Followers

Tuesday, June 16, 2015

Roti Ibu

Entri: # 136
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.
Sudah lama cik azue tidak menulis. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang.

Haiihs, masa yang melekakan kita atau kita kah yang dilekakan oleh masa.

Yang pasti, pengurusan masalah yang tidak begitu sistematik menyebabkan cik azue tenggelam timbul dalam arena berblogging.

Ini entri selingan.
Melayan tempahan anakanda Megat Hazim yang mahu berjualan kepada kawan-kawan satu sekolah.
Melayan sambil mengajar erti cari duit. Walau tak banyak mana, namun upah yang sedikit itu sudah dikira amat besar ertinya buat anakanda ini.


Roti sosej gedempul, roti stoberi gulung dan mini pizza.
Campur semua, 9 biji anakanda Megat Hazim bawa sekolah. 3 biji masuk perut sendiri dan selebihnya dijual kepada rakan.
Upah yang diperolehi selain dapat makan roti sebanyak RM2. Sengih!

Nanti kita sambung selepas sebulan berpuasa ya anakanda.

Megat Haziq pula buat masa sekarang ini, dunianya masih belum terdedah kepada dunia cari wang saku, masih lagi dalam dunia anak-anak kecil walau dah hampir separas dagu ibunda.

Malam ini, dek bulan puasa yang kian hampir, atas sebab nak cuba resepi roti arab, maka cik azue cuba-cuba juga buat roti arab.

Makan roti arab dicicah sambal sardin dan kari telur. Jilat jari anakanda.

Oklah, cik azue nak menyambung kerja-kerja hakiki cik azue sebagai penyulam.
Doakan cik azue sihat dan dapat menulis lagi ya.

Oh ya, entri tangan kejung pun belum cik azue tulis. Nanti ya.

Maafkan cik azue, doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam


No comments: