Followers

Wednesday, April 16, 2014

WAHM dan nikmat berbakti

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas cantik nya percaturan NYA.
Nikmat yang manakah yang harus didustakan oleh diriku lagi.

Allah, badan chenta hati panas dari malam tadi (14/4/2014). Maaf pada yang menunggu cik azue online semalam. Hanya dapat bersiaran setelah jam 1pm (15/4/2014), setelah siap segala urusan anak-anak dan chenta hati. Bersiaran bagi menyelesaikan urusan tempahan Keraih Lengan Kuazue (tempahan nametag dan sulam bantal)

Ya, orang kesayangan sedang diuji bencana badan, ujian sakit dan demam. Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis, suhu badan beliau sudah turun sedikit.

tidur
bangun
SOHO daku
Alhamdulillah, nikmat berbakti buat suami dapat cik azue lakukan. Kalau dulu, di saat diri masih terikat dengan orang, bolehkah cik azue sesuka hati bercuti hanya kerana ingin berbakti buat suami yang mana suatu tuntutan buat para isteri. Sangat dilema bila itu terjadi pada suatu ketika yang lalu.

Alhamdulillah sekarang ini, apa yang perlu cik azue lakukan adalah ubah jadual kerja. Berbakti dan bekerja pada masa yang sama. Dua-dua boleh buat dalam masa yang sama kerana anak-anak berada di sekolah.
Indah bukan.

Jika anda mahu menjadi seperti cik azue, apakata anda tanya diri anda sendiri dulu. Apa sebab anda mahu berhenti dan apa yang ingin anda lakukan selepas berhenti nanti.

Jika anda belum bertemu jawapan nya, apa kata anda baca tentang Akademi Bekerja dari rumah dulu di SINI dan kemudian anda fikir-fikirkan kembali, mahu berhenti atau menjadi seperti cik azue yang nampak senang tapi tak mudah.

Wallahu'alam

Wasalam.
***************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini:

4 comments:

HijrahKuKeranaMu said...

memang betul.. WAHM nampak senang tapi bukanlah mudah... so kalau berhajat nak jadi WAHM kerana nak senang, anda mungkin jumpa senang tapi tak jumpa mudah (adehh makcik melalut plak hihi)

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Aisy Nasiha said...

Saya pernah terfikir..tapi tak berani lagi nak ambil tindakan..

N.Aima K said...

syok bila dapat luangkan masa menjaga orang tersayang.. semoga cepat sembuh!!