Teks: KUAZUE MOHD
Rujukan: Buku Super Women
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam Kasih Sayang. Pejam celik, pejam celik, dah petang, dah nak habis 06/06/2014. Lagi lebih kurang 2 minggu sahaja lagi dah masuk Ramadhan. Makanya cik azue sedang berfikir untuk mengumpul menu-menu masakan buat berbuka dan bersahur buat kanak-kanak sedang membesar itu. Sesiapa yang ada idea, marilah kita berkongsi bersama. Maklumlah, cik azue dah jadi ibu sepenuh masa, makanya tidak mungkin lagi alasan tidak sempat nak masak itu akan menjadi alasan utama, sedangkan waktu kerja dulu pun masih lagi sempat menyiapkan juadah.
Oh cerita hari ini adalah tentang Wanita Super. Lagi beberapa hari dah 3 bulan cik azue menjadi WAHM. Masih belajar dan akan terus belajar. Kali ini kita ulangkaji tentang bab menjadi wanita super.
Siapakah wanita super dan bagaimanakah kita boleh menjadi wanita super atau wanita hebat itu.
sumber: carian google |
Sumber: carian google |
Kesemua tanggungjawab ini adalah suatu cabaran yang perlu kita wanita hadapi dan setiap perkara dan tanggungjawab itu perlu kita lakukan dengan sebaiknya dan seikhlasnya. Oleh itu, apa sahaja masalah yang kita sedang hadapi, haruslah kita hadapi dengan tenang dan baik.
Jadi sekarang ini kita semua dah tahu siapa wanita super itu kan.. Ya, kita lah calon-calon wanita super itu.
Sebagi ibu, rata-ratanya bermula seawal jam 4.30 @ 5am pada hari-hari sekolah dan bekerja sehinggalah membawa ke jam 11 @ 12 tengahmalam, atau lebih lewat dari itu. Banyak yang seorang ibu dan wanita itu perlu lakukan dan harus lakukan dalam tempoh waktu tersebut yang mana kekadang rasa tidak cukup masa untuk buat perkara yang menggembirakan hati sendiri. Betul tak? Tambah-tambah bagi para suri yang tidak mempunyai pembantu, lagi lah tidak menang tangan dan kaki berkejaran itu dan ini.
Persoalan di sini, bagaimanakah kita hendak menjadi wanita super ini? Yang dapat mengurus semua tanggungjawab dan amanah sebaik dan setenang dan seikhlasnya? Yang dapat menghindarkan ketegangan atau pun stress yang pasti datang saban waktu.
Perkara utama, kita perlu kenal diri kita sendiri terlebih dahulu. Boleh baca juga dari SINI. Siapa saya dan apa mahu saya. Kenali diri sendiri adalah penting kerana dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan diri, kita dapat menentukan hala tuju arah kehidupan yang bakal kita tempohi nanti.
Contoh paling dekat sebagai rujukan, adalah diri cik azue sendiri (dari sisi seorang Ibu).
Siapa cik azue?
Isteri (tidak mahu dibincangkan) dan Ibu kepada 2 anak lelaki yang berumur 9 tahun dan 7 tahun. Pernah bekerja makan gaji dan sekarang menjadi WAHM atas sebab anak-anak tidak dapat dikawal tahap perkembangan sahsiah dan jati diri.
Apa kelemahan cik azue: Kuat panas hati tambah-tambah dengan kanak-kanak yang tidak dengar
kata ni. (biasalah, ini peringkat 7 tahun kedua pembesaran anak-anak)
Apa kekuatan cik azue: Boleh pekakkan telinga dan butakan mata dengan perangai kanak-kanak ribena selagi mereka tidak gunakan bahasa kesat dan main gaduh-gaduh guna kaki tangan.
Apa mahu cik azue?
Menjadi WAHM untuk bekerja dirumah sambil memantau sahsiah anak-anak agar jadi insan cemerlang, dunia dan akhirat, sambil mendapat pendapatan melalui perniagaan yang cik azue sedang usahakan; Keraih Lengan Kuazue
Bagi menjayakan misi kita untuk menjadi Wanita Super, menurut buku rujukan tersebut, kita perlu
1) Jelas dengan apa yang kita inginkan dalam mencapai cita-cita kita itu.
~ sebaiknya perlu kita tulis dengan jelas setiap apa yang kita inginkan
2) Mempunyai target atau Objektif yang kita ingin capai
~ ini akan membantu kita mencapai apa yang kita ingini.
~ setiap target yang telah ditetapkan haruslah berdasarkan yang berikut:-
* khusus
* boleh diukur
* Boleh dicapai
* Realistik
* Sekatan Masa
3) Fokus pada cara diri melihat dan menerima sesuatu.
~ orang yang positif akan mempunyai keyakinan pada diri dan dapat bangun kembali walau apa jua dugaan yang terpaksa di tempuhi dan memandang setiap cabaran dan dugaan adalah langkah-langkah bagi menyediakan satu kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.
Selain daripada ini, untuk menjadi wanita super, wanita itu juga perlu mempunyai azam, matlamat dan istiqamah. Berikut adalah prasyarat untuk kita kekal istiqamah dengan semua yang telah kita senaraikan di atas tadi.
1) Kemahuan - perlu ada kemahuan yang bersungguh atas apa yang telah kita senaraikan di atas tadi
2) Percaya diri sendiri - dengan memastikan apa yang kita tulis dan rencanakan adalah berpijak di bumi yang nyata, bukan angan semata.
3) Motivasi - mencari bahan bacaan dan kumpulan sokongan yang sedia saling bantu membantu bagi menyuntik semangat untuk terus berjaya supaya semangat itu tidak pudar di tengah jalan
4) Meletakkan tempoh masa - dengan adanya sasaran tempoh masa, kita akan lebih berdisiplin dengan kerja kita.
Jadinya, weehaaa, cik azue kena susun dan susun dan susun semula fokus WAHM supaya tak kena BAHAM dek encik chenta hati.
Bukan senang nak jadi super woman atau wanita hebat dalam erti kata sebenarnya. Cik azue mengaku banyak lagi yang perlu di perbaiki.
Oleh itu, mari kita perbaiki sesama kita.
Baik, bercakap tentang Motivasi, selain dapat dari buku, cik azue mengikuti ABDR (akademi bekerja dari rumah). Di sini, kekadang tu, bukan nak cakap la, ada ketikanya, emosi sangat terganggu, kadang nak buka komputer atau talipon pun malas. Namun, berkat berjamaah, suntikan semangat itu senantiasa ada. Tepuk dada tanya iman. Apa mahu kamu hidup di muka bumi ini.
Oklah, dah panjang bebelan sayang cik azue. Praktis-praktis mana mahu. Tapis-tapis mana perlu.
Akhir kalam. Semoga kita semua dapat menjadi MANUSIA SUPER / HEBAT di sisi MAHA MENILAI.
Wasalam
2 comments:
Penerangan yang jelas . Kena utamakan keluarga semasa pilih nak buat sesuatu kan. Moga kedua anak cik azue bakal jdi insan2 yang berjaya di bawah jagaan sendiri siang malam ibunya.
aisy Nasiha, cikgu..tq na..weehaa penin kepala skrg ni..deme asik nak hadap tv..jadualkan tv..kita plak jadi bahan gaduh.. aaiisshh...sabar...kelaut juga lah jadual Keraih Lengan Kuazue tu...
Post a Comment