Followers

Friday, April 25, 2014

Kraft Seni Jahitan & Sulaman : Bila En Jack Bergabung

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Salam kasih sayang buat pengunjung setia.
Hihhihi, hari ini cik azue nak memperkenalkan kawan baru di semi SOHO cik azue.


En JACK!. Ya en. JACK yang diharapkan agar dapat memenuhi spesifikasi hati ini. Bergabung pula bersama mesin kebal kesayangan yang berusia hampir 12 tahun usianya, iaitu Cik Singer.


Banyak sudah jasanya cik Singer ini pada cik azue dan keluarga. Di simpan di sini sementara nak hantar semula untuk di servis kerana di lenjan semasa kelas beg sandang belakang tempoh hari. Sudahnya, bila balik rumah pula, cik singer ni mengamuk, jahit jer, terkeluarlah suara-suara emasnya, walau jahitan masih kemas. Lantas kerana itu, cik azue mempercepatkan usaha mencari mesin industri untuk menabur bakti pula sementelahan akan datang ini, ada projek besar tinggalan mak yang tidak mungkin mampu ditampung cik Singer yang telah pun berusia.

Selamat datang En Jack, semoga bergembira berbakti dengan cik azue dan keluarga di sini.


Ini pula rupa keadaan tempat mesin-mesin jahit lurus berada. Segulong kain di tepi meja itu adalah amanah untuk dijahitkan telekung dan dihantar wakaf pada yang memerlukan. In shaa Allah cik azue usahakan siapkannya walau tanpa tarikh akhir.

Dan ini pula meja potong memotong dan tempat komputer riba berada. Agak jauh diseberang sana sebenarnya. Hahaha, sengaja supaya masa sedang menjahit tidak terjeling mata ke situ.


Mesin sulam pula berada di tingkat atas pula. Terpaksa sorok di atas kerana takut ada yang tersengaja tersentuh butang-butang automatiknya nanti. Maklumlah, tempat terbuka dengan kanak-kanak ribena. Langkah berjaga-jaga dengan sorok nya di situ. Baca di sini dan di sini tentang bilik kerja Sulam.
Masa nak minta keluarkan mesin industri ini, encik CEO telah berkata. "Perlu ia kerana apa? Apa fokus pekerjaan anda dan bla.bla.bla.bla."

Oleh kerana itu, disebabkan dana modal (dana ini telah pun disediakan, tidak menggunakan ehsan wang poket) telah dikeluarkan, makanya, atas nasihat CEO, cik azue kena susun balik fokus hala tuju WAHM ini.

Nampaknya, dah panjang entri hari ini. Nanti kita sambung lagi. 

Wasalam dan selamat berhujung minggu.

******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

5 comments:

Unknown said...

terasa kerdil plak saya bila singgah di blog cik azue....banyak info jahitan yang boleh dikongsi sangat menarik..

HijrahKuKeranaMu said...

Tahniah tahniah... boleh jalan laju laju pasni yerrr

Mila@Rimbun said...

Wah.. pucuk dicita, en jack yang datang yer hihihi

Tahniah azu, merempit ler pasni. actually berbaloi2 beli mesin laju tuh, memang jimat masa

Sukma said...

dah lama saya tak menjahit nie....
salam singgah kat sini.....

babYpose said...

kalau semua happy, senang kita beraktiviti ni. puas hati kan tengok hasil sendiri.