tahu. Dan ada juga yang memang cik azue betul-betul tidak tahu dan juga ada juga yang telah pun tersalah konsep.
Bersyukur dengan pertemuan walaupun hanya di alam maya. Banyak yang dapat cik azue pelajari dan perolehi bagi menghadapi kehidupan sebagai seorang WAHM.
Sungguh bukan mudah nak jadi senang dan jangan ingat hidup sebagai WAHM ini mudah. Salah percaturan, maka kita akan terperosok jatuh jauh ke bawah, mungkin bangun, mungkin juga terkubur terus.

Alhamdulillah, berkat ukhwah yang terjalin sesama rakan pelajar dan guru-guru online yang tidak pernah jemu mendidik, cik azue dapat merasai nikmat sebagai pengurus online bila mana cik azue berjaya membawa rakan untuk turut serta bergabung dengan cik azue dan rakan-rakan lain di akademi.

Jadi, jika anda yang membaca kurang jelas, anda boleh email cik azue untuk lebih makluman.

Akhir Kalam, ilmu perlu dicari. Ilmu tidak mungkin akan datang sendiri tanpa perlu kita cari. Ada ilmu tanpa amal pula seumpama pokok tanpa daun, lambat laun kan mati jua. Begitu lah kita sebagai umat manusia. Kalau tidak, masakan Junjungan SAW juga menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri China kan.

Tepuk dada, semak iman. Semoga kita sentiasa dalam petunjuk kebenaran.

Wasalam.


************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Monday, April 14, 2014

Belajar Jahit Beg Sandang Belakang

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi & Rs Collection
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Bersiaran lewat petang pula hari ini.
Masih ingat akan entri terakhir cik azue hari sabtu yang lalu? kalau tak ingat, boleh baca di sini.

Baik, seperti yang dijanjikan buat anda semua, haihs, dah petang baru buat entri, sibuk ya ampun kawan-kawan) bagi menambahkan kemahiran jahitan cik azue telah mengikuti kelas jahitan ini. Salah satu sebab kenapa cik azue mengikuti kelas ini adalah kerana hati cik azue sakit hati bila mana beg sandang anak-anak ini cepat sangat koyak nya.
Maklumlah, anak bujang tengah lasak kan. Dulu ada juga cuba jahit, tapi kerana tidak tahu teknik, jadi buruk akhirnya dan cik azue potong-potong kainnya jadi selimut perca.

Sementalah terjumpa promo kelas, cik azue pun minta izin chenta hati. Dan chenta dengan gembira nya sanggup hantar dan ambil cik azue dari kelas itu.
Jadi anda nak tengok hasil kelas itu? Mari saksikan lah,

Hadapan


Sisi nak tunjuk ada poket

belakang - tunjuk tali

Alhamdulillah atas nikmat dan kesempatan pergi belajar buat beg ni. Nak tengok aksi kami orang kat kelas?
Apa kata anda tengok gambar yang cik azue kongsikan dari  FB: Rs Collection

Jangan ketawa ya tengok aksi cik azue, fokuskan pada cik azue sahaja.

tengok pada cik azue dan ketekunan nya belek apa pun tidak ingat ...

Lagi besar.. cik azue dan mesin kebal jenama singer


siap siaga nak habis kelas dah. Beg hasil keghaih lengan cik azue yang biru belakang sekali ya. nampak muka cik azue yang sudah penat sangat.

Kami rakan yang belajar menjahit bersama. Cikgu sudah pulang dulu kerana anak murid agak lambat siap (cik azue lah tu)

Sekarang masa ulasan kelas pula.
Untuk makluman anda, cik azue ini tiada asas dalam pembuatan jahitan beg. Jadi kesempatan kelas ini, di tambah dengan rakan-rakan yang pandai-pandai serta banyak membantu, dapat juga cik azue siapkan beg tersebut. Ruang kelas pun selesa. Kalau hendak tahu, kelas bermula dari jam 9am hingga ke jam 5pm, tapi kami siap lewat, sudah jam 6pm lebih baru siap, cik azue lah tu yang terkial-kial nak siapkan.
Apa pun, seronok sangat. Impian jadi kenyataan. Terima kasih puan penganjur dan cikgu Norita ya. Cikgu sangat banyak menbantu. Curahan ilmu tidak terbalas. Semoga cikgu dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus dari nya. Banyak ilmu yang cik azue kutip disini. Semoga memberi manfaat buat cik azue dan rakan-rakan yang turut serta.

Apa lagi hendak diberi tahu? Oh ya kelas ini di jalankan di Rs Collection bertempat di Petaling Jaya (Bandar Sunway).
Bahan-bahan dah termasuk dalam jumlah yuran yang dikenakan. Cik azue yang jahil dalam pembuatan beg ini, apa lagi terus beli bahan tambahan buat latihan.

Sampai sini dulu ya. Lain kali cik azue sambung lagi ya.

Terima Kasih pada yang turut serta. Jika anda berminat akan kelas ini, silah hubungi Rs Collection ya.

Doakan cik azue dapat jahit beg ini lagi ya di masa akan datang.

Akhir kalam, 

Wasalam


****************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Saturday, April 12, 2014

Masa oh Masa!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang buat semua. 
Masa. Allah telah beri amaran tentang masa. Sebab itu masa itu penting. Jika tidak, masakan ada disebut dalam Al-Quran sebagai satu peringatan buat mereka yang mahu mengambil pengajaran


Dan hari ini, hari Sabtu 12/04/2014. Lagi sehari, genaplah sebulan cik azue melepaskan jawatan. (Sila baca sini untuk kisah terdahulu.)
Maaf, di saat cik azue berjaya meloloskan diri keluar dulu, hati menjadi tersangat walang dek hilangnya dia (maaf jangan ditanya siapa, daku sedang berusaha membina kekuatan dan menerima suratan) bersama MH370 dan seakan serasa mahu diri ini disorok juga bersama-sama. 
Hilang sudah semangat juang lantas cik azue terjatuh sakit, sakit fizikal dan jasmani. 
Arghghhh, hebat sungguh teguran yang Allah beri. Dan terima kasih Ya Allah atas teguran sekecil itu. Hidup terubah 360 darjah lagi. 
Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Berjuang selagi hayat dikandung badan. 
Mengikut kata al kuliyah semalam, itu ujian kecil buat kita, tetapi sebenarnya, itu juga ujian yang amat besar buat mereka jika mereka ditakdirkan menemui Ilahi, kerana apa? kerana mereka tidak boleh lagi berdoa untuk segalanya, sedangkan kita ini masih mampu berdoa dan berbuat apa sahaja demi mencapai redha Ilahi. Alhamdulillah, terbuka minda. Redha dengan semuanya. Alhamdulillah atas kesempatan menonton dalam kesakitan kepala yang menyerang.
Ayuh berdoa buat kedua ibu bapa, mereka, dia dan seluruh umat didunia hari ini. Kerana hanya doa sahaja penghubung kita dengan mereka yang di alam sana yang barangkali esok lusa kita pula akan dipanggil pulang, wallahu'alam.


Oh! Maaf terpanjang mukadimah pula.
Bercerita tentang masa. Sungguh cepat masa serasa berlalu. Percaya atau tidak, menjadi seorang WAHM, kami memerlukan skil yang tinggi dalam teknik pengurusan masa dan disiplin diri. Masa 24jam yang ada harus ditadbir sebaiknya. Tanpa disiplin, angan-angan akan tinggal sebagai angan-angan, impian akan terkubur, tanggungjawab tidak terlaksana. Sudahnya akan kecundang dan menyalahkan keputusan yang sudah diambil.
Serius. Cik azue dah mengalaminya. Kelam kabut juga pada awalnya. 



Kaedahnya tidak sama dengan ketika kita sedang bercuti dari bekerja. Allah  hu rabbi. Pada ketika dua minggu awal, kiranya cik azue menghabiskan bulan baki bulan march dengan bersenang lenang sahaja. Bangun uruskan apa yang patut dan duduk sahaja mengenang nasib untung diri sendiri dan ke mana hala tuju dan sampai mana dan sampai bila.

Alhamdulillah, bermula April 2014, cik azue bangun, walau terjatuh pada mulanya dengan sedikit ujian bencana badan seperti yang dikatakan oleh prof Muhd Kamil Ibrahim, perlahan-lahan mula dan dari sini lah bermula nya episod Masa oh Masa.

Ok, apa yang terjadi, cik azue mula dengan satu jadual kerja dimana pembahagian masa harus dilakukan bagi memastikan semua perancangan berada di landasan.
Terima kasih buat cikgu dari ABDR atas tunjuk ajar. Kalau tidak tentu tidak fokus la cik azue nie dan mungkin siapa tahu kan kecundang. 

Baik, ini adalah jadual kerja (hari bekerja ya)cik azue untuk tatapan dan juga rujukan anda semua. Walau bagaimana pun, jadual ini adalah bersifat flexibel mengikut kesesuaian diri dan keadaan semasa.

5.00am -  7.00am
Jam akan berbunyi - selalunya terbabas sampai jam 5.30am atau 5.45am, tidak tahu kenapa, ujian tidur ini sangat susah. Kena mujahadah untuk bangun pada jam 4am atau 4.30am pula bermula malam nanti. Kenapa harus cuba untuk bangun pada time ini? 
1) kerana ramadhan kian menjelma, latihan untuk kita bangun sediakan sahur 
2) bagi membiasakan diri untuk bertemu dan bercinta dengan ZAT ALLAH yang diberitakan akan turun mencari hambanya yang bermunajat diketika ini.
*sedang cuba at least untuk tunjuk sujud dengan tahajjud sekurang-kurangnya*
*siapkan sarapan serta masakan untuk makan tengah hari jejaka kecik berdua dan en chenta hati*
*solat subuh dan siapkan anak-anak dan en chenta hati*

7.00am - 10.30am
sedang ketika ini, mesin basuh yang bergerak seawal bangun tidur sudah selesai tugasannya dan bolehlah kita jemur lalu mulakan aktiviti kerja2 KERAIH LENGAN KUAZUE sambil buka TV dengar siaran tertunda apa yang telah di rakam pada hari yang lalu.
* sedang cuba melazimi solat sunat dhuha dan Al mathurat pada waktu di antara jam 9.00 -9.30am*


10.30am - 12.30 tengah hari
panaskan nasi dan lauk bagi santapan anak2 yang pulang dari sekolah agama sebelum ke sekolah kebangsaan. Siapkan dan layan (marah sebenarnya.. Allah moga-moga diberi kesabaran dalam melayani dua putera ini) anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah sambil jeling-jeling komputer riba jika berkesempatan

12.30 - 1.30pm
*cuba untuk tidur sekejap sebelum zuhur - tapi gagal dek panggilan benda nak jahit dan komputer riba - lain kali kena off*

1.30pm - 4.30pm
Online sambil menyulam


4.30pm - 6.00pm
Siapkan makan malam


6.00pm - 8.30pm
Lipat pakaian sambil tonton tv sambil tunggu anak balik sekolah
Sapu dan lap lantai mana perlu (tabiat sapu di petang hari sebab pagi tadi beta kecahkan dengan kain dan kain-kain, hihihi)
Ulangkaji Al-Quran bersama permata hati

8.30pm -9.30pm
Tunggu dan lihat kanak-kanak siapkan kerja sekolah dan temani mereka tidur (jika chenta hati pulang lambat).

9.30pm - 11pm
Online untuk apa-apa yang perlu.

11pm - tidur (selalu terbabas- nak kena praktis lagi ni)


Itu jadual cik azue sebagai WAHM. anda pula bagaimana? tidak kiralah WAHM atau tidak, tentu anda juga at least ada jadual pembahagian masa. Sabtu dan ahad, cik azue tidak mengikat diri dengan sebarang jadual. ikut mana dan, janji mereka bahagia, cik azue boleh tarik nafas panjang sikit.

Oh ya, dari jam 9am nanti cik azue ada kelas bagpack. nanti cik azue ceritakan ya.

hingga kita ketemu lagi.

Wasalam

****************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Thursday, April 10, 2014

Teko Applique - Tempahan Imej Sulaman

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Entri ringkas buat anda para pengunjung.

Kali ini cik azue nak share aktiviti cik azue dalam kraft seni sulaman. Ini tempahan seorang penyulam juga. Cik azue buatkan imej sulaman seperti yang beliau hajati.

Alhamdulillah, siap sudah.

Jika anda seorang penyulam dan perlukan khidmat imej sulaman, bolehlah hubungi cik azue ya.

 

ini imej asal yang diberi.


ini pula imej sulaman yang beliau dapat dari cik azue


Ini pula hasil dari sulaman cik azue buat untuk semak mutu sulaman sebelum diberi pada puan penempah dan yang ada angka itu adalah proses sulaman nya.


yang ini pula hasil akhir yang dibuat oleh puan penempah. Jika anda berminat untuk lihat hasil akhir atau ingin menempah produk akhir hasilan ini, anda bolehlah layari puan ini di sini

oklah, sampai sini dulu ya. In shaa Allah, esok kita sambung lagi.

Wasalam


***************************************

 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Wednesday, April 9, 2014

Bakti disemai, Budi di Tabur

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Mizah Tahir

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Semoga anda semua dalam pemeliharaan Ilahi. Dan semoga kita semua masih diberi masa untuk berusaha menjadi hamba Allah yang cemerlang disisi ZATNYA, in shaa Allah.

Ahad, 6/4/2014 yang lalu. Sepatutnya cik azue mengikuti satu seminar untuk memperbaiki diri sendiri anjuran Akademi Bekerja Dari Rumah, namun atas sebab-sebab peribadi, maka cik azue menolak untuk turut serta duduk dan mendengar. Kemudian, cik azue mendapat tahu adanya tawaran untuk menabur bakti buat insan-insan terpilih.
Pilih punya pilih, maka cik azue memilih untuk menabur budi sebagai terapi untuk mengubat hati yang rawan. Pergi menabur budi dan merasai sendiri erti nikmat hidup yang selama ini dirasai. Semoga kita tidak menjadi insan yang kufur nikmat hendaknya.

Terima kasih atas jemputan ini. 



Terima kasih kakzai kerana mewar-warkan program ini. Dan terima kasih juga buat Mizah Tahir dan para pelajar UIA semua kerana membuka peluang untuk cik azue dan rakan-rakan turut serta mengenali dan menyumbang buat insan terpilih ini. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang turut sama menyumbang secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program kecil ini.

Buat Kak Ida, terima kasih kerana bertungkus lumus menyediakan bahan alat bantu mengajar serta mengajarkan  proses pembuatan telekung ini.
Tanpa mu, daku tempang terus. Hihihi. Kepada rakan-rakan yang ingin menempah atau ingin belajar membuat telekung boleh la menghubungi kak ida mahu pun kak zai ya.

Marilah saksikan aktiviti kami. Mana yang kurang harap di maafi ya. 

 

Ini pula kelas sampingan yang dianjurkan oleh para pelajar UIA.


Dan ini pula dua makcik yang berkesempatan untuk turun padang bagi mewakili kumpulan Sahabat Jahitan Telekung kelolaan kak zai.


Hahaha, dalam pada kesibukan memerhati rakan-rakan menjahit dan memotong kain, sempat lagi dua makcik ni bercerita tentang kain dan jenis kain. Yang seronoknya, boleh pula aksi serius kami dirakam oleh  lensa kamera Mizah Tahir. Tergelak tengoknya.


Dan inilah hasil akhir program ini. Terima Kasih kak ida yang menanti sehingga aktiviti tamat.


Sejujurnya, mereka yang cik azue temui ini kalau dilatih dan mempunyai kesungguhan hati untuk memulakan satu perniagaan, in shaa Allah, tidak mustahil mereka ini nanti boleh berjaya.
Rata-rata mereka ini menunjukkan minat yang sangat mendalam. Cuma batasan mereka adalah ruang dan peluang. 
Jika ada di antara anda yang ingin menyumbang untuk kelangsungan projek mereka ini, anda bolehlah menghubungi mereka ini di alamat ini :

 Alamat Rumah Kasih Sayang, No 29, Jalan 8/8,Bandar Tasik Puteri, Rawang. 


 Nampak gayanya, cik azue kena berhenti di sini. Entri hari ini sudah menjadi agak panjang, nanti cik azue menulis lagi di kelapangan yang ada, In shaa Allah.

Akhir kalam hiasi diri dengan Iman dan Taqwa. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang diredhai NYA, in shaa Allah.

Wasalam.
********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: