Followers

Showing posts with label Bisnes Menjahit Sulaman Mesin Berkomputer. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Menjahit Sulaman Mesin Berkomputer. Show all posts

Tuesday, March 12, 2019

Sulaman Mesin dan blog tempahan

Entri: # 234 
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue nak menulis tentang kisah belakang tabir dan blog bagi tempahan sulaman.


Alhamdulillah, hari ini cik azue sedang cuba menyiapkan tempahan sulaman tanda nama jawi ini. Semoga segera siap dan dapat cik azue pos segera supaya cik azue boleh beralih kepada tempahan set bantal kereta pula.


Bagi yang berminat untuk menempah, kalian boleh tekan pada tab Tempahan Sulaman di atas untuk di bawa pergi ke blog tempahan sulaman cik azue.


Blog ini akan memberi kalian informasi tentang harga serta bagaimana kalian hendak menempah dengan cik azue.

Blog ini dah lama wujud, cuma baru sekarang cik azue akan mula mengemas kini dengan segala informasi tempahan.

Oklah, hingga itu,

Wasalam.

Wednesday, May 27, 2015

Bangun dan bermula kembali

Entri: # 135
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Lama tersepi dari blog kesayangan ini.
Wah, wah, wah, penuh sudah habuk dan bersawang-sawang jadinya.
Hacumm!
Kih, kih, kih. Adatlah ya, rumah dah lama tinggal.

Baik, cik azue tidak kemana pun. Ada di sini menyelesaikan tugasan yang kian sarat. Memilih menjadi WAHM, nampak mudah, tapi tidak sesenang seperti tergambar di mata.

Selama bertapa ini, jom lihat selain sulam tanda nama, apa lagi yang telah cik azue sulam dan hasilkan.

Maaf pada yang ikuti diblog. Ulang tayang buat kalian, namun tayangan perdana buat kalian yang sudi bertandang ke sini.


Pertamanya, sibuk membangunkan blog sulaman dan seni kreatif, blog cik azue yang bersifat ilmiah ini. Kalian boleh layari melalui link berikut: http://azuriyahmohamad.blogspot.com

Kemudian, menyelit-selit di celahan tempahan sulam tanda nama, adalah tempahan berikut






Yang ini pula adalah kisah cik azue belajar dari rakan seperjuangan, bagaimana menyulam di atas sekeping felt. Berikut adalah yang terhasil setelah berlajar dari cik puan berdua.





Bolehlah kan.

Nanti cik azue kongsi lagi yer.

Maafkan cikazue, doakan cik zue, terima kasih

Wasalam

Tuesday, April 7, 2015

Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: # 131
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah, terima kasih Allah dan terima kasih kalian yang sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan cik azue.

Terima kasih juga buat kalian para pelanggan yang sangat memahami akan situasi.

Semalam (6 April, 2015), tempahan ini sudah pun di pos kepada cikgu-cikgu terlibat.



Dua tempahan sebenarnya dari dua sekolah yang berlainan.

Oh ya, bagi kalian yang ingin mendapatkan khidmat sulaman dari kami, tempahan telah dibuka semula.

In shaa Allah, jika bukan cik azue yang siapkan, tuan CEO yang bantu siapkan. (Sengih sampai telinga!)

Macam biasa, buat kalian yang ingin menempah, cik azue boleh dihubungi melalui

email: kuazue@gmail.com
fb: azuriyah mohamad
page: Keraih Lengan Kuazue
whatsapp: 013-2700020


Bagi kalian yang berminat hendak tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah juga boleh hubungi cik azue melalui saluran tertera di atas.

Ok lah, cik azue beransur dahulu. Hingga lain masa.

Wasalam

*notakakitangan; kenal chef amer, chef koko tu? Nanti cik azue cerita tentang, ABDR, cik azue dan Chef Amer, ya

Wednesday, March 4, 2015

Persediaan Asas Bisnes Menjahit Sulaman Mesin Berkomputer


Entri: # 126
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi / Carian Google


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Apa khabar kalian pengunjung yang sudi bertandang ke blog cik azue.
Maafkan cik azue terpaksa menyepi dek kekalutan menyiapkan tempahan sulam tanda nama sekolah-sekolah.

Baru-baru ini, cik azue acapkali dihujani SMS, WA dan PM di 'Facebook' berkaitan tentang "bagaimana nak memulakan bisnes menjahit sulaman seperti cik azue?"


Baik. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang dan bertanya pada cik azue.

Di sini cik azue senaraikan mengikut pengalaman kerjaya sulaman cik azue ya.


Pertama, 1: Aset Mesin Sulaman

mesin sulam cik azue model Brother NV1500

frame sulaman yang didatangkan bersama mesin


Gambar mesin di atas adalah kepunyaan cik azue. Terdapat banyak model dipasaran sekarang ini bermula dari RM3K ke atas bergantung fungsi dan jenama.

Ada mesin yang didatangkan dalam pelbagai fungsi - jahitan lurus dan jahitan sulam atau hanya jahitan sulam semata.
Tepuk poket kira duit sendiri ya.



2 -  Komputer dan perisian edit


Ini adalah aset kedua dalam bisnes sulaman mesin berkomputer. Ini sebenarnya jantung bagi memproses segala tempahan yang diterima kerana di sini terdapat perisisan mengedit imej sulaman yang mana lebih kita kenali sebagai 
'Digitizing Software'.
Bagi cik azue, cik azue menggunakan perisian bernama 'EMBIRD' yang didatangkan bersama pakej mesin sulaman di atas.

Oh nilai semasa perisian 'EMBIRD' adalah lebih kurang RM5K.
Namun begitu sekarang ini terdapat juga lain-lain perisian seperti 'ICLIQ' bernilai RM1500, 'PE' dan 'JANOME' - maaf cik azue kurang pasti - pengguna mesin Janome dan perisian mohon betulkan yer jika silap.

Dimana kalian boleh beli perisian ini? Sebaiknya, semasa membeli mesin, pilih sekali yang menawarkan perisian mengedit imej dalam pakej bayaran. Lagi berbaloi memandangkan harganya yang agak mahal jika dibeli secara berasingan. Dan juga pilih sekali agen yang menawarkan kelas pembelajaran sehingga pandai guna perisian tersebut.
Lagi sekali, tepuk poket, kira wang di bank yang ada.



3- Benang Sulaman

sumber: http://littlehanagallery.blogspot.com/2010/07/apa-yang-perlu-ada.html

Benang sulaman terdapat dalam pelbagai saiz bergantung jenama. Jenama benang popular adalah jenama Fufu, Dolphin dan Senorita.
Benang sulaman jenama Dolphin dan Senorita mudah didapati dikedai-kedai membekalkan alat jahitan manakala benang sulaman jenama FUFU hanya popular pada penyulam tegar atau pada industri sulaman mesin.
Harga benang sulaman sehingga entri ini ditulis adalah dari serendah RM2.80 sebuku dan ke atas bergantung berat dan panjang (meter) benang dalam segulung benang.


4 - Fabrik 'Stabilizer' dan plastik sulaman

Fabrik ini digunakan semasa menyulam bagi menetapkan kain dan mengemaskan hasil sulaman.
Perkara ini akan cik azue sentuh di entri akan datang.
Fabrik ini dijual pada harga bermula rm1.80 semeter bergantung ketebalan.


5 - Imej Sulaman





Cantek tidak imej sulaman di atas? Ya, imej itu cik azue buat menggunakan perisian 'EMBIRD'.
Namun bagi kalian yang tidak mempunyai perisian memproses imej sulaman, sekarang ini terdapat ramai 'digitizer' yang boleh bantu kalian dalam memproses imej sulaman yang kalian hajati.
Disini juga terdapat peruntukan RM yang harus kalian asingkan. Harga bagi setiap imej adalah bergantung design dan ketelitian dan sekurang-kurangnya harga bermula RM10 bagi satu imej.


Rasanya cukup sampai sini dulu perkongsian cik azue kali ini.
Nanti cik azue sambung lagi.
Sekarang nak bersiap untuk persediaan makan malam anakanda dan chenta hati dan kemudian menyambung tugasan menyulam dan men 'digitize' nama bagi tempahan sulaman nametag.

Kepada yang ingin bertanya cik azue, boleh PM di FB atau watsap cik azue ya.

Hingga itu

Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

Wednesday, February 4, 2015

Panduan Memulakan Bisnes Menjahit Sulaman



Entri: # 120
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Beberapa minggu nan lalu, Cik Azue dihujani email dan 'whatsapp' pertanyaan tentang bagaimana untuk memulakan bisnes menjahit sulaman. Terima kasih atas pertanyaan kalian.


Baik, apa yang cik azue bakal kongsikan adalah panduan berdasarkan pengalaman cik azue sendiri.

Dari bagaimana bermula sehinggalah sekarang ini, semata-mata untuk memberi garis panduan secara kasar dan hanya akan memfokuskan kepada bekerja sambil berada di rumah sahaja dan menjalankan bisnes menjahit sulaman.


Terlebih dahulu, adalah baiknya kita pecahkan dahulu istilah bisnes menjahit sulaman itu kepada beberapa cabang atau bidang.

Bisnes Menjahit Sulaman terbahagi kepada dua.
Pertama, sulam manual atau sulam menggunakan khidmat dua tangan dan dua kaki serta sepasang mata sebagai aset TERBESAR.

Kedua, sulam AUTO atau sulam Mesin yang mana aset TERBESAR adalah MESIN sulam dan perisian komputer yang dipanggil 'digitizing software' sebagai bonus.


Untuk menjadi seorang penjahit sulaman yang mahir, sebaiknya kita bermula dari menyulam menggunakan tangan kerana disini terdapat beberapa perkara asas yang sebenarnya dirujuk semasa kita menyulam dengan teknologi, iaitu menggunakan mesin dan perisian.

Ini bagi membiasakan kita dengan jenis sulaman dan teknik jahitannya.
Contoh sulaman yang boleh dirujuk adalah jahitan sulaman applique atau sulam tampal hias.  

Walaubagaimana pun, jika kalian yang berhasrat untuk terus melompat ke dalam arena sulaman mesin berkomputer, aset terbesar yang kalian perlu ada adalah seperti mesin sulam berkomputer dan jika benar mahu menjadi penyulam tegar, disarankan agar memiliki satu perisian mengedit / membina imej sulaman sendiri.

Berikut dikongsikan senarai harga pasaran mesin sulam yang diambil dari perkongsian di Google.


Kalian boleh rujuk ke alamat web tertera di imej untuk maklumat lanjut.


Ok, secara ringkasnya di sini, apa yang kita perlu ada sebelum memulakan  bisnes Menjahit Sulaman adalah

1) minat dan kesungguhan
2) jenis sulaman yang ingin kita terokai
3) aset yang perlu untuk memulakan bisnes ini
4) peruntukan wang modal perniagaan


Dalam kontek cik azue dan pertanyaan kalian, bagi memulakan bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer seperti cik azue, apa yang kita perlukan sebagai aset atau modal adalah seperti berikut.

1) Mesin Sulaman berkomputer
terdapat beberapa jenis dan modal ada dipasaran bermula dari RM3,000 hinggalah mencecah RM50,000 sama ada termasuk perisian membuat imej sulaman atau tidak. Pilihan adalah mengikut bajet dan pengkhususan yang bakal kalian pilih nanti.

2) Benang dan peralatan menyulam mesin

3) Fabrik

4) Design sulaman

5) Minat dan kesungguhan

6) tambahan - perisian membuat imej sulaman.


Bagi menentukan pilihan bagi aset no 1 di atas, iaitu mesin sulam berkomputer, terlebih dahulu, suka untuk mengingatkan, kalian harus menentukan hala tuju terakhir perjalanan bisnes menjahit sulaman ini. Adakah ianya bersifat suka-suka, memenuhi hobi atau pun bakal menjadi kerjaya tetap (walau secara sambilan) yang boleh menjana pendapatan.

Ini kerana setiap mesin yang kita laburkan akan sedikit sebanyak mempengaruhi hasil karya akhir nanti. Jika ingin bermula secara sambilan dengan modal yang sedikit kecil, carilah mesin-mesin sulam dalam lingkungan harga bawah RM5K sebagai permulaan. Cari juga jika boleh yang didatangkan dengan perisian memproses imej sulaman bagi menjimatkan kos modal permulaan.

Selepas menolak bajet bagi membeli aset paling besar, kita perlu sekarang ini memperuntukkan sebahagian modal untuk membeli benang-benang sulaman dan fabrik-fabrik termasuk tuala untuk mula membuat latihan sulaman sebelum bersedia menerima tempahan nanti.

Kemudian, bagi yang tidak ada perisian memproses imej untuk imej sulaman, kalian juga perlu mengeluarkan sebahagian modal untuk membeli design-design yang terdapat dipasaran atau bagi menempah design-design pilihan daripada pembuat imej sulaman. Harga design pula adalah bermula dari serendah RM10 dan ke atas, bergantung jenis design sulaman.


Selepas itu adalah minat kalian. Tanpa minat, kadang kala apa yang kita hendak buat akan berakhir di tengah jalan. 

Bisnes menjahit sulaman mesin berkomputer adalah satu bisnes yang memerlukan modal yang agak besar untuk memulakannya.
Walaubagaimana pun, jika kalian memang mempunyai minat, kalian boleh berhubung dengan pihak EPAL dan boleh bekerjasama dengan TEKUN bagi mendapatkan pinjaman mesin.

MARA juga ada membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan. Tetapi dua-dua pinjaman ini ada pra syarat nya.

Cik azue tidak boleh kongsi di sini kerana cik azue menabung bagi membeli aset mesin jahit cik azue.

Cik azue bermula secara manual, menghasilkan produk sulaman secara manual, kemudian barulah memiliki mesin sulam secara berkomputer.


Nanti kita sambung lagi.

Cik azue nak siapkan tempahan berbaki.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan cik azue melalui applikasi 

WhatsApp: 013-2700020


Bagi yang nak mendapatkan makluman tentang tempahan sulaman juga boleh WA ke nombor di atas.


Oh ya, beberapa hari lagi cukuplah setahun cik azue bersama ABDR, nanti cik azue kongsikan ya pengalaman dan perasaan.

Mana-mana kalian yang ingin tahu lebih lanjut tentang ABDR, jemput ke FB Azuriyah Mohamad



Akhir kalam, semoga entri ini memberi sedikit info dan manfaat buat kalian yang bertanya.

Entri ini akan cik azue sambung tentang cabang-cabang bisnes menjahit sulaman nanti.



Hingga itu,


Wasalam





Tuesday, October 14, 2014

Entri # 92 : Menyulam dan Kerja-kerja 'digitizing'

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. Buat apa tu? Cik azue baru siap 'edit' imej untuk sulaman.

Pasangan orang lidi. Macam comel jer.
Tapi itu lah, bila kadang kala tu, semua kerja tidak menjadi seperti yang sepatutnya, atau adakah cik azue mencari suatu kesempurnaan.
Sempurna? Harus! Pengalaman sebagai Jurutera Kawalan Mutu, kalau tidak digunakan sehabis baik, alamat rugilah pengalaman yang berbelas tahun dibina itu.
Oh ho, cik azue harus meninggalkan kenangan lalu, cuma mengambil sikap kawalan mutu sahaja dalam etika bekerja seorang WAHM, bagi memastikan kepuasan hati bakal pelanggan.

Susah ker kerja membuat imej sulaman ni? Tak susah sebenarnya. Cuma yang susahnya, bila pembuatnya (cik azuelah tu) mempunyai suatu sikap mencari kepuasan yang agak tinggi. Maafkan duhai bakal pelanggan, jika sesuatu itu tidak 'molek' kejadian di mata cik azue, cik azue akan mengulang membuat semula. Semoga kalian faham dan semoga kalian juga faham kenapa  cik azue tidak menerima tempahan segera @ 'urgent'.
Apa lagi nak dikata, imej orang lidi itu sudah selesai disulam, nanti malam atau esok pagi (bergantung kepada anakanda berdua malam nanti) cik azue akan mula menyulam hasil akhir.

E! Tak sabar nak sulam hasil akhir. Bukan pelanggan sahaja yang tertunggu dan tak sabar nak tunggu, cik azue sendiri pun dup dap nak menunggu hasil siap nanti.

Oklah, cik azue nak siap sedia untuk juadah makan malam sementara anakanda berdua belum pulang dari sekolah.

Akhir kalam, jaga hati, jaga iman ya.
Wasalam


Thursday, June 5, 2014

Saya sudah kembali bersiaran

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Maaf atas blog yang dorman buat seketika. Terima kasih tidak terhingga buat kalian yang masih sudi berkunjung tiba. Agak lama cik azue menyepikan diri ini kan. Haiihs, banyak kejadian yang berlaku, bermula dengan berita MH370 hinggalah kemangkatan Sultan Azlan Shah yang agak memberi kesan personal dalam diri ini.
Baik, kiranya tempoh berkabung bagi diri cik azue juga telah berlalu. Kita kembali fokus pada kehidupan kita sekarang ini. Kehidupan yang sedetik cuma, namun jika kita mensia-siakan peluang yang Allah berikan ini, apa yang perlu kita jawap nanti bila dipersoalkan nanti. 
Jadi, apa yang cik azue lakukan untuk merawat luka di hati? Kita buat imej sulam dan menyulam. Sibuk-sibukkan diri dengan kerja menyulam bagi koleksi Keraih Lengan Kuazue dan menjahit tampal cantum bagi projek almarhum bonda

  belum cuba sulam lagi

 Baby boy

  baby girl

roket yang akan di kemas kini

Sambil-sambil layan kanak-kanak ribena di musim cuti sekolah ini, sambil-sambil itu baca buku ini

nanti dah habis baca, macam selalu, cik azue kasi ulasan ya

dan terakhirnya, hari ahad (1/6/2014) yang lalu, chenta bawa kami orang jalan-jalan ke sini


seronok tengok bunga orkid dan dapat juga beli baja @ hormon bunga bagi tumbuhan keliling rumah ini berputik dan mengeluarkan hasil. Nanti cik azue review hormon yang dibeli.


Sampai sini dulu. Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam


Tuesday, May 27, 2014

Digitizing Imej Sulaman

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Assalamualaikum

Salam kasih sayang buat semua. Entri laju-laju pepagi hari.

Semalam ralit membuat imej sulaman ini. Hari ini menyambung lagi beberapa imej dan kemudian akan bawa naik ke mesin sulam dan memulakan proses sulaman.

Nanti senang cik azue kembali bertandang menjenguk kawan-kawan kesayangan.






kesemua imej ini nanti akan nanti disulam ke atas tuala mandi dewasa dan budak.
Nanti dikelapangan cik azue muat naik ke dalam blog Keraih Lengan Kuazue beserta maklumat tempahan.

Oklah, cik azue berenti sini dulu. Doakan kita semua dalam kasih sayang Ilahi hendaknya.

Wasalam


Tuesday, May 20, 2014

Hikmah Bila di Uji

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Kesinambungan dari entri SEMALAM. Terima kasih buat yang sudi mendoakan cik azue. Cik azue dah jumpa doktor gigi pagi ini. Tidak tertanggung rasa kesakitan itu. Bermula dengan demam, lantas sakit seluruh rahang dan gusi dan terus cik azue bercuti dari studio Keraih Lengan Kuazue. Alhamdulillah, tempahan pukal siap disaat kesihatan semakain merosot. Cuba-cuba bertahan kerana ini bukan serangan kali pertama dan pernah juga dirujuk bebrapa tahun yang lalu ke klinik pakar Orthodontik Hospital Selayang, namun mereka tiada kata putus tentang apa dan kenapa gigi itu sakit.
Jadi pagi ini, cik azue pergi semula menjejak kasih dengan doktor swasta yang sekian lama merawat gigi cik azue sebelum diambil alih oleh hospital kerajaan. Habis semua gigi dicuci kerana katanya dia perlu cuci kembali untuk lihat sama ada lain masalah pada gigi tersebut. 
Dan menurut kata doktor, Gigi geraham nampak tiada masalah kecuali nampak ada seperti garisan retak. Namun doktor tidak membuat apa-apa buat waktu ini dan memberi antibiotik dan penahan sakit yang hanya 3 jam sahaja boleh bertahan tanpa sakit.


Tika entri ini ditaip, gigi tersebut sudah mula mengeluarkan irama denyutannya. 
Pilihan terakhir rawatan jika sakit berulang kata doktor adalah keluarkan geraham itu walau tanpa ada sebarang tanda kerosakan lain, itu pun jika kesakitan itu memang melampau dan sudah tidak dapat ditanggung oleh cik azue lagi.
Terima kasih Allah atas bencana sakit gigi ini. Hikmah yang didapati, cik azue boleh belajar untuk diam dan berkata yang perlu sahaja kerana nak buka mulut pun sakit, apatah lagi nak bercakap dan mengunyah, lantas boleh berdiet, makan hanya untuk kelangsungan hidup.
Alhamdulillah atas sedikit ingatan bahawa yang muda akan merasai TUA dan hidup akan merasai MATI, walau tanpa sebarang sebab munasabah. 

Bagi yang bertanya bagaimanakah rasanya atau sakit itu macam mana? Ini jawapnya. Jika nak merasa sakit yang ditanggung ini, jika pernah tumbuh geraham bongsu dan sakit ketika itu, dan begitu jugalah yang dirasai tika dan saat ini. Bezanya, cik azue dah tiada kesemua geraham bongsu kerana rahang tidak mampu menampung pertumbuhannya, jadi doktor memilih untuk membuang geraham itu dari mengakibatkan gigi lain berlapis atau naik secara senget dan makan pipi.

Sambil-sambil sakit, cik azue masih beroperasi seperti biasa walau sedikit gangguan dirasai. Berlangsung sekarang, proses sulaman tanda nama. Maaf buat anda penempah, cik azue cuba selesaikan sebaik mungkin dan secepat mungkin.



Wasalam.

*********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Tuesday, May 13, 2014

Menyulam dan Demam

Teks: KUAZUE MOHD
 Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua.

Berpagi-pagi hari ini cik azue bertapa di bilik ini

Abang menyulan dan hasil sulaman

Hajat dan amanah orang. Sudah separuh disiapkan. Tinggal lagi separuh untuk disudahkan.

Semalam malam, bilik ini bertutup rapat. Kasi peluang ABANG NV1500 untuk berehat lantaran cik azue tetiba demam panas maghribnya.

hihihi gambar ni cik azue snap sebab hantar pesanan bergambar kepada chenta hati minta beliau jangan kerja lebih masa dan pulang lewat malam, adinda sudah kepala 'ting tong!' jadi, chenta pun pulang la dengan kadar segera. Sudah makan ubat pun, alhamdulillah, hari ini, awal pagi sudah dapat bangun menjalankan tanggungjawab semula. Yang tinggal, sakit-sakit seluruh badan. Argh, nak tunduk dan lejangkan belikat pun sakit segala saraf. Penangan virus apakah ini. Menyinggah sebentar cuma, namun, kesan tinggalannya, pedih segala urat belikat, macam semalaman kerja memotong dan menebas lagaknya.
Alhamdulillah, sedikit nikmat ditarik dan sedikit hidup diuji dengan bencana badan.
Terima kasih Allah.

Sebentar lagi pada jam 3pm cik azue nak berkunjung ke rumah jiran, ada sedikit keraian atas ulangtahun kelahiran anakanda beliau. Nanti cik azue buatkan tutorial jahit sulam applique apple tu ya sebagai panduan buat semua yang berminat ingin tahu.

Oh ya, buat puan penempah, tika entri ini cik azue tulis, cik azue dah berjaya habiskan 3 warna tuala semuanya dan berbaki nanti lagi 2 warna tuala.

Hingga itu, anda semua jaga kesihatan ya.

Wasalam.
*********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Monday, May 12, 2014

Kraf Jahitan & Sulaman: Menyulam Epal

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Diharap sihat lah hendaknya. sudah beberapa hari cik azue tidak menulis. Sibuk dan disibukkan dengan aktiviti menyulam.
Ya menyulam untuk aktiviti hari Guru dan hari Ibu.
Dan kerena itu jugalah sumber mata pencarian. Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan yang kalian beri buat cik azue.

In shaa Allah, cik azue tak persiakan.

Baik, untuk beberapa hari lagi juga, jika cik azue masih tenggelam timbul di blog ini, maafkan cik azue. Cik azue akan cuba selit-selit tika waktu menyulam. Bukan apa, cik azue sedang menyulam tempahan pukal. Tempahan kedua dari orang yang sama, tetapi kali ini untuk majlis di sekolah beliau.

Ini adalah tempahan persendirian beliau. Semuanya berjumlah 24pcs. Terima kasih. Sila kira sendiri dalam gambar, dua lagi berwarna "pink" telah tersembunyi di bawah yang berwarna biru itu. Sila rujuk gambar susunan di sebelah kiri anda. Hihihihi, macam mana boleh tidak perasan sudah membuat magis di situ.
Sudah selamat di pos laju ke SARAWAK. Semoga tiba tepat pada masanya. Besarlah harapan agar puan menempah dan bakal penerima nanti berbesar dan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang cik azue tawarkan ini.

Balik dari pengeposan barang di atas, (maaf cik azue lupa nak ambil gambar bagaimana pembungkusan yang cik azue dan chenta hati buat bagi menjimatkan kos penghantaran. Lain kali cik azue tunjukan ya, In shaa Allah) cik azue pergi lagi mengambil stok tuala untuk tempahan pukal sekolah kebangsaan South Miri Sarawak.

Ini sahaja berbaki stok warna tuala muka yang dalam standard piawaian perkhidmatan cik azue (cik azue guna tuala dengan berat dalam lingkungan 80 ~ 100g bagi setiap tuala).

Jadinya, malam tadi, en chenta hati telah berbesar hati menjadi penunggu setia ABANG menyulam hingga dinihari kerana memberi laluan cik azue menyediakan keperluan anakanda dan diri beliau untuk ke sekolah dan ke pejabat. Sudahnya, selesai tugas hakiki, cik azue terus tidur, terdemam selsema batuk dan sakit tekak, dek penangan si budak tidak berapa kecik lagi tu, Megat Haziq. 
Oh ya, pada yang baru ikuti blog cik azue, cik azue hendak beritahu, bahawa sistem imunisasi badan cik azue adalah lemah pada kuman selsema yang menyerang kanak-kanak bawah usia 9 tahun. heheh daku muda belia, orang tua selsema, minum secawan pun alhamdulillah, tapi kalau kanak-kanak ribena, tolong lap hingus dan selepas itu cuci tangan pun dah boleh akibatkan demam selsema yang melampau. Semakin kecil usia anak itu dan semakin kuatlah virus itu pada sistem badan cik azue. Apada, hal ini doktor kesan ketika cik azue berusia 22 tahun yang mana cik azue dan anak buah demam selsema serentak dan berkali-kali. hahahaha. Padan la selama ini masa belajar di Universiti, bila mana usik anak-anak yang berhingus jer, mesti malam tu demam. Tapi waktu itu muda, tidak la perasan sangat.

Balik ke topik, hari ini, cik azue menyambung tugasan semalam.


baiklah, anak-anak akan pulang dari sekolah agama sebentar lagi. Cik azue harus berenti di sini dulu dan sambung semula selepas mereka bergerak ke sekolah kebangsaan pula.

Akhir kalam, doakan cik azue kuat untuk teruskan perjuangan WAHM ini ya.

Wasalam


****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Friday, May 9, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman : Proses Menyulam

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat semua. Entri ringkas pagi jumaat yang mulia ini. Harap semua nya dalam sejahtera dan berselawat lah kita banyak-banyak ya.

Hari ini cik azue hanya nak berkongsi dengan semua tentang projek yang sedang cik azue jalankan dirumah ketika dan waktu ini. Penat tapi gembira bila kita beri imej preview, beliau suka.
Oleh itu, cik azue taidak dapat mengomel panjang hari ini. Anda lihat sendiri sahaja lah ya. Hasil akhir, nanti sudah siap cik azue kongsikan yer.
Oh ya, cik azue tidak lagi menerima tempahan  saat akhir untuk hari guru ya. Maaf dan saksi kan lah.



Ada 3 design sebenarnyer.. bagi lihat sikit-sikit dulu ya.

Hingga itu,

Wasalam

*******************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: