Followers

Wednesday, April 30, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Tutorial Bantal Fossy the Fish Fossil

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue nak melunaskan janji terdahulu. Ingat lagi akan ENTRI ini? Ya dalam entri itu ada cik azue janjikan tutorial bagi bantal hiasan ini.


Kepada yang berhajat nak buat bantal ini, sila-sila kan lah ya. Nak share atau nak guna pakai untuk jana pendapatan pun boleh juga. Tidak perlu minta izin lagi. Ambil lah dan gunalah jika ianya mendatangkan manfaat buat semua.

Kita mulakan dengan basuh dulu kesemua kain yang akan kita gunakan dan kemudian, rangka paten dulu.
kain warna kuning sudah siap dibasuh, kain yang digunakan adalah dari jenis kain flanel.

Rangka yang dilukis tangan, warna biru untuk kain luar, warna merah jambu untuk bahagian dalamnya. Lukis dan turih atas kain (masukkan terus basi jahitan ya) dan potong seperti berikut sebanyak 2 keping (untuk sebelah kiri dan kanan)

 pinjam gambar ini, lupa sudah mahu ambil selepas dipotong

kain keliling nya, saiz lebar yang cik azue buat adalah dalam anggaran 3inci termasuk basi jahitan di kiri kanan. Anggaran panjang keliling adalah kena ukur lah ya ikut berapa besar yang kita lukis tadi. Jangan lupa juga, yang pendek tu adalah bagi bahagian lubang matanya.

CARA JAHIT Tampal Hias (Applique)

guna lagi gambar ini. mula-mula, kita letakkan dua kain ini seperti gambar dan jelujurkan keliling (mana yang mahir, rasanya tidak perlu lagi langkah ini). Jahit lurus keduanya serapat mungkin ke tepi basi jahitan kain diatas.


Selepas siap bagi keempat-empat bahagian, laraskan mesin kepada jahitan zig-zag. 
Berikut adalah setting jahitan pada mesin jahit Cik Singer cik azue ya.

Jahit zigzag serapat yang boleh ya. Di sini kita sedang membuat teknik jahitan tampal hias atau pun jahitan Applique secara manual. Jahit keliling diatas jahitan lurus tadi. Bila bertemu semula di jahitan mula, jangan dijahit undur bagi mematikan jahitan. Sebaliknya, kita tinggalkan helaian benang sebegini dahulu.
muka atas jahitan


dari muka bawah jahitan tadi, tarik masuk helaian benang di atas ke bawah dan simpul dengan benang yang berada di bawah menjadi seperti gambar berikut

Benang disimpul disebelah bawah bagi mematikan jahitan yang diberi nama "Satih Stitch" dalam teknik jahitan Applique.

Ini pula bahagian disebelah atas tadi.



Jahitan 3D

Mula-mula, jahit kain untuk keliling soket matanya.

 

Cantumkan pada satu bahagian badan sahaja dan dijahit keliling.

Selepas itu, cantum dulu kain keliling yang panjang tadi ya dan dijahit cantum mengikut keliling badan ikan ini di kedua-dua belah.


Selepas jahit sekeping.

 Cantum kepingan yang satu lagi dan jahit keliling. Tinggalkan bahagian mata sahaja ya.

Terbalikan kain melalui bukaan lubang soket mata yang tidak berjahit tadi.

Nampak tak, sebelah dijahit dan sebelah lagi dibiarkan dahulu.

Masukkan fiber ke dalam tulang ikan ini keseluruhannya dan setelah padat, mulakan menjahit di bahagian matanya sambil dikemaskan serta dimasukkan fiber sedikit demi sedikit sehingga membentuk soket mata yang memuaskan.

sambil-sambil jahit, sambil masukkan fiber dan kemaskan ya.

Jahit secara "ladder style" atau jahitan tangga yang mana jahitan disorok di dalam fabrik. Maaf jahitan kurang memuaskan sebab sudah lupa proses ini dan kena buat semula sebagai contoh untuk ambil gambar semula.

 dan siap la sudah.

Faham ke tidak? Harap-harap anda faham ya. Mana yang kurang faham, boleh email cik azue ya di kuazue@gmail.com

In shaa Allah, cik azue bantu. Semoga tutorial tidak seberapa ini memberi manfaat untuk semua. Mana yang salah silap, harap dimaafi ya.

Selamat bercuti dan selamat mencuba ya.

Wasalam.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

kreatifnya :)

babYpose said...

la duk scroll scrol tengok tengok sat ja jadi dah :) salute :)

N.Aima K said...

cantiknya!

Zaila Hafni said...

Fish fossil ni kreatif + cantik la cik azue :)

Kuazue Mohd said...

@Nurzakiah Hanum tq

Kuazue Mohd said...

@babYpose hahaha... ngada tau dia nih.. cik azue mimpi2 malam nak siapkan diar nih..

Kuazue Mohd said...

@N.Aima K tq

Kuazue Mohd said...

@Zaila Hafni tq...masih byk yang perlu belajar ni