Followers

Showing posts with label Keraih Lengan Kuazue. Show all posts
Showing posts with label Keraih Lengan Kuazue. Show all posts

Saturday, January 17, 2015

Pemenang AWUL GA

Entri #: 118
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat kalian semua.
Sampai sudah hari sabtu. Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam, sepanjang 17 hari pertama tahun 2015, sudah ada 4 perkhabaran duka di sekeliling cik azue. Mati itu pasti. Perpisahan hidup di dunia ini tidak dapat tidak untuk dipisahkan dari diri kita masing-masing. Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan kita ini dan belajar menghargai setiap detik yang diberi.

Kita tinggalkan perkhabaran duka, kita masuk ke perkhabaran gembira pula. Seperti yang kalian ketahui, cik azue @ Keraih Lengan Kuazue ada menaja satu hadiah berupa satu bantal berkarektor Awul (owl) bagi seorang pemenang.
Baca entri terdahulu di SINI.

Pemenangnya dah diumumkan. Tahniah buat semua pemenang dan penaja juga buat puan penganjur. Cerita lanjut tentang hadiah dan pemenang, boleh juga dibaca melalui SINI.

Pemenang GA yang mendapat hadiah tajaan dari cik azue dan syarikat berupa satu bantal AWUL ini


Beliau adalah cik puan Noor Atikah binti Ramli.

Boleh layari laman blog beliau ; Noor Atikah Ramli .

Cantek blog pemenang ini. Ada 'blink-blink' gitu. Tetiba rasa macam nak juga tambah gadget bagai, cuma takut dari buat gadget, terus kena geget sahaja dik masa yang berkejaran yang lelah nak kejar. Apa pun, 

Tahniah ya cik puan. Hadiah akan diposkan hari ini ke alamat yang telah cik puan beri melalui PM ke Page kami.

Kalau ikuti blog Noor Atikah Ramli, ada segmen bloglist yang boleh kalian ikuti juga. Aktif berblog saudari kita ini. Macam nak ikut juga la segmen beliau. Yang terasa nak bersegmen, moh kita ke SEGMEN ATIKAH.

Baiklah, sampai sini dulu. Jika Saudari pemenang ada terbaca entri ini, mohon komen dan buat ulasan tentang hadiah yang diterima nanti ya.

Sekian buat kali ini.

Wasalam


*p/s lain kali cik azue buat GA "itek hodoh-hodoh" ya, tapi kena tunggu siap semua nametag yang sedang berbaris panjang-panjang dulu na*

Saturday, December 20, 2014

Entri # 106: Awul Buat GA

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.
Alalalalalala, lama sungguh la cik azue mendiam kali ni ya. Minta maaf, tersangat sibuk. 
Ya ini betul, agak sibuk dihujung tahun, bukan kerana memenuhi undangan perkahwinan atau meraikan kanak-kanak ribena yang sedang bercuti, namun sibuk kerana

1) menyelesaikan tempahan sulaman tanda nama
(bagi yang ingin menempah juga boleh ke SINI)

2) Komputer riba cik azue suka betul sekarang ini membuat perangai. Asal ku buka lebih dari satu perisian, ha, akan mengeraslah dia. Bukan sekali dua kali, berkali-kali dalam satu masa.
Sudahnya, tidak payah buka apa pun kecuali perisian untuk mesin sulam sahaja.
Sob!Sob!Sob!
(sekarang en chenta sedang format komputer riba cik azue, nangis tidak dapat buka design sulaman yang telah disimpan / 'backup' , kita pun pinjam ler komputer gabak en chenta untuk buat jadual entri)

Menulis tentang GA (GiveAway), kali ini, cik azue memberi sokongan moral buat kawan ABDR/blogger. Cik azue berbesar hati menaja bantal AWUL ini buat pemenang di segmen GA beliau.


Kikikiki, kalau ada kawan-kawan yang nak mencuba nasib, boleh lah menyinggah ke blog puan MUN ikut Tajuk di bawah ini.

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com


Kawan-kawan boleh klik tajuk di atas dan ianya akan bawa kawan-kawan ke url segmen blog Puan Mun nanti.

Oh habis cerita.
Oh ada cerita lagi.
Nak bagitahu semua, yang barangan hasil kerja tangan cik azue akan dipromosikan oleh cik azue sendiri, en chenta (selaku CEO) dan puan Izzatun (adik kandung cik azue merangkap Penyelia Pemasaran bagi perusahaan kami).

Berikut adalah pautannya
Page Rasmi: Keraih Lengan Kuazue (https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue)
Blog Rasmi:Keraih Lengan Kuazue (http://kraftangankuazue.blogspot.com)
IG Rasmi: Sedang di bangun kan ekekekek

FB cik azue: Azuriyah Mohamad (https://www.facebook.com/KUAZUE)
Page cik Azue: Kuazue Mohamad (https://www.facebook.com/pages/Kuazue-Mohamad)

Selain dari ini, jika ada pun hanyalah satu orang sahaja yang telah diberi kebenaran, hanya boleh promosi di FB Ummu Jannah (https://www.facebook.com/ummu.jannah.3) hanya untuk bantal AWUL sahaja.

Selain yang dinyatakan diatas ini, mana-mana gambar mempromosikan hasil kerja tangan cik azue adalah palsu. 
Hanya yang dinyatakan di atas sahaja yang menerima dan mengedarkan hasil kerja tangan yang dihasilkan oleh pihak KERAIH LENGAN KUAZUE.

Semoga ini memberi pencerahan buat kalian dan cik azue tidak mahu lagi menerima sebarang permohonan yang memohon untuk menjadi 'dropship agen'.

Hingga ini,
Jaga diri dan awasi IMAN dalam diri.

Mohon maaf jika entri ini ada mengguris perasaan.

Wasalam

Friday, November 15, 2013

Bang??!! Napa Bang??!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….


Dear Readers....

Today is Friday.. penghulu sekalian hari.. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhd S.A.W.....
Me ..???.. kurang mood sikit... mmmm emosi tak stabil kut2 pepagi hari nie... 
Bila MALAS nor nak ke opis... cam gini lah jadi nya MOOD beta... hhaiiisshh... sedang menghitung hari jer nak menghantar "surat cinta" pada Lovely Boss... Lovely lah sangat kan... hhaaiipp.... tak baik tau ajak orang wat ketupat pepagi hari... maaf kan beta ya kawan2.... hihihi.. tercacul...

Sebenor nyeer.. pepagi ni nak story ttg my Megat Muhd Hazim... apa dah... nampak macho ler sangat...pengawas... ghupa nya dalam hati banyak rama2 eeehh...
tu la pasal.. time ngandungkan dia.. langsung tak leh tengok channel haiwan.. especially bila scene haiwan pemangsa tangkap haiwan mangsa jadikan makanan... boleh beta nangis tak boleh tahan.. apa KES???

so ends up ... dapat ler si abg sayang ni... sikit2 leleh...hhaaaiihhss.... awak tu lelaki tau abang ooii...
seee


ambik bantal tutup muka nangis oooiii

nak tahu... the moment Ayah Mat hantar abang hazim di pintu pagar umah.. dari situ lah cik azue dengor budak nie nangis... "AWAT NYA???!!!"
pasai pa abang..???... ckp bahasa yang tak dapat dipahami...sudah nya...
"Cer Cuba renti teriak sat... abg nie PASAI PA??!!" ambik... ibu pun hangin la.. ribut tak angin tadak...hang duk melalut teriak pasai pa...??
mula nya ingat sbb kena usik dek abah n adik.. tanak bawak abang naik moto balik sekolah... ghupa nya abah nyer n adik tak g sekolah pun... tanya.. punya tanya...last2,... baru dia gi tau...


"HUHUHUHU.... CIKGU SHIRA ABANG PINDAH SEKOLAH...ABANG SEDIH..!!! ABANG SAYANG CIKGU SHIRA.. HUHUHU..!!!"

seriusly.. me berdua nak gelak sebenar nya... aduhai anak... ko nangis macam putus CINTA tau abang....but kontrol2... ya kena kontrol... hormati perasaan dia... his feeling...only he knows... we just support and comforting him only...
tapi nak gelak jugak... gelak tapi dia tak tau... 
"HAHAHHHAA... abang.. esok2 besar... kalau ko putus cinta.. gamak nya lagi teruk la ibu n abah nak kena hadap... cikgu tukar sekolah pun cenggini ko nangis...sedangkan ikut kata cikgu tu.. dia baru start ambil kelas korang dari bulan 8 jer tu hari... HAHAHAHHAHHA"
so pujuk2 n tanya2... last2 diam juga.. so today.. jap lagi dalam jam 11am.. cik azue akan amik time off 2 jam.. balik n gorengkan makaroni as his request for jamuan perpisahan...
and also.. sebabkan dia nangis bagai.. so we two decide.. tanya dia.. dia nak bagi apa as a present to his lovely teacher.. so dia pilih nak bantal bersulam kan nama dan words yang dia design sendiri...but ibu top up kan dengan butterfly.. cikgu pompuan.. so nampak mcm soft sikit... design n words n colors.. semua dari diri dia...




so wish cikgu.. selamat maju jaya.. n terima kasih atas tunjuk ajar cikgu mendidik anak saya yer... sorry saya tak der gambar cikgu.. tak pa.. t kita hiject picture kat FB cikgu shira na... hahaha...

oklah dearest friends... got to go.. perjuangan di medan kerja itu belum berakhir n 
t kita jumpa lagi...


suuuuuuuhhhhh... dalam hati ada kupu2.... ahhahahaa....

wasalam...