Followers

Showing posts with label Catatan Harian 2014. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian 2014. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Entry # 75: Page Blog Cik Azue

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. 
Melampau sungguh cik azue kan. Suka hati sahaja tetiba hibernasikan blog ini. Maaf lah wahai teman yang selalu berkunjung tiba. Ntah kenapa sejak ramadhan, agak malas nak membuka laptop dan menulis. Bukan sahaja di blog kesayangan ini, malahan di FB pun agak malas. Ntah, serasa ada yang menghalang. 
Ya, itu semua bohongan semata. Muahaha! Selebihnya kemalasan tahap tak der darjah. Apa pun tak boleh buat.
Dalam minggu ini cik azue akan bersusah-susah lah menyelesaikan setiap tempahan di KERAIH LENGAN KUAZUE. Sabarlah wahai kalian. Akan diusahakan agar tempahan kalian sampai pada masa dan ketikanya, In shaa Allah.

Baik, tadikan cik azue tulis entri tentang page blog cik azue kan. Ya, tetiba hati ini rasa macam mahu buat FB baru. Tapi bila difikirkan, buat page baru sudahlah. Ya, cik azue sudah membuka satu page blog bagi blog cik azue ini. Kenapa? Untuk membuat satu kisah baru di FB dan melupakan kisah yang lama ber FB. Kadang fikir, berblog lebih seronok dari ber FB, walau kadang entri yang kita tulis umpama syok sendiri. Tak kisah lah. Itu sahaja yang boleh menjadi terapi jiwa buat cik azue dan sesetengah dari kita, betul tak?

Weehaaa... ini page blog cik azue. Sudi-sudikan lah LIKE untuk kita saling berukhwah kerana Allah.

Apa lagi nak cik azue cerita. Oh ya, Jumaat lepas cik azue bercerita tentang orkid kan.. hari sabtu tu hari, cik azue dan chenta pun bawa budak-budak pergi ke nursery orkid, beli pasu orkid, arang, sabut, pam baja (beli lagi en chenta ni), dan bergerak dari nursery orkid yang besar di jalan batu arang, rawang ke sungai buloh pula. Cari-cari pokok kesidang sebenarnya. Sayang semua habis terjual. Huhuhu bukan rezeki kami sebenarnya. Lalu kami beli tanah kompos untuk kegunaan "Edible Garden" pula nanti.
Dan baliknya, en chenta telah menanam semula kesemua orkid yang ada dan esok harinya, en chenta sudah memindahkan benih kangkung pasir ke pasu. Hari ini, kangkung dah mengeluarkan daun. Maaf, tiada gambar, hari lain lah yer... begitu juga lah dengan semaian kunyit.

Dan kerana ini juga, jadual cik azue berubah. Dari jam 7.15am, cik azue akan melawat kebun-kebun yang ada di halaman rumah, menyiram dan membaja bila perlu serta merumput kalau dah tumbuh rumput. Belek-belek dan belai-belai semua tanaman yang ada. Masuk semula jam 8am untuk menyambung kerja seperti biasa. 

Yahuuu!! sudah ada aktiviti lain. Moga-moga tumbuh-tumbuhan itu mengubat dan merawat jiwa dan membawa kepada lenih menghampiri yang MAHA MENCIPTA segala yang ada di alam ini.

Alhamdulillah. Sampai sini dulu ya. Nak melukis dan menyiapkan imej sulaman pula.

Wasalam

Friday, July 4, 2014

Entri # 74: Orkid di laman rumah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Pejam celik, pejam celik, dah menghampiri seminggu Ramadhan bertandang di tahun 1435 hijriah ini. Apakah yang telah kita buat dalam seminggu pertama ini. Selidik-selidik diri sendiri, selidik-selidik hati sendiri. 

Baik bercerita tentang Orkid di laman sendiri. Jangan lihat laman orang, nampak cantik di mata, namun hanya dia yang tahu bagaimana nak kekalkan kecantikan itu. Hahahaha. Mari berkisah tentang cerita laman sendiri yang tidak terjaga sampai ada orang tumpang sampah di hujung laman. Kah!kah!kah! Sendiri mau ingat ya, tuan tanah!

Tengok, boleh dia kemas laman sendiri, tapi longgok di hujung laman rumah orang? 
Nampak juga tak pinggan polistren tu? Haa, itu cerita jiran depan buat kenduri, boleh pakat-pakat makan dan buang sampah di tepi pokok kelapa daku? Kejadian ini semua berlaku esoknya nak puasa. Ni kira sesi luahan hati dan perasaan lah ni. Hai la jiran depan dan belakang. Alhamdulillah, cik azue sedar diri, lepas raya ini kena rajin la mengemas, kalau cik azue naikkan pagar kayu paras paha di tepi tembok kaki jalan tu, ok tak? Boleh tak? Boleh tak? haaihs.

 Sakit mata dan hati tau. Sudah lah lori ambil sampah tak ambil sampah sarap macam gini. Kena tunggu lori yang ambil sampah pekerja bersihkan jalan, barulah diambil sampah ni. Allah, bukakan hatiku untuk memaafkan mereka. 

 Ini kawasan yang cik azue nak menanam nanti. Musim kering ni, habih daun kering luruh memenuhi kawasan. Rimas mata, tapi badan pula tak larat nak kerjakan kisah ini. Solusinya. Pejam mata dan buat-buat duduk di luar negara dan sekarang ni musim luruh. Hahahaha

Berbalik kita pada kisah orkid ini.
Gambar ini diambil pada tahun 2009.

Ini gambar sekarang, dah merimbun tapi tak mahu berbunga. Ntah kenapa pun tidak tahu.

Ini anak pokok yang cik azue dah alihkan ke pasu lain. Jap lagi nak rendam dalam air, petua orang dia akan berbunga. Mari buat ujikaji pada pasu kecil ini. Semoga ia berbunga. Tapi orked ini spesies apa ya?



 Ini anggerik desa mak. Gambar 2009 dahulu. Sekarang ni dah tidak mahu sangat ia berbunga. Tambah-tambah sekarang ni selalu panas.
Pokok ini pun nak kena di alih masuk pasu lain or buat lekatan pada pokok jambu batu. Hihihi

Denderium. Orang kata, ini spesies denderium. Cantik.
Tapi sekarang pun tidak mahu juga berbunga. Gambar ini tahun 2009 juga.

Yang ini pula,
semaian pokok kunyit. Sebenarnya dah tumbuh dah beberapa tunas, agaknya pasu dan tanah tidak sesuai, jadi cik azue tukar masuk pasu ni. tengok, kena bubuh kawat besi di atas sementara pokok besar. Hihihi, nanti cat-cat buat onar dalam pasu ini.

Habis cerita laman. Ini progres selimut tampal cantum cik azue.
Harap boleh siap dalam minggu depan. Kalau tidak letak ke tepi semula.

Bercakap tentang puasa. Tahun ini, cik azue sangat rasa tidak larat dan letih lesu rasanya badan ini. Tidak tahu kenapa dan mengapa. Tidak cukup vitamin kah? Alhamdulillah, masih dapat berpuasa walau pun sangat lesu badan ini. Mengandungkan haziq pun tidak rasa seperti ini walaupun masa itu dah tunggu hari jer, walau berbuka dan bersahur hanya dengan karipap beberapa ketul semata.
Tapi kali ini, aduh, sangat tak larat. Rasa macam nak tidur dan tidur saja. Ada sesiapa dapat kongsi petua? 

Oklah, cik azue berhenti dulu. Sakit dan sengal sendi tangan dan jejari bila menekan keyboard ni.
Hingga itu, jaga diri dan hiasi IMAN di hati.

WASALAM.




Friday, June 20, 2014

Entri # 69: Jom Baiki sendiri kasut Sekolah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Sekejap sahaja seminggu hampir berlalu. Minggu pertama persekolahan penggal ini bakal berakhir. Mari congak diri sendiri, apa telah kita lakukan sepanjang minggu dan di manakah aras pencapaian diri kita sendiri samada untuk hal-hal dunia mahupun yang hal-hal bersangkutan alam kubur dan alam akhirat. Tepuk dada, semak hati kita sendiri. Moga-moga madrasah ramadhan bakal tiba menjadikan kita insan-insan mulia di mata yang ESA, in shaa Allah.

Ok, hari ini, cik azue nak berkongsi kisah DIY yang cik azue buat pada kasut sekolah anak-anak. Sama ada kualiti kasut tidak bagus atau cara pemakaian anak-anak tidak begitu baik. Ntah lah. Hanya yang Esa lebih tahu. Apa yang cik azue tahu, cik azue kena dan harus selamatkan kasut-kasut yang masih baik kondisi nya itu selain bahagian velcronya.

Lihat.

Kasut Haziq sebelah kiri

Kasut Haziq sebelah kanan

Kasut Hazim

Jadi apa cik azue buat?


ambil velcro ikut warna kasut dan potong ikut panjang asal lalu dijahit pada tali kasut.

selepas dijahit

kemaskan velcro ikut saiz tali tadi



tada, siap sudah. Dah selamat kasut-kasut ini dan dah boleh mula pakai semula sehingga usang ya anak-anak.

Sampai sini dulu. Moga-moga memberi manfaat buat semua.

Wasalam

Thursday, June 19, 2014

Entri # 68: Minyak Zaitun Palestin

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang buat anda yang sering berkunjung datang ke blog cik azue yang tidak seberapa ini.
Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan tidak seberapa ini. Moga-moga memberi manfaat buat semua.

Masih ingatkan tentang cerita cik azue berkaitan Lepuh di jari itu hari kan. 


Sebenarnya, (oh ada kisah benar dan pengakuan nak dibuat) lepuh itu kalau ikut istilah English, dipanggil sebagai "blister".

Sebelum ini naik dikaki dan di kaki sebelah kanan sahaja. Sampai demam demam lah. Semua ini bermula bila mana cik azue cuba ambil makanan tambahan dari satu produk terkenal yang tidak memberi kesan berbalik kepada ramai orang, namun tidak berjaya pada diri cik azue. Menggunakan hanya seminggu, kononnya untuk bantu sistem darah cik azue, sudahnya, cik azue kena berhenti kerana mengganggu sistem denyutan jantung. Ketika ini, apa yang dikatakan sebagai 'healing crisis' telah berlaku, di mana, seluruh kulit badan menjadi kegatalan. Bermula dengan ini, cik azue hentikan pengambilan produk itu (cik azue tidak akan sebut/tulis disini kerana itu masalah cik azue bukan masalah produk) dan si dia yang menjadi 'consultant' terus terdiam dan mendiamkan diri bila mana ubat makan dan sapu dari klinik dan hospital tidak berjaya mengatasi keadaan 'healing crisis' itu.

Aah sudah!. Tidak tertahan rasa badan ini. Solat taubat dan istikharah mohon petunjuk. Mohon diberi kekuatan jika itu disebabkan dosa diri sendiri. Moga-moga tidak dihisab lagi di SANA.
Fikir, fikir, fikir, cik azue hubungi orang ini, Munirah Syed Abu Bakar kebetulan cik azue pernah minta nasihat beliau. Jadi, pejam mata, beli sahaja PEVOO
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203034503288362&set=t.729647092&type=3&theater
Sampai ditangan cik azue pada 23/5 yang lalu. Alhamdulillah, beramal dengan ini, dengan izin Ilahi, blister dan yang lain-lain itu beransur baik. Sampailah bila blister ini tiba-tiba naik dijari. Tidak disangka. Sebaik sahaja cik azue taip entri itu tentang lepuh itu, tangan itu terus membengkak. Jari yang ada blister tu jangan kata lah bengkak nya. Tidur dan rasa demam. Sungguh. Apa yang cik azue buat, minum sesudu besar sekali sehari dan sapu dengan kerap atas blister itu dengan pevoo. 
Sebelum itu, minum sesudu teh sahaja setiap hari dua kali. Bila mula sesudu besar, asik cirit birit pula. Kata puan Munirah, itu tandanya sedang berlaku pembersihan. Baik cirit birit, naik blister dijari. Seksa, masak, jahit, pegang gunting, semua tidak boleh. Seluruh lengan bawa ke bahu sakit. Demam dan urat pun tidak boleh disentuh walau nak lap bekas wudhu'. Masa ini terfikir pula saat-saat akhir mak kata, "gosok pelan-pelan tangan mak tu, sakit sangat lah kena jari tangan hang, hangat.."
Ini baru sikit sakit dunia, bukan sakit sakaratul maut. Allah! Moga-moga Allah pelihara mak dan ayah di sana dan kita semua.

Baik, mari lihat hasil selepas 5 hari berubat dengan pevoo ini.


Alhamdulillah, hari sabtu malamnya, cik azue dapat menjahit dan mengunting apa yang perlu. Blister kering tapi masih sedikit bengkak. HAri isnin yang lalu. terus kering dan langsung tidak bengkak lagi. Alhamdulillah, apa lagi, pulun lah kerja menjahit dan menyulam yang terbengkalai.

Dan itu lah kisah kenapa cik azue tersepi sekejap dari dunia blogging ini.

Oh ya, harga Pevoo ini, RM160 termasuk pos laju waktu cik azue beli. Mahal? Ya mahal, namun, cik azue rasa berbaloi. Lain kali cik azue kongsi testimoni anak-anak pula ya dengan pevoo ini.

Kalau kalain nak cuba pevoo yang sama cik azue guna, kalian boleh ke FB: Munirah Syed Abu Bakar.

Ok lah, cik azue nak sambung semula kerja di Keraih Lengan Kuazue.

Akhir kalam.

Wasalam


Wednesday, June 18, 2014

Entri # 67: Blogger dan isu gambar curi @ curi gambar

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Hari ini cik azue buat entri malam hari pula. Maaf, selepas tangan membengkak hari itu, cik azue tidak dapat menaip or menjahit buat beberapa hari. Bukan tidak boleh menaip menggunakan tangan kiri, namun, disebabkan cik azue bukan kidal, dan tambahan denyutan yang dirasa tersangat lah hebat, (Maha suci Allah yang telah memberikan kesakitan sebagai ujian kehidupan) maka cik azue terpaksa melupakan hajat hendak menaip entri buat tatapan kalian yang sudi berkunjung tiba.
Terima kasih juga buat kalian yang sudi mendoakan kesejahteraan dan beri macam-macam petua untuk cik azue cuba jaya. Cik azue akan cerita lain entri tentang cerita ini.

Malam hari ini, biar cik azue menulis lagi tentang isu yang menjadi perdebatan alam maya ini.

Dibawah ini adalah sebahagian hasil produk yang cik azue buat walau pun tidak lah sesempurna mana, namun, ia hasil keras lengan cik azue dan chenta hati.

Baru-baru ini, ada juga yang memberitahu, melihat satu dua gambar mirip hasil kerja cik azue. Tidak mengapa kalau benar sekali pun itu gambar hasil kerja cik azue. Cik azue halalkan dan berhenti sahaja disitu.

Kalau lain orang marah jika hasil mereka dipergunakan sewenangnya oleh insan yang tidak bertanggung jawab, namun cik azue mengambil pendekatan bagi menyenangkan hati sendiri.
Selain cik azue dan chenta hati (FB: Adam Ian), ada seorang lagi, iaitu ajen pemasaran cik azue, iaitu adik cik azue sendiri (FB: Azzah Sakinah) yang akan guna pakai mana-mana gambar yang sama bagi tujuan promosi produk Keraih Lengan Kuazue.

Adalah diingatkan, cik azue tidak sama sekali buat masa ini akan menggunakan "watermark" pada setiap gambar yang dihasilkan. Tidak ada gunanya. Kalau memang orang yang pandai memanipulasi sesuatu imej, dia juga boleh membuang 'tanda' yang telah sedia dimasukkan.

Percaya pada ketentuan rezeki, cik azue halalkan pada sesiapa pun yang telah atau mahu mengambil guna gambar produk yang dihasilkan selagi mana ia memberi manfaat. Moga-moga gambar yang di'pinjam' memberi rezeki dan moga-moga, gambar itu menjadi sedekah idea cik azue buat sesiapa yang memerlukannya.
Tidak perlu minta izin dan sebagainya. Ambillah sahaja. Idea itu datangnya dari Allah dan semoga Allah beri ilham yang lebih buat cik azue jika itu adalah salah satu cara cik azue dapat menyumbang bakti kepada insan yang lebih memerlukan.

Apa lagi mahu dicoret? Cukup barangkali dengan pengakuan ini. Cik azue tidak mahu memperpanjangkan hal curi gambar atau gambar curi ini dan cukuplah sampai setakat malam ini sahaja.

Terima kasih atas prihatin kalian. Hanya Allah dapat membalasnya.

Entri # 68: Insya Allah, cik azue menulis tentang PEVOO.

Selamat Malam.

Wasalam

Friday, June 13, 2014

Entry # 66: Lepuh pada Kulit


Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Moga kalian semua sihat belaka hendaknya. Cik azue, jejari jer tidak sihat. Lain, alhamdulillah masih sihat.

Sila fokus pada garisan merah dan titik lepuhan sahaja. Abaikan jejari cik azue yang dompot itu. Wakakak!

Duduk tak duduk, bangun pagi rasa tak selesa beberapa hari yang lalu. kawasan itu hanya berwarna merah. Abaikan. Mungkin cedera dek percikan minyak gorengan ikan.
Bangun hari Khamis (12/6/2014), oh ho, rupa sudah bertukar seperti lepuhan. Bawa ke tengah hari, muncul garisan merah di atas belakang tangan itu. Sakit jika tersentuh. Atas faktor tarikan graviti, kawasan itu menjadi berdenyut-denyut bila tangan di letak ke bawah.
Nanah? tiada. Air? pun tiada. cuma sakit yang ada.

Ada petua tak? cik azue malas nak pergi melawat tuan doktor jika penyakit ini biasa-biasa sahaja.

Oh jejari yang sakit dan tidak dapat lagi nak menaip. Siksa menaip guna jejari lain, tanpa jari tengah. Alhamdulillah, moga sakit ini menjadi asbab kesembuhan penyakit yang lain.

Jika ada petua, marilah berkongsi dengan cik azue. Terima kasih ya.

Wasalam

Thursday, June 12, 2014

Entri # 65 : Jalan-jalan Hujung Minggu

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Maaf, semalam dan seharian cik azue tertidur dek penangan perut - cirit birit. Moga-moga segala yang bakal menjadi penyakit keluar bersama mudarat badan yang dideritai semalam. Alhamdulillah. 

Hari ini nak berkongsi dengan kawan-kawan cerita hujung minggu yang lalu. Bawa anak-anak melawat 'Butterfly Farm Booth' di Jusco AEON, Anggun Rawang.



Gembira betul mereka ini. Lihat itu aksi mereka melihat kepompong melalui kanta pembesar. Ya lah, cik azue dulu, bersepah keliling rumah jer , bila-bila pun ada aktiviti ni. Kesian pula pada anak-anak ini. Zaman sudah berubah. Jadi hendak tak hendak, kita kena cari juga sedikit pengisian ilmu dunia buat bekal dia orang dalam meneruskan kehidupan ini. Moga-moga ilmu ini membawa mereka lebih mengenal zat PENCIPTA, Allah itu sendiri hendaknya.

Selepas itu kami ke jalan TAR. Menjamu selera terlebih dahulu di RSMY - House of  Real Briyani yang bertempat di Jalan Medan Tuanku dan berdekatan dengan maju junction. 
Hehehe.. malas nak ambil gambar. Makan sudah. Ibu dan abah ambil set nari briyani ayam dan daging. Masing-masing makan sambil suap mulut dua kekanak ribena ini. Dan untuk kanak-kanak ini, mereka memilih nan cheese sambil-sambil makan nasi yang disuap. Selalu dah jam 5++pm baru dapat makan nan cheese ni, tapi hari itu jam 1++pm pun dah boleh dapat makan nan cheese, apa lagi gembira sungguh la budak-budak berdua tu.

Habis makan, pusing kejap Jalan TAR. Mula-mula naik Sarah Hughes GLOBE. Cadang nak tengok-tengok kain langsir, dalam budget rm 5 atau rm 6 semeter. Tetiba naik situ... jeng..jeng..jeng, apsal ramai orang? Oh ada Moon di situ! Ya ampun, hari terbuka untuk follower blog moon dengan harga special. Boleh baca ceritera cik Moon DI SINI ya.  Tapi balik hampa, tiada satu pun yang dalam budget yang bertepatan dengan tema ruang tamu cik azue. Turun dan pusing lagi.
Pusing-pusing, masuk tempat jual kain pasang pula dan dapat ini untuk baju raya tahun ini. Hihihi, tetiba kain untuk cik azue jadi lebih.. dapat ler lebih pasang, in shaa Allah. Terima kasih en Chenta. Kos? RM200 untuk kesemuanya. Mahal juga , tapi kata chenta, kain itu baik dan padan dengan harga yang ditawarkan. Oklah, saya menurut perintah dan saya lah si tukang jahit. Mari berdoa agar tempahan ini siap pada minggu ke tiga puasa.


Oh misi mencari kain langsir tahun ini masih perlu diteruskan sebelum puasa.
Ini langsir sedia ada. Dah lama dah pun usia nya. Warna keseluruhan dinding ini adalah biru lembut, seakan-akan torquise gitu. Ada cadangan tak kawan-kawan kain warna apa untuk cik azue guna pakai? Oh, Sofa itu berwarna hijau gelap.


Oklah, yang terakhir, projek selimut tampal cantum dah hampir ke penghujung. Tinggal satu baris lagi untuk siapakan 'top' nya. Alahai, simpan ketepi lah dulu ya. Kita beri laluan kepada tempahan tanda nama dan tuala.


Bercakap tentang cuti sekolah ini. Pertama kali menjadi WAHM dan anak-anak berada di sekeliling, oh tunggang langgang jadual kerja cik azue. Belum pandai menyesuaikan diri barangkali dan anak-anak juga barangkali kejutan budaya. Pertama kali cuti sekolah tanpa perlu ke taska dan perlu buat latih tubi ulangkaji di rumah sahaja dengan ibu sebagai guru tuisyen mereka. Hahaha, guruku, ibuku. Raksasa Ibu kadangkala terjadi dek melayan keletah mereka berdua. 

Oklah, sampai sini dulu. Mereka sudah naik taring. Cik azue berenti dulu ya.

Wasalam

Tuesday, June 10, 2014

Entri # 64 : Suka? Jatuh Cinta?

Entri: # Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Bakal di sulam


Wasalam

Friday, June 6, 2014

Cik azue dan Wanita Super; Siapa dan Bagaimana

Entri: #60
Teks: KUAZUE MOHD
Rujukan: Buku Super Women

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang. Pejam celik, pejam celik, dah petang, dah nak habis 06/06/2014. Lagi lebih kurang 2 minggu sahaja lagi dah masuk Ramadhan. Makanya cik azue sedang berfikir untuk mengumpul menu-menu masakan buat berbuka dan bersahur buat kanak-kanak sedang membesar itu. Sesiapa yang ada idea, marilah kita berkongsi bersama. Maklumlah, cik azue dah jadi ibu sepenuh masa, makanya tidak mungkin lagi alasan tidak sempat nak masak itu akan menjadi alasan utama, sedangkan waktu kerja dulu pun masih lagi sempat menyiapkan juadah.

Oh cerita hari ini adalah tentang Wanita Super. Lagi beberapa hari dah 3 bulan cik azue menjadi WAHM. Masih belajar dan akan terus belajar. Kali ini kita ulangkaji tentang bab menjadi wanita super.

Siapakah wanita super dan bagaimanakah kita boleh menjadi wanita super atau wanita hebat itu.

sumber: carian google


Mengikut penulisan buku ini, setiap wanita adalah 'Super Woman' kerana kehebatan luar biasa yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Setiap wanita menjalankan tanggungjawab secara serentak  dalam satu masa kehidupan, iaitu sebagai Hamba Allah, anak, isteri, ibu, nenek dan pekerja (bagi yang mempunyai majikan). 


Sumber: carian google

Kesemua tanggungjawab ini adalah suatu cabaran yang perlu kita wanita hadapi dan setiap perkara dan tanggungjawab itu perlu kita lakukan dengan sebaiknya dan seikhlasnya. Oleh itu, apa sahaja masalah yang kita sedang hadapi, haruslah kita hadapi dengan tenang dan baik.

Jadi sekarang ini kita semua dah tahu siapa wanita super itu kan.. Ya, kita lah calon-calon wanita super itu.
Sebagi ibu, rata-ratanya  bermula seawal jam 4.30 @ 5am pada hari-hari sekolah dan bekerja sehinggalah membawa ke jam 11 @ 12 tengahmalam, atau lebih lewat dari itu. Banyak yang seorang ibu dan wanita itu perlu lakukan dan harus lakukan dalam tempoh waktu tersebut yang mana kekadang rasa tidak cukup masa untuk buat perkara yang menggembirakan hati sendiri. Betul tak? Tambah-tambah bagi para suri yang tidak mempunyai pembantu, lagi lah tidak menang tangan dan kaki berkejaran itu dan ini.

Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menjadi wanita super ini? Yang dapat mengurus semua tanggungjawab dan amanah sebaik dan setenang dan seikhlasnya? Yang dapat menghindarkan ketegangan atau pun stress yang pasti datang saban waktu.

Perkara utama, kita perlu kenal diri kita sendiri terlebih dahulu. Boleh baca juga dari SINI. Siapa saya dan apa mahu saya. Kenali diri sendiri adalah penting kerana dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan diri, kita dapat menentukan hala tuju arah kehidupan yang bakal kita tempohi nanti.
Contoh paling dekat sebagai rujukan, adalah diri cik azue sendiri (dari sisi seorang Ibu).

Siapa cik azue?
Isteri (tidak mahu dibincangkan) dan Ibu kepada 2 anak lelaki yang berumur 9 tahun dan 7 tahun. Pernah bekerja makan gaji dan sekarang menjadi WAHM atas sebab anak-anak tidak dapat dikawal tahap perkembangan sahsiah dan jati diri.
Apa kelemahan cik azue: Kuat panas hati tambah-tambah dengan kanak-kanak yang tidak dengar
 kata ni. (biasalah, ini peringkat 7 tahun kedua pembesaran anak-anak)
Apa kekuatan cik azue: Boleh pekakkan telinga dan butakan mata dengan perangai kanak-kanak ribena selagi mereka tidak gunakan bahasa kesat dan main gaduh-gaduh guna kaki tangan.

Apa mahu cik azue?
Menjadi WAHM untuk bekerja dirumah sambil memantau sahsiah anak-anak agar jadi insan cemerlang, dunia dan akhirat, sambil mendapat pendapatan melalui perniagaan yang cik azue sedang usahakan; Keraih Lengan Kuazue

Bagi menjayakan misi kita untuk menjadi Wanita Super, menurut buku rujukan tersebut, kita perlu
1) Jelas dengan apa yang kita inginkan dalam mencapai cita-cita kita itu.
~ sebaiknya perlu kita tulis dengan jelas setiap apa yang kita inginkan

2) Mempunyai target atau Objektif yang kita ingin capai
~ ini akan membantu kita mencapai apa yang kita ingini.
~ setiap target yang telah ditetapkan haruslah berdasarkan yang berikut:-
   * khusus
   * boleh diukur
   * Boleh dicapai
   * Realistik
   * Sekatan Masa

3) Fokus pada cara diri melihat dan menerima sesuatu.
~ orang yang positif akan mempunyai keyakinan pada diri dan dapat bangun kembali walau apa jua dugaan yang terpaksa di tempuhi dan memandang setiap cabaran dan dugaan adalah langkah-langkah bagi menyediakan satu kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.

Selain daripada ini, untuk menjadi wanita super, wanita itu juga perlu mempunyai azam, matlamat dan istiqamah. Berikut adalah prasyarat untuk kita kekal istiqamah dengan semua yang telah kita senaraikan di atas tadi.
1) Kemahuan - perlu ada kemahuan yang bersungguh atas apa yang telah kita senaraikan di atas tadi
2) Percaya diri sendiri - dengan memastikan apa yang kita tulis dan rencanakan adalah berpijak di bumi yang nyata, bukan angan semata.
3) Motivasi - mencari bahan bacaan dan kumpulan sokongan yang sedia saling bantu membantu bagi menyuntik semangat untuk terus berjaya supaya semangat itu tidak pudar di tengah jalan
4) Meletakkan tempoh masa - dengan adanya sasaran tempoh masa, kita akan lebih berdisiplin dengan kerja kita.

Jadinya, weehaaa, cik azue kena susun dan susun dan susun semula fokus WAHM supaya tak kena BAHAM dek encik chenta hati.

Bukan senang nak jadi super woman atau wanita hebat dalam erti kata sebenarnya. Cik azue mengaku banyak lagi yang perlu di perbaiki.
Oleh itu, mari kita perbaiki sesama kita.

Baik, bercakap tentang Motivasi, selain dapat dari buku, cik azue mengikuti ABDR (akademi bekerja dari rumah). Di sini, kekadang tu, bukan nak cakap la, ada ketikanya, emosi sangat terganggu, kadang nak buka komputer atau talipon pun malas. Namun, berkat berjamaah, suntikan semangat itu senantiasa ada. Tepuk dada tanya iman. Apa mahu kamu hidup di muka bumi ini.

Oklah, dah panjang bebelan sayang cik azue. Praktis-praktis mana mahu. Tapis-tapis mana perlu.

Akhir kalam. Semoga kita semua dapat menjadi MANUSIA SUPER / HEBAT di sisi MAHA MENILAI.

Wasalam





Thursday, June 5, 2014

Saya sudah kembali bersiaran

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Maaf atas blog yang dorman buat seketika. Terima kasih tidak terhingga buat kalian yang masih sudi berkunjung tiba. Agak lama cik azue menyepikan diri ini kan. Haiihs, banyak kejadian yang berlaku, bermula dengan berita MH370 hinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah yang agak memberi kesan personal dalam diri ini.
Baik, kiranya tempoh berkabung bagi diri cik azue juga telah berlalu. Kita kembali fokus pada kehidupan kita sekarang ini. Kehidupan yang sedetik cuma, namun jika kita mensia-siakan peluang yang Allah berikan ini, apa yang perlu kita jawap nanti bila dipersoalkan nanti. 
Jadi, apa yang cik azue lakukan untuk merawat luka di hati? Kita buat imej sulam dan menyulam. Sibuk-sibukkan diri dengan kerja menyulam bagi koleksi Keraih Lengan Kuazue dan menjahit tampal cantum bagi projek almarhum bonda

  belum cuba sulam lagi

 Baby boy

  baby girl

roket yang akan di kemas kini

Sambil-sambil layan kanak-kanak ribena di musim cuti sekolah ini, sambil-sambil itu baca buku ini

nanti dah habis baca, macam selalu, cik azue kasi ulasan ya

dan terakhirnya, hari ahad (1/6/2014) yang lalu, chenta bawa kami orang jalan-jalan ke sini


seronok tengok bunga orkid dan dapat juga beli baja @ hormon bunga bagi tumbuhan keliling rumah ini berputik dan mengeluarkan hasil. Nanti cik azue review hormon yang dibeli.


Sampai sini dulu. Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam


Tuesday, May 27, 2014

Digitizing Imej Sulaman

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Assalamualaikum

Salam kasih sayang buat semua. Entri laju-laju pepagi hari.

Semalam ralit membuat imej sulaman ini. Hari ini menyambung lagi beberapa imej dan kemudian akan bawa naik ke mesin sulam dan memulakan proses sulaman.

Nanti senang cik azue kembali bertandang menjenguk kawan-kawan kesayangan.






kesemua imej ini nanti akan nanti disulam ke atas tuala mandi dewasa dan budak.
Nanti dikelapangan cik azue muat naik ke dalam blog Keraih Lengan Kuazue beserta maklumat tempahan.

Oklah, cik azue berenti sini dulu. Doakan kita semua dalam kasih sayang Ilahi hendaknya.

Wasalam


Monday, May 26, 2014

Warna Warni Malaysia di Taman Jati, Rawang

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang. Entri malam hari. Maaf ya, cik azue terlambat pulak bercerita hari ini. Banyak benda yang perlu diselesaikan bila Sabtu dan Ahad diperuntukkan sepenuhnya melayan tetamu yang bertandang.

Baik, ini cerita malam semalam. Kejadian 10.30 malam lebih kurang. Tengok syok-syok seterika baju sekolah anak-anak, tetiba kedengaran hiruk pikuk dikejauhan. 

Oh, malam ini ada lagi keraian ini seperti beberapa bulan lalu. Macam sudah lali kami yang berada di taman ini bila selang beberapa bulan, pasti ada keraian ini. Seronok pula kadang-kadang lihat perarakan ini.

Ketibaan di laluan depan rumah

Lori yang membawa segala jenis bunyi-bunyian

perarakan dewa apa pun tidak tahu dan atas sebab apa pun tidak tahu

Geng motor mengiringi dihujung perarakan


Bising? Tidaklah, sekejap sahaja. Walaupun bunyi gendang dan segala jenis bunyian ini lalu depan rumah, tetapi sangat cepat perarakan ini berakhir. Tak sampai 5 minit dah hilang dari pandangan.

Hidup dalam masyarakat majmuk kan, jadi kami menghormati kehendak agama mereka dan mereka juga menghormati masa yang mereka curi tadi. Sekejap yang memberi makna buat mereka dan menghiburkan dan memperkenalkan kami dengan budaya resam agama mereka.

Baiklah, cik azue berhenti sini dulu. Banyak lagi imej yang perlu cik azue tukarkan menjadi imej sulaman.

Akhir kalam, jaga diri, jaga iman.

Wasalam




Saturday, May 24, 2014

Segmen THE LIEBSTER AWARD dari Blogger babY-pose THE LIEBSTER AWARD.

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Blogger Karya Ku: Paridah Ishak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Kah!Kah!Kah! Hari ini kita bersegmen pula. Terima kasih blogger babY-pose  kerana telah men 'tag' cik azue untuk menjawab tag ini kerana telah tersampai BW pada tika dan saat BP buat entri award ini. 
Oh tidak mengapa, seronok juga, boleh lah kita saling kenal mengenal sesama kita. Terima kasih juga buat blogger Paridah Ishak yang mencetus entri ini dan meng 'tag' kawan-kawan dan menjebak pula cik azue menulis entri award ini. Sesekali best juga bersegmen ni kan. Jom kita jawab soalan segmen ini.

1. SERONOK KE BLOGGING
seronok tau blogging ni. Dapat kenal ramai orang dan dapat juga melancong ke merata tempat. Nak harap diri sendiri berpergian, haaisshh, sampai bila pun belum tentu sampai.

2. APA TOPIK KEGEMARAN YANG SUKA DIBICARAKAN
oh, untuk cik azue, cik azue suka menulis tentang hasilan kraf jahitan dan sulaman yang cik azue buat sebagai terapi kerinduan pada almarhum bonda disamping sekali sekala menulis tentang kehidupan dan keindahannya, motivasi diri serta perkongsian ilmu bagi semua orang yang belum tahu dapat tahu serta boleh juga menjadi peringatan pada yang sedia tahu. 

3. KALAU KEHILANGAN SESUATU APA YANG PATUT DIBUAT
pertama nya, seperti yang diajar, perkara pertama, sebut, "Innalillahi wainna ilaihir raji'un". Mak pun pesan macam ni pada cik azue selama ini. Kemudian, kalau barang, kita ikhtiar lah mencarinya. Duduk diam-diam, fikir perkara terakhir kita buat atau pegang dia. Kalau benda bernyawa, duduk diam-diam juga, hisab diri sendiri, itu peringatan yang kita juga akan di jemput pergi

4. APA LAGI YANG DICARI DALAM HIDUP INI
oh susah lah nak jawab soalan ini. Apa ya? macam semua dah dapat kecuali nak pergi buat umrah dan Haji. Kalau nak kesempurnaan, siapalah cik azue yang serba tidak sempurna ini.
Cik azue nak buka bengkel kraf yang cik azue buat ni. Jadikan bisnes keluarga kecil kami. Ya itu sahaja barangkali.

5. DALAM SEHARI BERAPA KALI BW
tak tentu, kadang rajin, berkali-kali, kalau sibuk, berminggu-minggu tak ber BW

6. SEKIRANYA DILANDA MASALAH BAGAIMANA MENGHADAPINYA
kalau dulu, cari orang untuk luahan perasaan. Semenjak menghampiri '4th series' ni, cik azue selalu bercerita pada YANG MEMBERI MASALAH itu sendiri. Mohon ampun jika masalah itu puncanya dari dosa cik azue sendiri dan ALLAH berinya sebagai as sebab untuk cik azue kembali mengharap pertolongan pada NYA serta memohon pertolongan kepada jalan penyelesaian melalui ZAT ALLAH melalui solat istikharah, dhuha dan tahajjud secara rutin. Ini pesanan almarhum bonda yang dulu cik azue buat bila rasa nak buat, tapi sekarang bila dah menjadi kelaziman, bila tak buat rasa hari itu tidak lengkap pula. Cubalah.

7. MAKANAN KEGEMARAN
Tiada. Semua makan kecuali makanan dan minuman terlalu manis dan masin

8. TEMPAT INDAH YANG INGIN DIKUNJUNGI
nak pergi cuti-cuti ke pulau-pulau yang boleh dengar bunyi ombak dan berenang kat laut lepas sepuas-puasnya


9. PENDAPAT KAWAN-KAWAN TENTANG BLOG KARYAKU
jujur, belum kenal rapat, TAPI, cik azue suka, sebab ada banyak munga orkid lah ! tak percaya, tajuknya pun dah ada munga orkidlah, lagi kat sini, sini dan sini
Lain mahu tengok munga ORKID lah.. jengah ke blog PI ya. HA! Ha! Ha! (gelak macam orang jahat sikit!)

10. KEPUTUSAN PENTING YANG MENYUSAHKAN MENENTUKAN
berhenti kerja dan menjadi WAHM. Ya itu keputusan terpenting yang tersangat susah untuk menentukan. Berkat 3 tahun beristikharah dan bermuzakarah, alhamdulillah, cik azue dah bergelar WAHM sekarang ini.

11. SUDAHKAH BERTEMU KEKASIH SEJATI HINGGA KE MATI
alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurnian CHENTA dan DUA JEJAKA REBINA dalam hidup ini.


Ok siap sudah. Dah siap jawab. Nak beri siapa pula ya. Ok cik azue pun nak ikut jejak langkah blogger babY-pose, kita tag aja siapa yang datang bertandang ke sini. Nanti kalau sudi nak bersegmen ini, bagi link ya. Nanti cik azue semak dan berkenalan dengan anda lebih rapat. Sudi-sudikan lah ya. Semoga ukhwah berpanjangan.

Opss. Hari ini ada tetamu nak berkunjung datang. Nak buat apa ya? Nak masak menu apa ya?

Oklah. Nak sedia bahan apa patut. 

Wasalam






Tuesday, May 20, 2014

Hikmah Bila di Uji

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Kesinambungan dari entri SEMALAM. Terima kasih buat yang sudi mendoakan cik azue. Cik azue dah jumpa doktor gigi pagi ini. Tidak tertanggung rasa kesakitan itu. Bermula dengan demam, lantas sakit seluruh rahang dan gusi dan terus cik azue bercuti dari studio Keraih Lengan Kuazue. Alhamdulillah, tempahan pukal siap disaat kesihatan semakain merosot. Cuba-cuba bertahan kerana ini bukan serangan kali pertama dan pernah juga dirujuk bebrapa tahun yang lalu ke klinik pakar Orthodontik Hospital Selayang, namun mereka tiada kata putus tentang apa dan kenapa gigi itu sakit.
Jadi pagi ini, cik azue pergi semula menjejak kasih dengan doktor swasta yang sekian lama merawat gigi cik azue sebelum diambil alih oleh hospital kerajaan. Habis semua gigi dicuci kerana katanya dia perlu cuci kembali untuk lihat sama ada lain masalah pada gigi tersebut. 
Dan menurut kata doktor, Gigi geraham nampak tiada masalah kecuali nampak ada seperti garisan retak. Namun doktor tidak membuat apa-apa buat waktu ini dan memberi antibiotik dan penahan sakit yang hanya 3 jam sahaja boleh bertahan tanpa sakit.


Tika entri ini ditaip, gigi tersebut sudah mula mengeluarkan irama denyutannya. 
Pilihan terakhir rawatan jika sakit berulang kata doktor adalah keluarkan geraham itu walau tanpa ada sebarang tanda kerosakan lain, itu pun jika kesakitan itu memang melampau dan sudah tidak dapat ditanggung oleh cik azue lagi.
Terima kasih Allah atas bencana sakit gigi ini. Hikmah yang didapati, cik azue boleh belajar untuk diam dan berkata yang perlu sahaja kerana nak buka mulut pun sakit, apatah lagi nak bercakap dan mengunyah, lantas boleh berdiet, makan hanya untuk kelangsungan hidup.
Alhamdulillah atas sedikit ingatan bahawa yang muda akan merasai TUA dan hidup akan merasai MATI, walau tanpa sebarang sebab munasabah. 

Bagi yang bertanya bagaimanakah rasanya atau sakit itu macam mana? Ini jawapnya. Jika nak merasa sakit yang ditanggung ini, jika pernah tumbuh geraham bongsu dan sakit ketika itu, dan begitu jugalah yang dirasai tika dan saat ini. Bezanya, cik azue dah tiada kesemua geraham bongsu kerana rahang tidak mampu menampung pertumbuhannya, jadi doktor memilih untuk membuang geraham itu dari mengakibatkan gigi lain berlapis atau naik secara senget dan makan pipi.

Sambil-sambil sakit, cik azue masih beroperasi seperti biasa walau sedikit gangguan dirasai. Berlangsung sekarang, proses sulaman tanda nama. Maaf buat anda penempah, cik azue cuba selesaikan sebaik mungkin dan secepat mungkin.



Wasalam.

*********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: