Followers

Friday, January 21, 2011

31 Dec 2010 dan YEAR of 2010..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM…. 




Sebelum nie entry tentang mak, leh tgk sini dan sini.… kali nie tentang mak jugak… 

Tak per.. cik azue dah kuat sekrang nie…sbb mak jugak la cik azue sepikan diri cik azue dari dunia cik azue nie….serasa ½ nyawa tinggalkan jasad nie….

Apa kaitan dgn date kat atas yer??

Date nie lah mak tinggalkan anak-anak mak… mak kembali bersama ayah ke alam sana sama macam ayah dalam umor 63 tahun… 4 tahun dulu masa ayah pergi.. mak pernah kata pada cik azue.. “mak nanti pun akan mati masa macam ayah.. umo nabi SAW”… tak sangka.. benar sekali kata-kata itu.…  Mmm kini hanya tinggal kenangan utk cik azue adik beradik kenang dan JASA kalian membesarkan dan mendidik kami berdua tak mungkin kan terbalas sampai bila bila…
Semoga mak dan ayah kan sentiasa berbahagia berdua @ bertiga (dgn mak muda) kat sana…
Insya Allah …kami jua kan menyusul kalian di kemudian hari dan semoga kita di pertemukan di sana.
Insya Allah segala nasihat, wasiat akan kami semua selesaikan sebaik mungkin…
Insya Allah doa anak-anak kan bersama kalian setiap hari menemani kalian…

HUHUHUU… tak mo cerita lagi … cik azue dah kuat…
Mmm ada yang tanya cik azue.. bagaimana cik azue kuat sedangkan MASYA ALLAH.. sakit nya kehilangan ini?
Ni cerita nya…

Dalam cik azue duk tersangat sedih.. sedih sebab tak der dah orang nak doakan kami adik beradik setiap hari… sedih tak leh dengar sora .. sedih itu dan ini… ntah la.. cik azue tak sure… mimpi atau reality.. seseorang telah memberitahu cik azue supaya cik azue harus kuat… harus redha dan terus berdoa dan mintalah kesabaran…
Cik azue tak leh terus bersedih… perlu bersedih tapi jangan terlalu bersedih.. takut-takut kita tersalahkan KETENTUAN ILAHI… apa yang terjadi adalah PERJANJIAN kita dgn AL KHALIQ sebelum kita ditiup ke dalam perut ibu.. maka haruslah redha akan pemergian ini… berserah… bersabar, berdoa dan bertawakkal lah kepada tuan PEMILIK ALAM ini.. ni memang SUNAHTULLAH…
Kalau benar sayangkan keduanya.. berdoalah untuk mereka . berdoalah akan kesejahteraan mereka setiap hari supaya hari-hari mereka akan sejahtera kerana takkan terputus doa seorang anak bagi kedua ibu dan bapa dia…
So…lama cik azue terdiam selepas cik azue tersedar akan kesilapan ini.. cik azue harus bangun semula.. menyerahkan segala pusat tumpuan pada yang satu.. mohon diberi kekuatan sebab takut cik azue tergolong dalam golongan yang kufur akan ketentuan ILAHI… MOHON diberi perlindungan daripada hasutan syaitan yang suka menyuntik virus kufur nikmat.. dan bertitik tolak dari sinilah cik azue menjadi kuat dan semakin kuat.. tapi believe me.. the pain is so hard to explain… dan apa pun macam mak pesan kat cik azue… “BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH”..so nie lah sumber kekuatan cik azue…
Walau apa terjadi.. berbaik sangkalah dengan ALLAH dan dengan sesiapa sahaja… macam mak… sentiasa bersangka baik dengan siapa pun…
Semoga diberi kekuatan akan anugerah ini dan semoga anugerah ini mendekatkan kami pada AL KHALIQ, Insya Allah..
Year 2010 pulak.. kisah sedih yang terjadi bermula dari 4 Feb 2010 – kawan baik cik azue pergi menghadap ilahi kerana demam denggi berdarah…
Diikuti dengan tanggal 12 March – pemergian MAK MUDA menyusul ayahanda… dan akhirnya ditutupi dengan….. BONDA kesayangan ku… semoga bonda, ayahanda dan mak muda sejahtera di sana  dan anak2 mu semua nya kuat untuk menjadi anak2 soleh dan solehah… AMIN…
Hingga lain kali,

Wasalam,
Kuazue

No comments: