Followers

Monday, April 28, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman : Dilema Berhenti Kerja

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: ADBR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Entri bersenang-senang selepas siap tugasan menyulam untuk hari ini. Sambil-sambil ambil mood menyunting imej untuk sulaman. Ya, ini  pekerjaan hakiki buat cik azue setelah memilih untuk bergelar seorang WAHM.
Sudah beberapa hari pula cik azue memikir dan berfikir-fikir. Perlu atau tidak cik azue kongsikan pengalaman ini, lantaran beberapa hari lalu cik azue menerima beberapa email, Whatsapp dan pm di FB tentang permasalahan ini.

Masing-masing dengan alasan masing-masing. Cik azue kongsikan satu dua pertanyaan bagi menjawap kepada keseluruhan pertanyaan yang masuk. Sejujurnya, cik azue tidak layak untuk bersuara. Kalau bayi, kiranya baru-baru sahaja belajar menjulur dan belum boleh bertatih dalam menyiapkan diri sebagai seorang WAHM yang berjaya. Namun, kerana beberapa permintaan yang mahukan cik azue berkongsi kekuatan bagaimana cik azue melepaskan jawatan dan menceburi WAHM secara serius, maka cik azue memberanikan diri menulis buat tatapan anda semua.

Begini petikan whatsapp dan email yang diterima. Maaf pada yang empunya, tidak bermaksud sengaja mengaibkan diri anda. Ini hanyalah satu contoh am buat semua.
Kes satu:
"Puan saya nak berhenti kerja sebab nak jadi WAHM, boleh jaga anak, duit masuk, cuma saya tidak pandai la nak berblog dan berjualan macam puan serta tidak tahu juga nak menjual apa. Barangkali puan boleh beri sedikit ilmu buat saya. Nampak macam senang jer."

Kes dua:

"bz sgt dgn keja...

Balik rumah stress & terlepas kt anak2
Anak2 mmbesar dgn didikan pengasuh & bibik..

Tp nmpaknya en suami masih belum sedia... "

Kes ketiga:
"Puan saya sudah resign dan hujung minggu depan hari terakhir saya bekerja. Saya berhenti kerana stress dan nak jadi WAHM tapi saya tidak tahu nak mula, idea macam-macam dan ada kekangan modal dengan planning"


Kawan-kawan, bukan para ibu sahaja yang begini dalam dilema, kaum bapa juga tidak terkecuali. Masing-masing punya alasan dan masalah tersendiri.
Disebab ada yang bertanya, cik azue menulis juga buat anda sebagai pedoman. Mana yang memberi manfaat, guna pakai lah. Mana-mana yang tidak betul, harap anda maafkan cik azue yang serba kekurangan ini.

Ini kisah cik azue. Bermula dari hari pertama terfikir untuk melepaskan jawatan sehinggalah benar-benar melepaskan jawatan. Semoga ada pengajaran buat anda yang bertanya dan juga anda yang mencari sedikit panduan. 

Tahun 2009, tahun pertama cik azue benar-benar ingin melepaskan jawatan kerana memikirkan kondisi kesihatan MAK, namun mak menghalang. Katanya, tidak ada apa-apa, banyak lagi pilihan yang ada, cari ilmu dahulu. Kumpul aset dulu. Dari sini, berpandukan MAK, cik azue mula berfikir, sampai bila akan menjawat jawatan jurutera yang mengambil sebahagian besar masa cik azue saban hari ini. Sampai bila mahu prejudiskan nasib anak-anak di tangan pengasuh. Bukan salah pengasuh jika asuhan dan didikan anak-anak tidak menjadi, tetapi ianya salah cik azue yang tidak pandai menyediakan seorang pengasuh yang dapat memenuhi tuntutan anak-anak.
Dari sini, cik azue mula merangka kerja. Kata mak, cari apa diri sendiri boleh buat kalau berenti kerja nanti. Mula cari ilmu dan aset. Dan itulah titik mula nya perjuangan ingin bergelar WAHM.

OK, kata kunci disini adalah, kenal pasti dulu kenapa anda mahu berenti, cari kemahiran diri, tambah ilmu dan kumpul aset untuk kegunaan kemahiran yang diminati.

Selepas MAK dijemput ILAHI, cik azue hilang sekejap arah tujuan, namun beliau tinggalkan amanat yang perlu dilunaskan. Selimut tampal cantum, mesti guna kain perca jika cukup dan mengikut beberapa paten yang telah ditentukan beliau. Nah, disinilah latihan yang ditinggalkan untuk menyungkil lagi bakan terendam cik azue.

Bila hasrat berhenti dikhabarkan kepada chenta hati, beliau pula berkata, SABAR dan fikir lagi. Buat istikharah dan minta betul-betul apa yang mahu dalam hati.
Kalau ikut panas hati kerana stress ditempat kerja, mahu jam itu juga cik azue dah berenti. Namun, bila kita tak dapat atasi stress tempat kerja, bagaimana nanti mahu atasi stress di rumah yang mana kita bekerja dengan dan bersama orang-orang kecil yang kematangan fikirannya jauh berbeza dari orang-orang dewasa.
Jadi bagaimana?

Cik azue bermula secara sambilan. Jika dahulu, bekerja sampai lewat malam, sabtu ahad juga bekerja, cik azue mengubah, mencari pula kerja yang beri cik azue 5 hari sahaja bekerja dan menghadkan tempoh bekerja sehingga jam 6pm sahaja, mengikut waktu kerja pejabat. Dari situ cik azue bermula menghadkan diri agar tidak terbabas jam kerja serta tidak bawa pulang ke rumah kerja pejabat.

Bila anak mula bersekolah, masa mereka sebelum tidur menjadi tersangat pendek. Amat pendek hanya selama lebih kurang 2jam sahaja dari mula cik azue jemput mereka dari pengasuh. Kemudian cepat-cepat siapkan makan malam dan lihat kerja rumah termasuk bebelan manja (mereka rindu bila sehari cik azue tidak mengomel, sengaja kekadang tu buat perangai bagi menarik perhatian, walau pun akhirnya yang dapat adalah kena marah atau rotan-bila mana mainan kaki dan tangan campur tangan).
Selepas jam 9.30pm, cik azue tidak ada apa lagi perlu dibuat sementara menanti baju-baju di mesin basuh untuk dibasuh. Chenta hati pula sibuk dengan kerja beliau. Jadi cik azue melakar kembali segala kenangan dengan MAK. Cik azue cuba-cuba ingat akan apa yang pernah MAK buat dulu untuk kami dan hasilkan buat anak-anak pula. Dari situ cik azue berkembang, berkembang dari mulut ke mulut dan akhirnya, dengan bantuan Ilahi, cik azue dapat melepaskan jawatan dan bergerak sendirian begini.
Namun, masih banyak yang perlu cik azue lakukan demi anak-anak. Masih lagi berlajar untuk berlari. Dan kerana itu, cik azue tidak fokus kepada banyaknya bilangan tempahan yang masuk, cuma fokuskan hanya kepada berapa jam masa yang ada buat anak-anak. Tempahan yang masuk menjadi suatu hobi untuk melepaskan kerinduan pada MAK sementara anak-anak masih dalam peringkat 7 tahun kedua usia pembesaran mereka.

Sejujurnya, cik azue mengambil masa dari tahun 2009 sehingga 2014 untuk menjadikan impian itu suatu kenyataan. Menjadi seorang WAHM bukanlah mudah. Nampak senang tapi jujur tidak MUDAH. Bukan lah suatu ikutan atau "trend" masa kini. Menjadi WAHM atau WAHD adalah suatu pilihan di antara banyak-banyak pilihan yang ada.

Bagi yang bertanyakan cik azue, ini nasihatnya.
Sebelum anda melepaskan jawatan, perkara yang perlu anda pertimbangkan adalah

1) kerana apa anda mahu bekerja dari rumah.
Jika stress jawapannya,  bekerja di rumah lagi besar stress yang akan dihadapi jika tidak pandai urus masa dan keadaan.

2) apa mahu anda lakukan bila mana anda sudah berhenti.
Jika mahu jadi seorang surirumah biasa, silakan, namun jika ingin menjadi suri/sura berpendapatan, carilah dan kongsilah apa sahaja kemahiran yang anda boleh lakukan. Mulakan secara sambilan hingga anda benar-benar yakin itu adalah bidang yang paling anda minati.
Ini adalah bagi memastikan yang anda akan berjaya nanti.

3) Sediakan sejumlah wang untuk digunakan sebagai modal permulaan dan pembiayaan. Belajar tabir wang dan bagaimana untuk seliakan wang tersebut.

4) berdoa dan berusaha dan bertawakal disamping cari sebanyak mungkin ilmu dan panduan sebagai sumber inspirasi di saat hati kita mula goyah setelah bergelar WAHM/WAHD.

Untuk cik azue, ADBR merupakan kumpulan sokongan yang cik azue pilih setelah berbulan-bulan cik azue membaca dan mengikuti segala perkongsian yang ditulis oleh puan MASAYU. Membina keyakinan diri sendiri melalui perkongsian sahabat seperjuangan  yang lain.

Baik, bagi anda yang telah pun melepaskan jawatan. Jangan pernah menyesal akan pilihan yang telah dibuat. Mulai sekarang kita perlu mencari apa yang harus kita buat.
Cik azue pula, kerana cik azue telah punya blog dan FB Page tentang produk cik azue, cik azue telah mengikuti kelas online blog bisnes dan fanpage lalu berpeluang menjadi pengurus online bagi akademi. Sambil-sambil belajar promosi barangan akademi, sambil-sambil belajar promosi barangan sendiri. Sambil-sambil belajar, sambil-sambil mengambil tempahan dan sambil-sambil itu dapat pula duit untuk masuk lupakan. Itu akan cik azue kongsi lain kali ya.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang ADBR, anda boleh email cik azue di kuazue@gmail.com.
In shaa Allah, cik azue sehabis mungkin akan menolong anda dan semoga perkongsian hari ini dapat memberi sedikit panduan buat anda yang ingin dan baru bekerja di rumah.

Hingga itu, mohon maaf dipinta dan selamat membaca. Yang baik jadikan panduan, yang sebaliknya, adalah dari kelemahan cik azue sendiri.

Akhir kata.

Wasalam

*****************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

5 comments:

Anum said...

singgah ptg

Mila@Rimbun said...

Just menambah perasa meggie skit dari cerita azue kat atas hikhik..
adalah lebih baik ada perancangan kewangan sebelum berhenti, sekurang2nya 6 months fund...contoh selama ini kita bayar kereta+duit poket 1k (minimum), so at least ada 6k in hand masa kita berhenti tuh, on top of simpanan masa panjang kita, cukup untuk kita cover our daily expenses in case anything happen. Unless kalau kita memang fully support by husband. But still the best kalau ada simpanan sendiri, we never know what happen in the future kan..

Unknown said...

Hebat! Azue punya hobi warisan yang dapat menjana wang secara berterusan, insyaallah. Suri hebat, rumahtangga dan keluarga juga mantap!

Suzie said...

:)

HijrahKuKeranaMu said...

satu lagi.... jangan lupa ambik medical card, kalau sebelum ini covered by employers, before berenti better ada medcard sendiri (saya tak jual takaful.. sekadar cadangan)