Followers

Thursday, July 18, 2019

Projek Burung Hantu ('The Owl Project')

Entri: #240
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue nak kongsi aktiviti yang sedang cik azue buat. 

Sebenarnya projek ini cik azue bermula di sekitar penghujung tahun 2015 atau 2016 yang lalu, masa itu cik azue sedang berjuang dengan rasa kesakitan, kononnya, aktiviti ini bagi membantu cik azue melupakan rasa sakit itu. 

Alhamdulillah, sekarang baru cik azue sedaya upaya pulun untuk segera siapkan projek ini sebelum cik azue nak bermula pula dengan projek 'Reksasa dalam Gerobok', hihihi, ada berani? hahaha.. tengok lah nanti, reksasa atau kekuda atau dinasor atau si cantik manis tuan puteri, tengok nanti macam mana, ya. Kalian doakan ya.

Ok, mari kita lihat ternakan yang sudah siap disulam dahulu.

TaraaaAAA!

Ini yang telah siap cik azue sulam, menanti untuk kemasan akhir pula.

Yang ini pula menanti untuk disulam sikit hari lagi.





Hihihi, ada lagi

yang ini pula belum siap, baru tengah dalam kerangka kerja. Hahaha, macam-macam aksi ada.

Doakan cik azue sihat ya kalian semua. Semoga dengan izin Allah, cik azue dapat siapkan semua projek yang dalam angan-angan ini menjadi realiti.

Nanti kalau dah siap semuanya, cik azue kongsi semula dengan kalian. Ada 18 'artwork' burung hantu ini kesemuanya bagi projek burung hantu ini.

Doakan ya.

Oklah, sampai sini dulu ya, lain hari cik azue menulis lagi untuk kalian.

Wasalam.




Wednesday, July 17, 2019

Sakit Rahang fasa cari pasal

Entri: # 239
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih Sayang.

Lama sudah cik azue tidak menulis diblog kesayangan ini. Sekarang ini, cik azue setiap 2 minggu mesti ke hospital Sungai Buloh, ke klinik Maksilofasial dek kerana masalah rahang ini yang masih tak jumpa jalan penyelesaian dia. 


Kalau lupa, ni pautan ke entri terdahulu tentang sakit rahang ini.

Terakhir jumpa doktor pakar, (nama doktor pakar yang merawat cikazue adalah doktor Syed Yusuf, mana-mana doktor yang tengok akan rujuk semula kepada doktor SY untuk tindakan lanjut.) doktor suruh amik lagi X-ray rahang dan sendi mulut,
Gambar gigi sahaja sempat ambil gambar dia dari komputer doktor, gambar sendi tak sempat, huhuhu.

Kemudian, cik azue di arah berjumpa dengan doktor di bahagian EnT untuk kaji tidur (nanti hujung 10 baru dapat tarikh untuk bermalam di wad), lihat struktur rongga hidung dan salur tekak dan kenalpasti jika terdapat sebarang keganjilan di kawasan tersebut, yang mana, mengikut doktor SY, ia juga boleh menyumbang kepada terjadinya sakit rahang akibat 'bruxism'.

Untuk pengetahuan, sejak sakit ini, cik azue berasakan bahawa rahang ini sedia duduk dalam keadaan cengkam gigi ('clencing') tanpa sebab, seolah-olah rahang bawah termasuk ke dalam rongga rahang atas.

Sakit nya seumpama sakit ketika geraham bongsu mahu tumbuh + sakit gigi berlubang + sakit kena ulser mulut...haa, gitu kekdah nya macam mana nak bagi tahu pun tak pandai dah cik azue nak menggambarkan nya.

Pada mulanya, doktor bagi cik azue untuk makan ubat tahan sakit jenis celebrex 

namun, sekarang ini, doktor suruh cik azue ambil ubat tahan sakit + pelega muscle pula, tapi ubat itu kena beli sendiri - maksudnya, hospital tak bekalkan ubat ini, kena beli di farmasi luar sendiri.

Ini ubat yang diminta cik azue ambil setiap hari, 


Norgesic. Bermula sehari sebiji setiap malam, menjadi sehari 2 kali, satu pagi, satu malam. Terakhir jumpa doktor SY khamis minggu lepas, dos ubat dinaikkan kepada 2 biji setiap malam dan sebiji setiap pagi (yang ni cik azue, kalau boleh tahan, tak ambil).

Ubat ini mengakibatkan mengantuk sesangat buat cik azue. Itu sebab cik azue kalau boleh tak mahu ambil waktu siang, jadi tak produktif gitu kalau tak tidur, otak dan fikiran jadi beku, tak boleh fikir nak buat apa pun.

Khamis depan, cik azue kena g jumpa SY lagi. Huhuhu, sampai bila pun tak tahu lah. Selain makan ubat ni, ada beberapa lagi aktiviti kena buat, tuam pipi kiri kanan, senaman rahang dan terbaru adalah senaman lidah - bagi bunyi pop dalam mulut gitu - kekekeekkke (nasib daku tak mengekek depan doktor waktu dia suruh cuba buat depan dia hari tu).


Satu sahaja nak bagi tahu, bila kena makan NORGESIC ini, cik azue tak boleh nak menderma darah dan juga cik azue kena pastikan tiada berlaku pendarahan besar kerana di dalam ubat ini terkandung aspirin yang juga berfungsi sebagai agen pencair darah. 

Berbalik kepada kisah cervical spondylosis cik azue pula, sejak akhir-akhir ini, tangan-tangan dan jari jemari ni pandai kecut sendiri tanpa sebab.


Gambar ini mungkin tak menunjukkan secara keseluruhan kedutan itu. Tapi nak bagi tahu, dia kedut kecut tu macam jari bila kita berendam lama dalam air, jadi kecut dan sejuk, walau pada ketika itu cik azue tak da pula main air or duduk dalam ekon, suka hati dia saja bila masa dia nak kecut dan kedut. 
Bila ini terjadi, cik azue kena buat regangan seperti yang diajar lama-lama sampai kecut itu jadi tegang balik macam biasa.

Jurupulih anggota suruh cik azue bagi tahu doktor pada perjumpaan seterusnya nanti. Huwaaa,..tunggu bulan 9 nanti baru jumpa doktor pakar tulang belakang semula.

Oklah, sampai sini dulu, lain kali cik azue menulis lagi. Banyak mahu diceritakan buat kalian semua.

Hingga itu,

Wasalam.

Friday, April 26, 2019

Al - Quran. Di mana ?

Entri: # 238
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI




Alhamdulillah. Salam kasih sayang buat semua.


Terima kasih pada kalian yang wasap, inbox di Insta/FB, serta talifon untuk bertanya khabar.

Alhamdulillah, Allah beri cik Azue kesempatan punyai teman sebaik kalian.

Moga-moga Allah balas setiap kebaikan dan doa buat cik azue dengan balasan kebaikan melimpah ruah hendaknya.


Oh, dalam pada itu tersenyum juga cik azue,  tatkala ada seseorang yang meminta cik azue doakan dia dengan kebaikan. 

Ya, cik azue doakan awak dan kalian semua, jangan susah hati.
Katanya, "ada orang beritahu, doa orang yang sakit buat orang lain juga tanpa hijab (boleh makbul) selagi orang yang sakit itu benar-benar mengamalkan suruhan Allah."

Masya Allah, Tabarakallah, jika benar, baiknya Allah. Alhamdulillah. 

Dan cik azue doakan kalian semua yang mentaati Ilahi sepenuh hati dilimpahi rezeki (apa sahaja) yang melimpah ruah serta beroleh keberkatan dari rezeki itu.

Oh dah jauh pula tujuan cik azue.

Sebenarnya cik azue nak kongsi ini buat renungan kita semua.

"Kenapa dalam diri kita tidak ada Al-Quran walau di rumah kita ada lebih dari satu naskah Al Quran?"
.
.


Gambar adalah dari novel : 13 Jam A380 - Evelyn Rose


Hingga nanti. 
Salam sayang buat kalian.

Wasalam

cik azue - Syaaban 20' 1440H

Thursday, March 28, 2019

Wehuu!!! 1 DEKAD dah ber BLOG

Entri: # 237
Teks: Azuriyah Mohamad
 Foto: Koleksi Peribadi / Perkongsian Google
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang

Tak sangka! Sungguh tak sangka, March 2019, cukup sudah 10 TAHUN cik azue menulis di blog ini. Alhamdulillah Ya ALLAH, atas nikmat ini.



Tengok ni, 

Sejarah Blog Cik Azue


Tengok tarikh entri blog ditulis. 10 tahun kan!


Alhamdulillah, tak sangkakan, cik azue mampu bertahan dan mengekalkan blog ini selama 10 tahun sudah.

Moga selepas ini, cik azue akan kembali menulis selalu seperti dahulu.


Di sini, cik azue link semula entri pertama blog ini sebagai kenangan terindah dari cik azue;

Entri Pertama Blog; DOA UNTUK KESEJAHTERAAN


Lepas ni cik azue nak fikir, nak buat 'GiveAway' atau tidak sempena 1 dekad berblog tahun ini. Apa kata kalian pembaca semua? Mohon komen pandangan ya.

Wasalam


Kenapa cik Azue selalu menyepi

Entri: # 236
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang,

Sejak tahun 2015, semenjak cik azue mengalami kesakitan perut yang kronik itu, cik azue selalu perasaan bahawa cik azue lebih suka untuk selalu bersendirian.

Tidak tahu kenapa, bersendirian dan bersunyi- sunyian itu lebih selesa. 

Tambah-tambah sekarang ini. Hampir boleh dikatakan sehari lebih dari 10 jam cik azue akan bersendirian hanya ditemani cik kucing dan kucing dan kucing dan mesin sulam dan jarum benang kait dan jarum benang sulam atau mesin jahit dan kain perca perci.

Selebih itu, ubat tahan sakit, ubat tahan sakit, ubat hormon. Cuma sekarang ini, cik azue tambah sikit masa yang ada itu dengan mengayuh basikal statik cik azue itu. 


Bosan? Rasanya tidak ada apa yang nak dibosankan. 
Banyak tu kerja sang surirumah nak dibuat dan diselesaikan walau tiada orang. Kah! kah! kah!
Murung? Rasanya tidak ada apa nak dimurungkan, bukan ada sesiapa pun nak diajak bergaduh pun. 

Nak bercakap? Tiada orang pula nak di ajak bercakap. Kalau ada pun, bila di tanya, jawapan standard dah sedia maklum jawapan nya, samada di jawap IKUTLAH, TENGOK LAH, TAK TAHU LAGI, OK, BOLEH atau HURM... jadi, senang kata, tak payah bercakap atau bertanya.

Dan kerana itu, cik azue lebih selesa bersendirian. Punyalah berSendirian, kadang tu nak menulis pun sampai tak tahu nak tulis cerita apa sebab tidak ada apa nak diceritakan selain pekerjaan harian suri rumah dan lawatan ke hospital, rasa sakit dan kucing dan kucing dan kucing.

Cik LOPA kesayangan ABAH

Ubat tahan sakit dek adhesion colic

Projek mengait jarum satu yang tak tahu bila boleh siap, harap siap sebelum sempat jadi jenazah dah la


Kuda besi kita kayuh waktu diri rasa lemau namati sebab tu tak kurus-kurus sebab kayuh pun ikut suka rasa hati je bila rasa nak kayuh

Anak si LOLO - LOLO dah kembali menemui Ilahi dek jangkitan SPORO.

Oklah, sampai sini dulu ya.

Sebelum beransur, cik azue belanja gambar lama ni sekeping kat kau orang, 


Muka Cik Puan BAKAL JENAZAH

Wasalam dan selamat berkenalan buat yang baru mengikuti blog entah apa-apa entah cik azue ini.