Followers

Showing posts with label Diari WAHM. Show all posts
Showing posts with label Diari WAHM. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Entri # 108: Diari WAHM

 Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang buat kalian yang rajin bertandang.

Walau bukan selalu pun cik azue muat naik entri baru bagi tatapan kalian lewat dipenghujung tahun 2014 ini (eh macam dulu hari-hari buat entri baru pun, tapi sedang berusaha memperbaiki diri, doakan ya). Namun, ini cabaran buat diri, kalau boleh akan terus berusaha memberi makluman setiap hari. Kesian kalian yang rajin bertandang tanpa jamuan mata.

Baik, mulai minggu ini, In shaa Allah, cik azue akan buat entri "Diari WAHM" bagi menjawab pertanyaan bagi beberapa kenalan maya tentang kehidupan cik azue setelah bergelar WAHM ini.
Semuanya akan cik azue tulis dalam entri-entri dengan kata kunci Diari WAHM sebagai tajuk utama setiap entri. Tapi kalian bersabar ya. Sikit hari, akan cik azue pamerkan entri pertama Diari WAHM.

2014 yang syahdu bakal meninggalkan diri kita. Cik azue nak katup kejap-kejap segala kenangan pahit yang pernah menyapa diri dan keluarga. Mungkin akan dibuka jika perlu sahaja.
Moga Allah beri kekuatan bila mana lembaran itu dibuka bagi mengambil pengajaran dan pengiktibaran buat pedoman di masa akan datang, in Shaa Allah.

2015 -  berbaki 7 hari sahaja lagi.
Segala perancangan tahun 2015 sedang ditulis sebaiknya. Didoakan kalian juga begitu. 
Dikatakan kegawatan ekonomi bakal berlaku, namun akan sentiasa gawat juga, tanpa perlu tunggu tahun itu jika sesuatu tidak dilakukan bagi individu itu sendiri.

Jadi apa perlu kita lakukan.
Terkini yang dalam perancangan cik azue, dan yang mahu cik azue kongsi bersama adalah

1) memastikan blog penulisan cik azue (http://kuazue.blogspot.com) dan blog hasil karya cik azue (http://kraftangankuazue.blogspot.com) akan dikemaskini sebolehnya setiap hari dengan entri malar segar (gitu).
2) cik azue sedang belajar Affliate 101 secara online (dah habis belajar nanti cik azue kongsi info ya)

3) berusaha dan memastikan cik azue dapat belajar dan menjahit baju melayu butang 3 (baju + seluar + sampin) bagi persediaan persekolah tahun hadapan. Target siap belajar bulan march 2015 - sebab nak cukupkan pakaian seragam sekolah agama anakanda (sepatutnya 5 pasang seorang bagi mengelakkan baju mereka menjadi nipis akibat disental oleh bibik IBU) yang hanya cik azue sengaja beli 3 pasang seorang yang mana bernilai RM36++ sepasang (sila darab sendiri harga sebenar duit pakaian sekolah agama anakanda berdua).

nota yang dah lama dibeli tapi diperam nasib tak jadi pekasam

4) berusaha belajar menjahit baju kemeja dan seluar slek sekolah anakanda. Target : October 2015.
Ini bagi persediaan persekolahan tahun 2016.

5) Menulis dan berkongsi maklumat setelah bernaung bersama ABDR - Akademi bekerja dari rumah.

Apa pula impian kalian? Jika sudi, mari kita berkongsi bersama.

Baik,nampak nya sampai sini dulu. Nanti cik azue kongsi lagi ya. Jam dah 7:18 am. Cik azue harus berhenti bagi menyiapkan sarapan dan terus hidangan tengah hari buat putera berdua dan en chenta hati yang bercuti, sebelum menyambung kembali tugasan di Keraih Lengan Kuazue.

Nota kaki cik azue:

Jumlah pengeposan tanda nama sulam batch ke 2 yang telah dipos semalam. Nanti cik azue kongsi isi dalamnya ya.

Wasalam




Saturday, October 11, 2014

Entri # 90 : Pepijat oh pepijat oh Serai Wangi !!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi dan carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih sayang buat semua yang sudi berkunjung. Wah! Ini memang masalah ni!. Masalah Pepijat aka 'bed bugs' . 

sumber: http://sukahatiadam.blogspot.com/2011/01/pijat-datang-menyerang.html
Tapi pepijat ni datang dari mana ya? Tak pernah hayat pernah kenal dan kena gigit dengan makhluk ni. Pernah dengar dari kakak-kakak 'senior' sahaja dulu masa duduk asmara ehh asrama, bahawa, asrama lelaki je yang suka ternak pijat. Kenapa? Kakak tu tidak lah mengkhabor ke kita. Huuhuhuhu.. Panas betul hati cik azue. Mana datang ni? Korang tahu tak macam mana dia boleh datang? Kalau tahu, bagi tahu ya.
Zaman kecil-kecil dulu, kat kampung cik azue yang dekat dengan bendang aka sawah nan terbentang, kami tidak kena serangan pepijat (ya ke? atau cik azue yang tak sedar), yang kena adalah serangan si cengkenit. Ala, makhluk halus penghisap darah juga. Tapikan dia ada dalam semak samun, rumput lalang je. Atau sama kah mereka ini sebenarnya? 
Aarrgghhh lantak lah yer. Malas nak kaji keturunan mereka. Yang pasti, en chenta hati yang kenal dan mati-mati perkenalkan pepijat ni pada 'mem' nya yang agak kurang pengertian ni.

Tak percaya? Ni hasil tangkapan en chenta untuk di persembahkan buat kekasih hatinya (daku lah tu). TADA!


abaikan cecair di situ. Nanti cerita.

Pening kepala mok cik! Serius! Cari-cari penawar di google. Oh ya sebelum tu nak bagitahu, makhluk ni menyerang bilik anak teruna beta. Habis la putera-putera tu garu sana sini. Alhamdulillah, cepat chenta suspek dan bertindak.

Balik raya haji tu, hari selasa (kebetulan chenta cuti), habih en chenta bawa keluar tilam budak bertuah si Haziq tu dengan bantal, bantal, bantal, bantal dan beruang bonda dan ikan ibu jemur di bawah mentari jerebu. Jerebu tau! Gasak la. Janji jemur dulu.

Kemudian cik azue teringat tentang serai wangi. Serai boleh menghalau semua serangga dan anti bakteria juga. Jadi, memandangkan pokok serai wangi ni masih kecil lagi dan tak mungkin dapat cik azue korek ambil ekstrak, cik azue pun mengajak chenta pergi cari ekstrak ni yang sedia ada di pasar raya.
Oh kenapa boleh tau produk ini ya? Sebab dulu, masa rumah cik azue di serang lipas tetiba dari laluan air, cik azue guna BYGONE, and rasa nak muntah baunya, tambah-tambah sembur dalam kabinet. Dan mak suruh letak daun pandan dan air serai. Masa tu cuba-cuba guna semburan serai wangi yang sedia terjual di pasaran dan alhamdulillah, bukan sahaja bau nya yang natural, malahan segala jenis lipas, semut, cicak dan yang lain-lain pun lari. Nak bagi hilang bau tembakan kucing jantan liar kat luar rumah pun ok. Nak kasi halau kucing liar pun ok. 'SPRAY" jer dia orang. Dan yang paling baik, ianya bukan lah racun. Cuma serangga dan haiwan kecil tak suka dengan aroma nyer yang nyaman gitu.

Baik, berbalik pepijat tadi. Dan ini lah yang cik azue guna pakai.
Sedia dalam botol semburan

Pekatan yang perlu di bancuh

Jadi kita spray seluruh bilik jejaka dan semua kawasan yang dikhuatiri terjangkit dengan semburan ini. Buat masa sekarang ini, cik azue buat setiap hari. Kasi sembur basah-basah dan jemur. 
 Terbukti berkesan.


berenang-berenang derang dalam larutan dan mati kelemasan. Astaghfirullah hal azim, nak buat lagu mana lagi kan. 

Dan alhamdulillah, tiada rungutan gatal-gatal lagi. Tapi untuk bantal golek mereka, disyaki bantal golek ini adalah perumah makhluk ini. Apa yang cik azue buat. Kita rendam bantal golek kekabu ni dalam rendaman larutan ini dan 'spin' dan jemur di bawah mentari jerebu, korang kena bawah panas terik la, cik azue jerebu ja sepanjang minggu ni.

Oh harga larutan ini. Yang sedia dalam botol semburan: RM7.90, ada 2 nozel, satu 'stream' satu lagi 'spray'. Best. yang 'stream' boleh tembak ke tepi-tepi lipatan tilam dan yang 'spray' untuk permukaan yang lebar macam muka tilam dan bantal dan lantai.

Yang pekatan tu, Rm9.90 je. Sila bancuh ikut arahan di botol ya. Beli di mana? Terdapat di pasaraya berdekatan dan di letakkan dekat dengan racun serangga, walau ia bukan tergolong dalam golongan racun, namun tidak boleh diminum ya. Jangan cari penyakit!.

Selepas guna larutan ini untuk aktiviti semburan, jemuran, lap lantai dan katil dan sebagainya, serangan ini terkawal, namun, cik azue masih lagi meneruskan aktiviti ini lagi sehingga setiap malam yang kami buat jaga, tidak berhasil terjumpanya makhluk-makhluk halus ini.

Dan yang lagi bagusnya, bila guna semburan ini, NYAMUK pun lari juga. Yeeeaaa!

Jadi, apa kata anda semua guna larutan serai wangi bagi menggantikan larutan antiseptic DETTOL untuk membasmi segala makhluk yang tidak diingini.

Moga-moga dengan doa dan usaha, Allah permudahkan urusan kita semua ya.

Kita hanya berusaha dan bertawakkal, selebihnya, Allah jua tempat mengadu. Mungkin ujian ini diturunkan sebagai pengajaran supaya jadi ummat yang lebih rajin dan pembersih dan mungkin juga KAFARAH atas dosa yang tidak sedar.
Semoga kami dapat terima dengan baik dan semoga ini menjadikan kami sekeluarga lebih baik.

Bagi anda pula, cubalah petua nenek kebayan cik azue ni. Mana tahu memberi dan mendapat manfaat juga.

Oklah, nanti cik azue sambung lagi kisah pepijat jika ada.

Wasalam

Tuesday, September 23, 2014

Entri # 85: 08-08-2014 - Selamat Hari Lahir Abang!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Ini kisah lama dah.. baru nak muat naik sini. Si abang minta buatkan kek blueberry untuk hari lahirnya. Jadi, entri kali ini, nak cerita tentang kek je, hihihi, jangan marah ya.
Kek terhasil adalah kek kombinasi kek coklat dan kek oren dengan kream coklat dan bluberi.

kek coklat

kek oren sunquick
Kedua-dua kek ini cik azue gunakan resepi kek span ya dan di belah dua bahagian bagi kek coklat, dan 3 bahagian bagi kek oren  yang mana menjadikan 5 lapisan kek yang berselang-seli pada akhir nanti.
Resepi kek, Allah, terlupa sudah mana letak resepinya. Nanti dah jumpa cik azue salin semula ke sini ya.

Sesi Deco-deco untuk penuhi impian jejaka tersebut

lapisan pertama, kek coklat di lapisi dengan fresh cream dan coklat ganache


Lapisan kedua & ketiga, kek oren dan dilapisi dengan fresh cream dan blueberi



 Lapisan 4 kek oren dengan fresh cream dan coklat ganache dan kemudian dilapisi dgn kek coklat akhir sekali

disalut dengan fresh cream keseluruhannya dan hasil akhir seperti ini




 Selepas di potong, menjadi sebegini.



heheehe.. gini lah rupa kejadiannya. Tapi anak-anak suka dan buatkan ibu gembira.

Apa pun air tangan ibu. 

Oklah, sampai sini dulu. Nak menyulam tempahan nametag pula sekarang ini.

Wasalam

Thursday, September 4, 2014

Entri # 80: Bento aka Bekal Anak

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Dah hampir 6 bulan cik azue bergelar WAHM. Banyak lagi yang masih perlu diperbaiki, especially tentang diri sendiri dan bagaimana nak menjadi seorang pengurus keluarga yang baik.
Sebagai memenuhi janji buat kanak-kanak riang ria ini

Gambar Aidilfitri 2014 yang lalu

ibu pun merajinkan diri menceburi FB geng BENTO, demi mu anak, tara !


Nasi putih, kurma ayam dan kentang.

Bekal makan waktu rehat. Mereka berdua sekolah sesi petang.
Pagi tidak berbekal.

Oklah, nanti kita kongsi lagi ya.

Wasalam

Friday, June 20, 2014

Entri # 69: Jom Baiki sendiri kasut Sekolah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Sekejap sahaja seminggu hampir berlalu. Minggu pertama persekolahan penggal ini bakal berakhir. Mari congak diri sendiri, apa telah kita lakukan sepanjang minggu dan di manakah aras pencapaian diri kita sendiri samada untuk hal-hal dunia mahupun yang hal-hal bersangkutan alam kubur dan alam akhirat. Tepuk dada, semak hati kita sendiri. Moga-moga madrasah ramadhan bakal tiba menjadikan kita insan-insan mulia di mata yang ESA, in shaa Allah.

Ok, hari ini, cik azue nak berkongsi kisah DIY yang cik azue buat pada kasut sekolah anak-anak. Sama ada kualiti kasut tidak bagus atau cara pemakaian anak-anak tidak begitu baik. Ntah lah. Hanya yang Esa lebih tahu. Apa yang cik azue tahu, cik azue kena dan harus selamatkan kasut-kasut yang masih baik kondisi nya itu selain bahagian velcronya.

Lihat.

Kasut Haziq sebelah kiri

Kasut Haziq sebelah kanan

Kasut Hazim

Jadi apa cik azue buat?


ambil velcro ikut warna kasut dan potong ikut panjang asal lalu dijahit pada tali kasut.

selepas dijahit

kemaskan velcro ikut saiz tali tadi



tada, siap sudah. Dah selamat kasut-kasut ini dan dah boleh mula pakai semula sehingga usang ya anak-anak.

Sampai sini dulu. Moga-moga memberi manfaat buat semua.

Wasalam

Thursday, June 12, 2014

Entri # 65 : Jalan-jalan Hujung Minggu

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Maaf, semalam dan seharian cik azue tertidur dek penangan perut - cirit birit. Moga-moga segala yang bakal menjadi penyakit keluar bersama mudarat badan yang dideritai semalam. Alhamdulillah. 

Hari ini nak berkongsi dengan kawan-kawan cerita hujung minggu yang lalu. Bawa anak-anak melawat 'Butterfly Farm Booth' di Jusco AEON, Anggun Rawang.



Gembira betul mereka ini. Lihat itu aksi mereka melihat kepompong melalui kanta pembesar. Ya lah, cik azue dulu, bersepah keliling rumah jer , bila-bila pun ada aktiviti ni. Kesian pula pada anak-anak ini. Zaman sudah berubah. Jadi hendak tak hendak, kita kena cari juga sedikit pengisian ilmu dunia buat bekal dia orang dalam meneruskan kehidupan ini. Moga-moga ilmu ini membawa mereka lebih mengenal zat PENCIPTA, Allah itu sendiri hendaknya.

Selepas itu kami ke jalan TAR. Menjamu selera terlebih dahulu di RSMY - House of  Real Briyani yang bertempat di Jalan Medan Tuanku dan berdekatan dengan maju junction. 
Hehehe.. malas nak ambil gambar. Makan sudah. Ibu dan abah ambil set nari briyani ayam dan daging. Masing-masing makan sambil suap mulut dua kekanak ribena ini. Dan untuk kanak-kanak ini, mereka memilih nan cheese sambil-sambil makan nasi yang disuap. Selalu dah jam 5++pm baru dapat makan nan cheese ni, tapi hari itu jam 1++pm pun dah boleh dapat makan nan cheese, apa lagi gembira sungguh la budak-budak berdua tu.

Habis makan, pusing kejap Jalan TAR. Mula-mula naik Sarah Hughes GLOBE. Cadang nak tengok-tengok kain langsir, dalam budget rm 5 atau rm 6 semeter. Tetiba naik situ... jeng..jeng..jeng, apsal ramai orang? Oh ada Moon di situ! Ya ampun, hari terbuka untuk follower blog moon dengan harga special. Boleh baca ceritera cik Moon DI SINI ya.  Tapi balik hampa, tiada satu pun yang dalam budget yang bertepatan dengan tema ruang tamu cik azue. Turun dan pusing lagi.
Pusing-pusing, masuk tempat jual kain pasang pula dan dapat ini untuk baju raya tahun ini. Hihihi, tetiba kain untuk cik azue jadi lebih.. dapat ler lebih pasang, in shaa Allah. Terima kasih en Chenta. Kos? RM200 untuk kesemuanya. Mahal juga , tapi kata chenta, kain itu baik dan padan dengan harga yang ditawarkan. Oklah, saya menurut perintah dan saya lah si tukang jahit. Mari berdoa agar tempahan ini siap pada minggu ke tiga puasa.


Oh misi mencari kain langsir tahun ini masih perlu diteruskan sebelum puasa.
Ini langsir sedia ada. Dah lama dah pun usia nya. Warna keseluruhan dinding ini adalah biru lembut, seakan-akan torquise gitu. Ada cadangan tak kawan-kawan kain warna apa untuk cik azue guna pakai? Oh, Sofa itu berwarna hijau gelap.


Oklah, yang terakhir, projek selimut tampal cantum dah hampir ke penghujung. Tinggal satu baris lagi untuk siapakan 'top' nya. Alahai, simpan ketepi lah dulu ya. Kita beri laluan kepada tempahan tanda nama dan tuala.


Bercakap tentang cuti sekolah ini. Pertama kali menjadi WAHM dan anak-anak berada di sekeliling, oh tunggang langgang jadual kerja cik azue. Belum pandai menyesuaikan diri barangkali dan anak-anak juga barangkali kejutan budaya. Pertama kali cuti sekolah tanpa perlu ke taska dan perlu buat latih tubi ulangkaji di rumah sahaja dengan ibu sebagai guru tuisyen mereka. Hahaha, guruku, ibuku. Raksasa Ibu kadangkala terjadi dek melayan keletah mereka berdua. 

Oklah, sampai sini dulu. Mereka sudah naik taring. Cik azue berenti dulu ya.

Wasalam

Thursday, January 2, 2014

Persekolahan 2014...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….


Dear Readers....

Hari nie.. ibu WAHM lagi... Abah pun WAHD... (chenta ku menolong menyulam tempahan nametag)....
si abang dan si adik dah memula kan persekolahan...
tapi yang agak tersentuh sikit... dan harus cik azue terima hakikat adalah....
si kecik Haziq... bukan la yang kecik lagi... dia dah pun bersekolah di tahun 1... huhuhu.. sila sedar diri.. cik azue kamu sudah pun bertambah umur bila mana mereka bertambah usia.. 

aksi pepagi hari sekolah agama..






abang Hazim dah pun Tahun 3 dan pengawas plak tu... boleh tak dia jaga adik nya ???
mmmm pagi tadi abah hantar ke SRA.. cik azue tunggu la abah balik.. kenapa lama sangat baru abah balik.. ghupa nya abah tunggu mereka masuk ke kelas dulu... 
i wonder what was in his mind... kalau ibu touching... i am pretty sure abah juga mesti ada sedikit perasaan yang dia tak nak sharekan .. yer tak?? kikiki.. oklah.. i nak prepare lunch for the kid... t nak p sekolah SK plak...

tata..



 **************************************************************************************Berminat untuk melihat atau mendapatkan 
hasil kerja tangan cik azue....jom lawati FB 



Friday, November 29, 2013

Little Man's room

Assalammualaikum....
Dear readers...
sehat ker???
Nak story ttg kisah ni....kisah kami susun atur bilik dak berdua nie...ni kejadian few weeks ago...kasi semangat sikit kat little hero...
Orang tuuu nak naik sekul org besar dah next year tuu..
huhuhu...ibu laks emosi...
"Udah besau anak2 ku itew...no more babies in the house..."
Mmmm... life must goes on....dari little baby menjadi...little toddler...n now becoming little man dah....
cepat nor eehh masa itu meninggalkan beta....huhuhuhu...rasa rugi tul lah 7 yrs pertama hidup my little mans...ibu seeeebuukkkk...jaga itu ini..kejar itu ini...last2...dah besar dah derang...
masa 1st little man...tak trasa sangat...(huh bohong...yg ko g tengek tepi bus stand sorok tgk dia jumpa n leh naik van sendiri tu hapo??!!)
yer lar...at that time...beta masih ada si little hero utk di manja2 kans...
now bila dua2 udah pakai pakaian seragam sekolah kanak2 dewasa... means..mereka tetiba dah besar lar...huhuhu ...
chenta..how i miss the time ... 1st time knowing an angle in my belly....
ok ok ok..enough...
jom tengok susun atur baru bilik derang....
excited atau tidak...chenta juga sanggup susah2 kemas bilik n spend money again beli meja study utk our little precious ni...see sorang hijo n sorang oren...
katil abg kita sorok tepi lemari..so that abg x kena sgt ekon...nanti hidong sumbat...n yg di tgh tu adalah katil adik...
ehh..ada be bear aargghh  study kat meja adik..
yg tgh ada sejadah tu adlh big bakul baju2 lama tunggu masa nak d transform jadi something news..n pada masa yg sama..jadi barrier utk elak adik jatuh katil...
klu dulu x susah hati sgt..ada penghadang...tapi dia dah besar...he request himself to taken out the penghadang....at 1st few night..jatuh golek2 gak ler...now ok sikit la dah ada bakul tu as stopper..
oklah cik azue dah habih rehat na...korang enjoys ya..t mlm2 ada masa cik azue balas kunjungan ya....
tatata...

Friday, November 15, 2013

Bang??!! Napa Bang??!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….


Dear Readers....

Today is Friday.. penghulu sekalian hari.. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhd S.A.W.....
Me ..???.. kurang mood sikit... mmmm emosi tak stabil kut2 pepagi hari nie... 
Bila MALAS nor nak ke opis... cam gini lah jadi nya MOOD beta... hhaiiisshh... sedang menghitung hari jer nak menghantar "surat cinta" pada Lovely Boss... Lovely lah sangat kan... hhaaiipp.... tak baik tau ajak orang wat ketupat pepagi hari... maaf kan beta ya kawan2.... hihihi.. tercacul...

Sebenor nyeer.. pepagi ni nak story ttg my Megat Muhd Hazim... apa dah... nampak macho ler sangat...pengawas... ghupa nya dalam hati banyak rama2 eeehh...
tu la pasal.. time ngandungkan dia.. langsung tak leh tengok channel haiwan.. especially bila scene haiwan pemangsa tangkap haiwan mangsa jadikan makanan... boleh beta nangis tak boleh tahan.. apa KES???

so ends up ... dapat ler si abg sayang ni... sikit2 leleh...hhaaaiihhss.... awak tu lelaki tau abang ooii...
seee


ambik bantal tutup muka nangis oooiii

nak tahu... the moment Ayah Mat hantar abang hazim di pintu pagar umah.. dari situ lah cik azue dengor budak nie nangis... "AWAT NYA???!!!"
pasai pa abang..???... ckp bahasa yang tak dapat dipahami...sudah nya...
"Cer Cuba renti teriak sat... abg nie PASAI PA??!!" ambik... ibu pun hangin la.. ribut tak angin tadak...hang duk melalut teriak pasai pa...??
mula nya ingat sbb kena usik dek abah n adik.. tanak bawak abang naik moto balik sekolah... ghupa nya abah nyer n adik tak g sekolah pun... tanya.. punya tanya...last2,... baru dia gi tau...


"HUHUHUHU.... CIKGU SHIRA ABANG PINDAH SEKOLAH...ABANG SEDIH..!!! ABANG SAYANG CIKGU SHIRA.. HUHUHU..!!!"

seriusly.. me berdua nak gelak sebenar nya... aduhai anak... ko nangis macam putus CINTA tau abang....but kontrol2... ya kena kontrol... hormati perasaan dia... his feeling...only he knows... we just support and comforting him only...
tapi nak gelak jugak... gelak tapi dia tak tau... 
"HAHAHHHAA... abang.. esok2 besar... kalau ko putus cinta.. gamak nya lagi teruk la ibu n abah nak kena hadap... cikgu tukar sekolah pun cenggini ko nangis...sedangkan ikut kata cikgu tu.. dia baru start ambil kelas korang dari bulan 8 jer tu hari... HAHAHAHHAHHA"
so pujuk2 n tanya2... last2 diam juga.. so today.. jap lagi dalam jam 11am.. cik azue akan amik time off 2 jam.. balik n gorengkan makaroni as his request for jamuan perpisahan...
and also.. sebabkan dia nangis bagai.. so we two decide.. tanya dia.. dia nak bagi apa as a present to his lovely teacher.. so dia pilih nak bantal bersulam kan nama dan words yang dia design sendiri...but ibu top up kan dengan butterfly.. cikgu pompuan.. so nampak mcm soft sikit... design n words n colors.. semua dari diri dia...




so wish cikgu.. selamat maju jaya.. n terima kasih atas tunjuk ajar cikgu mendidik anak saya yer... sorry saya tak der gambar cikgu.. tak pa.. t kita hiject picture kat FB cikgu shira na... hahaha...

oklah dearest friends... got to go.. perjuangan di medan kerja itu belum berakhir n 
t kita jumpa lagi...


suuuuuuuhhhhh... dalam hati ada kupu2.... ahhahahaa....

wasalam...

Thursday, October 31, 2013

MMm my Jejaka.. Chenta Hati n My Chenta

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….


Dear Readers...

MMmm semoga hari ini lebih baik dari semalam... dan semoga kita semua senantiasa dalam peliharaan Ilahi..
jam2 minit terakhir nak gerak ke opis... me menaip jap entry kat sini.. ada typo.. harap di ampun ya..

oh.. cik azue nak cerita tentang kisah semalam...

balik kerja.. dengan keadaan perasaan yang bercelaru... tak larat dgn "opis work" n nak menghadap "home work"... fuuih.. cabaran.. lap peluh laju2... salute la tu kaum2 ibu yang boleh buat kerja dua ni dengan berlapang dada.. Lillahi Taala.... cik azue.. selalu lah.. tewas dengan NAFSU n Emosi.. emosi tu pun NAFSU lah kans.... oh my... harus lebih mujahadah nie.. jom sesama buat zikir yang Rasullullah ajar pada SITI FAtimah... Subhanallah.... Walhamdulillah..wala illa ha Illallah.. wallahu Akbar... (salah typo.. sorry ya.. tapi korang tahu kan...)

Cerita ttg jejaka2 kat umah nie... amik Haziq dari taska.. oh no !.. muka nya agak down... hati dup dap.. "awat nya?"
"Ibu adik dah muntah 8 kali dah dari tengah hari tadi... " n uweekssss again n again...
lepas tu kasi haziq baring jer.. n tunggu abang Hazim balik sekolah....

oh ya,.. he looks quite active... but.. still keep on coughing n coughing... n me terus tak masak for dinner.. n tunggu my chenta Hati plak...

oh there he comes... oohh... dia juga down.. down with flu.. sudah nya... tiga2 jejaka i heret p klinik.. n as usual.. hero is alwiz hero... see

perasan bawak moto GP.. ko demam ke tidak abang ooii???

My Chenta n chenta hati tecik... mmm...

oklah.. time to go.. esok2..esok.. kita sambung lagi.. doa kan ku agar bisa menjadi sebahagian wanita solehah akhir zaman ya kawan2.. susah nya lah nak mendidik hati.. agar redho.. pasrah.. n berlapang dada... yang pasti what me do now is just keeps on smiling.. n smiling.. moga itu pengubat Jiwa...in shaa Allah...

lagi beraap hari ya awal muharram.. korang dah buat apa.. nak nak buat apa utk meraih CINTA SEJATI??? CINTA ya RABB?? meh share sesama...

Wednesday, August 21, 2013

Tunjuk Muka!...Tunjuk Muka! & Selamat Hari Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….


As Salam....
Dear ... Selamat Hari Raya... Minta maap banyak2 no.. terlebih kurang dalam perkenalan di alam maya nie.. memana yg kenal bukan setakat maya.. meh ler datang ke ISTANA Beta ni... hihihi... my ISTANA... istana lah sangat kans...
oklah...
sesi tunjuk muka....jangan korang terjeluak sudah lah yer...



Malu-Malu MIAU ai..

Owang kuat KERAIH LENGAN KUAZUE

Our precious Family (habaq mai... baju cik azue belasah jait jer as usual tahun2 lalu..)

With the only MOTHER remain in our life
yea..
jom g kerja.. jam 8 sudah... bubai.. till another story ya... lop u kuang2...kuang..kuang...

* hairan bin ajaib.... awat tahun ni p semayang raya ramai duk pakat2 pakai kaler hijao??? pasai pa ha? kaler of the year ka? cer hangpa semua habaq mai sat.... lain kali x leh pakai ler idea abg hazim.. asik ikut tema kaler of the year ajer.. sorry lah abang hazim.. next year kasi adik haziq plak pilih kaler no...*

Friday, March 1, 2013

Ceritera Semalam...

As Salam...
Dear Readers...
Ini kisah duka si abg hazim...haaiihhss...awat lah abg jadi lagu ni??.
Kenapa dan apakah yang mencetuskan kejadian ini??...
ikut kata hati...MATI..!!! ikut kata rasa...BINASA..so..cik azue mengikut kata dari akal..bertindak secara rasional berlandaskan iman secetek...semoga sentiasa diberi ilham petunjuk dari yang ESA... huiiihh lama yer mukadimah cik azue!!!..sat..sat..sat...
tarik nafas na..mengganggu emosional mak & pak nie..
see below pictures...
Abg hazim bagi tahu....
"si xxx pijak tgn dier tanpa reason..bukan terpijak..tapi mcm sengaja pijak...semua org nampak n ustazah n ustaz pun tahu..." siap genang2 air mata..
me..tarik napas dalam2...mencuba menjadi se cool mungkin...tanak marah n everythings...
me tanya.."apa sebab si xxx boleh pijak tangan n kenapa tgn ada di jalan tar??" musykil...
" abg main waktu rehat dgn kawan2 lain..masa nak bangun letak tgn atas tar n masa tu lah si xx ni dtg berlari n pijak tgn abg.." ..."semua org nmpk dia saja pijak tgn abg sampai berdarah.."..
me cool...(dlm hati..haaoohhss..bcbdhgdvh...me his mum right..tarik hembus napas)..."abg nangis??!!"
"of course..sakit sangat!!!.. n ustazah tolong cuci luka n bubuh minyak gamat (tq ya ustajah...)..n tangan ni sakit tak dpt tulis..."
ok..me berlagak tenang n me suruh abg g mandi n solat asar..me naik ats on WiFi n contact Chenta...seek advise nak bawa g clinic or let it be first...then chenta kata..tgk t mlm sikit..kalu ok..oklah..if not kita bawa g klinik...
turun lps solat maghrib me tgk abg masih moody..tgn sakit katanya..me then slowly talk to him..dia suruh ibu n abah g tanya si Xxx tu..but cik azue tanak keruhkan hubungan jiran at this moment..so my advise to him is.."mungkin abg buat salah kut..mungkin ALLAH beri sedikit sakit ini untuk tegur salah abg...could be abg ada sakitkan hati xx or cikgu or kawan2 lain... or hati ibu atau abah tanpa sengaja...that's why abg dpt sakit tu..n lastly mungkin juga abg yg cuai...tak pandai jaga tangan..abg pikir n jgn ulang balik apa yg buruk yang telah abg buat..skrg abg g solat dan mohon ampun dari Allah..lagi kita sakit lagilah kuat kita kena solat n berdoa sebab allah yang turunkan sakit...n allah juga yang dapat sembuhkan kita..cuma kita jer selalu sombong..."..
then crita itu habis disitu ajer..n chenta balik kerja n mereka discuss ikut kata man to man...
so..katalah cik azue ikut nafsu..protect my child..apa akan jadi korang???..
mmm ntah ler..kita pantau dulu kes budak berdua ni..ni bukan kali pertama abg mengadu but kali pertama sampai luka2.. n i believed semua yg terjadi ada reason behind it...
what say U guys plak???


Tuesday, January 29, 2013

Woha ! Entry Kelam Kabut..

As Salam..

Dear Readers..

Me agak terlewat update for today.. biasa ler.. very the busy body MOKCIK.. nak wat guano kans...

kikiki.. ok korang yg mendoa akan kesihatan cik azue.. tq soo much... lap you muah2x...

dah getting better.. nampak nyer ajer.. tunggu pai habis ubat.. hope terus better lah kans.... manyak wo barang nak catch up with you guys..

ok.. stop nagging...ni aktiviti yesterday.. cik azue cuti kans.. so apa lagi... chenta plak korja.. here... selamat menjamu mata...

aktiviti... menguli doh ...asal wat doh.. nie le kejadian nyer...

nie cara2 nyer...

tepuk2.. gelek2..

hantam kuat  sikit..

tepek muka.. cool...

I am the pirate katanya...

balance doh yg ibu buat donut tak tentu bentuk

pizza for dinner 

cheezy pizzy for Haziq

sosej + ciken ball for Hazim

nie ibu n abah nyer.. ntah macam 2 ada..


so korang.. i go office first.. bubai.. until midnight...

*selamat menelan liur...*