Followers

Tuesday, August 29, 2017

Selamat Jalan Mak Juma

Entri: #201
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Salam kasih sayang.



Cerita pagi 26 Ogos 2017.

Macam biasa, usai rutin normal seorang ibu di pagi hari, belek talifon. Oh ada mesej.

Yan!
Nangih! Tak tahu nak tulis apa.
Al Fatihah buat mak.

"Orang sayang MAK, bapak, hang Yan, kak pina, yunuih, kak ana, abg ya, mirza dan 2 adik dia lagi.
Lillahitaala hampa sekeluarga Yan macam darah daging sendiri dah.
Tambah-tambah time belajaq depa duk kata kita kembaq".

Ralat sungguh sebab menidakkan rasa hati untuk menalifon mak Juma lewat petang khamis lalu, tika waktu hati rasa macam-macam sangat itu.





Kuatlah kita Yan. Kuat demi bapak.
Lain tak tahu dah nak tulis apa lagi.

Cuma macam selalu, bila balik Penang akan selalu sampai ke rumah mak, jadi Yan kau jangan pernah risau. Aku kan tak pernah lupa pada semuanya kisah kita itu.


Al Fatihah buat mak Juma bee binti Ghani

Wasalam

posted from Bloggeroid

Monday, August 21, 2017

Rutin seorang penderita endometriosus

Entri: #200
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


Assalamualaikum. Salam kasih sayang. Lamakan cik azue tidak menulis di sini.

Lewat hujung minggu lepas, sakit ini kembali menyerang. Agak kuat sakit itu walau pun tidak disertai dengan pendarahan haid.

Pesakit kronik macam cik azue, haid atau tidak, bukan lagi pengukur kepada tempoh mula kesakitan.



Berasa macam dalam hari sahaja diri ini. Sakit satu badan. Nak berjalan pun tak larat. Mulanya sakit pada tulang-tulang tangan. Paling sakit pada tulang berwarna hijau seperti gambar di bawah ini.


(gambar: carian google. Terima kasih)

Alhamdulillah.
Macam biasa, Encik chenta lah terpaksa ambil alih tugasan rumah. Dari memasak hingga menjemur.
Mujur si bongsu Megat Haziq dah boleh diharap untuk menyelia mesin basuh dan menjemur pakaian. Ringan sikit kerja encik abah. Terima kasih angah!



Hari ini cik azue gagahkan juga bangun. Lawan rasa sakit ini demi sakitnya mata lihat pakaian bersih tidak terurus. Selesai dua bakul kain.
Alhamdulillah.

Moga terus kuat. Bolehlah masak serba sikit buat juadah tengahari dan malam anakanda dan encik chenta nanti.

Sampai sini dulu. Cik azue nak berlunjur sekejap bagi hilang rasa nyeri di pinggang ini.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Friday, July 7, 2017

Endometriosis: Bagaimanakah 'rasa' itu?

Entri: #199
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: FB group Endometriosis


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 13, 1438H (Julai 07, 2017)

Salam kasih sayang.

Terlebih dahulu cik azue ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri buat semua rakan yang sudi berkunjung ke blog ini.

Hari ini cik azue nak berkongsi rasa sebab ada yang bertanya. Kebetulan ada pula rakan senasib kongsikan ilustrasi ini, jadi cik azue kongsikan pula di sini untuk pengetahuan kalian.



Bagi orang lain (penghidap endometriosis juga) akan berasa sebegini bila tiba kitaran haid. Ada juga yang rasai pada ketika sebelum, ketika dan selepas kitaran haid berakhir.

Bagi diri cik azue pula, Allah bagi rasa boleh dikatakan tiap-tiap hari, suka hati bila nak rasa. Bezanya, secara sangat kuat atau biasa-biasa sahaja, sekali lalu begitu.

Dan selalunya, bila rasa ini menyerang, memang rasa nak jadi tenggiling, duduk bersujud dan tidur mengeringkot semata.

Terima kasih Allah.
Bulan ini genaplah 2 tahun cik azue bergelar sebagai penderita endometriosis 'severe stage'.

Sampai bila nak bertahan?
In shaa Allah, sampai masa Allah tentukan. Allah lebih tahu apa yang lebih baik.

Waktu menaip ini memang rasa nak ajak pak henchik pergi ER hospital Selayang amik penahan sakit ikut IV.
Score pain dah cecah 8/10.

Namun dek malasnya nak hadap saringan kat pintu ER. Huhuhu sajalah.

Semoga segera berlalu rasa ini. Doakan ya kawan-kawan.

Terima kasih buat sang pelukis imej ini. Kredit to sang pelukis even tak tahu siapa.

Sekian.
Nanti cik azue sambung lagi kisah ini ya.

Wasalam

#endometriosismalaysia
#endometriosis
#diarimakku
#sakit #takbolehtahan #hadapjuga #anugerah #Ilahi
posted from Bloggeroid

Friday, June 2, 2017

Blog Baru Untuk Tempahan

Entri: #198
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ramadhan 07, 1438H (June 02, 2017)

Salam kasih sayang.


Hari ini cik azue nak maklumkan, blog berkaitan tempahan sulaman telah diwujudkan bagi memudahkan kalian menjejaki cik azue dan tim yang menjalankan tugasan.



Blog ini akan kekal sebagai blog travelog hati cik azue. Blog di mana cik azue berkongsi kisah suka duka perjalanan hidup ini setelah bergelar penderita endometriosis.

Banyak nak cerita namun tangan ni dah tak larat nak menaip buat masa sekarang ini.

Oklah, cik azue mengucapkan selamat berpuasa dan beramal ibadah di sepanjang bulan yang mulia ini.


sekian,

wasalam


Wednesday, April 19, 2017

Tempahan kembali diterima

Entri: #197
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 21, 1438H
(18 April 2017)

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah.
Mak Ku paksakan diri untuk bangun dan bekerja.

Abang putih ini sudah hampir sebulan berehat selepas balik servis major di HQ Brother di Petaling Jaya.



Lembut sahaja bunyi ayunan tika mesin sedang menyulam berbanding minggu-minggu terakhir di bulan Mac nan lalu.

Semoga kesihatan ini mampu bertahan walau bibit-bibit rasa yang seolah-olah menghiris urat perut kembali dirasai.

Bagi yang ingin membuat tempahan, kalian boleh tinggalkan pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 013-2700020.

Minta maaf, buat masa sekarang ini, Mak Ku tidak mahu menerima sebarang panggilan talifon ya. Jadi, jangan talifon jika mahu membuat tempahan.

Sekian, wasalam.

Love,
~Mak Ku~
posted from Bloggeroid