Followers

Tuesday, May 20, 2014

Hikmah Bila di Uji

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam kasih sayang buat semua. Kesinambungan dari entri SEMALAM. Terima kasih buat yang sudi mendoakan cik azue. Cik azue dah jumpa doktor gigi pagi ini. Tidak tertanggung rasa kesakitan itu. Bermula dengan demam, lantas sakit seluruh rahang dan gusi dan terus cik azue bercuti dari studio Keraih Lengan Kuazue. Alhamdulillah, tempahan pukal siap disaat kesihatan semakain merosot. Cuba-cuba bertahan kerana ini bukan serangan kali pertama dan pernah juga dirujuk bebrapa tahun yang lalu ke klinik pakar Orthodontik Hospital Selayang, namun mereka tiada kata putus tentang apa dan kenapa gigi itu sakit.
Jadi pagi ini, cik azue pergi semula menjejak kasih dengan doktor swasta yang sekian lama merawat gigi cik azue sebelum diambil alih oleh hospital kerajaan. Habis semua gigi dicuci kerana katanya dia perlu cuci kembali untuk lihat sama ada lain masalah pada gigi tersebut. 
Dan menurut kata doktor, Gigi geraham nampak tiada masalah kecuali nampak ada seperti garisan retak. Namun doktor tidak membuat apa-apa buat waktu ini dan memberi antibiotik dan penahan sakit yang hanya 3 jam sahaja boleh bertahan tanpa sakit.


Tika entri ini ditaip, gigi tersebut sudah mula mengeluarkan irama denyutannya. 
Pilihan terakhir rawatan jika sakit berulang kata doktor adalah keluarkan geraham itu walau tanpa ada sebarang tanda kerosakan lain, itu pun jika kesakitan itu memang melampau dan sudah tidak dapat ditanggung oleh cik azue lagi.
Terima kasih Allah atas bencana sakit gigi ini. Hikmah yang didapati, cik azue boleh belajar untuk diam dan berkata yang perlu sahaja kerana nak buka mulut pun sakit, apatah lagi nak bercakap dan mengunyah, lantas boleh berdiet, makan hanya untuk kelangsungan hidup.
Alhamdulillah atas sedikit ingatan bahawa yang muda akan merasai TUA dan hidup akan merasai MATI, walau tanpa sebarang sebab munasabah. 

Bagi yang bertanya bagaimanakah rasanya atau sakit itu macam mana? Ini jawapnya. Jika nak merasa sakit yang ditanggung ini, jika pernah tumbuh geraham bongsu dan sakit ketika itu, dan begitu jugalah yang dirasai tika dan saat ini. Bezanya, cik azue dah tiada kesemua geraham bongsu kerana rahang tidak mampu menampung pertumbuhannya, jadi doktor memilih untuk membuang geraham itu dari mengakibatkan gigi lain berlapis atau naik secara senget dan makan pipi.

Sambil-sambil sakit, cik azue masih beroperasi seperti biasa walau sedikit gangguan dirasai. Berlangsung sekarang, proses sulaman tanda nama. Maaf buat anda penempah, cik azue cuba selesaikan sebaik mungkin dan secepat mungkin.



Wasalam.

*********************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

5 comments:

HijrahKuKeranaMu said...

pernah sakit gigi masa kecik2 dulu... honestly sakit gigi ni memang serius, orang gelak2 or senyum2 pun rasa nak penampaq kuikui.. sabar yer cik azue.. Moga Allah hapuskan dosa2 cikazue & digandakan pahala diatas kesabaran cikazue

nurbijen said...

Boleh bayang rasa sakit gigi tu.. Memang nak bercakap pun rasa malas...
Apa pun, moga cik Azue cepat baik...

Azi said...

sakit gigi mmg sakit sangat. stress je klu dengar hubby kta dia sakit gigi. apa pun tak boleh buat...

Niesa said...

Niesa harini temujanji jumpa dr.gigi..sebulan tunggu..nk pg hospital swasta mahal gila haih..nasib baik blm sakit lagi..cuma kdg2 je berdenyut2...

Mila@Rimbun said...

baru g cuci gigi last week... ngilu...