Followers

Friday, January 27, 2017

Bila Cik Azue Menyulam

Entri: #189
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 28, 1438H
(27 Januar 2017)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Salam penghulu hari buat semua.



Hari ini cik azue masih meneruskan kerja-kerja sulaman dan kekemasan bagi tanda nama jawi bagi tempahan pukal sekolah.

Terima kasih ustazah di atas kepercayaan ini. Tahun ini sudah tahun ke tiga atau barangkali tahun ke empat kita berurusan.

Teringat lagi pada penghujung tahun 2015, pada ketika cik azue memang seringkali keluar masuk wad dek ujian kesihatan, terasa bagai mahu ditolak sahaja tempahan yang menjelma.

Alhamdulillah, atas kerjasama dengan tuan CEO, tempahan para pelanggan setia tetap kami terima ketika itu dan sehinggalah kini.

Terima kasih banyak-banyak buat kalian atas kepercayaan selama ini buat cik azue dan suami.

Berbalik kepada cerita sulaman. Beginilah setiap kali selesai sulam. Semak balik setiap ejaan, tanda mana yang rosak dan perlu ulang sulam dan terus kemudian buat kemasan akhir pada setiap keping nama.

Susah?
Tidaklah begitu susah dan renyah apabila kita suka untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Nasihat cik azue buat penyulam tanda nama yang baru berkecimpung.

Janganlah kalian buat perkara ini semata-mata kerana mengejar nilaian ringgit semata, kelak kalian sendiri akan terasa lelahnya.

Buatlah atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Fahamkan.

Sampai sini sahaja. Nanti cik azue sambung lagi ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Wednesday, January 25, 2017

Selamat Tahun Baru

Entri: #188
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 26, 1438H
(25 Jan 2017)

Salam kasih sayang.


Masih di bulan Januari kan.
Maaf lah, cik azue agak sibuk kebelakangan ini.

Seperti biasa, hujung tahun membawa ke awal tahun, cik azue akan sibuk dengan tempahan sulaman tanda nama aka sulaman nametag jawi mahu pun rumi.

Tahun ini, alhamdulillah, cik azue dah semakin sihat, walau stok ubat masih banyak.



Apa nak buat, telan sajalah kan seperti mana arahan puan doktor pakar.

Oklah, sampai sini dulu.

Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Thursday, December 1, 2016

Selamat Datang Rabiul Awal

Entri: #187
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Awal 01, 1438H
(01 December 2016)

Salam kasih sayang.

Hari ini sudah pun 1 Rabiul Awal. Allah, cepat betul masa berlalu. Tak boleh dah nak main-main.

Rabiul Awal dan December. Dua bulan bermakna. Maulidur Rasul dan cuti akhir tahun persekolahan.

Sibuk? Ya sangat sibuk bagi penjahit sulaman macam cik azue. Pada waktu ketika ini kami memang sedang berusaha untuk menyiapkan tempahan sulaman tanda nama. Baik untuk tempahan perseorangan mahu pun tempahan pukal sekolah-sekolah.



Macam biasa, meja kerja cik azue penuh dengan buku tempahan.

Sambil menulis butir tempahan, boleh layan lagu penaik semangat konon-kononnya. Kemudian sambung dengan aktiviti buat imej sulaman pula dan terus menyulam.

Berbalik kisah anakanda berdua. Hari ini hari ke 3 selepas berkhatan.



Semoga cepat sembuh hendaknya wahai anakanda berdua.

Oklah, cik azue nak siapkan kerja ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 30, 2016

Donut gula merah doh masam

Entri: #186
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad



Minum petang buat dua jejaka yang sedang berehat dek aktiviti berkhatan.

Tanpa telur, tanpa tenusu dan juga tanpa sebarang bahan penaik mahu pun pelembut.

Alhamdulillah. Walau masa perapan tidak cukup lama dek sejuknya bumi Rawang hari ini, donut ini menjadi juga.

Jangan terpedaya dek banyaknya kuantiti. Ini semua adalah menggunakan acuan saiz mini donut. Cukup sekali masuk terus ke mulut anakanda. In shaa Allah tiada sepahan gula.

Tatkala donut sedang digoreng, seolah-olah berbau seakan-akan sedang menggoreng peneram.

Walau usai peraman, donut berbau seakan masam, namun Masya Allah, Tabarakallah, bila dikunyah, tiada langsung rasa masam dari yis doh masam tersebut. Hebat sungguh Allah yang menjadikan kejadian.

Semoga makanan ini menjadi berkat buat tubuh badan hendaknya.

Nanti cikazue sambung lagi cerita tentang doh masam serta 'clean eating'.

Wasalam

#traveloghati
#azuriyahmohamad
#bilacikazuememasak
#mysourdoughjourney
#mycleaneatingjourney

posted from Bloggeroid

Selamat Bercuti Sekolah

Entri: #185
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 29, 1438H
(30 November 2016)


Salam kasih sayang.

Selamat bercuti buat anakanda yang bersekolah.
Selamat melayan anakanda yang bercuti buat sekalian teman alam maya.

Seronok kah bercuti? Anak-anak In shaa Allah seronok. Mak ayah pula? Ada yang gembira dan ada juga yang sebaliknya.

Pesan tuan guru, periksa balik niat kita jika ada rasa sesuatu tidak enak apabila berhubung kes ibu bapa dan anak.

Minta maaf, lama cik azue berdiam diri dari mengemaskini blog ini. Semangat hilang, tidak tahu ke mana dan sebab apa.

Sekarang ini, mari berdoa agar semangat kemaskini blog subur membara setiap hari.

Sepanjang tempoh berdiam diri, banyak juga yang telah cikazue lakukan untuk memastikan diri lebih sihat. Nanti cik azue cerita.

Untuk kali ini, cik azue nak kongsi aktiviti kami dulu sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

Tara!


Selamat berkhatan anakanda.
Hari ini hari 2. Hari pun mendung awal pagi. Apa nak masak untuk mereka berdua ya?

Kari ikan merah lah memandangkan lukanya sudah kering. Alhamdulillah.

Oklah, cik azue nak bersiap kemas rumah. Nak cari tempat buat gantung jemuran dek langit sedang gerimis tika ini.

Hingga itu, wasalam
posted from Bloggeroid