Followers

Wednesday, June 18, 2014

Entri # 67: Blogger dan isu gambar curi @ curi gambar

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Hari ini cik azue buat entri malam hari pula. Maaf, selepas tangan membengkak hari itu, cik azue tidak dapat menaip or menjahit buat beberapa hari. Bukan tidak boleh menaip menggunakan tangan kiri, namun, disebabkan cik azue bukan kidal, dan tambahan denyutan yang dirasa tersangat lah hebat, (Maha suci Allah yang telah memberikan kesakitan sebagai ujian kehidupan) maka cik azue terpaksa melupakan hajat hendak menaip entri buat tatapan kalian yang sudi berkunjung tiba.
Terima kasih juga buat kalian yang sudi mendoakan kesejahteraan dan beri macam-macam petua untuk cik azue cuba jaya. Cik azue akan cerita lain entri tentang cerita ini.

Malam hari ini, biar cik azue menulis lagi tentang isu yang menjadi perdebatan alam maya ini.

Dibawah ini adalah sebahagian hasil produk yang cik azue buat walau pun tidak lah sesempurna mana, namun, ia hasil keras lengan cik azue dan chenta hati.

Baru-baru ini, ada juga yang memberitahu, melihat satu dua gambar mirip hasil kerja cik azue. Tidak mengapa kalau benar sekali pun itu gambar hasil kerja cik azue. Cik azue halalkan dan berhenti sahaja disitu.

Kalau lain orang marah jika hasil mereka dipergunakan sewenangnya oleh insan yang tidak bertanggung jawab, namun cik azue mengambil pendekatan bagi menyenangkan hati sendiri.
Selain cik azue dan chenta hati (FB: Adam Ian), ada seorang lagi, iaitu ajen pemasaran cik azue, iaitu adik cik azue sendiri (FB: Azzah Sakinah) yang akan guna pakai mana-mana gambar yang sama bagi tujuan promosi produk Keraih Lengan Kuazue.

Adalah diingatkan, cik azue tidak sama sekali buat masa ini akan menggunakan "watermark" pada setiap gambar yang dihasilkan. Tidak ada gunanya. Kalau memang orang yang pandai memanipulasi sesuatu imej, dia juga boleh membuang 'tanda' yang telah sedia dimasukkan.

Percaya pada ketentuan rezeki, cik azue halalkan pada sesiapa pun yang telah atau mahu mengambil guna gambar produk yang dihasilkan selagi mana ia memberi manfaat. Moga-moga gambar yang di'pinjam' memberi rezeki dan moga-moga, gambar itu menjadi sedekah idea cik azue buat sesiapa yang memerlukannya.
Tidak perlu minta izin dan sebagainya. Ambillah sahaja. Idea itu datangnya dari Allah dan semoga Allah beri ilham yang lebih buat cik azue jika itu adalah salah satu cara cik azue dapat menyumbang bakti kepada insan yang lebih memerlukan.

Apa lagi mahu dicoret? Cukup barangkali dengan pengakuan ini. Cik azue tidak mahu memperpanjangkan hal curi gambar atau gambar curi ini dan cukuplah sampai setakat malam ini sahaja.

Terima kasih atas prihatin kalian. Hanya Allah dapat membalasnya.

Entri # 68: Insya Allah, cik azue menulis tentang PEVOO.

Selamat Malam.

Wasalam

2 comments:

babYpose said...

Laa kesiannya tangan Cik Azue membengkak, nanti saya klik baca alkisahnya k. Harap cepat sembuh. Plagiarism memang salah, ada rujukkan atau citation atau link ke web cik azue tanpa meminta kebenaran, apa pendapat cik azue?

Kuazue Mohamad said...

@babYpose pendapat cik azue, kita mudahkan apa yang nampak susah. tak payah sakit kepala tentang hal dunia ini. Berpegang teguh pada tali Allah, mohon jalan dan kekuatan dan rezeki dari Allah. Barangkali itu terjadi adalah ujian buat kita yang lalai dari berpegang teguh dengan Zat Allah, sebuk sangat nak jaga hal dunia, tapi tak mau jaga hal kita dengan ZAT yang boleh beri kita apa sahaja yang kita nak.. ini pendapat cik azue lah... kalau dengan berbuat demikian dia dapat manfaat, teruskan, moga2 itu jadi jariah dari cik azue untuk dia. cik azue percaya, setiap kejadian Allah dah tentukan sebaik-baiknya buat kita, cuma kita tak sedar, asik nak nampak salah orang, salah sendiri???? Wallahu'alam