Followers

Wednesday, March 27, 2019

Saya rupanya salah seorang 'BRUXERs'

Entri: # 235
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua.

Maaf lama berdiam dek keadaan tangan yang tidak seberapa baik.

Apa itu BRUXERs dan ianya tiada kaitan dengan seorang 'boxer' atau pun dalam istilah bahasanya seorang peninju.

'Bruxers' yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kondisi suka menggigit, mengunyah dan mengetap gigi tanpa secara sedar (tanpa kawalan) ketika sedang tidur atau lebih dikenali sebagai bruxism.

Ya, itu lah cik azue, dari muda belia lagi punya masalah ini tapi ia tidaklah menjadi masalah pun. Kalau kalian yang mengikuti tulisan cik azue diblog ini, pasti pernah terbaca beberapa kali cik azue menulis tentang cerita sakit gigi ini yang tidak pernah tahu daripada mana punca sakitnya pun. Boleh baca kat SINI dan juga di SINI.

Hingga pada penghujung bulan Disember 2018, barulah cik azue mendapat jawapan kepada masalah sakit gigi ini. Itu pun dengan cara tidak sengaja selepas doktor gigi mencabut gigi geraham bungsu yang punyai lubang yang kecil sahaja.

Sebenarnya, dari pertengahan tahun 2018 lagi, sakit gigi itu muncul. Sekejap-sekejap, lama-lama menjadi semakin kerap. Kemuncaknya, hari-hari. Rasa sakit seolah muka macam baru kena lempang. Pernah kena lempang? Haaa macam itulah rasanya.

Rentetan itu, cik azue banyak kali ke klinik gigi di Klinik Kesihatan Rawang ini, namun doktor tidak dapat menjumpai masalah sebenarnya sehingga bulan Disember lepas, doktor terjumpa satu lubang kecil dibawah lapisan gusi pada gigi geraham bungsu. Jadi doktor kata, untuk cuba buang gigi tersebut memandangkan kawasan tersebut tidak mungkin boleh dilakukan tampalan, dan ini juga mungkin penyebab rasa sakit gigi itu muncul. Ini pada gigi bawah sebelah kanan.

Hari prosedur, selepas cucukan bius, rahang cik azue terus terkunci. Sudahnya, doktor suruh pergi cuba minum manis dan makan sedikit dahulu, kenapa? Jangan tanya, tak tahu kenapa. Kemudian, lepas 30 minit, masuk semula ke dalam bilik rawatan dan doktor perlahan-lahan cuba buka rahang mulut dan cuba cabut gigi yang sangat kuat itu.

Lepas beberapa ketika, cabutan berjaya, disuruh pulang. Selalunya selepas cabutan, rasa sakit beransur hilang, kali ini tidak, makin sakit pula. Bergegas dapatkan rawatan, rupanya, cik azue telah terkena 'dry socket' pula. Lepas 2 minggu rawatan, sakit tetap tidak berkurang. Akhirnya dirujuk ke Klinik Pakar Bedah Mulut Hospital Sungai Buloh.

Di sinilah terjawap segalanya. Rupanya, cik azue ada masalah rahang. Kikiki.. padan la selalu sakit tak tahu punca.

Selepas 2 sesi, cik azue diberikan splint untuk dipakai ketika tidur.



Sejak sebulan lepas, sakit gigi ini muncul kembali, kali ini disebelah kiri pula. Sudahnya, doktor gigi di klinik kesihatan Rawang, minta cik azue talifon klinik pakar dan percepatkan tarikh temujanji memandangkan bila pakai splint ini pun menjadi bertambah sakit waktu tidur malam.

Oklah, nanti lepas cik azue jumpa doktor pada 4 April nanti cik azue sambung cerita ya.

Hingga itu, wasalam

1 comment:

sweetie said...

Salah seorang adik saya mengalami sakit yg seperti cik Azue alami... sampsi skrg doctor2 yg ditemui tidak mengetahui puncanya.